Archive for the "motivasi" Category

20 Petua Murah Rezeki

Posted by: Ayuin motivasi
30
Dec
1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

Incoming search terms:

Assallammualaikum…

Apa khabar pembaca semua?  Sedar tak sedar, kita dah masuk ke bulan Disember, dan bakal menyambut tahun baru tidak lama lagi.. Bagaimana dengan azam tahun ini?  Harap semuanya sudah tercapai..

Saya sebenarnya ingin menambahkan satu lagi azam baru dalam list hidup anda, terutama bagi kakak2, adik2 dan makcik2 yang membonceng motorsikal setiap hari.  Sebagai umat Islam, semestinya anda tahu bahawa aurat seorang wanita ialah dari hujung rambut hingga hujung kaki, yang boleh kelihatan hanyalah wajah dan tapak tangannya.  Namun, saya sedih melihat “panorama indah” di waktu pagi dan petang dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.  Pembonceng2 wanita nampaknya tidak segan silu menayangkan betis di sepanjang jalan raya.  Kebanyakkannya bertudung pula.  Maka kelihatanlah betis2 yang cantik, yang putih, yang gebu, yang membuatkan pemandu2 lelaki berpusing dua kali untuk menikmatinya..

Hurm, pasti anda semua tahu stoking, kan, yang kita pernah pakai dahulu, sewaktu pergi ke sekolah.. Sekarang ini, ada bermacam2 fesyen stoking, berwarna-warni, berenda2, dan macam2 lagi la.. Tak payahlah beli yang mahal2 untuk naik motor, beli saja yang harganya RM5.00 sepasang, panjangnya sampai ke lutut.. Pakailah bila naik motor, terlindung aurat anda dan terjaga saham anda di akhirat.. Harganya mungkin murah, harga makan tengahari anda untuk sehari, tapi peranannya dalam menjaga aurat dan mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dalam Islam, tidakkkkkkkkkkk ternilai..

So, abang2, adik2 lelaki, teman2 lelaki, suami2, bapa2, datuk2, tegurlah kalau saudara wanita anda naik motor tanpa menggunakan stoking.. Anda bertanggungjawab menegur jika perkara itu salah, dan di akhirat, anda juga akan dipersoalkan kerana tidak menjaga amanat sebagai khalifah Allah tau! Buat para suami, di mana hilangnya sifat cemburu anda?  Tidak kah anda marah membiarkan orang lain melihat betis isteri anda?? Fikir2kan lah..

Jangan lupa pakai stoking untuk pergi kerja esok yer! ;)

Incoming search terms:

Assallamualaikum..

Dah lama saya tak post tentang Asmaul Husna ni.. Hari ni, ada 4 lagi nama indah Allah yang Insya-Allah, dapat memberi manafaat kepada kita dunia & di akhirat, Insya Allah.

Ya Khaliqu, maknanya Yang Maha Mencipta Segalanya.  Sesiapa yang kehilangan barang, lantas mengamalkan Ya Khaliqu sebanyak 500 kali, sebaik2nya selepas solat hajat di tengah malam, Insya-Allah, dengan izin Allah, barang yang hilang akan ditemui semula.

Seandainya ada anggota keluarga anda yang menghilangkan diri tanpa khabar berita, kaifiatnya sama seperti yang pertama, cuma selepas solat hajat, berdoalah agar anggota keluarga anda itu akan kembali kepada anda.  Lakukanlah dengan penuh keyakinan kepada Allah, Insya-Allah ia akan berhasil.

Maha Perencana Segala Sesuatu Sebelum terjadi – itulah maksud Ya Bari’u.  Dinyatakan bahawa seandainya anda menderita sesuatu penyakit, bacalah Ya Bari’u sebanyak 100 kali selama seminggu, dan mohonlah doa kepada Allah agar penyakit tersebut disembuhkan.

Ya Musowwiru – membawa maksud Yang Menciptakan Segala bentuk dan Rupa.  Asmaul Husna ini amat berkhasiat bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.  Berikut adalah amalan yang perlu anda lakukan – Isteri hendaklah berpuasa 7 hari, muali hari Ahad sehinggalah hari Sabtu.  Setiap kali berbuka puasa, ambil segelas air masak, bacakan Ya Musowwiru sebanyak 21 kali, tiupkan ke dalam gelas tersebut.  Air itu kemudian dimunum untuk berbuka puasa.  Suami pula harus berpuasa 3 hari, dan setiap kali ingin bersetubuh dengan isteri, bacalah Ya Musowirru sebanyak 10 kali.

Saudara/saudari, kita hanya berusaha dan bertawaqal, segala yang terjadi adalah dengan izin Allah.. Jika kita telah berusaha dan masih belum dapat hasilnya, yakinlah, Allah le

Incoming search terms:

Assallammualaikum kepada semua pembaca saya yang budiman.. Harap anda semua sihat dan berada di bawah rahmat & keredhaan Allah..

Saya tertarik dengan satu undang2 baru yang akan diperkenalkan di Aceh tahun hadapan.. bagi anda yang masih belum tahu tentang undang2 tersebut, saya paparkan di sini petikan dari akhbar Kosmo:-

BANDA ACEH – Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

“Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat,” kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

“Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek,” tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

“Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang,” kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

“Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

“Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh,” katanya. – AFP

Sejujurnya, saya amat terharu dan bersyukur kerana undang2 sebegini diwujudkan oleh rakan2 Islam kita di Acheh.. Alangkah bagusnya kalau undang2 yang sama juga diapplikasikan di Malaysia!!

Saudara/saudari,

Tahukah anda bahawa sebenarnya ada garis panduan untuk kaum muslimah dalam menjaga auratnya?  Saya petik dari blog Usrah UKP 8, bahawasanya ada 8 sifat pakaian wanita islam iaitu:

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

2.  Pakaian itu tidak nipis

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya” 2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Masya-Allah, adakah anda sebagai orang Islam sedar yang anda ada tanggungjawab dalam membentuk keperibadian Muslimah, tak kiralah sama ada anda wanita atau lelaki? 

Dewasa ini, saya lihat pakaian wanita Muslimah tidak tentu arah, bertudung pun tidak sempurna, separuh dari rambut terkeluar di dahi, semua demi kerana FESYEN.. Itu belum lagi dengan jeans ketat, blouse berlengan pendek dan nipis menampakkan bentuk badan yang mengiurkan.. Nampaknya ramai yang bertelanjang walaupun ada kain di badan.. Saya akui, saya malu melihat wanita2 yang berpakaian begitu, apatah lagi jika saya terlihat ada bangsa asing yang mencemik dan tersenyum sinis melihat pakaian kaum wanita Islam yang bagaikan “tangkap muat”. 

Kadang kala, tak dapat nak dibezakan sama ada seseorang wanita itu wanita Isalam ataupun kafir, kerana skirtnya sama pendek, seluarnya sama ketat, dan dadanya sama terjojol.. Nauzubillah..

Persoalannya, siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Kerajaan? Ulama’? Ibu Bapa? Keluarga? Jawapan saya – SEMUA BERTANGGUNGJAWAB, kerana kita sesama Muslim wajib berpesan2 pada kebenaran.. Tentu ada yang berkata – alahhhh, biarlah, kubur lain2..! Sebab kubur lain2lah kita wajib tegur menegur sekarang, kalau kubur itu bagaikan kawasan perumahan sekarang, mungkin ada lagi yang bersimpati dan boleh menolong anda semasa di seksa di dalam kubur..

Saudara dan saudari, saya harap bebelan saya yang sedikit ini dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita semua.  Ingatlah, syurga dan neraka itu benar, seksaan kubur itu benar, dan padang masyar itu benar.. Amalan kita semua akan dihitung, dan pembalasan yang sewajarnya akan diberikan kepada kita di akhirat kelak.. Dunia ini hanya platform sementara, untuk kita mengumpul kebaikan dan amal jariah bagi menentukan tempat kita di akhirat kelak..

Abang2, ayah2, pakcik2, datuk2, anda ada tanggungjawab yang besarrrrrr dalam mendidik saudara2 perempuan anda agar berada di landasan yang telah ditetapkan oleh syariat..

Saya lampirkan di sini, email yang saya terima, tentang lelaki2 yang bakal menempah tiket ke neraka dek kerana kelalaian mereka membimbing saudara2 perempuan mereka:

 Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

 2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .) 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Ingatlah saudara/saudari, kita ini hamba2 Allah, apa yang telah ditetapkan oleh Allah, semestinya adalah yang terbaik untuk kita semua.. janganlah kita mempersoalkan larangan dan ketentuan Allah.. Beramalah, dan jagalah tatasusila kita sebagai orang Islam.. Mati tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat, ia datang bila2 masa sahaja.. Jadi bersedialah dengan amalan2 yang baik.. Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali.. Jazakallah…  

 

Incoming search terms:

Assallammualaikum sahabat2 yang saya hormati..

Post kali ni saya buka dengan lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali.. Hayatilah lagu ini dengan penuh penghayatan, penuh kesedaran, dan penuh ketaqwaan ya..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Hurm.. apa yang anda rasa setelah menghayati lirik tersebut?  Gerun? Takut? Cemas? Bahagia? Gembira? Insaf?  Yang pastinya berbagai2 perasaan timbul setelah menghayati bait2 kata di dalam lagi tersebut.

Saya sendiri merasa amattttttttt kerdil, amat kecil, amat hina di sisi Allah, kerana amalan saya yang tidak seberapa.  Andainya saya mati hari ini, entah cukup, entahkan tidak amalan yang saya bawa.. Apakah agaknya bentuk sakaratulmaut yang saya terima?  Adakah saya akan mati dalam keaadaan beriman atau kufur?  Adakah saya akan lulus dan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka?  Adakah Allah akan melihat saya dengan pandangan penuh kasih sayang atau adakah saya akan dihumban ke dalam neraka jahannam??? Nauzubillah, hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Saya terfikir sebentar tadi, ada 24 jam sehari, tapi berapa jam agaknya saya gunakan untuk beribadat kepada Allah, untuk bersolat, baca Al Quran, berzikir? Jika ditolak, dihitung, ditambah, tak sampai 4 jam sehari.. Masya Allah.. betapa saya terlalu memikirkan keduniaan, alpa pada kenikmatan, dan tidak menyedari yang dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga tempat persinggahan terakhir.. Lantas, apa yang telah saya sediakan? Bekal apakah yang saya bawa?  Bagaimana hubungan saya dengan Allah setakat ini?  Bagaimana hubungan saya dengan manusia, dengan suami, dengan ibu dan ayah, dengan keluarga saya setakat ini?? Adakah saya sudah menjalankan taggungjawab sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang pekerja, seorang hamba Allah dengan baik, dengan tawaduk?  Takut dan segan untuk saya akui, tapi hakikatnya, saya belum membuat persiapan lengkap untuk menemui Allah!!

Aduhai,  Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ini hambaMu yang lalai, yang kerugian.. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. Ya, tanpa kita sedari setiap waktu yang kita lalui, jika tidak di isi dengan amalan dan kebajikan, adalah masa2 yang rugi, yang telah dipersiakan untuk beribadat kepada Allah.. Apalah yang akan kita jawab nanti, bila Allah tanya kenapa kita tidak membawa apa2 bekalan untuk menemuiNya?

Sahabat2 sekalian, saya sebagai manusia biasa, banyakkkkkk kekhilafan, banyakkkkkkk kekurangan, banyakkkkkk terlalai, banyakkkkkkk terleka..  Di kesempatan ini, semenatara Allah masih memberikan saya peluang dan kudrat untuk menulis, saya menyeru kepada anda, agar kita semua kembali ke jalan Allah.. Marilah kita semua bersolat dengan khusyuk seolah2 itu solat kita yang terakhir, marilah kita bersolat sunat tahajud, bersolat sunat taubat, bersolat sunat hajat dan berwitir, serta berzikir dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa kita, ibu bapa, dan keluarga kita, baik untuk dosa yang disedari ataupun tidak, berdoa agar Allah memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayahNya agar kita menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah, berdoa agar dipanjangkan usia dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada di landasan kebenaran.. Buat pembaca wanita, marilah kita menutup aurat dengan sempurna, janganlah memakai tudung ibarat satu budaya, kerana pemakaian tudung itu diwajibkan oleh Allah, dan bertudung & berpakaianlah dengan sempurna.  Jangan “berpakaian, tetapi telanjang”.. Ingat2lah, kaum kita yang palingggggggggg ramai, dan palinggggggggg mudah masuk neraka.. Nauzubillah..

Sementara kita masih bernafas, Ayuh, arilah kita berdoa agar kita mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh.  marilah kita bertaubat, insaf dan meneysaili segala dosa-dosa dan kekurangan kita.. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pegampun.. Jika kita berdoa bersungguh2, dan ikhlas meneysali segala perbuatan kita, Insya-Allah, Allah akan memberkati kita dengan keampunanNya..

Sesungguhnya, seperti yang terkandung dalam surah Al Fatihah:

“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat”

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya, suami, ibu dan ayah saya, adik-adik saya, keluarga saya, dan semua umat muslimin & muslimat di dunia ini.. Moga iman kita terpelihara dari dicemari dan dikotori dengan maksiat dan dosa2.. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh kepadanya, Semoga taubat kita, doa2 kita dan amalan kita diterima olehNya dan menjadi benteng kepada azab kubur & seksaan api neraka..

“amalan dan taqwa, jadi bekalan, sejahtera bahgia pulang, ke sana….”

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat & menjauhkan kita dari segala kemungkaran.. Fikir2kanlah.. Jazakallah..

Incoming search terms:

SELAMAT BERPUASA!

Posted by: Ayuin motivasi
21
Aug

Assallammualaikum..

Buat semua pembaca & pengikut setia blog ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada anda semua!!

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, kita lebih menginsafi diri, bertaubat & beramal soleh pada Allah..

Pada yang tergerak hati nak memakai tudung bulan Ramadhan nih, semoga anda masih bertudung selepas bulan Ramadhan..

Pada yang berhenti pakai baju seksi2, skirt pendek, baju sleeveless, baju jarang, semoga berkekalan la sampai bila2…

Pada yang bercadang nak berhenti jadik makcik kepoh bulan puasa nih, semoga Allah pelihara anda dari keaiban..

Pada yang berniat untuk bersedekah pada bulan puasa ni, semoga amalan itu berterusan setiap waktu…

Pada yang bertekad nak jaga solat 5 waktu, tak nak miss satu waktu pun, Alhamdulillah, semoga solat anda diterima Allah, dan anda tetap menjaga solat 5 waktu selepas berakhirnya bulan Ramadhan…

Pada yang nak buat solat sunat dhuha, tahajud, witir & hajat semasa Ramadhan, semoga ia kekal jadi amalan harian..

Saudara/saudari, maaflah kalau ayat di atas macam diulang2, pokok pangkalnya, saya ingin menyeru anda semua… Janganlah berbuat amal kebajikan pada bulan Ramadhan sahaja, sebab bulan Ramadhan bukan “MUSIM SEMENTARA UNTUK BUAT KEBAIKAN”.. Kebaikan, pahala dan keredhaan Allah harus dicari setiap hari, setiap saat, setiap ketika, bukan hanya bulan Ramadhan.. Jangan hanya menjaga aurat di bulan Ramahdan, tapi selepas itu, anda kembali membiarkan mata-mata liar ghairah menjilat aurat anda.. Jangan berhenti mengumpat di bulan Ramadhan, tapi lepas tu sibuk jaga tepi kain orang, tepi kain kita pun ada cariknya cik kak.. heheh.. Kemudian, janganlah bersedekah di bulan Ramadhan semata2 ingin menunjuk2, tak berkat pun tuan2/puan2…

Sebenarnya, memang bulan Ramadhan dibuat titik awal kepada perubahan, namun yang menyedihkan saya, perubahan itu hanya satu bulan sahaja, demi menghormati Ramadhan, selepas itu, semuanya kembali sedia kala..

Oleh itu, saya seru kepada anda semua, jika anda betul2 ingin berubah, menjadi orang mukmin yang sentiasa merindukan keredhaan, keberkatan dan syurga Allah, maka berubahlah secara menyeluruh, bertekadlah untuk berubah menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal soleh, sehingga akhir hayat, bukan pada bulan Ramadhan sahaja, ok!! :)

Sekali lagi, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa, semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada kita semua, dan semoga rahmat dan keredhaanNya melimpah ruah untuk kita, hingga akhirat kelak..

Renung2kan, dan selamat beramal! ;)

Incoming search terms:

Suami saya sudah BEBAS!!!

Posted by: Ayuin Love, motivasi
19
Aug

Assallammualaikum!

Hai semua!!! Lagi 3 hari kita akan berpuasa! Tak sabar rasanya nak menyambut bulan yang mulia ini.. :)

Bulan puasa memang dikenali sebagai bulan mengawal nafsu, bulan menambah amalan, dan bulan saling bermaafan antara kita..

Namun, pada bulan puasa juga, bulan yang agak mencabar bagi orang-orang lelaki yang merokok.. Ada yang nampak tak bermaya, ada yang nampak letih, dan ada yang nampak sedihhhhhhh jer, kerana tak dapat bersarapan dengan asap.. Huhuhu.. Maaf, kalau ada yang marah membaca post saya ini, tapi saya pasti kata-kata saya ini ada benarnya..

Mungkin ada yang berkira2 mahu behenti merokok di bulan puasa ini, ada yang berjaya, ada yang tidak.. Yang pastinya, sekali sudah merokok, akan mengambil masa untuk berhenti..

Saya tahu, payah untuk berhenti menikmati asap maut ini, kerana suami saya merupakan seorang perokok tegar sebelum ini.. Asap rokok ialah makanan harian beliau.. 2 tahun bercinta dan setelah berkahwin dengannya, hanya ini sajalah tabiat buruknya yang sangattttttttt saya benci. Smoking, the one and only thing that really annoys me.. Setiap hari saya merajuk dengannya bila dia merokok.. huhuhu

Setiap hari, dalam 2 tahun ini juga, saya buat berbagai2 cara untuk buat dia berhenti.. Dari cara yang halus, hinggalah cara yang kasar.. Saya marah, membebel, bawa balik semua keratan akhbar, suratkhabar, artikel internet, dan apa2 saja risalah tentang keburukan merokok.. Jika itu tidak mencukupi, saya merajuk, diammmmm saje sepanjang hari hingga dia pun tak tau macam mana nak pujuk..

Penghujungnya, saya “tawan” dia dengan cara psikologi.. Saya tahu, suami amat sayangkan saya, amat cintakan saya, dia memang tak suka dan tak boleh lihat saya bersedih.. Saya katakan padanya “Sayang, awak tak sayang B ke? Bila awak hisap rokok tu, awak bukan rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 awak saja tau, awak rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 B juga tau.. Pastu, rahim B pun boleh rosak kalau hidu asap rokok tuh hari2..” Pastu saya sambung lagi “Membazir aje hisap rokok tu, hari2 sayang bakar duit, lepas tuh bukan tambah kebaikan, mendatangkan banyak keburukan pada kita dan orang sekeliling kita.. Atmosfera pun tercemar sebab asap rokok sayang tuh.. Orang sekeliling pun tak suka dengan bau asap rokok tu..”

Then, saya pyscho lagik “B tak nak sayang mati dulu sebelum B.. B nak hidup lama dengan sayang, ada anak2, ada cucu2, pergi menunaikan haji sama2..”

Pastu saya bagi penutup membunuh “Tapi, kalau awak tak sayang kat B, takper la, hisap jer la rokok tu sampai bila2, rokok tuh lagik penting dari B.. ”

Suami peluk saya dan cakap “Ok laaaaaaaa, saya janji saya berhenti mulai esok”.. Yeayyyyyyyyyyy! Berjaya memujuk setelah sekian lama! heheheh

Esoknya, suami berpegang pada janji.. Namun dalam masa seminggu, saya terasa juga “tamparan” akibat kekurangan nikotin dalam otak dan badan suami.. Dia jadi moody, dan susah tidur.. salah cakap, memang kena marah.. huhhu.. Sedihnya masa tu, samapi saya cakap dengan dia, “Yang, kalau kamu rasa tak boleh nak berhenti, teruskan je la hisap rokok, B tak sanggup tengok kamu marah2 macam ni, u act like somebody else, not my lovely, sweet hubby… ” Owh, dia menafikan dia marah2, moody, tapi saya memang perasan sangat.. dia kan suami saya.. I know him inside out la! Hehheheh

Tapi, Alhamdulillah, berkat KEAZAMAN dan KEKUATAN MENTAL yang ada padanya, DIA SUDAH BERJAYA BERHENTI MENGHISAP ROKOK!! Masuk bulan ini, sudah 3 bulan dia berhenti!! Suami saya sudah BEBAS dari ROKOK!!! Tahniah buat suamiku… :)

Buat anda semua yang masih berkira2, masih berfikir untuk berhenti, teruskanlah usaha murni anda.. Jadikan bulan puasa ini permulaannya.. Kuatkan azam & semangat, anda PASTI BOLEH!! Mungkin tips2 ini boleh anda gunakan untuk berhenti merokok:-

1) Niat untuk berhenti merokok kerana Allah
2) Tandakan di kalendar tarikh anda bertekad untuk berhenti merokok
3) Buang semua benda yang mengingatkan anda pada rokok – ashtray, lighter, kotak rokok kosong
4) Beli Febreeze, sembur pada tilam, sofa, langsir & karpet dan mana2 tempat yang dah menyerap bau rokok.. Kalau boleh, cuci semua alas2 bantal, cadar, alas sofa etc
5) Beli pewangi rumah seperti ambi pur @ glade, dan sembur rumah anda setiap hari, atau beli yang ada penyembur automatik
6) Kunyah chewing gum, @ gula2 setiap kali ingin hisap rokok
7) TOLAK semua pelawaan untuk hisap rokok, dan umumkan bahawa anda sedang dapam proses berhenti merokok.. Biarlah mereka ketawa.. Mereka sebenarnya yang rugi..
8) Minum banyak jus2 seperti jus epal, jus oren dan jus lemon.. Anda juga boleh minum air halba.. ia baik untuk membantu anda berhenti merokok.. Hanya rendamkan halba itu semalaman, dan minum esoknya. Anda juga boleh amalkan makan madu..
9) Cari girlfriend @ suruh isteri anda membebel @ mengingatkan anda agar berhenti merokok setiap hari (seperti yang saya lakukan! hahahahah)

Ok, itu antara tips2 yang saya amalkan ketika dalam proses membuat suami berhenti dari merokok.. Ingat, yang paling pernting ialah KEKUATAN MENTAL!!! Sentiasa fikirkan YANG ANDA BOLEH BERHENTI MEROKOK!!!

Saya doakan anda semua juga berjaya membuang tabiat menyedut asap maut itu.. Ingat orang2 yang anda sayangi, mereka juga terkena kesan dari perbuatan sia2 anda itu..

To my hubby – CONGRATS MY LOVE, u are such a wonderful man, and u will always be.. Love u so much!

Incoming search terms:

Assallammualaikum..

Apa khabar anda semua? Maaf sebab dah lama tak update pos, saya agak sibuk sekarang nih..

Saya terpanggil untuk menulis mengenai “anugerah” yang diberikan kepada seniman2 kita yang telah meninggal dunia ini.. Ya, anugerah seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.. Saya tidak mahu menyebut nama alahyarham2 dan mendiang2 yang telah meninggalkan kita, tidak mahu menjadikan blog ini kontroversi atau dibenci sesetengah pihak.. hehehh… Saya akan nyatakan secara umum, secara global sahaja..

Mungkin, bagi sesetengah pihak, darjah kebesaran patut diberikan kepada seniman2 ini kerana mereka banyak berjasa pada dunia seni tanahair.. Lantas, gelaran Datuk, Tan Sri diberikan kepada mereka.. Namun, pada saya, persoalannnya, kenapa tidak diberikan kepada seniman2 dan seniwati2 yang masih hidup, yang masih memberikan sumbangan dalam bidang seni ini? Ramai pelakon2 lama, dan penyanyi2 lama yang banyak menabur bakti kepada dunia seni dan perfileman tanahair, namun tidak dipandang atau mungkin dilupakan sahaja..

Owh, mungkin saya ini buta seni, buta tentang filem, buta dalam menilai siapa yang terbaik untuk diberikan penghargaan, tapi saya masih diberikan akal fikiran untuk berfikir..

Saya lihat, kalaupun ada pangkat yang diberikan kepada artis2 yang masih hidup, anugerah demi anugarah diberikan kepada penyanyi yang sama, seolah2 dia sahaja yang terbaik, padahal saya lihat kemampuannya sebagai penyanyi, hanya biasa2 sahaja, tidak ada apa sangat yang boleh dibanggakan..

Mungkin trend di Malaysia, atau di mana2 sahaja, seseorang hanya akan disanjung, dipuja, diberikan pangkat & penghormatan, apabila sudah meninggal dunia.. Mungkin sudah tiba masanya kita menghargai mereka yang masih hidup, yang masih boleh berbangga dengan pangkat dan anugerah yang diberikan, yang masih boleh mengucapkan terima kasih secara lisan ketika menerima pangkat atau anugarah itu.. Saya yakin, ramai seniwati dan seniman yang mendambai pangkat dan anugerah atas segala bakti dan pengalaman mereka dalam bidang sni ini.. Namun, mungkin selepas mereka “pergi” tak kembali, barulah kepala kita seakan “diketuk” untuk menyedari yang mereka banyak memberi sumbangan..

Satu lagi yang membuat saya terkilan, bila anugerah Datuk diberikan kepada seorang pelakon Bollywood, yang hanya menari2 seketika, dan menuturkan beberapa rangkap dialog di Bandaraya Bersejarah kita.. Alasannya, dia secara tak langsung mempromosikan negara kita dalam ceritanya.. Aduh, malu pulak nak mengaku saya anak jati negeri tersebut..

Maaflah, mungkin post kali ini agak melalut, saya cuma ingin menyampaikan apa yang terbuku di hati, sebab rasa kesal bila melihat pangkat dan anugerah diberikan pada orang yang telah tiada, sedangkan yang masih bernyawa tidak dipertimbangkan untuk menerima penghargaan tersebut..

Ok, sampai sini dulu, kita bertemu lagi di lain kali, dan harap waktu itu, otak saya dah boleh berfungsi dengan betul untuk memberikan post2 yang lebih menarik.. heheheheh..

Awek cun, duit dan cinta…

Posted by: Ayuin Love, motivasi
10
Aug

Assallamualaikum!

Hello semuaaaaaaaaa!!  Semoga semua sihat2 dan ceria hendaknya..

Saya terbaca keluhan seorang lelaki di dalam sebuah forum.. Dia meluahkan rasa bengang dan kesal kerana ditipu seorang awek cun yang putih dan gebu, yang pastinya cantik dan lawa.. Di awal perkenalan, si awek cun ini mengatakan dia masih solo. Maka lelaki ini pun, mulalah cucuk jarum dan ajak si awek cun ini keluar.. Duitnya habis hampir RM200 untuk belanja perempuan itu makan, berjalan-jalan dan menonton wayang.. Selepas itu, bila dia menghubungi awek cun itu melalui hp, awek itu acuh tak acuh menjawap panggilannya, dan mengatakan dia bengang dengan lelaki itu, dan terus mengatakan dia sudah bertunanggggg! Apa lagi, marah gila la lelaki itu kerana di tipu, dan terus dicop awek cun tadi sebagai pengikis, dan suruh semua orang berhati-hati dengan awek cun!

Ya, mungkin anda semua pernah terdengar atau menonton cerita ini di kaca tv.. Apabila terjadi perkara ini, selalunya yang dipersalahkan, ialah kaum wanita.. Disebakan seorang wanita, habis semua di cop sebagai pengikis..

Ini adalah komen saya di dalam forum terhadap luahan perasaan lelaki tersebut. Semoga komen saya ini menjadi panduan kepada anda semua:-

Salam saudara,

Sebagai penulis Panduan Cinta Lelaki, saya terpanggil untuk memberi komen di sini, anggap komen saya sebagai nasihat dan pandangan ikhlas ye, bukan nak memburukkan keadaan..

Yang pertama, masa saudara belanja dia hampir RM200 tu, adakah dia yang minta, atau saudara sendiri yang sukarela berbelanja? Kalau saudara sendiri yang sukarela, maka tak bolehlah labelkan dia sebagai pengikis, kerana saudara sendiri yang keluarkan duit tanpa dipaksa…..

Yang kedua, dah berapa lama saudara kenal dengan dia sebelum mamat buat keputusan nak sunting dia sebagai isteri? Dekat mana saudara kenal dengan si dia tu? Orang perempuan memang takut nak terima kalau setakat keluar sekali dua, dah bercakap pasal kahwin, sebab kahwin ni soal komitmen untuk jangka masa panjang.. Kena kenal hati budi masing2 sebelum ambil keputusan nak kawin, sebab kawin bukan macam couple, bukan boleh suka2 break jer.. Kahwin ni datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak, perkahwinan perlukan keserasian dan cinta yang ikhlas dari kedua-dua belah pihak…

Yang ketiga, masa dia cakap dia bengang dengan saudara, ada saduara tanya kenapa? Tak kan lah dia tiba-tiba je bengang dengan suadara tanpa alasan yang kukuh, kan? Ada tak saudara siasat dengan terperinci?

Yang keempat, pernah tengok tak cerita Halimah Jongang di ASTRO? Dalam cerita tu, ada seorang awek cantik nih, Esah namanya, dia dipikat seorang pemuda bernama Ali. Ali tu kaya, ada kandang kambing. Emak Ali memang tak suka, sebab tahu Esah tu cuma nak pada duit All, tapi Ali kata, cinta dia ikhlas – lantas emak dia tanya, “Macam mana Ali tau cinta Ali ikhlas? Esah cintakan Ali sebab duit Ali yang banyak tu, dan Ali pulak sukakan Esah sebab Esah cantik.. Ikhlas ke namanya tu?”. Cuba aplikasikan cerita ni dengan keadaan saudara sekarang..

Yang kelima, hadis nabi pun ada menyatakan – “Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim).. Renung-renungkanlah..

Yang keenam, kita semua ada kekurangan, maka janganlah meletakkan kesalahan di bahu orang lain bila terjadi sesuatu kegagalan dalam perhubungan.. Ada hikmah di sebalik kejadian, dan mungkin ini salah satu cara Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya untuk saudara lebih berhati-hati dalam memilih pasangan di masa akan datang…

Ok, saya rasa cukup nasihat saya, harap saudara jangan berkecil hati, ini nasihat yang tulus dari hati saya.. saya doakan saudara bertemu dengan seorang gadis yang beriman, berilmu & beramal soleh.. Amin

Saya tidak berniat untuk mengaibkan mana2 pihak, cuma kadang-kala dalam keghairahan mencari teman wanita yang cantik, seksi, dan lawa, kita terlupa yang itu bukan jaminan kebahagiaan.. Bila ditipu, ditinggalkan, kita menyalahkan perempuan itu.. Ingatlah, wajah yang cantik hanyalah bonus, yang menjamin kebahagiaan ialah keikhlasan dan cinta yang datang semata2 kerana Allah.. Renung2kan.. ;)

Incoming search terms:

Assallammualaikum…
Sekejap saja kita dah melangkah masuk ke bulan Ogos.. memang cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya senarai resolusi tahun baru pun masih belum tertunai.. heheheh..

Hurm.. malam nih nak makan apa yer? Lazimnya, suami kesayangan saya akan menelefon setiap hari dari ofis, dalam pukul 5, dan salah seorang akan bertanya “Nak makan apa malam ni?”, dan sama ada saya atau suami akan menjawab “Ntah, tak tau nak makan apa…”.. Kemudian masing2 akan terdiam sejenak, dan kemudian menyambung, “tak apalah, nanti dalam perjalanan balik kita fikirkan”..

Satu hari, saya dan suami menonton rancangan “Bersamamu” di TV3.. saya tak ingat slot apa, tapi ada satu ayat yang mencengkam hati dan lubuk sanubari saya bila ibu yang kehidupannya sangat daif itu berkata “saya tak ada apa-apa nak bagi anak2 saya makan.. kadang2 kami tidur kelaparan..” Astagfirullah… di kala saya sibuk2 memikirkan nak makan apa, sampaikan tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan, ada orang yang TAK ADA APA2 NAK MAKAN..

Apabila krew bersamamu bertanya kepada si anak, kalau ada duit, apa makanan yang adik nakkkkk sangat makan? KFC ke, McDonald ke, Pizza Hut ker? Dengan linangan air mata, dia menjawab “Saya nak makan mee sup”.. Aduh, berlinang air mata saya mendengar jawapan itu.. Bayangkanlah, mee sup itu makanan harian kita, namun ada yang tak pernah langsung menjamah mee sup seumur hidup mereka!

Aduh.. kerdilnya saya rasa ketika itu.. Saya terus merasakan betapa banyaknya rezeki yang Allah beri pada saya dan suami, rezeki dalam bentuk makanan yang lazat & sihat dan juga dalam bentuk wang ringgit.. Betapa beruntungnya saya ada rumah yang elok untuk berteduh, untuk tidur, solat dan berehat2, sedangkan ada orang yang tidur berbumbungkan langit & beralaskan tanah.. Subahannallah.. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tidak terperi ini..

Ada kala mungkin kita terlalu melihat kepada kekayaan orang lain, dan merasakan diri kita susah.. Dan mungkin kita selalu mengatakan “tak ada duit” sedangakan ayat yag sepatutnya ialah “tak cukup duit…” Saya rasa insaf dan rasa sangatttttt bersyukur dengan apa yang ada..

Marilah kawan2 semua, kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.. Janganlah tinggal solat, bezikir & membaca Al Quran, dan juga besedekah, kerana dalam setiap ringgit yang kita perolehi, ada hak2 orang miskin di dalamnya.. Semoga selepas ini kita tidak lagi merungut2 jika makanan yang dimakan tidak enak, kerana sekurang2nya kita ada duit untuk membeli makanan, dan janganlah membazir makanan yang ada, kerana ada orang dan anak2 kecil yang kebuluran dan kelaparan di luar sana..

Hanya secebis peringatan buat anda dan saya yang selalu terlupa..

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes