Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Allan’s Water

 

Assallammualaikum wbt

Salam Jumaat untuk semuaaa! Dah jadik macam hotel dah blog ni, tuannya kejap ada kejap takder.. hehe

Ok, straight to the point, hari ni sambung pasal percutian ke Fraser Hill.

Tidak seperti Cameron Highlands @ Genting Highlands, tempat menarik di sini amat terhad.. Tapi kalau anda seroang yang “adventurous” dan sukakan jungle tracking, mungkin di sini tempat yang sesuai untuk anda sebab banyak laluan tracking di sini..

Tapi usah gusar, walaupun terhad, tetapi ada beberapa tempat yang agak menarik untuk anda kunjungi, dan yang PALING BEST – PERCUMA!!! yeayyy! hehe

Saya mulakan dengan tempat bernama Allan’s Water.  Allan’s Water ini adalah sebuah tasik kecil yang terletak di Jalan Ampang.  Ia ditransformasikan kepada sebuah tempat tarikan pelancong dengan aktiviti rekreasi “paddle boating”.  Selain itu, antara aktiviti yang disukai oleh anak2 kecil ialah memberi ikan makan.. ada beratus-ratus ekor ikan dalam tasik ni, baik yang kecil, sederhana, atau besar.. Sepeket makanan ikan boleh dibeli dengan harga rm1.00 dari gerai berdekatan.  Memang seronok sangat bagi makan kat ikan2 ni, bukan setakan budak-budak, mak budak pun suka! Tak percaya, kita layan gambar!

Sejarah Allan’s Water

Harga untuk paddle boat

 

Paddle Boat yang boleh disewa

 

Kedai berdekatan yang menjual makanan ikan

Banyak sangat ikan dalam kolam ni, meloncat2 bila kami baling makanan ikan..

 

Insya-Allah saya akan update lagi tempat yang menarik di Fraser Hill esok 🙂

xoxo

Ayu Fatarina

 

2 thoughts on “Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Allan’s Water

  1. Ayu Post author

    Ahaksss.. Dah hagak dah, Ayu pun masa nampak nama Jalan Ampang teringat jalan kat KL tu.. hahahah..
    Ikan tu teramat ler besor, seram jugak tengok banyak2 tu.. rasa2 kalau jatuh kolam tu, kita pun habis kena ngappppp! hahah

  2. jari manis

    Ayu! Jm ingat jln ampang di kl hahaha mengong. Best nya tgk ke cuaca berkabus je mesti sejuk kan pastu naik padle boat pulak nyaman je rasa. Ikan2 tu besor cam nk tangkap bwk alik goreng 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge