Assallammualaikum semua..

Kali ni kita tinggalkan Istanbul, kita bercerita tentang Malaysia yang dikasihi.. chewah!

Saya, suami & Iemrand telah berkunjung ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur pada 17 September 2012.

Tiket berharga RM10.00 bagi orang dewasa yang mempunyai MyKad.  Asalnya, kami ingin ke Zoo Negara, tapi sebab packed gila sebab public holiday, so kami ke Taman Rama-rama la sebab melalui description yang diberikan dia webnya  – http://klbutterflypark.com/ buat kami teruja sangat.. iyela, katanya ada 5,000 live butterflies!! I was imagining butterflies flying on our heads, feeding from our hands & a park full with fairy-tale like environment.. waaaaaaaaaaaa, best best!!

Ni saya sertakan deskripsi dari web tersebut -

Kuala Lumpur
Butterfly Park Malaysia

Kuala Lumpur Butterfly Park is a veritable secret paradise where butterflies actually dance nonchalantly in clumps of fern amidst scented beautiful flowers and flowering vines.

From the words of the internationally renowned programme- Discovery Channel, in an interview and broadcasted to over 200 million viewers worldwide, it says “of all the butterfly parks in the world, none can compare with this one”. (don’t u think its just awesome???,. lagi la saya bersemangat nak pegi kan.. )

 This is the largest butterfly garden in the world spanning over 80,000 sq ft of landscaped garden with over 5,000 live butterflies, exotic plants, butterfly-host plants and ferns. Other attractions are japanese koi fish, fresh water turtles, live insects and a museum with a large collection of butterflies and insects from around the world.

So, dengan semangat yang meluap2, kami pun menuju ke Taman Rama-rama ni.. Kami tiba kat sana dalam pukul 3petang.. Cuaca cerah, angin pun nyaman..

First impression – melangkah masuk ke kaunter tiket, seriously, macam nak masuk rumah hantu instead of taman yang penuh dengan rama-rama.. tak ceria langsung.. come on la, pilih ler kaler2 yang menarik sikit kan.. ok fine, takpe la, maybe nak save cost & nak tunjuk2 ala2 belukar @ old fashion  taman so kami anak beranak pun masuk…

Tiba di tangga pertama – dah bau hanyir ikan.. Iemrand dah mula la, mama busuk!!! Sambik tutup idung.. anak teruna sorang ni memang particular sikit bab bau2an ni.. haha.. tapi nak buat cam mana kan, bawah tu ada kolam ikan koi, of course la hanyir baunya.. so saya pujuk2 dia dan masuk..

 

Keadaan dalam Taman Rama2 Kuala Lumpur

 

Urm.. sedih je tengok pokok2 ni, tak cukup baja ker?

Bila masuk taman, hati tertanya2, tidur ke rama2 ni?? Tak nampak sekor pun.. Pokok2 pun ala2 layu jer.. serius macam tak terjaga.. Tapi suami kata, maybe memang diorang sengaja buat camtu, utk wujudkan suasana dalam hutan.. huhuhu… takpe la, still pujuk2 hati ni, maybe ada banyak rama2 di bahagian tengah kan.. so kami pun jalan la ikut trail.. kat dalam ni ada beberapa kolam ikan koi.. secara jujur, ikan2 ni nampak sihat walafiat.. maybe sebab kat depan tu ada jual makanan ikan, RM5.00 sepeket… so pengunjung boleh beli dan bagi makan kat ikan2 ni.. ikan2 ni pun cam dah tau, bila ada pengunjung, semua akan berkumpul pegi kat pengunjung tu.. bukan main banyak tau.. huhu.. cantik2 warna dia.. ok, terhibur gak la tengok ikan2 ni.. Dekat satu lagik kolam, ada la seekor jer kura2.. kesian dia sekor2 (eh, boleh guna ke kata ganda camni? Hahaha)

 

Ikan2 ni mula berenang ke arah kami bila kami sampai di tepi kolam..

 

Nampak tak yang kaler kuning tu? cantik kan?

 

 

Ikan2 koi yang sihat walafiat.. hehe

 

 

Kesian dia.. sekor2 jer dalam kolam.. huhu

Pastu kami ke bahagian tengah lagik.. Haaaaaaaaaaaa, barulah nampak banyak rama-rama, tapi tak sampai la 5,000 seperti yang dinyatakan dalam web.. rasanya adalah 2-300 ekor.. itu pun tak banyak variasi, ada la 7-8 jenis, da yang cantik2 warnanya, ada yang kusam jer.. Sila la tengo gambar2 rama-rama yang ada kat sana ye… (kredit semua gambar2 yang awesome ni pada suami tercinta – Shuhaizan Shuib.. love u)

 

 

 

Ni macam anjung tinjau la, boleh nampak semua kawasan Taman Rama2 Kuala Lumpur ni dari atas ni..

 

 

Suci si rama2..

 

Ni macam description tentang rama2 yang ada kat sini..

 

 

 

Cantik kan yang ni?

