Diari Istanbul 13 – Budget, Tips2 dan Panduan Merancang Perjalanan di Istanbul

Assallammualaikum

Posting kali ni dibuat khas untuk Kak Sofeah 🙂

Kali ini saya akan menyentuh tentang tips, perancangan lawatan & budget semasa berada di sana. Cerita kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan suami selama 6 hari di Istanbul. Lokasi kami adalah sekitar Sultanahmet & Eminonu sahaja, sebab di sini terletaknya Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Galata Bridge.

Kami pergi on a very tight budget.  Kami peruntukan RM5,000 termasuk penginapan & makanan sepanjang berada di sana.. Harga tiket tidak termasuk dalam budget ini yaaa…

Update as at 11 Januari 2013 – ini adalah harga tiket ke Istanbul dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

 

Percutian kami bermula dari 18hb June sehingga 23 June, 2012, dalam musim panas (summer).

Berikut adalah checklist (secara umum)  yang perlu anda selesaikan sebelum terbang ke sana.  Saya pergi dengan suami dan anak berusia 2 tahun 1 bulan ketika itu:-

 

1)       Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review dari para pelancong.. Jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web, sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.

 

  1. anda perlu memastikan lokasi yang ingin anda lawati di Istabul.  Macam kami, kami fokuskan untuk melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet.  Jadi, kami pilih Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet.  Hotel ni ada sarapan sekali, so anda tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
  2. Kalau anda memilih untuk menginap di apartment, pastikan ada kitchen untuk masak.  Barang2 basah kat istanbul pun murah & freshhhhhhhhhh! bukan macam kat giant, ayam dah hijau pun dia jual lagik.. huhu..
  3. jika anda ada membawa anak kecil seperti kami, memilih hotel yang berdekatan dengan train station juga adalah satu langkah yang bijak, kerana perjalanan lebih pantas untuk ke destinasi-destinati tumpuan.
  4. Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana

 

 

2)      Pastikan juga anda menempah teksi untuk ke hotel.  Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika anda jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..

3)      Pakaian yang sesuai – walaupun kami pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.

4)      Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!

5)      Bagi anda yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata

6)      Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah..

7)      Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan..

8)       Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha

9)      This may sound funny, tapi bagi anda yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya 😉

10)      Tukar matawang EURO di Malaysia.  Apabila tiba di Istanbul, and boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! Anda akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing.

 

Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.

Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai anda tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT! Kami pergi setelah membuat research & mendapatkan info dari kawan2 yang pernah ke sana..

Macam kami, kami buat research 3 bulan sebelum ke Istanbul.  Sumbernya dari Tripadvisor, Goturkey.com, timeout.com & ada 90% dari blog2 orang Malaysia yang pernah pergi ke Istanbul serta darisahabat handai yang pernah ke istanbul.. Anda boleh cuba type keyword melawat Istanbul, Insya-Allah banyak blog akan keluar mengenai lawatan ke sana..

Ok, selesai membuat research, pastikan anda PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk anda rujuk apabila di sana nanti.. Di sini mungkin anda tak nampak kepentingannya, tapi bila anda di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan anda.. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research anda.. Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget anda dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan anda potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh

Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00.  Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, anda boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau anda nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!!  Dengan pas ini juga, anda sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..

 

inilah museum pass tu..

 

Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..

Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/

Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-

1)       Topkapi Palace & Harem

2)       Hagia Sophia

3)       Istanbul Archeological Muzeum

4)       Chora Museum,

5)       The Museum of Turkish and Islamic Arts dan

6)       Istanbul Mosaic Museum.

Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.

 

MAKANAN

Owh, jangan bimbang langsung pasal makanan! Di sini sangat2 la mudah cari makanan halal & murah! Gerai2 pun bersihhhhhhhhh sangat, seekor semut @ lalat pun saya tak jumpa semasa di sana.. hehe.. Cumanya, macam saya kata tadi, sila bawak cili sos kalau nak pedas, sebab diorang memang tak ada cili sos ye.. harap maklum.. Masa kami pergi tu, memang tak bawak magee @ makanan segera lain dari Malaysia sebab kawan2 dah kata kat sana makanan sedap2 dan senang carik.. Roti kat sana pun murah, 1TL jer, besar lak tu, makan sampai lebam! Hahahah..

