Assallammualaikum

Hari ini, kita belajar sedikit Sejarah ye..

Dulu2 masa sekolah rendah, ada satu part pasal Tugu Negara ni.. masa tu, kagum jer baca.. Masa kecik2 dulu pernah la datang sini sekali, masa tu rasa besarnyeeeeeeee Tugu Negara ni.. huhu.. Semalam, 14/10/2012, setelah 9 tahun tinggal di Selangor/KL, saya dan suami menjejakkan kaki sekali lagi ke Tugu Negara J

Papan Tanda di bahagin pintu masuk ke Tugu Negara

 

Sebagai permulaan, untuk pengetahuan anda semua, Tugu Negara adalah monumen yang dibina bagi mengingati mereka-mereka yang terkorban dalam memperjuangkan kebebasan Malaysia, terutamanya terhadap tentera Jepun semasa Perang Dunia ke 2 dan semasa Zaman Darurat yang bermula dari 1948 sehingga 1960.  Tugu Negara ini terletak berdekatan dengan bangunan Parlimen, dan masuk adalah PERCUMA, bermula dari jam 7 pagi hingga 6petang…

Ada sebab kenapa waktu melawat sehingga pukul 6 petang
Jap lagi saya terangkan di bawah..

 

 

Buat pengetahuan anda semua, Tugu Negara ini adalah monumen gangsa berkumpulan terbesar di DUNIA.. ha, kau ada? Di dunia ok!

 

 

Tugu Negara yang anda lihat sekarang, ialah monumen kedua.  Sebelum Tugu Negara dalam bentuk prajurit2 itu dibina, sebuah cenopath atau dalam bahasa Melayunya, kubur kosong telah dibina di tengah2 sebuah bulatan (roundabout).  Pembinaannya telah dilakukan oleh pihak British bagi memperingati prajurit-prajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua & Zaman Darurat.

 

Cenotaph atau Tugu Negara yang pertama

 

Seterusnya, semasa pembinaan sebuah jambatan (flyover) pada tahun 1964 yang menghubungkan Jalan Sultan Hisamuddin & bulatan Parlimen, cenotaph ini telah dipindahkan ke sini.. Nama Cenotaph Road. Kemudiannya ditukar kepada Jalan Tugu.

Di atas monumen cenotaph itu tertulis  “To Our Glorious Dead with dates of the First World War (1914–1918), Second World War (1939–1945) and the Emergency (1948–1960).  Disebabkan pembinaannya dibuat oleh pihak Birtish, maka janganlah anda hairan andainya nama-nama yang tertulis adalah nama-nama asing, bukan nama Melayu @ Cina @ India ye..

 

Pandangan cenotaph dari luar..

 

Tugu Negara yang kedua, iaitu monumen prajurit-prajurit yang telah terkorban ini adalah hasil idea Tunku Abdul Rahman.  Tunku Abdul Rahman telah mendapat inspirasi untuk membina monument tersebut semasa lawatan beliau ke US pada tahun 1960.  Di US, beliau telah melihat USMC War Memorial, dan dari situ timbul idea untuk membina Tugu Negara berukuran 15 meters (49.21 kaki) yang anda lihat sekarang ini.. Bagi merealisasikan impian ini, Tunku telah berjumpa dengan Felix de Weldon, iaitu seorang pereka monumen, untuk menzahirkan impian beliau.  Dan seperti biasa di Malaysia, bagi menghargai usaha seseorang, De Weldon telah dianugerahkan darjah kebesaran Tan Sri sebagai menghargai usahanaya membina Tugu Negara berkenaan.

 

 

Tugu Negara ini dibuka secara rasmi pada 8 Februari, 1966, oleh Yang Dipertuan Agung pada masa itu.  Ia telah diumukan sebagai taman memorial yang didedikasikan kepada 11,000 nyawa yang terkoban sepanjang tempoh 12 tahun dalam Zaman Darurat.  Semenjak perasmiannya, sambutan Hari Pahlawan telah diadakan di sini pada setiap 31hb Julai.

 

 

Tugu Negara kedua

 

Pada 27 Ogos 1975, monumen ini telah rosak teruk akibat letupan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis.  Kerja-kerja membaik pulih telah dilakukan dan monumen tersebut kembali dibuka kepada orang ramai pada 11 Mei 1977. Kemudian, pagar telah dibina di keliling Tugu Negara tersebut, dan ia diistiharkan sebagai kawasan larangan dari tenggelamnya mentari hingga ke subuh.. Sebab tu ia Cuma dibuka kepada orang ramai dari jam 7 pagi hingga 6 petang sahaja.

 

Tapak yang menempatkan arca-arca prajurit ini dibuat dari granite.  Jata Negara (versi lama) diabadikan di hadapan tapak granite ini, dan diapit oleh tulisan dalam bahasa Inggeris & Melayu dalam tulisan Jawi.   Setiap arca prajurit yang dibina dalam monumen tersebut menggambarkan kepimpinan, kesengsaraan, penyatuan, kewaspadaan, kekuatan, keberanian dan pengorbanan..

 

 

 

Jata Negara

 

Itu lah dia serba sedikit informasi berkenaan dengan Tugu Negara ini..

Dari kaca mata saya sebagai pelancong tempatan, tempat ini boleh dikatakan terbiar.. Tugu Negara ini dibina di tengah2 kolam air dan ada mesin air pancut, sayangnya, semasa kami di sana, ia tidak dihidupkan.. Saya tak tau la, sama ada rosak @ memang dimatikan untuk save cost?? Air kolam tu pun berlumut jer.. Seriously, kalau air pancut dibuka, tempat tu akan jadik lebih ceria dan menarik..

 

Lepas tu, sebelum sampai ke arca prajurit tu, ada laluan.. di atas bumbungnya pula diletakkan logo2 Komando & lain2.. Jadi anda perlu mendongak untuk melihat logo-logo yang diletakkan di atas bumbung tersebut.. Pada pendapat saya, jika di letakkan sepanjang laluan, lebih menarik & berguna.. Namun, mungkin ia satu simbolik, seolah2 memartabatkan dan meletakkan pengorbanan bekas-bekas prajurit kita di tahap paling tinggi..

 

Ada logo pasukan tentera & komando kat atas bumbung dengan 3 kubah ni..

Pun begitu, pujian harus saya berikan pada penjaga taman, sebab pokok2 renik yang ditanam sepanjang pagar dijaga sempurna, bahagian ni memang sejuk mata memandang..  J

Pada anda yang mempunyai masa terluang, jom kunjungi Tugu Negara & mengingati sejenak pengorbanan para tentera kita dahulu..

 

 

Al Fatihah untuk semua insan-insan berhati waja yang gugur di medan perang.. Semoga Allah merahmati & meredhai perjuangan kalian.. Amin..

 

Pandangan belakang Tugu Negara


Pelawat menemui web ini melalui carian:

tugu negara,kubur cina melaka,pereka tugu negara,seladang hutan,seladang terbesar,seladang terbesar didunia,waktu melawat tugu negara

Tags: , , , ,

This entry was posted on Monday, October 15th, 2012 at 4:45 pm and is filed under Cuti-cuti Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments so far

1.  Effah Najwa
July 12th, 2014 at 9:11 pm

1 sejarah yg bagus…

2.  Fiza Sabri
August 6th, 2014 at 2:18 pm

…Errmm Pn Ayu…rajinnya share experience.. ada page sendiri lagi.. cayalah Ayu…tgh google2 nk cari info, ternampak nama yang mcm aku kenal nih…heheh

3.  Ayu
August 8th, 2014 at 9:39 pm

Puan Fiza Sabri housemate lama! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. dulu cita2 nak jadik penulis novel, tapi tatabahasa tak pass, maka jadiklah penulis blog je.. hahahha

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player