Diari Istanbul 10 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum – Al-Quran Section

Assallammualaikum..

Hari ni nak berkongsi dengan anda gambar2 di Seksyen Al-Quran di Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum ni..

Subahannallah, seksyen ini adalah yang paling saya sukai.. Saat melihat koleksi Al-Quran dari abad ke 7 hingga abad ke 20, hati menjadi sebak disertai dengan rasa kagum pada kesungguhan insan-insan pada masa dahulu untuk melindungi dan menjilidkan Al Quran ini mulia ini.

 

 

 

 

Seksyen Al-Quran ini  mengandungi sebahagian besar daripada koleksi penulisan dari abad ke-7 hingga abad ke-20 dari rantau geografi yang besar di mana Islam telah tersebar.

 

 

 

 

 


Di seksyen ini, terdapat koleksi dari zaman Emevi, Abbasi, Mesir dan Syria Tulunogullari, Fatimi, Eyyubi, Memluk, Mogol, Turkmen, Seljuk, Timuri, Safavi, Kacar dan penguasa Anatolia, serta ciptaan seni khat Uthmaniyyah yang mengagumkan.  Selain dari Al Quran, terdapat juga buku2 bergambar & bertulisan tangan yang menyentuh mengenai pelbagai subjek.

 

 

 

 

 


Seksyen ini juga mengandungi Fatwa Imperial, waran yang mengandungi tandatangan sultan Uthmaniyyah, hasil kerja miniature dari Turki dan Iran, dan ini adalah benda2 unik yang membuatkan Museum of Turkish and ?slamic Arts salah satu muzium yang paling penting di dunia.

Posting akan datang – Seksyen Permaidani 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

zoo melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge