Diari Istanbul 11 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum – Carpet Section

Assallammualaikum semua,

seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, kali ni saya nak bawa anda ke bahagian permaidani di Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum ye..

Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum ini juga pernah dikenali sebagai “Muzium Carpet” selama bertahun-tahun lamanya dek kerana koleksi permaidani yang berada di sini.. . Muzium ini mempunyai koleksi permaidani terkaya bukan sahaja di Turki, tetapi juga dunia. Antara koleksi-koleksi yang amat berharga yang boleh ditemui di seksyen ini ialah:

 

1)   Permaidani Seljuk yang amat jarang ditemui;

2)   sejadah;

3)  permaidani berlatarbelakangkan gambar haiwan yang dipercayai dibuat dalam  abad ke-15; dan

4)  permaidani yang dihasilkan di Anatolia antara 15 ke abad ke-17 dan dikenali  sebagai “Carpet Holbein” di Barat.

Permaidani ini diilhamkan oleh corak2 geometri atau tulisan Kufi, dan ia adalah koleski yang paling berharga bahagian

seksyen ini.

 

 

 

 

Koleksi2 di seksyen permaidani ini menjadi lebih berharga dengan adanya koleksi permaidani dari Iran dan Kaukasia, dan tidak lupa juga sampel permaidani Usak yang sangat terkenal dan juga cebisan permaidani dari istana Topkapi Palace.

 

 

Dari pandangan mata kasar pun, saya sudah dapat melihat betapa teliti & halusnya anyaman permaidani ini.. Saya syorkan anda ke sini dahulu sebelum ke tempat2 bersejarah yang lain, kerana banyak informasi yang perlu anda absorp di sini.. Saya rasa ralat sikit sebab tak sempat nak buat catatan tentang muzem ni sebab saya dan suami ke sana pad hari terakhir sebelum berangkat ke Malaysia.. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge