Archive for the "Love" Category

Assallammualaikum..

Salam hari Isnin.. hehehe.. Kebanyakkan orang, termasuk saya, terkena penyakit monday blues hari ni.. lemah jer nak buat kerja sebab dah cuti 2 hari.. huhu.. wake up wake up, senam2 sikit, jalan2 sikit, selawat banyak2 dan mulakan kerja!!

hari ni just nak kongsi “penemuan” baru saya.. lately, dandruff/kelumumur banyak sangat kat kepala, kulit kepala pun gatal2 sangat.. kadang2 rasa malu sebab tergaru2 kepala, padahal setiap hari saya syampu menggunakan syampu anti kelumumur..

hari jumaat lepas, memang kulit kepala dah terrlalu gatal.. sampai luka saya garu.. dalam hati terfikir, kalau syampu dengan syampu anti kelumumur tu, confirm pedih.. tiba2 ternampak syampu iemrand.. apa lagi, terus cuba dan hasilnya – kulit kepala tak gatal2 lagi!!! dah dua hari saya gunakan, memang berkesan.. rambut lebih lembut, kepala tak gatal2, rambut pun kurang gugur!  harap2 berterusan la macam ni..

so lepas ni, mama akan share syampu dengan iemrand, so kenalah beli syampu botol yang besar!! hehehe..

owh, lupa nak bgtau, saya gunakan syampu pureen macam dalam gambar ni… so sesiapa yang ada kelumumur dan kulit kepala yang gatal2, bolehlah cuba cara saya ni.. mungkin ia juga berkesan untuk anda, selamat mecuba!

Incoming search terms:

Salam semua,

ini adalah petikan email yang saya dapat dari seorang teman.. Jom kita bantu adik2 kita di rumah amal ini.. anda dialu2kan untuk cut & paste & emailkan kepada semua teman2 anda.. Terima kasih!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan sekalian!!

Saya baru saja berjumpa dengan seorang wanita bernama Puan Sumaiyah Binti Mohd Jawas.  Beliau merupakan isteri kepada Ustaz Johari bin Murad.  Mereka berdua ini pengasas Rumah Amal Ummul Qura di Bukit Beruntung.

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) memberi perlindungan kepada remaja miskin yang berumur antara 13 ke 14 tahun.  Ada dua asrama yang mereka usahakan di Bukit Beruntung:

 1.          Asrama Puteri yang melindungi seramai  23 orang remaja perempuan di alamat:

No. 1, Jalan Anggerik 2E/2, Prima Beruntung, 48300 Bukit Beruntung, Selangor.

 2.         Asrama Putera yang melindungi seramai 27 orang remaja lelaki di alamat:

No. 15, Jalan Anggerik 2E/1, Prima Beruntung, 48300 Bukit Beruntung, Selangor.

Memandangkan RAUQ ini adalah hasil usaha orang persendirian, jadi belanja untuk 50 penghuni ini ditangguh sepenuhnya oleh Ustaz Johari dan Puan Sumaiyah sambil dibantu oleh rakan kenalan dan jiran tetangga serta badan-badan korporat (dari masa ke semasa).  Mereka masih lagi berusaha untuk mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa dan ini memang memakan masa yang agak lama.  Buat masa ini mereka beroperasi bagai pepatah “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.  

Seandainya anda semua berhasrat untuk menghulurkan bantuan, anda boleh terus menabung ke akaun:

Maybank: 562012005195, atau menulis cek ke: PUSAT JAGAAN UMMUL QURA.

 Jika anda ingin menghubungi Puan Sumaiyah sendiri, anda boleh berutusan di alamat ini:

Pejabat Pentadbiran dan Madrasah, No. 48, Jalan Anggerik 2E/1, Prima Beruntung, 48300 Bukit Beruntung, Selangor. (Telefon: 017-4864447).

Mereka juga amat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke dua-dua asrama ini, jika tidak untuk mendermakan wang ringgit, cukuplah dengan memberikan mereka perhatian dan kasih sayang.  Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki yang Allah telah beri kepada kita dengan mereka yang lebih memerlukan! 

Andai hati ingin pergi melihat tapi tiada kesempatan anda bolehlah melayari www.rumahamalummulqura.blogspot.com

Semoga usaha kita akan terus diberkati dan dipermudahkan Allah! Amin.

Incoming search terms:

Muhammad Izz Iemrand – Part 2

Posted by: Ayuin Love
21
Oct

Assallammualaikum

Ok, hari ni nak sambung cerita pasal kelahiran permata hati saya yang makin tembam tu.. hehehe

“Dan ketika doktor menarik tangan saya, saya memang dapat merasakan kepala anak saya di bawah sana tu.. lembut dan licin rasanya.. Semua orang dalam bilik memberikan semangat agar saya push lebih kuat.. Saya menarik nafas sedalam2nya, dalam hati saya kuatkan semangat yang saya ingin lihat wajah si comel saya ini dan dengan kalimah Bismillah, saya mula meneran tanpa henti. sekuat2 hati saya.. “Bagus2.. terus teran, terus teran, anak kamu sudah keluar”, kata doktor yang menyambut kelahiran anak saya.. Sewaktu anak saya ditarik keluar dari rahim, memang saya terasa ada “benda” yang keluar dari perut, perut memang terasa ringan.. Sebaik sahaja anak saya sudah selamat dilahirkan, doktor terus meletakkan dia di atas dada saya.. Subahanallah.. Allah Huakbar.. Alhamdulillah.. Betapa agungnya ciptaan Allah.. “Assallammualaikum anak mama…” kata saya kepadanya.. dia seakan faham, memberikan senyuman dan terserlah sepasang lesung pipitnya.  Hilang segala kesakitan yang telah saya tempuhi tadi.. 3 kali doktor bertanya pada saya – “kamu dapat anak apa?” “Anak lelaki”, jawab saya, sebanyak 3 kali juga.. huhuhuhu.. Anak saya kemudiannya dibawa utk dibersihkan.. Pada mulanya, dia tidak menangis, tangisannya kedengaran ketika dibersihkan.  Suami kemudian disuruh keluar dan akan dipanggil semula setelah semuanya selesai.

Setelah bayi saya selamat dilahirkan, doktor mengeluarkan uri pula.. Aduhai, kesakitannya sama seperti melahirkan bayi.. Ye la, uri tersebut yang menjadi pembekal makanan dan udara pada bayi saya selama ini, jadi ia juga seperti “bayi” kedua saya.. Selamat uri dikeluarkan, doktor memasukkan tangan di bawah sana tu, untuk membersihkan apa2 darah kotor yang masih ada.. Saya rasa badan saya tu macam patung pulak, doktor seluk2 jer, tekan2 jer perut saya.. huhu. sakitnya memang tak boleh nak cerita laaa… rasa ngilu sampai sekarang ni..

Selesai membersihkan darah dari perut, tiba waktu untuk menjahit pulak.. Kebetulan, doktor yang menjahit luka saya itu doktor baru, dan itu adalah kali pertama dia menjahit luka perempuan bersalin.. Saya tahu saya pesakit pertama kerana dia kerap bertanya kepada rakan2 doktor baru (ada 5 orang semuanya) samada betul @ tidak jahitan yang dilakukan.. Dalam nada bergurau saya kataka padanya – Doctor, you better do it properly, otherwise i’ll sue u.. heheheh.  Dia cuma tergelak dan berkata ” dont worry kak.. i’ll do my best”..

Jahitan di bahagian dalam vagina tidak terasa sakit, namun bila bahagian luar dijahit, aduhai, terjerit juga la saya.. jahitan pula dilakukan tanpa bius.. tercucuk jarum sikit pun sakit, inikan pula bila kulit dijahit.. aduhai.. bisa2..

selesai jahitan, ada 2 orang nurse yang sangat baik dan lemah lembut membersihkan darah2.  saya lupa nama2 mereka, tapi saya doakan mereka mendapat keredhaan dan keampunan Allah atas layanan mereka yang sungguh baik terhadap saya..

setengah jam kemudian, saya diberi makan kek dan air teh.. anak saya juga ditolak masuk.. itulah kali pertama saya melihat dan memegang serta mengucup dahi anak yang telah lama bergerak2 dalam badan saya.. Indahnya ciptaan Allah!! Suami saya juga dibawa masuk untuk mengazankan anak saya.. Pilu dan sebak kala mendengar suara suami mengazankan Iemrand.. Syukur Alhamdulillah, selamat sudah kelahiran anak pertama saya..

Setelah itu, 2 orang nurse yang baik hati itu mengajar saya cara menyusukan anak.. Alhamdulillah, Iemrand sekali lagi menunjukkan kecerdikannya, dia terus menghisap susu tanpa rasa ragu2.. teringat kawan2 saya yang menceritakan anak mereka tidak tahu menghisap puting payudara sewaktu kali pertama cuba disusukan.. 20 minit selepas itu, saya ditolak naik ke tingkat 6 untuk dipantau, sebelum dibenarkan balik pada keesokan harinya..

Menjadi seorang ibu, memang pengalam yang paling manis dan indah.. Saya tidak tahu dan tidak faham mengapa ada prempuan yan telah berkahwin tidak mahu mengandung dan melahirkan anak.. Memang, sakitynya tidak dapat digambarkan, namun kesakitan semua hilang dengan ketibaan si comel itu..

Iemrand sudah berusia 5 bulan 1 hari pada saat artikel ini ditulis.. Dia sudah pandai ketawa bercakap (dalam bahasanya sendiri).. hehehe.. terhibur rasa hati bila balik melihat senyumannya.. Semoga anak mama menjadi anak yang soleh dan bijaksana.. Mama sayang Iemrand, dunia & akhirat!

Incoming search terms:

Al Fattah, Al ‘Alim, Al Qabidh

Posted by: Ayuin Love
21
Oct

Assallammualaikum

Dah lama rasanya tak menulis pasal Asmaul Husna yang sungguh indah ini

Hari ni kita belajar 3 lagi maksud nama2 Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ini..

Al Fattah bermaksud Maha Membukakan.  Fadhilatnya ialah, sesiapa yang membaca Ya Fattah sebanyak 71 kali setiap hari setelah selesai mengerjakan fardhu subuh, sambil meletakkan tangan dia atas dadanya, Insya-Allah, hatinya akan bersih dan bercahaya, serta dipermudahkan segala urusannya dan keluar cinta dunia dari hatinya.

Dengan mengamalkan Al Fattah ini juga, Insya-Allah, akan terbuka hatinya dan diberikan kemenangan oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Al ‘Alim pula bermakna Maha Mengetahui.  Allah yang hebat mengetahui segala yang wujud dan tidak ada apa pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya.  Bacalah Al ‘Alim sebanyak 100 kali setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, Allah akan mengurniakan ilmu makrifat dan kasyaf serta ilmu yang sempurna, serta hatinya akan disinari dengan nur yang suci.

Al Qabidh membawa erti Maha Penggenggam, yakni Allah berupaya mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.  Bacalah Ya Qabidh sebanyak 1000 kali, dengan niat untuk menghalang orang zalim menganiaya dirinya atau menganiaya orang lain, Insya-Allah, si zalim itu tidak sanggup meneruskan kezalimannya. 

Subahannallah, cantiknya dan banyaknya fadhilat yang kita perolehi dengan mengamalkan nama2 Allah yang sangat indah ini.. Jom beramal!

Incoming search terms:

Ular!! Ular!! Ular!!

Posted by: Ayuin Love
18
Oct

Assallammualaikum..

Pembaca yang budiman, syukur Alhamdulillah, saya, suami & anak diselamatkan Allah dari menjadi mangsa bisa si ular tedung..

Malam kelmarrin, hari Sabtu, 16hb Oktober, kira2 jam 9.30 malam, saya terlihat seekor ular tedung hitam di dalam rumah saya.  Waktu itu, saya sedang menonton televisyen.  Ditakdirkan Allah, saya terlihat ada benda berkilat berwarna hitam di bawah pintu bilik tetamu.  Bila saya lihat dengan lebih dekat, ular itu mengeluarkan lidahnya dan mula menegakkan badan!

Apalagi, saya terus menjerit2 memanggail suami saya! 

“Sayang! ada ulau! ada ular (habis loghat melaka saya keluar!!! ahahhaah)

Suami saya yang sentiasa cool, menenangkan saya, dan menuju ke bilik tetamu tersebut.. memang betul, ada ular, dan saya tidak berhalusinasi..

suami cuba mengacah ular tersebut kerana ia bersembunyi di belakang radio.  kali kedua dicucuk dengan batang penyapu, ular tersebut menyembur ke arah suami.  saya terus mendukung iemrand, dan mengajak suami keluar rumah.  Kemudian, suami memanggil wak indonesia yang bertanggungjawab menguruskan maintenance di situ.. Aduhai, wak keluar pula, terpaksa tunggu lebih kurang 15 minit sebelum wak balik.. Waktu itu, sudah ada beberapa orang jiran yang menemani, kurang sikit takut saya..

Waktu wak sampai, dia terus masuk bilik.  Kemudian, dia minta batang kayu utk mengetuk kepala ular tersebut.  Dari luar, jelas terdengar desiran bila ular tersebut menyembur ke arah wak dan suami saya.. Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang 10minit, ular  tersebut dapat dibunuh.  Waktu dibawa keluar, ular itu masih menguit2.. panjangnya lebih kurang semeter, dan besarnya lebih kuang 3 jari.. Hitam pekat warnanya..  Geli geleman kami semua dibuatnya!!

Ular tersebut ada menyemburkan bisanya, dan kena pada bantal.  Kain di bantal tersebut herot, seakan2 seterika panas yang terkena baju.. kalaulah bisa tersebut terkena tangan @ anggota bahagian lain, nauzubillah..!!!

Sampai hari ini, terasa fobia kala hendak tidur, terperasan2 ular nak mematuk @ naik ke kaki saya.. Nauzubillah! Mujurlah Allah menyelamatkan kami anak beranak.. kalau tidak, tak taulah apa nasib kami semua.. Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah..

malam tersebut, suami menabur garam kasar di seluruh pintu masuk ke bilik dan rumah… sekarang ni, tengah cari belerang dan buluh runcing, petua orang2 tua, ular takut masuk ke rumah yang ada buluh..

kami rasa, ular tersebut masuk ke rumah kerana semak dan pokok kelapa di belakang rumah saya, ditebang oleh wak tersebut.. jadi mungkin ular tersebut mencari penempatan baru.. aduhai, banyak2 rumah, rumah saya yang dipilihnya! huhu..

apa2 pun, saya bersyukur sangat Allah memperlihatkan kepada saya ular tersebut, jika tidak, mungkin kami sudah menjadi mangsa patukannya.. Sesungguhnya Allah lah pelindung kita semua, banyak2 berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari segala bala dan mala petaka.. Aminnnnnnnnn!

Incoming search terms:

Masih mood raya lagi?

Posted by: Ayuin Love
29
Sep

Assallammualaikum..

Saya masih terdengar lagi lagu selamat hari raya, dan jemputan ke open house pun masih tak putus2.. Saya rasa semua masih dalam mood raya lagi walaupun syawal dah masuk hari yang ke 20.. hehehe..

Semalam pun ada jamuan hari raya di opis.. lepas makan, semua orang mengantukkkkkkkkk jer, rasanya sebab terlebih bahan perasa makanan kot, ie ajino****.. so masing2 lalok jer, tengok PC pun nampak bantal dengan tilam.. huhuhuu..

satu lagi, bila dah banyak sangat mengunjungi open house, mula la perut meragam, kena cirit birit pulak.. maklumlah, dah macam2 benda masuk perut dalam masa sehari.. sebab tu la, kita digalakkan berpuasa 6..

Ada 2 hadis yang saya jumpa yang menyatakan kelebihan berpuasa 6 ni:-

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun.” (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai’e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh.” (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

So kawan2, ada lebih kurang 10hari lagik untuk berpuasa 6, jom kita laksanakan ramai2 dan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.. di samping dapat beramal, tubuh badan pun jadi sihat, perut dapat rehat seketika lepas sibuk memproses semua makanan2 yang kita makan..

Renung2kan dan selamat beramal!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Posted by: Ayuin Love
9
Sep

Assallammualaikum,

Di kala ini, saya pasti semua orang dalam mood raya, lagu raya pun dah berkumandang di radio2, membuatkan semangat raya lebih berkobar2!

Buat semua pembaca saya yang budiman, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. Hati2 balik kampung, semoga kita semua selamat balik kampung dan selamat balik semula ke destinasi asal..

Bercakap mengenai raya, saya kira kanak-kanaklah yang paling gembira.. Manakan tidak, semua dapat barang2 baru, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.. selain itu, dalam otak dah terbayang2 duit raya yang bakal dikumpul dan diterima, dan selalunya ibu bapa juga telah berjanji akan memberi sejumlah wang jika anak2 berjaya berpuasa dalam bulan ramadhan…. dalam konteks duit raya ini, saya rasakan ibu bapa seharusnya tidak terlalu memancing anak untuk berpuasa dengan duit, kerana saya khuatir nawaitu sebenar bukan kerana Allah, tetapi kerana duit.. memang, itu cuma sebagai galakkan, namun jika dari awal sudah diajar utk menerima upah atas ibadah yang dilakukan, kemungkinan besar anak itu tidak ikhlas dan menghargai konsep sebenar ibadah puasa tersebut.. Kita seharusnya memberitahu mengapa Allah mewajibkan puasa, agar anak2 lebih menghargai kesenangan dan nikmat yang telah Allah kurniakan, sekaligus menjadikan seorang yang bersyukur & dermawan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik..

Saya juga rasa anak2 sekarang perlu dididik agar tidak terlalu teruja mengumpul duit raya hinggakan sanggup berjalan dari rumah ke rumah, dari pagi hingga petang, termasuklah mengunjungi rumah orang2 yang tidak dikenali semata2 untuk mendapatkan duit raya..  lepas tu, yang saya geram, kalau bagi 50sen, depan2 kita dia boleh cakap “alaaaa, 50sen jer ker?”.. masya-allah.. semangat hari raya dah tak ada dalam diri anak2 kita sebab terlalu mengejar wang ringgit.. sekali lagi, ibu ayah, abang kakak, nasihatkan adik2 agar menghargai Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan pada semua yang berpuasa.. semoga adik2 kita akan menjadi orang2 yang soleh dan bijaksana..

Tahun ini, saya beraya di melaka, dan akan pulang ke perlis pada hari raya ketiga.. saya akan berada di perlis selama seminggu sebelum balik untuk bekerja semula pada 22hb September.. Tahun ini lebih meriah dengan adanya putera hati kesayangan kami, Muhammad Izz Iemrand.. Kalau tahun2 sebelum ini sibuk cari baju saya dan suami saja, tahun ini tumpuan diberikan pada si comel itu.. Tak sabar rasanya nak pakaikan dia baju melayu biru yang dibelikan oleh neneknya!

Pembaca2 budiman,

Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk beramal ibadat lagi pada bulan ramadhan tahun depan.. semoga amal ibadah kita diberkati dan diterima oleh Allah swt.

Sekali lagi – SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN!

Assallammualaikum,

Hari ni saya nak sambung tentang kebaikan susu ibu ya.

1)  Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2)  Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia.  Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!

3)  Susu ibu menjimatkan kos & masa.  Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad.  Dengan susu ibu, tiada masalah!  Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan.  Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4)  Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara.  Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002).  So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda :)

5)  Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.  Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6)  Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7)  Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8)  Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 

9)  Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10)  Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi.  Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini :)

11)  Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat kronik.  Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12)  Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

Ok, cukup 12 kebaikan hari ini, nanti kita sambung lagi ya!  So pada ibu2 atau bakal ibu2, jom kita mula meyusukan bayi kita hari ini!

Incoming search terms:

Jangan buang duit satu sen anda!!

Posted by: Ayuin Love
25
Aug

Assallammualaikum,

Saya kongsikan satu email yang saya terima tentang kegunaan duit syiling satu sen:-

We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.
Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem.
Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes’ eggs and not let them hatch into larvae.  Very very simple, just put in few 1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems.
Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper.

DON’T BELIEVE, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water.  Your will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

So balik ni, cari duit satu sen yang masih ada dalam tabung tu, cuci dan masukkan dalam tong2 @ bekas yang ada air.. Tak rugi pun mencuba, bukan kena duit pun.. heheheh..

Incoming search terms:

Assallammualaikum

Apa khabar semua? Sedar tak sedar, dah 14 hari kita berpuasa, Subahannallah, cepat sungguh masa berlalu!  Semoga kita terus beramal dengan bersungguh2, mencari keredhaan dan keampunan Allah pada minggu2 terakhir sebelum Ramadan berlalu pergi.

Pada 19hb Ogos yang lalu, anak saya, Muhammad Izz Iemrand, genap 3 bulan.. Sekejap jer masa berlalu.. Iemrand sekarang dah pandai ketawa dan respond pada setiap bunyi.  Bayi saya sekarang seberat 7.5kg dan tingginya 63cm :)

19.07.2010 adalah hari pertama menghantar Iemrand kepada pengasuh.  Saya menangis sepanjang hari kerana rindu sangat pada dia.  Terpandang2 wajah dan senyumannya di PC saya.. huhu.. Hampir 2 minggu jugalah saya menangis setiap pagi selepas menghantar Iemrand, suami pun dah tak larat nak pujuk.. huhuhuh.. tapi skrg dah ok sikit, walaupun sedih, tapi saya berkerja untuk masa depan Iemrand juga..

Ok, berbalik pada tajuk, anak saya kurang minum susu tin pada minggu pertama di rumah pengasuh.  kata kak lina, pengasuh saya tu, baby akan hisap botol, tapi susu dilelehkan tepi mulut.. huhu.. Tapi kalau minum susu badan, anak saya sedut sampaiiii habis.. Aduhai, rasa kesian sangat, mesti si comel tu kelaparan sementara menunggu saya pulang dari kerja dan mengambil dia pada pukul 6.30 petang.

Saya memang tersilap  kerana tidak mula mengepam susu sementara dalam pantang, kerana memikirkan anak saya boleh diberi minum susu formula semasa saya bekerja.  Sepatutnya semasa dalam pantang lagi saya sudah mula mengumpulkan susu badan saya… beberapa hari sebelum bekerja, saya sudah mula megepam sebenarnya, tapi dek kerana kuantiti tidak seberapa, saya putus asa…

Setelah mengetahui yang Iemrand cuma minum susu badan, saya mula mengepam susu setiap hari.  Waktu itu saya menggunakan jenama Pureen, berharga RM99.00.  Pam ini saya beli waktu Iemrand dimasukkan ke hospital kerana demam kuning, dan disebabkan demam kuning Iemrand sangat tinggi, saya dilarang mengangkat bayi saya dari bawah lampu.  maka saya perlu mengepam susu dan susu diberikan kepada bayi saya melalui tiub..

Alat mengepam susu badan jenama Pureen ni, ok la, dapatlah 2-4 ounce sehari, masalahnya, kerap tersumbat dengan susu, so perlu dibersihkan selalu.  Ada kalanya di ofis, saya kekurangan masa kerana terkejar2 dengan kerja, jadi agak menyulitkan untuk sentiasa membersihkan pengepam tersebut.  Kemudian, sepupu saya Najihah, meminjamkan pengepam susu jenama Medela kepada saya – hasilnya, Superbbbb!!  Hehehe.. mungkin kerana medela menggunakan kuasa elektrik, maka hasilnya lebih baik.  Setiap hari, saya dapat mengumpulkan 5-10 ounce susu sehari (mungkin sedikit bagi orang lain, tapi bagi saya yang sedang berusaha keras, amoun tersebut sudah agak banyak.. hehehehehheeh). 

Skrg ini, saya mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.  Untuk ibu2 yang pertama kali menimang cahaya mata dan ingin memberikan full breast feeding utk anak anda, ingin saya kongsikan cara saya:-

1)  Sentiasa bermotivasi untuk mengepam susu, jangan malas dan bertangguh.  Sebaik2nya mula mengepam selepas 2-3 minggu melahirkan bayi anda.

2)  Adakan satu jadual untuk mengepam.  Sebaik2nya pamlah susu anda setiap 2-3 jam sekali.  Tapi kalau tidak berkesempatan seperti saya, saya mengepam susu pada pukul 3 petang, selepas solat zohor dan pada waktu malam, dalam pukul 11.

3)  Susukan anak anda pada setiap masa yang terluang.  Berikan dia full breast feeding pada hari anda tidak bekerja dan pada waktu malam.. Si comel saya bisanya marathon hisap susu badan dari pukul 12 hingga 4 pagi, saya memberikan susu sambil berbaring.  Sebelum pergi kerja, berikan dia minum susu dan sebaik sahaja pulang dari ofis, pastikan dia menghisap susu badan anda, kerana lebih kerap dia menyusu, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

4)  Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.  pada bulan ramadhan ini, pastikan anda makan dengan cukup sewaktu berbuka dan pada masa sahur.  Minum air dengan banyak. 

5)  Antara makanan yang boleh menambahkan air susu ibu ialah:-

a)  Sayuran hijau seperti sawi, bayam

b)  Ubi dan carrot

c)  Bijirin seperti nestum, oat, barli dan nasi. Saya suka minum horlicks yang ditambah dengan nestum @ oat, rasanya lebih sedap. 

d)  Kekacang seperti almond, gajus, macadamia juga bagus untuk menambahkan susu badan.

e)  Halba  – caranya halba direndam dalam air panas, dan kemudian diminum bila suam.  selain menambahkan susu badan, ia juga banyak khasiat.  Nabi Muhammad saw juga ada menyatakan bahawa halba adalah sejenis makanan yang baik untuk badan.

f)  susu & susu kacang soya.  saya minum susu HL & Enfa Mama, hasilnya susu lebih pekat.

g)  Yogurt

h)  sup ayam & ikan

i)  ikan bawal

di atas hanyalah beberapa jenis makanan yang saya tahu.

Ok, mengapalah saya ni teiba2 pulak sibuk menulis tentang susu ibu ye? Heheh.. sebenarnya, susu ibu ini ada 101 kebaikan.  Antara kebaikan tersebut ialah:-

1)  Susu ibu ialah susu yang terbaik.  ianya bersih dan tidak tercemar dan tidak mengandungi apa2 bahan kimia, maklumlah, terus dari badan kan :)   inilah ciptaan Allah yang Maha Esa, sesuatu yang sangat unik dan tidak mungkin dapat ditiru oleh kita, hamba2nya yang kerdil ini.

2)  Susu ibu merapatkan hubungan si ibu dengan si comel.  Ikatan antara ibu dan anak menjadi lebih rapat dan mesra.

3)  Dengan menghisap susu ibu, rahim ibu lebih cepat mengecut dan memberhentikan pendarahan rahim.

4)  Anak yang menyusu susu ibu adalah lebih cerdik dan bijak. 

Ada banyak lagi kebaikan menyusu badan ni, Insya-Allah esok saya akan update lagi ye!

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes