Category Archives: Cuti-Cuti Malaysia – Ipoh

Cuti-Cuti Malaysia – Ipoh – M Boutique Hotel

Assallammualaikum wbt

Saya sudah beberapa kali ke Ipoh, tapi masih belum dapat meneroka Ipoh secara keseluruhannya, sebab cuma singgah sebentar dan tidur semalam saja.

Pada 22 April yang lalu, saya sekeluarga meluangkan masa dua hari satu malam di Ipoh, masa yang sangat singkat untuk cover tempat2 menarik di Ipoh.. Takpe, itu alasan utk pergi ke Ipoh lagi nanti hehe.

Ok, seperti biasa, bila nak bermalam di sesuatu tempat, kita akan cari hotel dulu, kan?  Saya sekeluarga menginap di M Boutique Hotel,  2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak. Ini kali kedua kami ke sini.  Tempat ini berkonsepkan Boutique Hotel.  Dekorasinya sangatlah cantik, memang rasa sangat nyaman dan tenang di hotel ni.  Masa kami ke sini kali pertama dulu, ada sepasang pengantin sedang shoot gambar.. Lovely pictures! Tapi saya pasti kena dapatkan kebenaran dari hotel sebelum bergambar, jadi jika anda berminat, boleh call terus M Boutique ok.

M Boutique sesuai sebagai venue untuk gambar perkahwinan.

M Boutique sesuai sebagai venue untuk gambar perkahwinan.

Setiap tingkat di hotel ini mempunyai tema tersendiri, Level 1 dengan The Adventure Theme (Malaysian Safari), Level 2 dengan The Majestic Theme (primitive cave art) dan Level 3 dengan The Excelsior Theme (Pelangi dan Rerama).

Tingkat 3 di M Boutique

Tingkat 3 di M Boutique

Sebaik saja melangkah masuk, anda akan disambut dengan kaunter receptionist yang sangat bergaya dan cantik, lampu2 ala2 vintage dan klasik, serta tempat duduk yang sangat empuk dan selesa.

M Boutique Hotel 3 M Boutique Hotel 4 M Boutique Hotel 5 M Boutique Hotel 6 M Boutique Hotel 7

Pendaftaran masuk (check in) juga sangat smooth, tak lebih dari 10 minit.  RM100 akan diambil sebagai deposit dan dipulangkan bila anda daftar keluar (check out).  Bilik kami di Tingkat 1, harga untuk Premier Double Room adalah RM160nett tanpa sarapan.

M Boutique Hotel M Boutique Hotel 2

Free Toiletries!

Free Toiletries!

Hotel M Boutique ini dilengkapi dengan Myth Cafe, Old Town White Coffee, M Shop (The Tale of 2 Boutiques), Gym, M Space (untuk discussion) dan self service laundry.  Gym, dan self service laundry berada di tingkat 1, dan di sini juga ada dua biji komputer untuk anda gunakan, water dispenser dan surat khabar.

Myth Cafe

Myth Cafe

Myth Cafe

Myth Cafe

Ini sarapan yang diberikan pada kali pertama kami ke sini, tahun 2016.

Ini sarapan yang diberikan pada kali pertama kami ke sini, 28 September 2015.

Hotel ni jauh sikittttttttt je dari pekan Ipoh, tapi bagi saya, sangat sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dan kedamaian.  Saya recommend juga untuk pasangan yang nak honeymoon. Dah datang sekali, mesti nak datang lagi… Sesuai la dengan motto M Boutique, Come as Strangers, Leave as Friends.

M Boutique Hotel 13

Untuk tempahan, anda boleh ke laman web MBoutique atau tempah melalui booking.com.

Nanti saya cerita pula tentang tempat2 menarik yang sempat kami singgah di Ipoh ye.

Pelawat menemui web ini melalui carian:

honeymoon di ipoh