Data Entry @ Typist?

Posted by: Ayuin money, motivasi
10
Jun

Bila saya masuk ke Job Street, saya dapati banyak iklan kerja kosong mengenai data entry atau typist…

Menyentuh mengenai jawatan ini, saya pernah terkena sekali, dek kerana percaya iklan di internet mengenai “Work from home – by being a typist for our company”..  Di dalam web itu, saya difahamkan bahawa saya akan dibayar RM100 sehari untuk semua dokumen yang ditaip.. Bear in mind, at that moment, I was only 18.. So saya ni pun berkobar2 la, ingat kalau kerja typist ni, bolehlah tolong2 emak dan buat duit poket kat U…

So, baca punya baca, dia kata saya kena bayar RM40.00 untuk pendaftaran.  Tengok2 dalam dompet, ada RM60.00, ok la, takper la, saya terus ke Maybank dan cash in, lepas tu scan dan email pada dia resit pembelian.. Semangat berkobar2 nih.. lebih kurang 5 minit kemudian, dia balas email saya, rupa2nya, bukan seperti yang saya sangka, saya diberikan macam ebook ringkas untuk memanipulasi fikiran orang, macam yang dia buat pada saya..

Sedih sangat masa tuh.. Tak terfikir saya akan di”manipulasi”.. Tapi saya jadikan itu pengalaman dan pengajaran pertama saya.. Perkara itu segera saya khabarkan pada semua ahli keluarga dan teman2.. ada yang marah, kata saya bodoh sebab percaya benda2 tu semua, tapi normallah, dalam hidup ada risiko!

Rakan sepejabat saya juga rupanya telah mengalami nasib yang sama, tapi ini untuk jawatan data entry.  Dia telah membayar USD100.00, kalau convert pada matawang kita, hampir RM340.00.. Sama saja taktik yang digunakan, kita akan dibayar USD50.00 sehari untuk setiap dokumen.. Setelah duit dibayar, SENYAP, HILANG, GHAIB!!

So, pada adik2 atau anda semua pembaca, kalau come across any vacancy untuk data entry @ typist yang memerlukan anda membuat pembayaran pendaftaran, LUPAKANLAH!! JANGAN TERJERAT DENGAN TAWARAN RMXXX MEREKA!  ITU SEMUA TIPU BELAKA!  Memang semua orang nak duit, duit memang sangat diperlukan untuk apa jua transaksi, tapi jangan jadi hamba duit & berhati2 agar tidak ditipu.. Penat2 anda bekerja, ada pula orang lain yang tidak berhati perut memanipulasi anda untuk kepentingan mereka sendiri..

p/s – bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah.. fikir-fikirkanlah..

Incoming search terms:

Tags: , , ,

This entry was posted on Wednesday, June 10th, 2009 at 10:00 am and is filed under money, motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 comments so far

1.  framestone
June 10th, 2009 at 10:12 am

he…23x betul tue… dah ramai yg terkana…selamt rm40 je kan

2.  Ayu
June 10th, 2009 at 10:21 am

Tapi masa tu student lagi, RM40.00 tu besar broo.. uwaaaaaaaaa!
Takpe, pengajaran! :)

3.  framestone
June 10th, 2009 at 12:05 pm

waduh xpe… semua tue pengajaran…

4.  Kakaroch
June 10th, 2009 at 11:40 pm

Duit!!! Siapa yang tak nak kan . Tapi iklan yg sebelah kanan nih pun dikira satu bentuk manipulasi pemikiran jugak .. =)

5.  shahrul
June 12th, 2009 at 11:36 am

Aku pun dh terkena. Skg perlu lebih berhati2.

6.  shms
June 17th, 2009 at 9:17 pm

hahaha,,cam sama je nasib kita. well dunia is dunia. bukan senang nk cri duit., buang duit je byk!serius data entry byk menipu dari yg betul. so pd adik2 yg sdg mencari kerja atau terpengaruh dengan bayaran lumayan dr company camni, lupakan.. cri keje lain !

7.  Ayu
June 17th, 2009 at 9:32 pm

ha adik2.. dengar cakap kakak dengan abang nih.. heheh
elakkan dari ditipu… berfikir sebelum bertindak..

8.  Donita
December 29th, 2009 at 4:50 pm

Ya hati2x dengan penipuan.

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes