Category Archives: Cuti-Cuti Malaysia – Perlis

Gambar & pengalaman bercuti di tempat2 menarik sekitar Perlis!

Mangga @ Mempelam Harum Manis dari Perlis

Assallammualaikum wbt

Ada yang suka makan mangga?  Mestilah ada kan, especially mangga yang berjus, manis & segar – macam buah mangga @ mempelam harum manis dari Perlis yang berbuah cuma dari bulan 4-6 setiap tahun.  Bercerita tentang mangga @ mempelam ni, kecur air liur saya dibuanya.. Rasanya yang sangat manis & baunya yang wangi membuatkan harganya agak mahal di pasaran, namun berbaloi membeli kerana rasanya dijamin sedap!

RAMAI YANG BAGITAU SAYA YANG POKOK NI DAH BOLEH DI TANAM & TUMBUH DI NEGERI2 LAIN DI DALAM MALAYSIA! SO TAHNIAH PADA YANG BERJAYA MENANAM, ANDA DAH BUKTIKAN BUAH HARUM MANIS NI BUKAN LAGIK BUAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG2 PERELIH AJE YE! 😉

Buah harum manis akan berbuah lebat jika cuaca panas terik.. UNIMAP adalah antara universiti yang menumpukan perhatian pada penananam & pemasaran  harum manis ini di Perlis & ke negeri2 seluruh Malaysia..

Buat masa ini, harga pasaran harum manis SEKILO (kira2 2 biji) ialah RM25 – RM40 sekilo! Mahal, kan?? Memang mahal, tapi rasa sekali pasti nak lagi!

Kalau anda singgah di Perlis, jangan lupa membeli harum manis, tapi berhati2 kerana ramai yang menipu dengan menjual buah mangga biasa sahaja.  nanti saya kongsikan tips membeli harum manis, buat masa ni sila kecur air liur melihat gambar2 harum manis dari kebun ayah mertua saya di Felda Mata Air, Perlis 😉

Untuk tempahan harum manis – sila hubungi Encik Jan – 012 5506723 untuk pembelian ye.. 100% original dari Perlis.. Tapi kena cepat, sebab harum manis berbuah sampai minggu pertama bulan June saja ye 🙂 –

 UPDATE AS AT 13 JUNE, 2014 – BUAH HARUM MANIS SUDAH HABIS MUSIM UNTUK TAHUN 2014 YE, TAHUN DEPAN BARU BOLEH BUAT TEMPAHAN.. SO BUAT TEMPAHAN CEPAT2 UNTUK MENGELAKKAN MENGIDAM & KEMPUNAN 🙂

Harum Manis 2 Harum Manis Perlis

Desa Harum manis perlis (1)

Nak tau cara nak bezakan harum manis dengan mangga / sala – klik sini

Pelawat menemui web ini melalui carian:

mangga harum manis,harum manis perlis,harum manis,mangga harum manis perlis,harga mangga harum manis,mempelam harum manis,harga harum manis,pelam harum manis,harga mempelam harum manis,harga pasaran harum manis,mangga harum manis online,anak pokok mangga harum manis,harga mangga harum manis perlis,buah mangga harum manis,pelam harum manis perlis,harum manis perlis 2014,harga pelam harum manis,mangga harum manis wikipedia,harga buah mangga harum manis,Pokok mangga harum manis

Cuti-Cuti Malaysia – Taman Ular & Reptilia, Sungai Batu Pahat, Perlis

Assallammualaikum Semua

Apa perasaan anda kalau tengok Ular? Geli geleman? Seram? Biasa jer? Rasa nak picit2? Ha, moh ler ke Taman Ular di Sungai Batu Pahat Perlis kalau nak tengok Ular secara lintas lansung & live ye.. haha

Binatang ni, Orang Melaka panggil ULAU, orang Utara panggil Ulaq, Orang Perak panggil Ulor, orang putih panggil SNAKE.. hahahah

Teringat ada kat sekolah dulu, ada tongue twister orang melaka ada ayat ni – Ulau besau melingkau atas pagau kena kejau.. saper tahu sebut boleh kawin dengan orang melaka :p

Ok, ini dia fakta2 tentang Taman Ular & Reptilia di Sungai Batu Pahat, Perlis ini –

Fakta Tentang Taman Ular & Reptilia Perlis

Fakta Tentang Taman Ular & Reptilia Perlis

 

Selamat Datang Ke Taman Ularzzzzzzzz!

Selamat Datang Ke Taman Ularzzzzzzzz!

 

Bayaran masuk ke Taman Ular, Perlis

Bayaran masuk ke Taman Ular, Perlis

 

Snake Farm Perlis

 

Ular Sawa Bersalin Kulit

Kulit Ular Sawa

 

Ular Air yang bernama Ular Belalai Gajah

Ular Air yang bernama Ular Belalai Gajah

 

Sign Autograph jap kat Taman Ulaq.. hehe

Sign Autograph jap kat Taman Ulaq.. hehe

 

Ruangan Galeri Ular

 

Suasana Galeri di Taman Ulau

Suasana Galeri di Taman Ulau

 

Rupa Galeri Akuarium Ular di Taman Ular Perlis

 

Ular di Taman Ular Perlis 4 Ular di Taman Ular Perlis Ular di Taman Ular Perlis 2 Ular di Taman Ular Perlis 3

 

"Manja

 

Dari Jauh tau Ulau ni datang - Texas Ratsnake!

Dari Jauh tau Ulau ni datang – Texas Ratsnake!

 

Zon Pit di Taman Ular PerlisAlam Iguana & Kura2 Taman Ular Perlis

 

Ini la rupa PIT di Taman Ular ni..

Ini la rupa PIT di Taman Ular ni..

Ha, iguana ni memang seriously, saya geli geleman.. Ntah, rasa creepy jer tengok rupa dia ni.. Seram.. Tengok gambar pun rasa geli geleman ni. haiyaaaaaaaaaaaa, tolong2!!! tak leh tengok lama2..

Sumpah2 di Taman Ular Perlis Sumpah2 di Taman Ular Perlis 2

Iguana di Taman Ular Perlis

 

Solomon Island Mangrove Monitor atau dalam bahasa melayu asli - BIAWAK!

Solomon Island Mangrove Monitor atau dalam bahasa melayu asli – BIAWAK!

Kandang Ular Sawa di bahagian luar taman Ular

Kandang Ular Sawa di bahagian luar taman Ular

Ayam yang menjadi makana Ular Sawa

 

kandang Buaya Kerdil di Taman Ular Perlis Buaya Kerdil di Taman Ular Perlis Buaya di Taman Ular Perlis  Zon Beruk di Taman Ular Perlis Kandang Tedung Selar di Taman Ular Rumah Tedung di Taman Ular Perlis

Secara keseluruhan, memang puas hati dapat datang sini.. Iye la, kat sini aje dapat up close & personal dengan Cik Ulau ni kan.. hehe.. Cuba kalau terjumpa kat tepi semak ke, kompem gigil kepala lutut, tapi kat sini rileks jer la sebab tau depa dalam kurungan kan.. Jadi kalau ada kelapangan, bawaklah diri sendiri @ family melawat Taman Ular di Sg Batu Pahat, Perlis ni ye 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

taman ular perlis,waktu operasi taman ular perlis,harga tiket taman ular perlis,bayaran masuk taman ular perlis,taman ular batu pahat perlis

Cuti-cuti Malaysia – Wang Kelian

Assallammualaikum..

 

Apa khabar semua?  Salam Maal Hijrah untuk anda semua, semoga tahun baru hijrah ini membawa lebih banyak keberkatan dan keredhaan Allah untuk kita semua..

Saya masih lagi melawan virus2 demam & selsema yang dah menumpang di badan selama seminggu ni.. hadoi, stress betul la, buat apa pun tak kena sebab badan tak sihat.. Tapi Alhamdulillah, masih under control..

Cuti sekolah dah bermula.. bestnya adik2 kita tak payah bangun pagi2 gi sekolah kan.. hehe.. pada adik2 yang bercuti dengan keluarga ke utara, apa kata ajak mak ayah ke Wang Kelian, Satun, Thailand.. Jauh??? Tak ada pasport??? Tak apa… boleh masuk jalan kaki jer, sebab Wang Kelian ni di sempadan Perlis & Thailand.. ada macam2 barang2 kat sini.. harga pun murah2, especially comforter @ toto, kasut & mainan kanak2..

Saya tak sempat nak ambik banyak gambar sebab bateri kamera dah habis masa tu.. So kita tengok apa yang sempat saya snap2 di sana ye..

Owh, sedikit tips jika anda ke Wang Kelian:-

1)  Cuaca sangat2 panas, pakai pakaian yang sesuai seperti baju @ tshirt cotton.. ada sorang pompuan ni baru balik dari kenduri kot, pakai baju lace, hambik kau, mandi peluh jalan dari kedai ke kedai.. hehe

2)  Kedai2 berderet panjang hingga ke hujung sempadan, so pakai running shoes @ kasut sports, tak yah la nak gedik2 pakai high heels ye nyah…

3)  Tawar menawar seminima mungkin.. harga barang2 kat sini jauh lebih murah dari di Padang Besar.. Cakap elok2, senyum lebih2 pada akak2 Siam tu, Insya-Allah dapat harga murah..

4)  Kalau boleh, tak payah la bawk baby, kesian sangat sebab cuaca kan.. walaupun anda tolak baby dalam stroller, tapi bahang kepanasan pasti buat baby menangis sebab tak selesa..

5)  Jangan lepaskan peluang cuba makan pulut ayam a must try when you are in Perlis @ Siam 😉

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Budak kecik ni paling banyak memborong kat Wang Kelian, beli kapal terbang, senapang, selipar, bubles & comforter kat sana.. hehe

 

 

Di pintu keluar dari Wang Kelian

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

senapang manik,kedai pistol manik,pistol manik,pistol manik murah