 

Kebab ikan, kebab daging & kebab ayam merata2 kat sini, so cuba la semuanya ye.. sedappppppppppppp sebab panas2!  Owh, satu lagi,  di Istanbul, mereka tidak masak air terus dari pili, tapi mereka beli air mineral.. Air mineral kat sana, murah aje.. Yang besar tu dalam RM4.00.. boleh tahan sehari dua.. tapi kalau anda tinggal di apartment, mungkin bolehla masak air dari pili… kitaorang bedal air mineral jer hari2.. hehe.. Satu lagik, jangan pelik kalau peniaga makanan bagi and sebakul roti yang telah dipotong2, tu memang kira cam compliment kalau anda makan di kedai mereka, semua kedai camtu, roti tu sume free of charge!

 

Balik Ekmek @ Kebab Ikan, Superbbbbbbbb!

 

Balik Ekmek dalam Roti

 

Kalau anda ada budget lebih, boleh la cuba makan di restoran2 besar tapi hati2 dengan scam restoran sebab kadang2 mereka hantar menu yang tidak diorder dan charge lebih2.. sejujurnya, saya dan suami Cuma makan di gerai2 & kedai2 kecil aje di sana – authentic Turkish kebab, lamahcun & pide membuatkan kami cukup kenyang sepanjang 6 hari.. harga dari 1TL ke 15TL.. kalau musim panas, buah-buah cam ceri, apricot, mubleri, strawbery, sume murah2.. hadoi, memang puas makan la, sebab buah2 ni memang disediakan masa sarapan.. hehe.. Jem diorang pun sedap sangat, manis buah, bukan manis gula.. pendek kata makanan sume superb la kat sana! hehe

 

PENGANGKUTAN

Kami berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke semuaaaaaaaa destinasi.. best! Kami tak naik teksi langsung untuk ke tempat2 pelancongan, so tak tau berapa harga tambang teksi ye..

 

MEMBELI BELAH

Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit, tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak.. barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagik, harga barang kat sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung, murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice Bazaar..

Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..

 

 

SCAM

Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat.. pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800! Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO THANK YOU!!  Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality & the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu.. hehe

TANDAS

Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah satu botol kosong untuk bersuci yer..

 

SOLAT

Masjid ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..

 

Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini.. .. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi anda yang ada tight budget cam kami)

kalau Kak Sofeah @ yang lain ada soalan, boleh komen kat bawah ye. Terima kasih!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

matawang istanbul,lawatan ke istanbul,tips melancong ke istanbul,pengalaman bercuti di istanbul,pengalaman melancong ke turki,melancong ke istanbul,shopping di istanbul,pengalaman melawat istanbul,harga makanan di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman melancong ke istanbul,ayu fatarina istanbul,bercuti ke istanbul,percutian bajet ke istanbul,tempat menarik di istanbul,shopping di turki,tips ke istanbul,tips melancong ke turki,mata wang istanbul,harga barang di istanbul,perbelanjaan ketika bercuti di istanbul,percutian di istanbul,pengalaman bercuti ke istanbul,tips bercuti di istanbul,budget ke istanbul,bajet percutian ke istanbul,pengalaman ke istanbul,ayufatarina istanbul,pengalaman bercuti di turki,makan angin ke istanbul

153 thoughts on “Diari Istanbul 13 – Budget, Tips2 dan Panduan Merancang Perjalanan di Istanbul

  1. Ayu Post author

    Ruby, hotel yang terdekat yang ada jual pass ni ialah:-
    Erboy Hotel
    Ebusuud Caddesi (Avenue) No.18, 34210, Eminonu, Istanbul, Turkey

    Saya tahu hotel Old City tu, dekat dengan train station.. Saya boleh cuba bagi direction, tapi takut tak faham jer la.. huhu..

    Kalau ambik train, naik dari Sirkeci ke Eminonu.. Dari stesen tu, kena melintas ke belah kanan, terus jalan kaki dalam 200m, kemudian belok kiri, jalan lagi dalam 200m.. Hotel Erboy ni ada di belah kanan anda..

    Kalau nak mudah lagi, terus beli di kaunter tiket Topkapi Palace Museum @ Hagia Sophia Museum, saya rasa cara ini lebih mudah untuk Ruby 🙂

    Harap jawapan saya membantu ye..

  2. Ruby

    Saya akan stay kat hotel Old City Viva Hotel, Hocapa?a Mah. Orhaniye Cad.No:20
    Sirkeci / Istanbul
    34000
    Turkey
    Harap Ayu dpt tolong carikan nama hotel berdekatan yg ada menjual pas museum ni.

  3. Ayu Post author

    Salam Ruby,

    Alhamdulillah, memang menjadi harapan saya agar posting ini dapat memberi manfaat kepada future travellers..

    1) Museum Card tu boleh beli di hotel2 yang tersenarai di bawah.. Boleh saya tahu, di mana Ruby akan menginap di Istambul pada bulan Mei ni? Kalau saya tahu nama hotel, mungkin saya boleh tolong carikan hotel yang berdekatan yang ada menjual museum card ini..

    2) Each person kena ada one museum card ye..

    Ini senarai hotel yang ada menjual museum card tu:-

    BEYAZIT – SULTANAHMET AREA
    Best Western Plus The President Hotel
    Tiyatro Caddesi (Avenue) No.25, 34126, Beyazit, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 516 6980 *Ask for reception.
    Dersaadet Hotel
    Kucukayasofya Caddesi (Avenue), Kapiagasi sokak (Street) No.5, 34400, Sultanahmet, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 458 0760 *Ask for reception.
    Eresin Crown Hotel
    Kucukayasofya Caddesi (Avenue) No.40, 34122, Sultanahmet, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 638 4428 *Ask for reception.
    Erguvan Hotel
    Kucuk Ayasofya Mahallesi, Aksakal Caddesi (Avenue), 34122, Sultanahmet, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 458 2784 *Ask for reception.
    Four Seasons Hotel Istanbul at the Sultanahmet
    (Only available to hotel guests)
    Tevkifhane Sokak (Street) No.1, 34110, Sultanahmet, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 402 3000 *Ask for the concierge
    Hotel Sultanhan
    Piyer Loti Caddesi (Avenue) No.15-17, Sultanahmet, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 516 3232 *Ask for reception.
    Niles Hotel
    Ordu Caddesi (Avenue), Dibekli Cami Sokak (Street) No.19, Beyazit, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 517 3239 *Ask for reception.
    EMINONU-SIRKECI AREA
    Erboy Hotel
    Ebusuud Caddesi (Avenue) No.18, 34210, Eminonu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 513 3750 *Ask for reception.
    Hotel Olimpiyat
    Ebusuud Caddesi (Avenue), Erdo?an Sokak (Street) No.6-8, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 511 9659 *Ask for reception.
    Hotel Romance
    Hudavendigar Caddesi (Avenue), Hocapasa, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 512 8676 *Ask for reception.
    Hotel Sultania
    Ebusuud Caddesi (Avenue), Mehmet Murat Sokak (Street) No.4, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 528 0806 *Ask for reception.
    Hotel Yasmak
    Ebusuud Caddesi (Avenue) No.14-20, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 528 1343 *Ask for reception.
    Ilkay Hotel
    Hudavendigar Sokak (Street) No.44-46, 34210, Eminonu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 511 2270 *Ask for reception.
    Neorion Hotel
    Orhaniye Caddesi (Avenue) No.14, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 527 9090 *Ask for reception.
    Orient Express Hotel
    Hudavendigar Sokak (Street) No.34, 34210, Eminonu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 520 7161 *Ask for reception.
    Portus House
    Kemankes Mahallesi, Mumhane Caddesi (Avenue) No. 31, 34425, Karakoy, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 292 3850 *Ask for reception.
    Sirkeci Konak Hotel
    Taya Hatun Sokak (Street) No.5, 34120, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 528 4344 *Ask for reception.
    Sub Hotel
    Necatibey Caddesi (Avenue) No. 91, 34425, Karakoy, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 243 0005 *Ask for reception.
    Yasmak Comfort Istanbul
    Ebusuud Caddesi (Avenue), Erdogan Sokak (Street) No.4, 34110, Sirkeci, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 528 1343 *Ask for reception.
    BEYOGLU-GALATA-TAKSIM AREA
    Ceylan Intercontinental Istanbul
    Asker Ocagi Caddesi (Avenue) No.1, 34435, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 368 4444 *Ask for the concierge
    Crystal Hotel
    Receppasa Caddesi (Avenue) No.7, 34437, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 237 8500 *Ask for reception.
    Divan Istanbul
    Asker Ocagi Caddesi (Avenue) No.1, 34367, Elmadag, Sisli, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 315 5500 *Ask for the concierge
    Eresin Taxim & Premier Hotels
    Topcu Caddesi (Avenue) No.16, 34437, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 256 0803 *Ask for reception.
    Gezi Hotel Bosphorus
    Mete Cd. No.34, 34437, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 393 2700 *Ask for reception.
    Golden Age Hotel
    Topcu Caddesi (Avenue) No.10, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 254 4906 *Ask for reception.
