Category Archives: Cuti-cuti Malaysia – Fraser’s Hill

Pengalaman bercuti di Fraser Hill, Pahang

Cuti-cuti Malaysia Fraser’s Hill – Jam Besar & Bangunan

Assallammualaikum wbt

Jam Besar adalah ikon paling terkenal di Fraser Hill.. Tidak lengkap kehadiran anda di sini kalau tidak mengambil gambar di ikon Fraser Hill ini.. Terletak di tengah2 jalan, anda pasti tidak akan terlepas tarikan utama ini 🙂  Kawasan ini sentiasa penuh dengan pengunjung.. Jika cuaca baik, gambar yang dirakamkan di sini pasti tidak mengecewakan.. Sewaktu kunjungan kami ke sini, kami cuma berpeluang untuk mengambil gambar pada belah malam kerana siangnya padat dengan pengunjung..

Jam Besar Fraser Hill

Selain itu, bangunan di sekitar yang ala-ala Eropah mmg sangat mengujakan.. Balai Polis Fraser Hill ini saja sudah berusia lebih 50 tahun.. Ia dibina pada tahun 1919.. Klinik + pejabat posnya juga menpunyai sentuhan Inggeris.. Saya sebenarnya rasa agak takjub juga la dengan bangunan2 disini, kerana tidak di makan zaman.. Dan saya juga hairan, macam mana batu bata untuk bangunan ni dibawa dari bawah, sementelah pada waktu itu teknologi tidak sehebat sekarang 🙂

Klinik di Fraser Hill

 

Bangunan Balai Polis yang dibina pada tahun 1919

 

Waktu kami di sini, ada sepasangt pengantin sedang mengabadikan saat2 indah di kawasan sekeliling ni.. Saya rasa dengan bantuan lensa yang tepat & bagus, gambar2 yang diambil pastinya cantik + meninggalkan memori indah untuk mereka.. Chewah..

Bertemu lagi di poasting akan datang, xoxo 😉

 

Cuti-cuti Malaysia Fraser’s Hill – The Paddock

Assallammualaikum semua..

Bagi anda yang ingin cuba menunggang kuda, The Paddock adalah tempat yang harus dilawati di Fraser Hills.  Di sini, dengan bantuan penjaga kuda, anda boleh menunggang kuda dalam satu trek bulatan kecil yang mengambil masa kurang dari 5 minit.. Untuk kadar, boleh rujuk pada gambar2 di bawah.  Waktu kami datang ke sini, memang ramai pengunjung yang nampak teruja sangat nak cuba menunggang kuda.  Kebanyakkannya adalah anak-anak kecil.. Anak saya pun sama la, bukan main seronok dapat naik kuda dengan abahnya.. Saya difahamkam kuda-kuda ini adalah kuda-kuda yang pernah beraksi di padang lumba satu ketika dahulu.

Di sini juga tersedia padang untuk aktiviti memanah, betul-betul di bahagian bawah cerun berhampiran pintu masuk.

Selain itu, bagi anda yang gemarkan persekitaran yang tenang dan ingin santai-santai, terdapat bangku-bangku yang disediakan untuk berehat dan menikmati alam sekitar. Tapi pastikan bawa surat khabar @ plastik untuk mengalas kerusi kerana ianya basah dek kerana kesejukan di Fraser Hill ini..

Pada saya, kalau ada café kecil di sini, pastinya lebih menarik kerana bangsal kuda dan pokok-pokok pine menimbulkan suasana ala-ala kampung di oversea gitu, sesuai untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam & kicauan beburung atau membaca buku sambil menikmati secawan teh atau kopi panas… indahnya.. .. 🙂

Tandas yang bersih.. i like!

Bersedia nak naik kuda!

Padang memanah/archery

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik di pahang untuk dilawati,tempat menarik di kuantan untuk dilawati,aktiviti di fraser hill,menarik di fraser hill

Cuti-cuti Malaysia – Fraser Hill’s Food Garden

Assallammualaikum wbt

Ke mana-mana saja tempat percutian yang kita nak pergi, makanan & minuman adalah benda yang wajib kita survey selain dari hotel..

Di Fraser Hill ni, anda tak perlu risau kerana ada banyak kedai-kedai makanan & minuman pada harga yang berpatutan.

Kadar harga bagi sepinggan nasi goreng biasa adalah RM6 ke RM10 sahaja. Untuk air panas juga, harganya dari RM2 ke RM5.00 segelas. Walaupun hidangannya biasa2 sahaja, namun dalam keadaan kelaparan & cuaca yang sejuk, apa-apa yang diminum atau dimakan ketika itu terasa sangat lazat! Haha.. Jadi, anda semua tak perlu risau jika tidak membawa apa-apa bekalan kerana memang ada kedai makan di sini yang menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Kami cuma makan dua kali  saja di kedai-keda ni sebab di apartment, kami boleh masak, jadi memang awal-awal lagi kami dah bawa barang-barang basah dan peralatan memasak dari rumah.  Kali pertama, makan nasi goreng dan air milo, dan yang kedua sarapan nasi lemak.  Rasanya tak la sedap bangat, tapi bolehlah untuk mengalas perut yang kelaparan..

Selain dari kedai makan, di kawasan yang sama juga terdapat kedai cenderamata.. bagi peminat fanatic fridge magnet, inilah tempat yang pastinya wajib anda kunjungi.  Selain fridge magnet, terdapat juga keychain, tshirt dan cenderamata lain yang turut di jual di sini.  Harga fridge magnet dan keychain ialah RM10 untuk 4 biji.  Ada juga yang lebih mahal, semuanya bergantung kepada size dan material.. Bagi saya, tshirtnya agak mahal, yang lain2 adalah standard price..

  

Dalam banyak2 kedai ni, Restoran Puncak ni sangat mengecewakan saya..  Masa tu hujan renyai2, kami pun pusing la carik kedai nak makan.. Kemudian, nampaklah depan kedai ni ada jual sup tulang.. Wah, sukanya masa tu, sebab sup memang sedap makan waktu panas2.. Maka kami pun bagitau lah dengan makcik yang kerja kat situ, kami nak bungkus 2 nasi putih dan satu sup tulang.. Masya-Allah, kami suami isteri terkejut sangat bila dia marah dan cakap camni – “TAK BOLEH BUNGKUS, ORANG TENGAH RAMAI NI, BOLEH MAKAN JE.. TAK ADA MASA NAK BUNGKUS..” Adoi la, sentapnya dengan layanan macam tu.. Macam ni ke kita sebagai umat Islam, orang melayu yang kaya dengan budi bahasa, melayan pelanggan??? Kami tak tunggu lama, terus jalan keluar dari situ.. Apa salahnya cakap elok2 dengan kami kan, kami bukan mintak sedekah, mintak nak beli tau.. Terkilan sangat..

 

Selain dari di sini, terdapat beberapa kedai makan yang lain di sebelah bangunan anjung tinjau untuk melihat burung2.. Insya-Allah nanti saya update, tak jumpa pulak gambar kedai2 tu..

Till then, selamat berbuka puasa semua.. xoxo

 

Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Taman Flora Bukit Fraser

Assallammualaikum wbt,

Kebiasaannya, mesti ada taman bunga atau kebun sayur di tempat-tempat beriklim sejuk, dan di Faser Hill ni pun ada juga taman sebegini.  Betul-betul bersebelahan dengan Allan’s Water, terdapat Taman Flora Bukit Fraser (Fraser Hill Garden Center).  Tiada caj dikenakan untuk masuk ke Taman Flora ini, ye, PERCUMA!! Jadi anda boleh masuk dan keluar seberapa banyak kali yang anda suka 🙂

Menurut informasi yang didapati daripada web, terdapat kebun strawberi di dalam Taman Flora Bukit Fraser ini.  Walaubagaimanapun, waktu kami melawat di sini, hanya ada strawberi muda sahaja dalam pasu kecil, takde pun yang masak ranum, jadi tolong la jangan teruja sangat nak membeli strawberi kat sini ye.. hehe. Di sini, tumpuan utamanya adalah kepada jualan tanaman hiasan dan sayur-sayuran serta buah-buahan.  Jadi kalau anda berminat dengan poko-poko bunga dan yang sewaktu dengannya, di sinilah “syurga kecil” anda..

Keadaan Taman Flora ini agak menyedihkan pada pandangan saya.. tempatnya tidak dijaga dengan rapi, dan lantainya berlumut serta licin.. Hujan turun renyai-renyai waktu kami berada di sini, menjadikan lantai sangat licin.. Kalau berkunjung di sini, saya syorkan pakailah kasut sukan, tak perlulah pakai high heels ye makcik! hehe

Pokok-pokok bunga ditanam di rumah hijau yang besar & nampak sangatlah buruknya sebab dah berlumut2, manakala  tomato dan sayur-sayuran hijau yang lain menjalar di sepanjang tanah dan pagar di dalam kawasan ini.  Nampak segar tomato yang tumbuh melata di tepi pagar dalam taman ni..

Pada pendapat saya sebagai seorang pelancong tempatan, banyak benda yang lagi yang boleh diperbaiki, sebab Taman Flora ni berpotensi sangat menjadi tempat tumpuan ramai kalau ianya bersih, elok & teratur seperti di Cameron Highlands.. Ada pelancong asing yang menggeleng-geleng kepala melihat keadaan Taman Flora ni yang boleh saya labelkan sebagai “pathetic”… Kalau saya diberikan peluang menguruskan Taman Flora ini, mungkin saya akan buat satu cafe kecil di mana para pelawat boleh menikmati ubi bakar/rebus & jagung bakar/rebus, serta secawan teh panas.. Perghh.. mesti best! Then again, its just a dream, it takes more than just a dream to make something work out kan.. Mesti ada yang kata – CAKAP senanglah, cuba suruh pegi buat.. haha.. Ok jom layan gambar.. 😉

 

Keadaan rumah hijau yang menyedihkan 🙁

Keadaan di dalam rumah hijau.

 

Sayuran yang tumbuh melata di atas tanah..

 

Fresh from Fraser Hill!

 

Kedai kecil menjual hasil tanaman di Taman Flora

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik bukit fraser,aktiviti menarik di bukit fraser

Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Allan’s Water

 

Assallammualaikum wbt

Salam Jumaat untuk semuaaa! Dah jadik macam hotel dah blog ni, tuannya kejap ada kejap takder.. hehe

Ok, straight to the point, hari ni sambung pasal percutian ke Fraser Hill.

Tidak seperti Cameron Highlands @ Genting Highlands, tempat menarik di sini amat terhad.. Tapi kalau anda seroang yang “adventurous” dan sukakan jungle tracking, mungkin di sini tempat yang sesuai untuk anda sebab banyak laluan tracking di sini..

Tapi usah gusar, walaupun terhad, tetapi ada beberapa tempat yang agak menarik untuk anda kunjungi, dan yang PALING BEST – PERCUMA!!! yeayyy! hehe

Saya mulakan dengan tempat bernama Allan’s Water.  Allan’s Water ini adalah sebuah tasik kecil yang terletak di Jalan Ampang.  Ia ditransformasikan kepada sebuah tempat tarikan pelancong dengan aktiviti rekreasi “paddle boating”.  Selain itu, antara aktiviti yang disukai oleh anak2 kecil ialah memberi ikan makan.. ada beratus-ratus ekor ikan dalam tasik ni, baik yang kecil, sederhana, atau besar.. Sepeket makanan ikan boleh dibeli dengan harga rm1.00 dari gerai berdekatan.  Memang seronok sangat bagi makan kat ikan2 ni, bukan setakan budak-budak, mak budak pun suka! Tak percaya, kita layan gambar!

Sejarah Allan’s Water

Harga untuk paddle boat

 

Paddle Boat yang boleh disewa

 

Kedai berdekatan yang menjual makanan ikan

Banyak sangat ikan dalam kolam ni, meloncat2 bila kami baling makanan ikan..

 

Insya-Allah saya akan update lagi tempat yang menarik di Fraser Hill esok 🙂

xoxo

Ayu Fatarina