Category Archives: London – Paris Trip Autumn 2015

Gambar, Cerita, Pengalaman, Tips & Panduan Sepanjang Percutian saya ke London & Paris pada November, 2015!

Harrods

Autumn In London – Harrods of Knightsbridge

Assallammualaikum wbt

Harrods terkenal sebagai sebuah tempat membeli belah yang wajib dikunjungi di Kota London.  Saya mmg nak sangat ke Harrods ni sebab selalu tengok aje gambar bangunannya kan, teringin betul nak tengok bangunan ni dengan mata sendiri.

So, awal pagi kami mulakan dengan breakfast telur dan roti bakar aje.  Bila cuaca sejuk, kena pulak dengan roti bakar, mmg heaven la.. Makan apa pun jadik sedap bila cuaca sejuk dan perut lapar kan hehe..

Kami ke Harrods dengan menaiki bas.  Anda juga boleh menaiki tube untuk ke Harrods.

Saya syorkan anda refer kepada web rome2rio.com utk perjalanan, mudah dan anda boleh budget masa.. Berikut saya sertakan screen shot utk perjalanan dari Bayswater ke Knightsbridge.

bayswater-to-knightsbridge-by-bus

baywwater-to-knighstbridge

Kalau anda naik bus, bus akan berhenti betul2 depan Harrods.

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Kalau naik tube pulak, kena jalan sikit.. tak jauh mana pun..

harrods-knightsbridge-london-tube-station-2 harrods-knightsbridge-london-tube-station-3 harrods-knightsbridge-london-tube-station

Stationnya pun cantik kan..

Bila dah sampai tu, mmg teruja la tengok Harrods.. Bukan nak shopping pun, cuma nak tengok Harrods depan mata haha..

Harrods

Harrods

harrods-knightsbridge-london-2

Bangunan di sekeliling Harrods ni pun cantik2 tau.. Masya Allah, macam mana la diorang ni buat bangunan dulu tanpa teknologi yang canggih kan?

knightsbridge-london-2 knightsbridge-london-3 knightsbridge-london-4 knightsbridge-london

Dah puas ambik dan tengok bangunan sekeliling, kami pun masuk window shopping.. pada yang mmg ada banyak duit tu, boleh la membeli belah barang2 berjenama kat sini.. kami tak belek harga pun, just masuk dan tengok2 je

kami cuma habiskan masa dalam setengah jam di toys section, melayan keterujaan anak saya tengok toys dan ambik gambar 🙂

harrods-knightsbridge-london-4 harrods-knightsbridge-london-5 harrods-knightsbridge-london-6 harrods-knightsbridge-london-7 harrods-knightsbridge-london-8 harrods-knightsbridge-london-9 harrods-knightsbridge-london-10

di luar Harrods ni, ada street perfomers.. time kami pi tu ada la seorang pemain bag pipe dan sorang lagi dok ukir anjing dari pasir.. nampak real anjingnya..

harrods-knightsbridge-london-12 harrods-knightsbridge-london-13

Dari sini, kami berjalan kaki ke Hyde Park untuk ke Tower Bridge, dan ini satu kesilapan besar untuk kami.. Nanti saya ceritakan kenapa ye..

xoxo

 

Autumn in London – Oxford Street

Assallammualaikum wbt

Kalau ke London, mesti ramai nak shopping kan? So salah satu tempat shopping heaven utk pelancong ialah di Oxford Street.

Waktu mula2 sampai tu, saya confius antara Oxford Street & Oxford Circus. Rupanya, Oxford Street tu ialah “shopping high street” di London, dan Oxford Circus pula ialah “intersection point” di antara Oxford Street & Regent Street.

Untuk lebih mudah, Oxford Circus ialah nama underground station sementara Oxford Street ialah tempat membeli belah.

Di Oxford Street ni, ada banyak kedai2 pakaian seperti Selfridges, Topshop, H&M, Primark and Forever 21. Primark tu – WAJIB pergi! baju budak2 super duper murah walaupun dah convert (masa saya pergi tu 1 pound = RM5.60). Baju tshirt kanak dijual serendah 1.50pound dan materialnya bagus.. Tu baru baju, belum lagi kasut, handbag, mmg kena baca Al Fatihah banyak2 sebelum masuk Primark ni hahaha

Untuk info yang lebih detail tentang shopping complex yang ada di Oxford Street, boleh refer di sini ye. Anda juga boleh download peta Oxford Street di sini.

Suasana malam di Oxford Street sangatlah cantik.. Kami cuma duduk2 saja di situ, people watching, menikmati lampu2 yang cantik dan menghirup sepuasnya angin malam..

Oxford Street ni siang sibuk, malam pun sibuk.. Dari sini, kami mengambil bus untuk turun di Bayswater dan balik ke apartment..

Enjoy the pics ya..

streets-of-london-2

streets-of-london-3

streets-of-london-4

streets-of-london-5

streets-of-london-6

 

 

streets-of-london

Autumn in London – Eye of London, Westminster Bridge & Leicester Square

Assallammualaikum wbt

Usai melawat Big Ben, saya sempat bergambar di atas Westminster Bridge, kemudian, kami menaiki bus untuk ke Leicester Square.

Westminster Bridge

Westminster Bridge

Untuk ke sana, kami perlu tukar dua bus, nanti saya check semula nombor bus. Kami perlu berhenti di Regent Street untuk menaiki bas kedua ke Leicester Square.

Di Regent Street ni, ada Hamley’s, kedai mainan yang terkenal di London. Ini sedikit info mengenai Hamleys (sumber dari Wikepedia):-

“Hamleys is the oldest and largest toy shop in the world and one of the world’s best-known retailers of toys. Founded by William Hamley as “Noahs Ark” in High Holborn, London, in 1760, it moved to its current site on Regent Street in 1881.”

regent-street-2

regent-street-3

Kami singgah sekejap saja di Hamleys sebab risau terlepas bas. Memang besar & best gila.. anak saya sampai tak nak keluar, kalau boleh nak tido dalam tu haha

Tujuan utama kami ke Leicester Square ialah untuk melawat M&M’s World. Masuk adalah percuma! Kalau anda penggemar coklat & ingin mendapatkan pakaian bertemakan M&Ms, silalah sediakan duit secukupnya sbb mmg rambang mata bila dah sampai sini. anda boleh check web M&Ms di sini sebelum pergi, so boleh la budget secukupnya ya..

Saya tengok di Leicester Square ini juga, ramai anak2 muda membuat pertunjukan tarian dan nyanyian secara percuma.. ala2 street performer gitu la.. Di sini juga ada IMAX, iaitu salah satu rangkaian panggung wayang di London. Masa kami di sana, cerita Bond sedang ditanyangkan.. tapi sebab takde budget, kami ambik gambar je la depan IMAX.

mms-world-leicester-square

mms-world-london-2

mms-world-london-4

mms-world-london-3

leicester-square

leicester-square-2

Usai melawat M&MS World dan berehat seketika di Leicester Square, kami balik ke apartment untuk solat & makan.

Sebelah petangnya, kami kembali semula ke Westminster, nak tengok London Eye & Big Ben di waktu malam.

Sebelah malam lagiiiii la sejuk.. Tapi gigih la redah kesejukan nak tengok London Eye dgn Wesminster di waktu malam kan.. Sempat la juga dengar jam Big Ben tu berbunyi.. memang teruja, selalu tengok dalam TV, kali ni dengar dengan telinga sendiri.. Rasa sebak, sebab rasa besarnya nikmat Allah bagi, sampai ke London Allah panjangkan rezeki saya..

london-eye

Insya Allah, akan saya sambung lagi bila ada rezeki & kelapangan waktu..

xoxo

Throwback Paris 14/11/2015

Assallamualaikum wbt

Throwback 14th November, 2015.

Tak dapat nak explain macam mana takutnya saya masa kejadian Paris Attack pada 14/11/2015.

Takut nak keluar, duduk je kat hotel, dah check out pun duduk je di lobi sampai teksi datang ambik kami utk ke Airport CDG.

Dalam kepala, macam2 saya fikir.. takut kena tembak, takut kapal kena bom, nauzubillah.. Alhamdulillah, selamat sampai KL..

Ini catatan di FB semasa hari kejadian:-

“Assalamualaikum keluarga dan kawan2 semua, saya suami dan anak berada dlm keadaan selamat. Kami tiba di hotel lebih kurang 15 minit sebelum kejadian tembak menembak berlaku. Mmg sangat menakutkan sebab siren polis , bomba dan ambulans tak henti2 berbunyi sampai skrg ni. Doakan kami selamat dari segala bahaya.. Terima kasih banyak2 atas doa dan ingatan anda semua..”

city-of-paris

au-printems-paris

beautiful-paris

beautiful-sienne-river-paris

building-in-paris

buildings-in-paris-2

buildings-in-paris

champs-eleysees-paris

city-of-paris-france

city-of-paris

Throwback London – 07th November, 2015

London Paddington Station