Assallammualaikum semua
Salam hari Jumaat! Esok cuti yeayyyyyyyy! Hehe.. Bila cuti sekolah ni, mula la anak2 merengek2 nak suruh bawak ke sana sini kan.. So pada anda yang tak tau lagik mana nak pergi, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bawa anak2 ke Aquaria KLCC @ ke Underwater World Langkawi..
Saya ke Aquaria ni tahun 2010, masa tu Iemrand masih lemak berkrim, pejal2 aje dagingnya.. haha.. Underwater World Langkawi pula kami lawati pada bulan Februari tahun ini..
Ada banyak beza antara kedua2 tempat ni, walaupun tujuan mereka ialah satu – to educate the public about sea life..
Ok, antara perbezaannya boleh dilihat dari gambarajah di bawah ni:-
Jadi, kalau nak melawat kedua2 tempat ni, JANGAN LUPA BAWAK MYKAD & MYKID.. Banyak beza antara warganegara & pelancong asing tau!
Dah habis dah sehari di Aquaria KLCC.. sekarang kita melawat Underwater World Langkawi pulak ๐

Ikan pari ni dok tengok jer kami berdiri kat tepi cermin
bila kami duduk tepi cermin, dia pun berenang perlahan2 menghampiri kami..
Ok, dari pengamatan saya, kedua2 tempat ni ada kelebihan tersendiri..Aquaria misalnya, mempunyai lebih banyak ikan2 dan tarikannya adalah lebih kepada Jerung2 & Arapaima.. Di Underwaterworld pula, ada 2 kelainan besar, iaiatu penguin & Fur Seal.. Dari segi harga pula, Aquaria KLCC memang juara la, mahal RM7.00 dari Underwater World Langkawi.. hehe.. Pada saya, memang harga tiket tu agak mahal, tapi mungkin itu harga yang ditentukan selepas mengambil kira kos menjaga ikan2 dan hidupan serta menyelenggara bangunan tersebut la..
Saya sebenarnya telah melawat Aquaria KLCC sebelum ini, dalam tahun 2006.. masa tu dengan mak ayah & adik2 saya.. reception @ tukang jaga kaunter tu memang kurang ajar la, tengok pelancong tempatan ni sebelah mata jer, layan pun nak tak nak jer, sampai ada brader ni dah bengang, suruh panggil manager.. tak tau la apa diorang kowtim, saya malas nak layan orang2 bodoh sombong ni, bukan mintak duit diorang pun nak masuk dalam Aquaria tu kan, tapi diorang berlagak cam Aquaria tu bapak diorang punya.. huhu.. Tapi lawatan kali kedua nampak cam ok, maybe dah ada polisi kot utk layan pelancong baik2 ๐
Ha lupa, dalam Aquaria tu, ada orang lukis2 kartun tau, tak silap saya, black & white – RM10.00, kaler RM20.00.. so buatkan la yang kaler2 utk budak tembam tu, gambar dia atas jerung.. hehe.. nanti kalau ada masa saya scan ler gambar kartun tu..
Ok, selamat berhujung minggu!