Cuti-Cuti Malaysia – Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur

Assallammualaikum wbt,

Rakan-rakan pembaca yang dihormati, cuti sekolah datang lagi, dan pastinya anak2 merengek nak pergi jalan-jalan, kan?

Ada ibu bapa yang tak ada idea nak pergi ke mana, da nada yang pening memikir nak memandu ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur untuk bawa anak-anak bercuti.. Dengan jalan yang jem, nak cari parking, nak bayar parking lagik.. arggghhh, jadik stress kan? Jadi apa kata anda cuba naik Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur saja?

Hop On Hop Off Bus (HoHo Bus) ni memang terdapat di mana-mana Bandar besar di seluruh dunia, dari London ke Paris, Amsterdam ke Belgium, India dan banyak tempat lagi. Saya pernah menaiki HoHo di Paris, yang akan saya ceritakan kemudian. Dari situ, timbul juga keinginan untuk merasa HoHo di tempat sendiri. Jadi, saya masuk ke laman web HoHo KL

Nasib saya baik, ketika itu ada tiket promosi RM5.00 saja seorang untuk HoHo KL, dan tarikh akhir ialah pada 29 November, 2015 (harga biasa bagi warganegara ialah RM19.00 seorang). Saya terus daftarkan nama sendiri, suami & anak. Selang beberapa minit, saya mendapat notifikasi yang pendaftaran telah berjaya! Saya Cuma perlu cetak pendaftaran dan tunjukkan kepada petugas.

Anda boleh tengok harga tiket / promosi di sini

Hari yang ditunggu pun tiba, kami naik train dari Kelana Jaya dan turun di KL Sentral. Dari sana, kami menunggu HoHo KL di pintu perlepasan. Mudah saja nak cari, dari exit putra LRT, anda akan nampak tangga / escalator di belah kiri anda. Terus naik ke atas dan keluar di pintu hadapan.

Kami menunggu kira-kira 15 minit sebelum HoHo KL sampai. Ada petugas di situ, jadi anda boleh terus bayar kepada petugas itu dan terus naik bas.

HoHo Bus ini adalah bus dua tingkat, macam dalam gambar. Jadi anda boleh pilih untuk duduk di bawah, di atas dek terbuka atau di dalam dek berhawa dingin. Kami memilih dek berhawa dingin, tapi ramai je mat saleh dok di luar.. Macam mana la diorang tahan cuaca menyengat tu.. Haha

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur

Tiket HoHo KL ini, sah untuk 24jam. Maknanya, kalau anda naik pukul 9.00 pagi, ia valid sehingga jam 9 pagi esoknya. Bus terakhir ialah pada jam 7.00 petang, dari semua lokasi (ini informasi yang diberikan oleh pemandu dan petugas). Saya cadangkan anda naik pagi, sebab pada waktu petang, HoHo tersebut penuh, sehingga terpaksa berdiri ? tu yang tak berapa nak best..

Harga bagi warganegara ialah RM19.00. Tapi saya dapat harga promosi RM5.00 sahaja.

Harga bagi warganegara ialah RM19.00. Tapi saya dapat harga promosi RM5.00 sahaja.

Ada 24 perhentian HoHo KL ini, dan anda boleh naik dan turun sesuka hati anda, asalkan ia dalam tempoh 24 jam. Bas yang seterusnya tiba setiap 20 – 30 minit , bergantung kepada keadaan trafik.. Masa saya naik, bus tiba dalam tempoh 20 minit.

Dari KL Sentral, kami pusing satu KL dan melalui berbagai tempat tarikan pelancong di KL. Kami mmg merancang untuk tidak turun di mana-mana perhentian pada mulanya, tapi akhirnya membuat keputusan untuk turun di istana Negara, Jalan Duta.

Satu pusingan penuh mengambil masa 2 jam 35 minit (mungkin kerana trafik ok, jika tidak, jangkakan kelewatan). Pemandu akan membuat pengumuman setiap kali sampai di perhentian. Informasi mengenai tempat-tempat yang dilalui hanya dalam Bahasa Inggeris sahaja, dan anda boleh dengar menerusi pembesar suara yang dipasang di dalam bas.

Kita tengok dulu gambar2 yang dirakamkan sepanjang perjalanan 🙂

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Istana Negara 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Istana Negara

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Kompleks Kraf 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Buildings in KL

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Bukit Bintang

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Kompleks Kraf

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Louis Voutton Bkt Bintang

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Malaysia Tourism Centre

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Masjid Negara 3

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Masjid Negara

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Pavilion 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Pavilion 3

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Pavilion

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Perpustakaan Negara

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Saloma Bistro

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Taman Burung 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Taman Burung 3

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Tokong

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Welcome to Kuala Lumpur 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Welcome to Kuala Lumpur 3

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Welcome to Kuala Lumpur 4

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur - Welcome to Kuala Lumpur

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur 2

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur- KLCC

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur- KTM

Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur- Suria KLCC

Secara jujurnya, memang mudah kalau naik HoHo KL ni untuk pergi ke destinasi menarik di Kuala Lumpur. Namun demikian, cuaca kita yang agak panas, boleh menyebabkan anda sakit kepala kalau berada di dek terbuka. Tapi jangan risau, ada bahagaian bertutup dengan air cond dalam bas HoHo ni.

Untuk pengetahuan anda, di hentian Menara Kuala Lumpur, bus cuma berhenti di bawah, anda perlu naik dengan berjalan kaki @ menaiki teksi. Di kawasan Taman Burung, Taman Orkid dan sebagainya, jaraknya juga agak jauh, sedikit sukar dan penat jika membawa anak-anak kecil, yang pastinya merengek kepanasan dan keletihan.  So pastikan bawak stroller, pakai kasut yang bersesuaian, bawak air masak dan enjoy the walk!

Jika anda betul-betul ingin melawat semua tempat yang dilalui oleh HoHo KL, ini memang option terbaik, tapi kalau setakat nak pergi KLCC, Pavilion, lebih baik naik train sahaja…

Overall, it was a good experience, it was fun! 

Anda boleh ke page Facebook Hoho KL untuk informasi terkini dan promosi2 menarik dari mereka..

Jika perlukan apa2 informasi mengenai HoHo KL ini, boleh tinggalkan pertanyaan di bahagian komen ye.. Salam sayang 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bus cuti cuti malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge