Cuti-cuti Malaysia – Wang Kelian

Assallammualaikum..

 

Apa khabar semua?  Salam Maal Hijrah untuk anda semua, semoga tahun baru hijrah ini membawa lebih banyak keberkatan dan keredhaan Allah untuk kita semua..

Saya masih lagi melawan virus2 demam & selsema yang dah menumpang di badan selama seminggu ni.. hadoi, stress betul la, buat apa pun tak kena sebab badan tak sihat.. Tapi Alhamdulillah, masih under control..

Cuti sekolah dah bermula.. bestnya adik2 kita tak payah bangun pagi2 gi sekolah kan.. hehe.. pada adik2 yang bercuti dengan keluarga ke utara, apa kata ajak mak ayah ke Wang Kelian, Satun, Thailand.. Jauh??? Tak ada pasport??? Tak apa… boleh masuk jalan kaki jer, sebab Wang Kelian ni di sempadan Perlis & Thailand.. ada macam2 barang2 kat sini.. harga pun murah2, especially comforter @ toto, kasut & mainan kanak2..

Saya tak sempat nak ambik banyak gambar sebab bateri kamera dah habis masa tu.. So kita tengok apa yang sempat saya snap2 di sana ye..

Owh, sedikit tips jika anda ke Wang Kelian:-

1)  Cuaca sangat2 panas, pakai pakaian yang sesuai seperti baju @ tshirt cotton.. ada sorang pompuan ni baru balik dari kenduri kot, pakai baju lace, hambik kau, mandi peluh jalan dari kedai ke kedai.. hehe

2)  Kedai2 berderet panjang hingga ke hujung sempadan, so pakai running shoes @ kasut sports, tak yah la nak gedik2 pakai high heels ye nyah…

3)  Tawar menawar seminima mungkin.. harga barang2 kat sini jauh lebih murah dari di Padang Besar.. Cakap elok2, senyum lebih2 pada akak2 Siam tu, Insya-Allah dapat harga murah..

4)  Kalau boleh, tak payah la bawk baby, kesian sangat sebab cuaca kan.. walaupun anda tolak baby dalam stroller, tapi bahang kepanasan pasti buat baby menangis sebab tak selesa..

5)  Jangan lepaskan peluang cuba makan pulut ayam a must try when you are in Perlis @ Siam 😉

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Budak kecik ni paling banyak memborong kat Wang Kelian, beli kapal terbang, senapang, selipar, bubles & comforter kat sana.. hehe

 

 

Di pintu keluar dari Wang Kelian

 


Pelawat menemui web ini melalui carian:

senapang manik,kedai pistol manik,pistol manik,pistol manik murah,kedai pistol manik di malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge