Category Archives: Jalan-Jalan Cari Makan

Perkongsian tentang tempat makan dan makanan yang best!

Tempahan Harum Manis Original Perlis, 2016

Assallammualaikum wbt

Kami buka tempahan untuk Harum Manis Original Perlis, 2016.

 

Syarat2 tempahan adalah seperti berikut:-

1)  Cash on Delivery sahaja di Subang Perdana/ Sg Buloh / Shah Alam (Kawasan Stadium) / Kelana Jaya.

2)  Kami TIDAK mengambil order untuk postage.

3)  Minimum order DUA kilogram.

Kami tak dapat nak ambil order 1kg saja sebab sebiji buah anggaran 600 – 700gm SEBIJI. Jadi memang masalah nak cukupkan 1kg, kena cari buah yang berat 300-400gm.. Buah size kecik ni memang payah sangat nak dapat.. Jadinya, lebih mudah kami buat minimum 2kg sahaja.. Harap maklum ye.. 

Cerita mengenai Harum Manis boleh baca di sini dan di sini

Nak bezakan mangga biasa dan Harum Manis boleh dapatkan tips di sini

Terima kasih 🙂

 

Harum Manis Original Perlis 2016

Jalan-Jalan Cari Makan – Siput Mentarang

Assallammualaikum semua!

Any seafood lovers reading this posting? Kalau ada, anda kena cuba makan mentarang! Apa? Mentarang? Apa kebenda mentarang ni? hehe.. Mentarang ni sejenis siput, jarang dijumpai.. Saya pun 1st time makan masa balik kampung suami kat Perlis..

Ini sedikit fakta mengenai mentarang:-

Fakta Tentang Mentarang

Fakta Tentang Mentarang

Ini pula gambar mentarang.. Rupanya cam pelik sikit, first time saya tengok cam ekor cicak pun ada.. hik2.. Tapi rasanya ok la..

Ni dalam 2kg lebih kurang la..

 

Close Up Siput Mentarang

Close Up Siput Mentarang

 

Macam suami saya tu, dia boleh makan banyak2 benda ni, cicah dengan air asam.. Saya pulak sekadar menjamah 3-4 ekor.. Selain direbus, boleh juga dibuat masak kunyit, dan ada reseipi2 yang saya jumpa, goreng cili padi @ masak lomak cili padi.. Nyum2..

Mentarang ni, macam saya bgtau dalam fakta tadi, banyak dijumpai di Utara.. Khabarnya di Kuala Selangor pun ada.. So kalau anda pegi ke tempat2 ni, cubalah rasa.. Jangan beli banyak, beli la sekilo-dua dulu, kalau tekak anda boleh terima dan rasanya sedap, boleh la beli lagik.. 🙂 Selamat menjamu selera!

 

Jalan-Jalan Cari Makan – Cinnamon Box – Kuala Lumpur Festival City, Setapak

Assallammualaikum Semua

Nak lunch apa hari ni yek? Biasanya saya masak & bawak makanan ke opis, tapi pagi tadik teramatttt la malasnya.. huhu.. So nampaknya kena la menapau kejap lagik..

Bagi anda yang berada di sekitar KL Festival City di Setapak, apa kata anda cuba makan di Cinnamon Box yang menyediakan makanan tempatan & western, yang penting, ia HALAL! 😉

Berikut sedikit info mengenai Cinnamon Box ini: –

 

Informasi tentang Cinnamon Box KL Festival City

 

Ha ni buku menu kat Cinnamon Box – jom tengok2 harga dan pilihan makanan yang disediakan 🙂

 

Menu Cinnamon Box 1

 

Menu CInnamon Box 2

 

Menu Cinnamon Box 3

 

Menu Cinnamon Box 4

 

Menu Cinnamon Box 5

 

Menu Cinnamon Box 6

 

Menu Air di Cinnamon Box

Ini pula gambar suasan kedai yang sangat la selesa dan santai.. Tenang & aman jer makan kat sini, rasa cam makan kat umah sendiri jer..

 

Tengok budak ni, golek2 macam kat umah sendiri jer.. haha

 

Ok, ini makanan yang kami beli hari tu – semuanya dalam BIG PORTION, SEDAP & MENGENYANGKAN!! Worth the money!!

Anak saya suka makan Chicken Balls ni.. rangup di luar, lembut di dalam :)

Anak saya suka makan Chicken Balls ni.. rangup di luar, lembut di dalam 🙂

Bandung Cincau Cinnamon Box

Air Sirap Bandung Cincau dan Sirap Bandung.. Manis2 buah aje..

Cucur udang yang betu2 cucur udang sebab ada seekor udang dalamnya (paham ker ayat saya ni? hahaha)

Ayam Pandan - sangat mengenyangkan!

Ini lah set Ayam Pandan – Cinnamon Box’s signature dish..
Sangat la mengenyangkan, tengok portion dia yang besar dan banyak,,

Nasi Ayam Kunyit - tengok ayam dia tu, puas hati la, memang banyak & sedap -harga - RM9.90

Nasi Ayam Kunyit – tengok ayam dia tu, puas hati la, memang banyak & sedap -harga – RM9.90.. kalau ada sos cili lebih sedap sebab ayam kunyit tu takberkuah kan..

 

Banana Caramel with Ice Cream.. Soooo recommended, especially for people with sweet tooth like me.. hehe

Banana Caramel with Ice Cream.. Soooo recommended, especially for people with sweet tooth like me.. hehe Masih terasa2 manis pisang tu.. mesti cuba tau!!

Secara keseluruhan, memang saya sangattttttttttttt berpuas hati dengan kunjungan ke Cinnamon Box ni.. Layanan yang mesra dan servis yang cepat menyenangkan hati saya dan suami.. Portion makanan yang banyak juga berbaloi dengan harga, sedap pulak tu.. Jadi saya bagi 5 bintang!!

p/s: Satu aje masalah datang sini -SUSAH NAK CARI PARKINGGGGGG!!! 45 menet kami pusing2 baru dapat parking.. So kena berjiwa kental untuk menunggu parking yang kosong kalau nak makan kat sini ye.. hahahaha

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cinnamon box menu,tempat makan best di kl festival city