    Golden Park Hotel
    Lamartin Caddesi (Avenue) No.24, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 361 4141 *Ask for reception.
    Grand Öztanik Hotel
    Topcu Caddesi (Avenue) No. 9-11, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 361 6090 *Ask for reception.
    Lion Hotel
    Lamartin Caddesi (Avenue) No.41, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 256 +90+90 *Ask for reception.
    Mart? Istanbul
    Abdulhak Hamit Caddesi (Avenue) No. 25/B, 34435, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 987 4000 *Ask for reception.
    Palazzo Donizetti Hotel
    Asmalimescit Mahallesi, Asmalimescit Sokak (Street) No.55, 34400, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 249 5151 *Ask for reception.
    Pera Palace Hotel
    Mesrutiyet Caddesi (Avenue) No.52, 34430, Tepebasi, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 377 4000 *Ask for the concierge
    Ramada Istanbul Taksim
    Kocatepe Mahallesi, Receppasa Caddesi (Avenue) No.15, 34437, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 238 5460 *Ask for reception.
    The Central Palace Hotel
    Lamartin Caddesi (Avenue) No.18, 34437, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 313 4040 *Ask for reception.
    The Marions Suite
    Cihangir Mahallesi Purtelas Sokak (Street) No.12, 34437, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 2432424 *Ask for reception.
    The Marmara Pera
    Mesrutiyet Caddesi (Avenue), 34430, Tepebasi, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 334 0300 *Ask for reception.
    The Marmara Taksim
    Taksim Meydani (Square), 34437, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 334 8300 *Ask for the concierge
    Titanic City Hotel
    Lamartin Caddesi (Avenue) No.47, 34437, Taksim, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 238 9090 *Ask for reception.
    Tomtom Suites
    Bogazkesen Caddesi (Avenue), Tomtom Kaptan Sokak (Street) No.18, 34413, Beyoglu, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 292 4949 *Ask for reception.
    HARBIYE-NISANTASI-SISLI AREA
    Hilton Istanbul
    Cumhuriyet Caddesi (Avenue), 34367, Harbiye, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 315 6060 *Ask for the concierge
    Ramada Plaza Istanbul
    Halaskargazi Caddesi (Avenue) No.63, 34373, Sisli, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 315 4444 *Ask for reception.
    Ritz Carlton Istanbul
    Suzer Plaza, Elmadag, Asker Ocagi Caddesi (Avenue) No.15, 34367, Sisli, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 334 4444 *Ask for the concierge
    The Sofa Hotel
    Tesvikiye Caddesi (Avenue) No.41-41A, 34367, Nisantasi, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 368 1818 *Ask for the concierge
    LEVENT-MASLAK-TARABYA AREA
    Mövenpick Hotel Istanbul
    Buyukdere Caddesi, 4. Levent, 34330, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 319 2929 *Ask for reception.
    Sheraton Maslak Istanbul
    Buyukdere Caddesi (Avenue) No.233, UcYol Mevkii,34398, Maslak, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 335 9999 *Ask for the concierge
    The Istanbul Edition Hotel
    Buyukdere Caddesi (Avenue) No.136, 34330, Levent, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 317 7700 *Ask for the concierge.
    BESIKTAS – BOSPHORUS AREA (European Side)
    Conrad Istanbul
    Cihannuma Mahallesi, Saray Caddesi (Avenue) No.5, 34353, Besiktas, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 310 2525 *Ask for the concierge
    Ciragan Palace Kempinski
    Yildiz Mahallesi, Ciragan Caddesi (Avenue) No.32, 34349, Besiktas, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 326 4646 *Ask for the concierge
    Four Seasons Hotel Istanbul at the Bosphorus
    Ciragan Caddesi (Avenue) No.28, 34349 Besiktas, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 381 4000 *Ask for the concierge
    Swissotel The Bosphorus
    Bayildim Caddesi (Avenue) No.2, Macka, Besiktas, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 326 1100 *Ask for the concierge
    W Hotel Istanbul
    Suleyman Seba Caddesi (Avenue) No. 22, 34357, Akaretler, Besiktas, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (212) 381 2121 *Ask for the concierge
    ASIAN SIDE
    A’jia Hotel Istanbul
    Ahmet Rasim Pasa Yalisi, Cubuklu Caddesi (Avenue) No.27, 34812, Kanlica, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (216) 413 9300 *Ask for reception.
    DoubleTree by Hilton Istanbul-Moda
    Caferaga Mahallesi, Albay Faik Sozender Caddesi (Avenue) No.31, 34710, Kadikoy, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (216) 542 4344 *Ask for the concierge.
    Sumahan Hotel
    Kuleli Caddesi (Avenue) No.51, Cengelkoy, Istanbul, Turkey
    Tel. +90 (216) 422 8000 *Ask for reception.

  4. Ruby

    salam ayu…catatan perjalanan awak ni memang banyak membantu bagi mereka yg nak melawat Istanbl. Inshaalah saya sekeluarga akan ke sana pada Mei ini…Jadi nak tanya Ayu, kat mana boleh dptkan Museum pas tu dan each person kena ada pas masing2 ke…

  5. Ayu Post author

    most welcome.. kalau ada apa2 soalan lagik, boleh tanya, akak bantu semampu yang boleh! 🙂

  6. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Fazy
    Alahai, minta maaf sangat, saya tak dapat nak jawap soalan ni sebab saya tak ke cappadocia pun, 5 hari di istanbul hari tu memang saya manfaatkan sepeunuhnya untuk melawat muzium2 & park di kawasan Sultanahment & Eminonu saya.. maaf ye.. apa kata try masuk web pelancongan turki macam blog2 ni:-

    1) http://www.goturkey.com/
    2) http://www.tripadvisor.co.uk/Attractions-g293969-Activities-Turkey.html
    3) http://en.wikipedia.org/wiki/Tourism_in_Turkey

  7. fazy

    Salam ayu.. saya mmg dah booking hotel tu dan mmg boleh cancel, masalah nye saya tak tau nak masuk kemana bila pegi ke web han hostel tu… nanti saya emel kata cancel sebab saya dah booking hotel angle homes… pastu saya rasa cam nyesal lak… rasa cam nak pegi ke ankara dulu, explore cappadocia dan sekitarnye baru pulang ke istanbul… camane? Ok tak idea saya, thanx.

  8. Ayu Post author

    Waalaikumsalam
    Bulan November tu memang musim hujan sebab nak masuk winter – “November is chilly in Istanbul and it is also quite wet. Visitors may need to pack an umbrella as the average precipitation is close to 111mm (4.35 inches). Generally, there are 12 or 13 rainy days in November.
    It is recommended that visitors to Istanbul in November closely monitor weather forecasts prior to their arrival to ensure that proper clothing is packed according to the current weather.”

    Kalau boleh cancel, cancel jer la hotel tu, sebab fazy nak pegi pun bulan November kan.. Kalau dah buat bayaran, saya tak dapat nak tolong la, tapi kalau boleh buat free cancellation, just cancel & carik hotel di area sultahahmet @ sirkeci.. Dari airport nak ke Sultanahmet agak jauh, makan masa dalam 45minit ke sejam camtu..

  9. fazy

    As salam, in sha Allah saya akan pergi pada 29 november ni… saya nak tahu musim apa masatu.. adakah musim hujan? Kalau ujan payah la saya… lagi satu, saya belum book flight ticket, tp dah book hotel.. 3 hari di istanbul, 3 hr lg di ankara… cam nyesal plak, sebab yg kat istanbul tu saya book hostel berdekatan airport ataturk…

  10. Ayu Post author

    Salam Fina
    setahu saya kat sana tak ada nasik2 campur macam kat malaysia
    kalau anak2 jenis yang memilih makan, saya syorkan sewa apartment, sebab boleh masak.. kat sana bahan2 mentah tersangatlah fresh & murah..
    pasal bus tu, saya tak pasti, tapi ada train dari airport, bergantung kepada destinasi fina ye..
    sos cili tu handcarry pun boleh.. saya bawak yang paket2 je, lebih mudah..
    nescafe boleh beli kat sana, sama jer harga, tapi milo saya tak nampak pulak.. kalau nak bawak semua dari sini, boleh aje.. tapi jangan risau pasal makanan la ye, sana memang mudah nak dapat makanan halal.. selamat melawat ke istanbul 🙂

  11. fina

    thnks bg info yg byk m’bantu..awal june2013 insyllh saya n family (4 anak age 6 – 18tahun) akan ke istanbul.memang tight budget la.nak tanya ada tak makanan spt nasi n lauk2 cam kat m’sia d sana?klu ada kos nasi campur brpa??dari airport ada bas ke?sos cilli yg bawa dr m’sia simpan cargo or handcarry???cadang nti nak bw milo packet,nescafe packet…jimat skit brkfast.apa pndangan puan ayu.

  12. Ayu Post author

    Lynn, kat sana macam2 ada, tapi kalau Lynn jenis yang selalu travel, akak suggest beli long coat kat sana, murah + cantik! Barang leather macam jacket, kasut + bag pun lebih murah, tapi berkualiti.. Pastu lampu2, pinggan hiasan & tudung sulam – ini antara barang2 yang akak rasa patut beli.. Nanti bila tiba kat sana Lynn akan rambang matalah nak beli apa, macam2 pilihan, harga pun berpatutan 🙂

    Selamat melancong ke Istanbul ye!

  13. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Isha
    Minta maaf sangat, tak dapat nak bagi infor pasak pamukale & cappadocia.. tapi dari pembacaan saya, lebih elok ke sana dengan travel agent.. ada juga orang yang pergi sendiri, yang penting kena tau bas mana yang sampai ke sana..

  14. isha

    Assalam ayu..suka bc trip awk ke istanbul. Nak tnya if nak ke pamukale n cappadocia guna local travel agent ok tk? Mcmana nk book?
    Harap ms lila bc post ni n dpt bgtau cmno nk book dgn jasmine tour.

    tq

  15. Fia

    salam, saya akan ke Istanbul dalam beberapa hari, cume nak kepastian charger adapter yg digunakan jenis di istanbul mcm mane ye? sbb sye da ade travel adapter cume xsure bole gune x kat istanbul.

  16. Ayu Post author

    U are most welcome dear 🙂
    Semoga Allah murahkan rezeki lady sekeluarga untuk sampai ke Istanbul! Amin!

  17. hasliza

    salam ayufatarina… sy hasliza… just nk tnye la awk knl kn ngn kak halimaton ibrahim… sy pun nk g istanbul… sy igt nk mntk kak halimaton jd guide mse kt istanbul nnti… sy ade add die tp die x add sy semula pun… sy ade post dlm blog die tp die x reply pun… sy igt nk mntk tlg kt awk srh die add sy kt facebook or reply kt blog die… bole x??

  18. lila

    Oh ya kami tinggal di Erboy Hotel di Sultanahmet, pengurus nama Sinan. Kami ke Bazar jalan kaki je. Tak pe selamat punya…..tapi kalau perempuan jalan2 di Bazar, jgn berdiri dekat peniaga….dia orang suka sentuh2 org perempuan. Bawa body guard. Kita orang jalan dgn Mat Salleh dr pelbagai negara di dalam tour group kita orang dan bila ditanya kita orang kata itu kawan baik kami, so mereka tak berani buat apa2. Tiap bandar yang kami kunjungi, ahli kumpulan kami bertukar2 dari pelbagai negara terutamanya dari US, dan Amerika Selatan. Cubalah ground travel!

  19. lila

    Aslkm, saya ke Turki pada musim panas bln Jun 2009. Saya ambil ground travel dan tempah melalui agen Jasmine Tour yang menyediakan tiket2 utk perjalanan dan hotel 3 star kami ke 4 tempat di seluruh Turki iaitu; Istanbul, Pamukkale, Cappadocia, Kusadasi. Kami ke sana selama 7 hari 8 malam dan hanya mengeluarkan budget RM4000 seorang termasuk flight! Cubalah tempat ground travel melalui agen di sana yang boleh dipercayai – Jasmine Tour dan saya tunggu flight murah MAS yg ditawarkan setahun sekali tu. Dapat juga saya dan kakak saya melawat Turkey di mana 2 hari kami tidur di dalam bas (perjalanan 8-10 jam dr satu bandar ke bandar lain) dan 4 hari di dalam hotel iaitu 2 hari di Istanbul dan sehari di Pamukkale dan Capadocia. Di Capadocia saya memang teruja dan impian yg amat sgt nak tidur dlm CAVE HOTEL!. Berjaga-jaga dgn penyeluk saku ye! Sama dgn Ayu, kami pergi waktu summer dan join group2 pelancong dr pelbagai negara, memang BEST!

  20. Ayu Post author

    Wsalam dear,

    Bulan Februari masih lagi light snow, so better bawak baju winter @ baju tebal & pakai kasut sports.. boleh baca & buat research di google ye – ni web untuk weather di Istanbul – http://www.timeanddate.com/worldclock/city.html?n=107

    Seminggu sebelum pegi ke Istanbul, check lagi weather sekali lagi.. tapi saya rasa still light snow, kalau tak snow pun cuaca masih sejuk yang amat sebab penghujung winter..

    pasal duit poket & shopping biasa2 aje, saya tak dapat la nak jawab soalan tu sebab saya tak tau biasa2 tu berapa bagi zue.. macam saya, saya dah bgtau yang saya bawak rm5 utk 6 hari di sana..

    harap jawapan saya dapat membantu ye.. terima kasih!

  21. Zue

    Salam Ayu…Alhamdulillah dan thanks for the tips lawat turki. Saya nak tanya untuk pergi pada 17/2/2013 hingga 28/2/2013 ok tak kalau bawa jacket biasa je? Atau kena baju sejuk yang tebal tu? Selalunya anggaran berapa ya untuk pocket money untuk spend biasa2 je? And satu lagi…pakai pump shoe ok? Untuk g for 10 days, pakaian macam mana ye..boleh suggest tak?takut bawa yg uneccessary berat lak beg. Saya hargai if ayu boleh bagi tip. Tq

  22. Ayu Post author

    Salam linda, boleh refer pada Tripadvisor @ Booking.com ye sebab saya tak tau pasal hotel di Sultanahmet, banyak sangat hotel kat sana 7 saya pun tak tinggal di area Sultanahmet masa ke sana.. hehe.. maaf ye tak dapat membantu..

  23. linda

    ayu nak tanya..saya akan istanbul pada ujung mei ni..bleh cadangkan hotel area tram sultanahmet yang selesa dan murah..tq ngan bantuan..

  24. Ayu Post author

    Sama2 kak, salam perkenanalan dari saya juga! Harap2 cerita saya ni dapat membantu akak & teman2 lain dalam merancang perjalanan ke Istanbul ye, Insya-Allah 🙂

  25. Sofiah Ariffin

    Subhanallah, Syukran terima kasih Ayu krna sudi sharing dan bagi details tip. Kak Sofiah baru ada kesempatan baca banyak hal yg menuntut masa. Seronok sangat Ayu respon pada kak Sofiah . Salam kenal ya Ayu.

  26. Ayu Post author

    Sya, ramai pelancong yang bawak baby masa kat sana, Insya-Allah tak ada apa2 masalah.. Selamat bercuti ke Istanbul ye! Jangan lupa melawat tempat2 yang saya dah ceritakan dalam blog ni! 🙂

  27. Sya

    Waaa tenkiu!! Lega dengar pendapat awk ni..sbb kakak n abg sy x bg bawak..soh tgal kt kg je..huhuhu..sy n suami nak bwk tp risau takut cuaca kt sana bleh buat baby demam..ok2 sy akan bwk kelengkapan khas utk baby mcm yg awk advise..tq sgt…x sabar nak pg ni…;)

  28. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Sya! Istanbullll, aku datanggggg! heheh

    Saya rasa tak ada masalah kalau bawak baby 9 months, kalau bulan June cuacanya cantik (masa saya pergi la)
    Matahari terang memancar, tapi suhu masih dingin, kalau angin bertiup kuat sikit, memang sejuk! seronok jalan2, anak pun tak meragam..
    Kalau anak breastfeed lagik la mudah, tak payah bawak susu formula semua kan..Tapi ada 2 perkara yang saya nak highlight:-

    1) Dari segi pakaian, bawa la sweater @ jacket tebal sikit & stokin untuk anak, sebab cuaca sejuk sangat di waktu malam, kalau siang boleh pakai tshirt tebal lengan panjang..
    2) Untuk stroller pulak, bawak yang tahan lasak sebab jalan di sana tak rata, jalan jenis cobblestone yang lama2 dulu.. So kalau bawak stroller yang ringan tu, takut anak tak selesa sebab terhentak2..

