Category Archives: London – Paris Trip Autumn 2015

Gambar, Cerita, Pengalaman, Tips & Panduan Sepanjang Percutian saya ke London & Paris pada November, 2015!

Autumn in Paris – L’Open Tour – Hop On Hop Off Bus in Paris (Part 2)

Assallammualaikum wbt

Ok, sebelum saya share gambar2 yang diambil dari atas Hoho Paris, saya kongsikan sedikit tips.. Kadang2 kita ni tau, nak buat, tapi selalu terlupa, kan? So saya harap tips yang saya coretkan kali ni sebelum menaiki Hoho Paris memberi manfaat kepada semua ye.

Tips Menaiki Bus Hoho di Paris

Kalau pergi Paris, tempat yang paling top dalam senarai, sudah tentulah nak tengok Eifel Tower, kan?  Tak sah lawatan ke Paris kalau tak sampai ke Eifel Tower, lambang cinta dan kasih sayang katanya 🙂  Jadi kami pilih Green Route yang akan membawa kami terus ke Eifel Tower.

Green Route HoHo untuk ke Eifel Tower

Green Route HoHo untuk ke Eifel Tower

Kami naik dari bus stand Opera.  Anda cuma perlu tunjuk tiket Hoho pada petugas bas, dan boleh naik terus.

Dari bus stand Opera, anda akan nampak bangunan yang sangat2 cantik ni.

Dari bus stand Opera, anda akan nampak bangunan yang sangat2 cantik ni.

Cuaca pada masa itu agak mendung, mula-mula kami duduk di deck terbuka di atas bas, tapi gerimis mula mengundang, dan diikuti dengan titisan hujan yang agak lebat.. Setibanya di Pont Neuf, kami pun turun duduk di bawah..

Gelap sangat masa ni, hati saya pun dah mendung sebab tak dapat ambil gambar...

Gelap sangat masa ni, hati saya pun dah mendung sebab tak dapat ambil gambar…

Agak kecewa sebenarnya, sebab penglihatan agak terhad bila hujan, gambar pun blur sebab cermin bas Hoho tak berapa nak bersih 🙁

Off topic jap, kalau anda pernah menonton cerita Me Before You gandingan Sam Claflin sebagai Will Traynor dan Emilia Clarke sebagai Lou, dalam satu scene tu, Will Traynor ada sebut Pont Neuf ni.. Chewah .. hehe.. Tapi sayangnya, kami lalu aje, tak turun pun sebab hujan lebat ..

Pont Neuf Paris

Me Before You - Favourite Scene

Hujan turun lebih kurang 20 minit jugaklah.. Hati ni memang sedih sangat, ye la, macam mana nak turun ambil gambar dalam hujan lebat tu kan…

Tapiiii, lepas hujan berhenti, Masya Allah, kota Paris nampak cantik sangat, macam bercahaya gitu (sangat) haha.. Tak dapat saya gambarkan dengan kata2.. Mungkin kalau anda suka dengan bangunan2 lama, anda akan dapat rasa apa yang saya cuba sampaikan.. Susah saya nak gambarkan dengan kata2..

Saya biarkan gambar berbicara ye..

The Lourve, Paris. Tak turun sebab hujan masa ni..

The Lourve, Paris. Tak turun sebab hujan masa ni..

Building in Paris

Buildings in Paris 4 Buildings in Paris 5 City of Paris France City of Paris M'o ParisLV Outlet Paris Statues in Paris Paris City Paris Hotel

Arc De Triomphe 2 Arc De Triomphe 3 Arc De Triomphe

Saya tak tau tentang anda, tapi mata saya, hati saya, memang jatuh cinta dengan Paris.. Semua pemandangan ini anda boleh nikmati dari atas bas sahaja.

Bila bas berhenti di simpang jalan atau di traffic light, gunalah peluang itu sebaik-baiknya utk ambil gambar.

Saya pergi Paris masa Bulan November, jadi dah ada Christmas Market di sepanjang Champ Elysee.  Sayang sekali, tak singgah, sebab kejarkan masa nak bergambar di Eiffel Tower. Takpe, maybe next time, Insya Allah, who knows kan?

Christmas Market, Paris

Christmas Market, Paris

Paris Christmast Market 3 Paris Christmast Market

Nanti saya sambung pula dengan gambar2 di Eifel Tower ye.

Love

Ayu Fatarina

 

Autumn in Paris – L’Open Tour – Hop On Hop Off Bus in Paris

Assallammualaikum wbt

Cuaca sejuk dua tiga hari ni sebab hujan lebat sangat, feeling2 macam kat Cameron Highlands aje hehe

Ada kawan2 yang nak ke Paris, tapi ada masa dua hari je kat sana, dan nak sangat2 pusing2 Paris, tapi risau tak sempat dan tak tau arah tuju… Jangan risau, kalau anda cuma ada sehari dua di Paris, saya sangat recommend anda naik bus Hop On Hop Off.

Kami telah memilih L’Open Tour Hop On Hop Off (L’Open HOHO) semasa di Paris dulu.  Boleh tengok gambar utk harga dan route L’Open Hoho ni.

Hoho Paris 3 Hoho Paris 2

Kelebihan Bus Hoho Paris

Kelebihan Bus Hoho Paris

Green Route - yang paling ramai penumpang sebab lalu di Eifel Tower :)

Green Route – yang paling ramai penumpang sebab lalu di Eifel Tower 🙂

Selain dari HoHo, ada pakej lain juga, seperti Hoho Bus & Boat.  Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer di sini ye.

Pendapat peribadi saya,  mudah naik HoHo ni, tak perlu nak pening2 kepala study nak naik di mana, turun di mana, lebih2 lagi bila masa kita sangat terhad di Paris kan..

Anda boleh beli tiket HoHo di Gare Du Nord, dan di mana2 stall cenderamata, ada papan tanda yang menyatakan diorang jual tiket HoHo ni di stall tersebut.

Saya akan share gambar2 yang diambil semasa berada di atas Hoho ni di posting seterusnya ye.

 

Autumn in Paris – Sacre Coeur, Montmartre

Assallammualaikum wbt

Salam Syawal! Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, Insya Allah

Saya sambung lagi travelog ke Paris (masya Allah, dah almost dua tahun pergi, tak habis2 lagi menulis, malas punya pasal hahaha).  Semoga informasi yang sedikit ini dapat membantu anda semua dalam membuat perancangan ke Paris ye.

Saya pada asalnya, tidak buat research langsung pasal Sacre Coeur sebelum ke sini.  Memang travelling kali ni, dalam kepala nak tengok Eifel Tower saja.. Saya cuma ada baca, Sacre Coeur ni 2nd best place to see Paris from above, with a cheaper price than Eifel Tower.  Suami saya yang bgtau, ada church cantik yang within walking distance dari Hotel Altona.  So, hari kedua, berpandukan map yang suami dah study malam sebelumnya, kamu pun gamble ajelah mencari Sacre Coeur.

Untuk anda yang ingin membaca dan mengetahui lebih lanjut mengenai Sacre Coeur, boleh ke web ini ye – Sacre Coeur.  Secara ringkas, Sacre Coeur ini adalah sebuah gereja yang dimulakan pembinaanya pada tahun 1885.. Lama sangat kan, tapi bangunanya masih lagi utuh dan kukuh dengan izin Allah 🙂

Kami tiga beranak jalan kaki saja dari hotel, jadi pada anda yang menaiki train, anda boleh turun di station Anvers, dan boleh la jalan kaki naik bukit ke Sacre Coeur ye.

METRO KE SACRE COEUR

The closest Métro stop is Anvers, on the #2 line that runs between Porte Dauphine and Nation with a stop at Charles De Gaulle/Etoile by the Arc de Triomphe. From Anvers, it’s a two- or three-minute walk up the Rue Steinkerque to the hill at the foot of Sacré-Coeur.

Sacre Coeur ni terletak dalam kawasan Montmatre, yang mana banyak kedai halal.  Ada satu butchery di sini, dan tertulis perkataan Halal terang dan jelas, rasa menyesal tak ambil gambar masa ni.  Bangunan2 sepanjang perjalanan pun cantik2 semuanya, sejuk mata memandang.

Kami sampai di kaki bukit Sacre Coeur kira2 setengah jam perjalanan dari hotel.  Masya Allah, memang cantik.  Anda ada dua option untuk naik ke atas :

  1.  naik tangga (kami naik tangga ni, dua kali berhenti hehe)
  2.  naik cable car – maaf, tak sure harga sebab tak naik

Kalau anda bawa stroller, bersiap sedialah menjadi Badang, sebab banyak tangga juga yang harus anda daki. Saya juga harus ingatkan anda, banyak SCAM dan penyeluk saku di sini, so kena sangat berhati2 dengan barang2 anda ye.

Sebaik saja sampai di Sacre Coeur, Masya Allah, memang boleh nampak Notre Dame Church dan a few top Paris attractions!  Sangat2 teruja.  Di atas ni, ada disediakan teropong, dan satu papan batu besar dengan nombor dan nama bangunan yang boleh dilihat dari atas ni.  Such an amazing view! Kena berebut sikit ye, so saya sarankan datang awal2 pagi, belum ramai orang masa ni.

Ok, saya kongsikan gambar, enjoy the pics 🙂

Sacre Caeur 1 Sacre Caeur 2 Sacre Caeur 3 Sacre Caeur 4 Sacre Coeur 5 Sacre Coeur 6 Sacre Coeur 7 Sacre Coeur 7A Sacre Coeur Full Picture Stairs to Sacre Caeur 1 Stairs to Sacre Caeur 2

 

Autumn In Paris – Hotel Altona

Assallammualaikum wbt

Sekiranya anda mencari hotel di Paris dengan harga yang murah, dan anda tak kisah sangat tentang tilam yang empuk, tandas yang besar, dan bunyi yang agak bising, saya cadangkan Hotel Altona kepada anda.

Hotel Altona ni terletak within walking distance dari Gare Du Nord, tapi pastikan anda print direction ke Hotel Altona ni, sebab walaupun dekat, ia terlelak di lorong belakang, dan kalau sampai waku dah gelap macam kami masa tu, memang boleh sesat sekejap hehe.

Kami menginap dari 11/11/2015 – 14/11/2015.  Kos penginapan adalah RM1200 utk 5 hari, tak termasuk sarapan.

Saya buat bookng melalui Booking.com.  Anda juga boleh buat tempahan terus dengan Hotel Altona di sini.

Ok, saya ceritakan dulu KEBAIKAN Hotel Altona ni:

1) LOCATION – memang thorbaik! Dekat dengan metro, kat bawah Hotel ada kedai kebab halal, ada kedai runcit dan pemandangan dari balkoni hotel, memang awesome (kalau anda jenis suka bangunan lama macam saya la – boleh tengok gambar di bawah).  Kami jalan kaki je ke Sacre Caeur dari Hotel ni, dalam 1/2 jam kalau tak silap..

Ini saya ambil dari website mereka:

The Hotel Altona benefits from an exceptional location. A few minutes walk, and you have direct access to the Gare du Nord and the Gare de l’Est from where you can take the Eurostar or the Thallys.

The basilica at Sacré-Coeur in Montmartre and the Moulin Rouge are also accessible on foot/ The Metro Station Barbès-Rochechouart is 120 metres from the Hotel Altona, serving line 4 and 2 allowing you easy access to the main Parisian sites :

  • Eglise Notre Dame : Métro N° 4 – station Cité
  • Quartier Latin : Métro N° 4 – station Place Saint Michel
  • Quartier Saint-Germain : Métro N°4 – Station Odéon ou Saint-Germain
  • Champs Elysées et Arc de Triomphe : Métro N°2 – Station Charles de Gaulle Etoile
  • Basilique Sacré-Cœur : Métro N °2 – Station Anvers
  • Cimetière du Père-Lachaise : Métro N° 2 – Station Père-Lachaise
  • Marchés aux puces Saint-Ouen : Métro N° 4 – Porte de Clignancourt
  • Gare Montparnasse : Métro N° 4 – Station Montparnasse-Bienvenue
  • Gare du Nord : Metro N°4
  • Gare de l’Est : Metro N°4

Paris is at your feet!

Ni pulak gambar yang diambil dari balkoni Hotel Altona.. sangat la cantik..

Buildings in Paris - Hotel 2 Buildings in Paris - Hotel 3 Buildings in Paris - Hotel 4 Buildings in Paris - Hotel

Bayangkan, bangun pagi2, bukak balkoni, tengok bangunan yang indah macam ni, alahai, mmg awesome hehe

Ok, thats the good part of Hotel Altona..

Yang TAK BEST ialah –

1) Bilik tak berapa nak bersih, bau hapak.. Tilam dengan bantal pun ala2 je la haha.. Lampu ada yang rosak, dan tak ada cerek masak air.  Bilik kami siap ada cawan berkulat yang entah dari tahun berapa, atas almari.. Suami letak kat luar & mintak cleaner bawak turun.

Hotel Altona Triple Room 2 Hotel Altona Triple Room 3 Hotel Altona Triple Room 4 Hotel Altona Triple Room 5 Hotel Altona Triple Room

2)  Receptionist pagi & petang yang tak berapa nak friendly dan language barrier.  Receptionist malam sangat best, lelaki kulit hitam yang fasih berbahasa Inggeris & banyak tunjuk kami direction.

3)  Malam terakhir, ada nota dilekatkan di pintu kami, minta kami bayar pada malam itu juga sedangkan kami check out esok.  Kami turun bawah dan minta explanation dari receptionist, dia selamba menjawab – “A lot of people checking out tomorrow, so better pay tonight”.  Sakit hati jugak dengan jawapan dia, kami bayar malam tu jugak, dan Paris Attack juga berlaku pada malam yang sama..

So, secara keseluruhannya, Hotel Altona ni OK saja, mmg kami tak expect tinggi, sbb harga pun dalam RM400, tak boleh nak mengada2 nak hotel yang superb la kan? hehe.. Anda boleh baca dulu reviews di Booking.com tentang hotel ni, dan jangan tertipu dengan gambar2 di website mereka tu..

Ok, till next time, xoxo

Bye-bye London, Bonjour Paris!

eifel-tower-3

Assallammualaikum wbt

Hati bercampur baur nak ke Paris, excited pun ada, takut pun ada.. macam2 bermain dalam fikiran sbb dari pembacaan saya, Parisian kebanyakkannya sombong2 belaka.. dan mereka enggan menolong @ bercakap dalam bahasa Inggeris dengan pelancong asing.. Tapi tawaqal aje la, yakin Allah akan menolong musafir seperti kami..

Kami telah menempah Eurostar ke paris pada 11/11/15. Tempahan dibuat secara online, dan kami gunakan staff rate yang suami dapat, dari London St Pancras ke Paris Gare Du Nord. Untuk 3 orang, jumlahnya ialah 92.5GBP, lebih kurang RM510.00.

Dalam email, kami dimaklumkan waktu perlepasan dan nombor tempat duduk. E-ticket boleh diprint dari rumah.

Departs: London St Pancras Intl at 14:31 on 11 Nov
Arrives: Paris Nord at 17:47
Train no: ES9032
Class: Standard

Tempahan melalui Eurostar boleh dibuat seawal 120 hari, lebih awal anda tempah, lebih murah.

Untuk memahami mengenai Eurostar dengan lebih baik, saya syorkan anda baca blog The Man in Seat 61. Blog ni memang sangat2 berinformasi, masa pergi Amsterdam dan Brussel pun saya guna informasi dari blog ni. Seronok sangat tengok beliau mengembara dengan train 🙂

Ok, berbalik kepada cerita saya, usai siap mengemas, kami menikmati pemandangan dari The Collanades untuk kesekian kalinya.. Entah bila dapat datang lagi kan..

the-collanades

Bye-bye London :(

Bye-bye London 🙁

Kami menaiki bas dari The Collanades ke station Paddington. Dari sana, kami naik train terus ke St Pancras. Tiket sehala ke St Pancras ialah 4.8GBP seorang, dalam RM20 jugak la..

Tiket dari Paddington ke St Pancras

Tiket dari Paddington ke St Pancras

paddington-station

Sampai di St Pancras, rakan saya Adila yang cantik jelita dah tunggu. Masa ni Dila further studies kat UK, Oyster card pun dia yang pinjamkan hehe.. Sempat lagi Dila belanja kami makan di Le Pain Quotidien.. Sedap betul waffle kat situ! Kata Dila, ni salah satu cafe kegemaran Kate Middleton

le-pain-quotidien-2

le-pain-quotidien

Lepas makan2 semua and big hugs for Dila, kami pun masuklah departure hall untuk Eurostar.. Tunggu saja announcement untuk menaiki train anda, no frills, mudah saja 🙂

eurostar-train

Eurostar akan membawa anda ke terowong dasar laut sepanjang 50.45km. Berikut petikan dari Wikepedia:-

“The Channel Tunnel (French: Le tunnel sous la Manche; also nicknamed and shortened to Chunnel) is a 50.45-kilometre (31.35 mi) rail tunnel linking Folkestone, Kent, in the United Kingdom, with Coquelles, Pas-de-Calais, near Calais in northern France, beneath the English Channel at the Strait of Dover”

Untuk informasi lanjut, boleh klik English Channel ni ye.

Jika anda seorang yang claustrophobic macam saya, mmg rasa “lemas” bila train masuk ke terowong. Rasa nak muntah, pening, tangan berpeluh, kaki berpeluh, semua ada.. huhu.. mmg berdoa cepat2lah keluar dari terowong ni.. Otak pun pikir macam2 sebab tau kita di bawah dasar laut kan.. Anak & suami boleh je tidur, tapi saya mmg terkebil2 sepanjang dalam terowong.. Allah aje la yang tau perasaan saya masa tu..

Bila nampak aje hujung terowong, mmg rasa lega, ALhamdullillah sangat2.. hehe

Kami sampai di Paris jam 530 petang, tapi sebab autumn, cuaca dah gelap macam pukul 8 malam. Kami bergegas keluar dari station untuk mencari hotel pulak.. Berhati2 ketika di station, ramai homeless yang akan pandang kita semacam je.. Pastu ramai juga pemandu teksi sapu yang akan ikut anda dan tanya mana anda nak pergi.. Just ignore @ senyum dan jalan je.

Paris Nord Train Station

Kami sudah menempah Altona Hotel, lebih kurang 20 minit perjalanan dari train station, tapi silap sebab tak print direction dari train station. Berpusing jugaklah mencari.. Alhamdulillah, jumpa, tapi kena jalan di lorong belakang.. Masa tu, bau hancing dan najis menyucuk2 lubang hidung.. Saya mmg dah rasa mual dan pikir – Is this really Paris? Pandang kiri kanan jalan, mmg kotor.. Rasa nak patah balik London je masa tu.. 🙁 Tapi kuatkan semangat, baru sikit je kan, maybe tempat lain bersih (nak sedapkan hati).

Usai check in, kami terus cari tempat makan.. Alhamdulillah, bawah Hotel Altona tu, ada kedai kebab. macam biasa, portion makanan kat kedai kebab mmg banyak, beli satu, boleh kongsi dua orang. Harga sepinggan dari 4-15E.

Lamb Grill Halal Food Paris

Halal Food Paris

Lepas makan, terus naik rehat. Nanti saya cerita pasal Hotel Altona ni ye..