Category Archives: Intro

CINTA???

Salam dan selamat tengahari semua..

Apa khabar hari ini?  Anda semua dah download e-book preview PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI?  Kalau belum, jangan lupa dapatkannya di www.panduancintalelaki.com!

 

Saudara/i,

Cinta memang perkara yang subjektif, tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi definisi tepat tentang cinta… Definisinya amat luas.. Cinta ada dalam hati semua manusia, dari kecil hingga besar, tua hingga muda.. Namun kehadirannya dalam hidup, cukup membuatkan kita bahagia, dan tidak kurang juga derita…  Ada yang gila, ada yang suka dan ada yang mati kerana cinta.. Subahanallah, sungguh unik perasaan atau naluri halus yang dipanggil cinta ini..

 Cinta ini tidak boleh dipandang remeh dah diketepikan, kerana ia berkaitan dengan jiwa, dengan perasaan.. Ia boleh mendatangkan kebaikan dan kemusnahan.. Semua orang memerlukan cinta.. Maka janganlah berlagak ego dan menyatakan anda boleh hidup tanpa cinta.. Ada yang berkali-kali putus cinta dan akhirnya serik, lantas tidak mahu lagi ada cinta yang hadir dalam diri.. Ya, putus cinta memang pedih, namun bila putus cinta, adakah anda muhasah diri, mencari kekurangan dalam diri?  Sering kita menuding jari pada pihak yang satu lagi jika cinta kita kecundang, namun adakah kita fikir, mungkin kita faktor atau penyebab utama kegagalan itu??  Nah, mungkin dengan membaca ebook penuh Panduan Cinta Untuk Lelaki, anda bakal mendapat jawapannya! 😉

 Pada yang sedang bercinta, hargailah cinta anda, ia anugerah Ilahi yang paling indah.. Pada yang merana kerna cinta, fikirkanlah sama ada berbaloikah anda meneruskan cinta itu jika emosi dan fikiran anda terseksa saban saat, saban waktu?  Cinta dan akal harus bersatu, barulah cinta itu teguh, berkekalan dan berpanjangan!

 

p/s: – Cinta yang hakiki, cinta yang sejati memang kepada Allah Yang Maha Esa.. 

Assallammualaikum…

Alhamdulillah.. akhirnya saya sudah ada blog sendiri.. Pada orang lain, ia perkara remeh, memang sudah trend sekarang ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri, tapi pada saya ia sebuah kejayaan kerana sudah lama saya ingin memiliki blog sendiri, tapi cuma hari ini, impian saya tercapai.. Kenapa saya ingin ada blog sendiri? Simple – saya suka mengarang, menulis, saya gemar berkongsi pendapat idea, dan saya suka memberi pandangan..
Seterusnya, anda mungkin bertanya lagi, kenapa MOTIVASI, INSPIRASI dan CINTA?

Semua orang perlukan motivasi dan inspirasi untuk dijadikan panduan dalam mengejar kejayaan, menjadi manusia yang lebih sempurna, matang dan berkebolehan.  Lantaan itu, saya harap tema motivasi dan inspirasi ini dapat menyumbang kepada pembagunan insan yakni teman-teman yang berkongsi pendapat, pengalaman dan pandangan dalam blog saya ini.

Cinta itu luas, love is an endless topic, u can talk about it now, and it will take forever to end.. Cinta itu misteri, ia wujud dalam diri setiap insan, tidak mengira darjat, pangkat, keturunan, umur atau harta.. Nah, pada saat ini anda mungkin akan berkata, ini hanyalah satu blog biasa, yang menghanyutkan.. Saya minta anda jangan bersikap judgmental.. Saya percaya, bab cinta ini dapat dikongsikan oleh pembaca dari semua peringkat usia.. There is something to learn from other people’s life.. Cinta bukan hanya pada kekasih, tapi juga pada Allah, pada Rasul, pada agama, pada ibu, ayah, adik2, kawan2 hatta haiwan kesayangan.. Ada kalanya, cinta inilah yang kita lupakan, yang kita pinggirkan.. Dan itulah yang akan cuba saya sampaikan dalam blog saya nanti..

Blog ini tidak terhad pada motivasi, inspirasi dan cinta sahaja, saya akan menulis tentang berbagai2 fenomena yang berlaku sekarang ini, dan saya harap anda semua akan bersama2 saya dan berkongsi segala-galanya…
Hingga bertemu di nukilan seterusnya.. Jika anda belum lagi mengucapkan kata-kata cinta pada isteri, suami, ibu, ayah atau orang2 tersayang, ucapkanlah hari ini, waktu ini, sebelum ianya terlambat..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tulisan arab hasbunallah,californi? top bloggers top posts,tulisan arab hasbunallah wanikmal wakil