    Saya rasa itu jer kot dua perkara penting. kalau saya teringat lagi nanti saya update ye 🙂

  29. Sya

    As salam..sgt menarik catatan awk ni..sy pon plan nk ke istanbul jun 2013. cume nak tny pendapat if sy bwk baby 9months ok ke? Dr segi cuaca n adventure berjalan..so far awk bwk anak 2 thn ok ke? Anak sy fully breasfeed so agak susah kalo nk tgal d msia..

  30. Ayu Post author

    Hai Atie, ala, bestnya dapat main snow kat Istanbul! hehe

    Ok, bagi soalan pertama, saya minta maaf sangat, tak dapat nak berikan jawapan yang tepat sebab saya pun naik teksi dari Airport terus ke hotel.. Bagi menjawab soalan Atie tu Atie boleh refer kat sini:-
    http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/airport_sultanahmet.html

    Mengenai scam restoran pula, biasanya waiter @ waitress akan hantar makananan2 @ minuman yang awak tak order & charge berlebihan atas makanan yangtak dipesan tu.. So tips kalau makan di restoran:-
    1) Pastikan anda bertanya pada waiter tentang makanan yang dipesan, ingat namanya serta harganya
    2) Apabila makanan sampai kepada anda, tanya semula nama makanan.. pastikan sama dengan apa yang anda pesan, jika tidak, pulangkan semula dan insist anda cuma nak makanan yang anda order
    3) Bila bill sampai, check semula dan pastikan mereka charge anda untuk makanan yang anda order sahaja..

    Saya harap tips ni dapat membantu Atie ye, Selamat bercuti ke Istanbul 🙂

  31. atie

    Hai..sy akan ke istanbul bsama somi dan ank pd hujung jan ini..tip2 yg awak bg sgt membantu tau..sy xpenah ke sana lg,br 1st time nk g sane ni..skrg winter,so xcited sgt nk main salji kononnya..sekiranya dr atarturk airport ke sultanahmet perlu naik train,then perlu tukar naik tram plk ke? Train/tram xsama ke? Dbb sy de terbaca di 1 blog ni,dia beritahu dr airport ke sultanahmet perlu naik train DAN tram. Lg 1,sy de jgk terbaca mengenai scam restaurant ni..sy dr cni mungkin xbw apa2 bekalan mknn nnt,mcmana sy nk elakkn dr mkn di scam restaurant?

  32. Ayu Post author

    Encik Zaki, terima kasih kerana memabaca post saya, semoga Allah murahkan rezeki Encik Zaki & keluarga untuk ke Istanbul 🙂

  33. Zaki

    menarit dan tertarik dgn cerita ni. bahasa yg digunakan bsehaja. in syaa Allah, ade rejeki sy nak kesana gak. catatan ni byk mbantu.

  34. Ayu Post author

    Waalaikumsalam dear
    Kami memang tak guna tour guide, sebab tu kami banyak buat research di internet mengenai instanbul sebelum kami ke sana.. Hampir 2 bulan juga kamu buat research sebelum pergi ke istanbul tu.. Alhamdulillah, we came back in one piece, tak sesat pun 🙂

    Kami banyak bertanya pada receptionist hotel & kaji map tempat bersejarah & map pengangkutan kat sana sebelum kami pergi ke mana2.. satu lagi, kalau setakat area Sultanahmet yang penuh dengan tempat2 bersejarah tu, Insya-Allah tak akan sesat, sebab semua attraction bertumpu di situ.. Papan tanda pun ada juga 🙂 Kat sana memang kurang orang yang pandai cakap Bahasa Inggeris, so buat muka tak malu jer la, tanya pada sesiapa yang kita jumpa, terutama polis.. Malu bertanya, sesat la jalan, kan? 😉

  35. oneheartlady

    assalam.hi..sy pon ada perancangan melawat istanbul. erm soal badjet..admin pon da mention. soal tourguide pulak.. kalo kita tak mao pakai agent/tourguide.. tak sesat ke nanti?? yela,takot ad masalah komunikasi ke nanti,sesat la~~

  36. Pingback: Musim Panas di Istanbul - Bunga Mawar berkembang di Sirkeci | AyuFatarina.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge