Archive for the "Love" Category

Saya baru balik dari Perlis..  Ini kampung suami saya.. Seronok betul balik kampung..  Aduhai, berat rasa hati nak balik ke KL nih..

Kalau diberi pilihan tinggal di KL atau balik kg, saya tanpa berfikir panjang, akan tetap AFundi untuk balik kampung.. Suasana kampung yang tenang, damai dan segar, memang amat menyenangkan.. Semuanya segar.. Tak berjerebu dan kusut macam di KL nih.. Bila saya balik kampung, semua makanan yang dihidangkan adalah hasil air tangan ibu dan ayah mertua.. Dari sayur, ikan keli, daging kambing dan daging ayam, semua mertua saya yang tanam dan bela..  Kehidupan mereka bagaikan sungguh simple dan mudah, bermacam2 jenis sayuran sepeti cili, kangkung, terung, bayam dan sawi, di tanam di keliling rumah, begitu juga dengan buah2an seperti jambu, mangga dan pisang, termasuk juga kelapa.  All fresh from the garden..

Di waktu malam, suasana aman dan tenteram, tiada bunyi motor mat rempit atau hon bertalu2, atau kereta yang bingit.. yang ada hanya bunyi unggas & pohon2 yang gemersik.. Cuaca pun dingin dan santai.. Agaknya saya ini sentimental orangnya, sebab itu saya suka pada kedamaian.. Lain orang, lain pandangan dan citarasa, kan?

Owh, saya juga suka sangat pada rumah melayu lama.. tapi sekarang, susah betul nak jumpa rumah sebegitu,  kecuali jika menyusuri kawasan2 kampung lama yang masih belum tercemar.. Saya suka bila melihat rumah2 melayu lama ini ketika hari raya, kenduri kahwin atau pada bila2 masa sahaja, kerana seakan ada “keseronokkan dan kegembiraan luar biasa” apabila melihat dan memiliki rumah melayu lama ini.. Harap2 saya dan suami ada rezeki untuk memiliki atau membina rumah sebegini..

Saya harap saya dan suami dapat balik ke kampung dan tinggal tetap di sana dalam masa terdekat..  Perancangan kami, kami ingin balik kampung dalam masa 10 thun lagi.. Insya-allah kami akan sama2 mengusahakan ternakan keli dan cacing kosmetik, serta kambing qorban & aqiqah yang diusahakan mertua saya ketika ini..

Buat masa ini, saya menghitung hari untuk balik lagi ke perlis.. :)

Di post akan datang, mungkin saya akan menceritakan keunikan dan tempat2 yang boleh dilawati di perlis.. Tunggu ya!!

p/s: – bagaimana dengan anda, lebih suka tinggal di bandar @ di kampung.. mari kita kongsi beramai2..

Incoming search terms:

Apa lagu cinta anda?

Posted by: Ayuin Love
11
Jun

Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua, masa bercinta dengan suami dulu, lagu LARUT dari DEWA merupakan lagu kegemaran kami berdua.. Lagu itu lagu pertama yang suami tujukan kepada saya.. Bagi anda yang tidak pernah mengetahui lagu itu, ini liriknya..

Mungkin aku pernah juga..
Merasakan cinta..
Tapi tak pernah..seindah ini..
Mungkin aku juga pernah
Merasakan rindu..
Tapi tak pernah
Sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah..percaya..
Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh.

Chorus:
Kuakui aku telah larut
Larut ke dalam
Kamu yang kucintai

Liriknya sangat simple, tapi memang betul2 mencuri hati saya.. Chewahhhh! heheh.. Setiap kali terdengar lagu ini, hati saya rasa berbunga2, rasa seperti ada hujan bunga mawar menyirami saya.. heheh..  Saya tak boleh berhenti tersenyum mendengar lagu ini, hinggalah sekarang..

Bagaimana dengan anda?  Apa lagu cinta anda?  Kongsilah dengan kami di sini ya…  :)

Incoming search terms:

Email ini saya terima dari seorang rakan, rasa sebak bila membacanya..

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin.. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu.

Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

 

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

 



Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

 

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

 

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.

INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

 



Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. . Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata   


 ”NO MAN IS PERFECT”.

 

Incoming search terms:

Pagi ini, ada orang membawa sejambak bunga ros merah, yang saya kira mungkin dalam 2 dozen.  Ingatkan untuk saya, rupa-rupanya untuk ahmoi di corporate dept.. hehehhehe.. perasan pulak!

Hmm.. seronoknya kalau dapat bunga.. Tapi bak kata Mariah, rakan sekerja dengan saya, bunga tak boleh dimakan!  Baik bagi kek @ coklat! Ada benarnya juga..

Wah, macam-macam sebenarnya yang boleh diberikan kepada orang perempuan sebagai hadiah.. Yang popular adalah bunga ros, coklat, kek, teddy bear, kotak muzik dan… kalau nak tau 30 hadiah paling disukai oleh orang perempuan, jangan lupa dapatkan ebook saya – Panduan Cinta Untuk Lelaki.. Anda akan dapat e-book percuma mengenai 30 hadiah tersebut! :)

Incoming search terms:

PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI

Posted by: Ayuin Love
7
Jun

Saya bakal menerbitkan e-book bertajuk panduan cinta untuk lelaki!  E-book ini sudah 80% siap..

Mengapa saya  buat ebook ini?  Saya dapati fokus selalu diberikan kepada orang perempuan.. Banyak bahan bacaan dan panduan untuk kaum perempuan, tapi amat kurang bila menyentuh bab perasaan dan keinginan orang lelaki.. Banyak yang ingin diketahui oleh orang lelaki, tapi mungkin mereka malu bertanya atau tidak faham apa situasi dan perangai orang perempuan yang patut dipelajari untuk memetik cinta mereka..

Buku ini bukan sahaja untuk lelaki2 yang kepingin mencari cinta, malah turut meberikan motivasi dan panduan menjadi lelaki yang terbaik dan hebat.  Pada saya, cinta akan datang pada mereka yang cintakan diri mereka terlebih dahulu…

Dalam buku ini juga, saya paparkan beberapa sebab “MENGAPA ORANG WANITA SUKA MERAJUK, MEMBEBEL dan….”  Jika ingin tahu lebih lanjut, nantikan post2 saya yang akan datang..

Oh ya,buku ini berharga RM20.00 sahaja, tebalnya 76m/s dan terdapat 2 buku bonus tambahan.. :)

Anda juga berpeluang memenangi percutian ke Pulau Kapas @ Port Dickson dengan menjadi affiliate saya..

Jangan lupa dapatkan PANDUAN CINTA UNTUK LELAKi!

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes