Category Archives: Love

September Diary – 02/09/2015

Assallammualaikum wbt

Just decided to make postings for the full month of September.. 🙂 Dah lama sangat blog ni senyap sunyi, so in honour of September, saya akan buat posting mengenai apa2 saja, tapi limit kepada 9 fakta, atau apa2 yang berkenaan nombor 9, atau apa2 saja asalkan tidak melebihi 9 perkara..

So, utk hari ni, kita belajar apa perkataan lain untuk sembilan @ nine dalam bahasa Inggeris <3 keep-calm-and-love-number-9-10

Number 9 in other languages

Hello September <3

Assallammualaikum wbt

My favourite month is here, its September! U may ask why? Well, its my birth month!

Hello September

Ok, lets see what September has in store for us (just for fun, i’m just happy its September, i cant think properly! LOL)

First, lagu kegemaran saya ni – Ingatan Manis di Bulan September – nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini, catchy song & love it 🙂

Second – we will be having two public holidays this months, Malaysia Day on the 16th & Hari Raya Haji on the 24th! Yippie!

September Public Holiday Malaysia

Third – Its Virgo Season! Who else is with me?? I know En Khairul Abdullah is one of them 😉

Virgo Resume

Fourth – this is the first day for hubby at KLIA with MAB.. i pray for his safety, good health and luck at his new place… Amin..

MAS

Fifth – Do you know that the Wreck of the Titanic found of the coast of Newfoundland, 1985? Wow, that is awesome! (Credit to http://www.aboutfamouspeople.com/article1221.html)

Sixth – i just found out that September (from Latin septem, “seven”) was originally the seventh of ten months on the oldest known Roman calendar, with March (Latin Martius) the first month of the year until perhaps as late as 153 BC.[2] After the calendar reform that added January and February to the beginning of the year, September became the ninth month, but retained its name. It had 29 days until the Julian reform, which added a day.

Seventh – I share the same birthday with Prince Harry – The younger son of England’s Prince Charles and Princess Diana. Phewwwittt! Hahaha

Eight – September’s birth stone is Sapphire!

Ninth – September’s birth flowers are forget-me-not, morning glory and aster!

Aster

Aster

Well, thats is for the time being, hope i’ll be able to fill up this blog with a post a day in September.. haha..

September, please be nice to me, Insya Allah.

Screenshot_2015-08-15-13-40-05

The One and Only – Anuar Zain!

Assallammualaikum wbt

Anuar Zain, satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Saya mmg minat pada Anuar Zain ni sebab suara dia dan sikap dia yang sentiasa charming dan humble dengan penonton, well, at least that is what I saw on tv shows.. hehe.. one of my dreams before I turn 40 is to see him live at any of his concerts, and Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang itu..

So, bila tahu Anuar Zain akan datang ke Oasis Piazza pada 15/08/2105 yang lepas, saya awal-awal dah beritahu suami agar melapangkan tarikh tersebut, excited sangat nak tengok Anuar Zain live & in person kan..

Screenshot_2015-08-15-13-40-05

Akhirnya, hari yang ditunggu2 pun tiba.. Cuaca tak mengizinkan pulak, hujan turun agak lebat petang Sabtu tu.. Hati berbelah bahagi nak pergi, sebab program tu diadakan di tengah dataran Oasis, tidak ada payung @ bumbung… Waktu kami lalu di Oasis Square, hujan agak lebat.. Jadi suami ajak pergi makan dulu di Citta Mall, tak berapa jauh dari Oasis Square.. Usai makan, jam dah menunjukkan pukul 10.10 malam.. Dalam hati berdetik, mungkin dah selesai agaknya performance Anuar Zain, sebab program tu dari jam 8.30 hingga 10.30 sahaja.. Hati berbisik lagi, tak apa lah, tak ada rezeki..

Untuk balik ke rumah, kami mmg perlu melalui Oasis Square.. Waktu berhenti di traffic light, terdengar suara Ella.. Suami tanya saya “Nak pergi tak?”.. Hurmmm, antara nak dengan tidak, akhirnya saya kata “Jom la, tak dapat dengar Anuar Zain menyanyi, dapat tengok dia sekejap pun ok la..”..

Lepas parking kereta, kami pun jalan lenggang kangkung ke Oasis.. hehe.. Waktu kami sampai, Cheryl Samad tengah buat announcement, “Lepas ni, kita akan menjemput seorang penyanyi lelaki yang handsome, yang lunak merdu suaranya, yang mana ramai orang nak tiru suara dia, tapi tak jadik.. Haha.. Dipersilakan, Anuar Zain!!”.. Allah, berdegup laju jantung saya.. there he was, on stage, with his sweet smile and beautiful voice! Rasa macam mimpi je.. Saya dah tak nampak orang ramai dah masa tu, nampak Anuar Zain aje haha.. Poyo gila kan! Haha

Anuar Zain memulakan persembahan dengan lagu “Kau Bunga Cintaku”. Usai menyanyi, beliau turun dari stage utk bergambar dengan para peminat.. Sekali lagi rezeki saya, dapat tengok muka Anuar Zain betul2 di hadapan mata, sebab beliau lalu betul2 di sebelah saya.. Allah.. tergamam, nak mintak autograph pun, tak bawak pen @ buku.. So tengok aje la dia berjalan sambil tersenyum dan cakap Hai pada semua yang hadir.. Saya agak kesal tak bawak kamera DLSR, jadi kualiti gambar dari HP tak berapa nak elok la.. Tapi sempat saya rakam persembahan beliau,malangnya, tak boleh nak upload pulak kat sini.. Nnt saya cuba balik ye..

Anuar Zain Concert 2

Anuar Zain Concert

Saya cukup terhibur dgn persembahan Anuar Zain, rasa sangat sekejap melihat nyanyian beliau.. He is exactly like what you see in tv shows, sikap charming dan humble yang sama, he looks genuine, bukan dibuat2, and same good and beautiful voice, tapi lebih handsome dari dalam tv! Patutlah ada makcik2 yang over tu ambik gambar sambil peluk dan cium dia.. haha.. Mujurlah keimanan saya masih kuat, Alhamdulillah.. haha..

We will never find another Anuar Zain in Malaysia, he is unique in his own way, and I will always be a big fan of him!

p/s: Next time saya akan tulis mengenai Oasis Piazza ni ye.. insya Allah 🙂