 

 

 

 

 

 

 

i love this pic, awesome!

 

 

Selain dari rama2, ada juga beberapa haiwan lain seperti katak dan kura2.. ada seekor kura2 ni, memang ganas rupa dia.. rasanya kalau dia gigit jari kita, boleh putus kot? Ahhaha.. Orang tua2 kata, kalau kena gigit dengan kura2, kena tunggu guruh di langit, baru dia lepaskan.. kalau tak hujan sebulan, tak ke haru tu? Hahah..

 

Huarghhhhhhhhhhh! Aku la kura2 yang paling ganas kat Taman Rama2 ni! huhu

 

 

Geli geleman tengok katak ni.. huhu

 

Coming back to the topic, rasa ketidak-puasan hati saya tentang keadaan Taman rama-rama Kuala Lumpur ini sedikit terubat bila melangkah ke bahagian pameran.. Kat sini memang ada beratus2 ekor serangga yang diawet.. informasi dia pun ok la.. memang rasa kagum dengan koleksi serangga2 yang ada kat sini.. Melangkah lebih jauh lagi ke ruang pameran, ada pulak koleksi rama-rama yang telah diawetkan.. Subahanallah.. cantikkkkkkkkk sangat2!  Kemudian, ada kala jengking yang masih hidup dalam bekas ala2 aquarium.. kala jengking yang kami nampak ari tu, baru je beranak, so dia bawak anak2 dia atas badan dia.. Subahannallah, comel2, putih jer warna anak kala jengking tu.. nampak harmless je, tapi kalau dah kena sengat, baru tau penangan dia!  Selain tu, ada mentadak mentadu, dan cicak tokek yang jadik buruan ramai orang.. katanya cicak tokek ni boleh mengubat AIDS, wallahualam..

 

 

 

Kumbang badak yang handsome.. haha

 

Koleksi Kupu2 terbesar di dunia!

 

 

Ni la ibu kala jengking yang membawa semua anak2 dia atas badan.. nampak harmless kan?

 

 

Katak bertanduk

 

 

Overall, kalau dari 5 bintang, saya bagi 3 jer la.. maybe timing lawatan ni tak kena kot.. tu yang tak banyak sangat rerama.. hehe…  So kalau nak bawak anak2 masa cuti sekolah tu, boleh la datang ke sini.. lain orang lain pandangan, mungkin ada yang suka suasana begini kan.. Apa2 pun, there is a lot of space for improvement.. Komen2 yang saya berikan adalah pandangan saya sahaja, dan ia adalah komen ikhlas untuk membantu industri pelancongan Negara.. chewah! Moga taman rama-rama kuala Lumpur ini akan berusaha lagi untuk meberikan yang terbaik untuk pengunjungnya!

 

 

Babai.. terima kasih sudi baca posting saya :)


Pelawat menemui web ini melalui carian:

taman rama-rama kuala lumpur harga tiket,taman rama-rama kuala lumpur,taman burung kl harga tiket,harga tiket taman rama-rama kuala lumpur,harga taman rama-rama,cara nak ke taman rama-rama kl,taman rama-rama kartun,taman rama-rama kuala lumpur harga tiket 2013,taman rama-rama kl tiket,taman rama-rama kl 2014,taman rama-rama di kuala lumpur,taman rama-rama,taman rama rama kuala lumpur,taman burung kuala lumpur harga tiket,bunga jenis apa yg dilawati rama malaysia,gambar kartun anak mengaji,images for kaunter taman rama rama,kedai jual serangga,kedai menjual rama-rama dikuala lumpur,pendapat rasulullah tentang rama rama puteh masuk dalam rumah,rama rama banyak,rama rama terbesar di dunia,serangga lumpur,tiket masuk taman rama-rama kuala lumpur

Tags: , ,

This entry was posted on Tuesday, October 9th, 2012 at 1:03 pm and is filed under Cuti-cuti Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments so far

1.  MFNS
October 10th, 2012 at 2:02 pm

fuh..last pi tmn ni masa rombongan tadika dulu..skrg umo dah 29.. huhu
MFNS recently posted..Indo Board Original – Bamboo Beach from Indo BoardMy Profile

2.  Ayu
October 10th, 2012 at 2:29 pm

moh kita pegi pulak ujung minggu ni, rombongan kak ayu ke taman rama2.. hahaha

3.  Yaya
October 10th, 2012 at 3:29 pm

mcm xnak pegi jer bile dh bace artikel kakak ni..terima kasih sbb selamatkan duit tket masuk yaya..huhu

4.  Ayu
October 10th, 2012 at 4:32 pm

Yaya, kalau nak pegi ok jer, lain orang lain pendapat kan :)

One Trackback/Ping

  1. Cuti-cuti Malaysia - Taman Burung Kuala Lumpur | AyuFatarina.com    Mar 27 2013 / 11am:

    [...] dari burung2 kat atas, ada juga kolam ikan koi.. Macam kat Taman Rama2, ikan2 kat sini sihat walafiat.. [...]

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash player