Category Archives: Cuti-Cuti Malaysia – Perlis

Gambar & pengalaman bercuti di tempat2 menarik sekitar Perlis!

Tempahan Harum Manis Original Perlis, 2016

Assallammualaikum wbt

Kami buka tempahan untuk Harum Manis Original Perlis, 2016.

 

Syarat2 tempahan adalah seperti berikut:-

1)  Cash on Delivery sahaja di Subang Perdana/ Sg Buloh / Shah Alam (Kawasan Stadium) / Kelana Jaya.

2)  Kami TIDAK mengambil order untuk postage.

3)  Minimum order DUA kilogram.

Kami tak dapat nak ambil order 1kg saja sebab sebiji buah anggaran 600 – 700gm SEBIJI. Jadi memang masalah nak cukupkan 1kg, kena cari buah yang berat 300-400gm.. Buah size kecik ni memang payah sangat nak dapat.. Jadinya, lebih mudah kami buat minimum 2kg sahaja.. Harap maklum ye.. 

Cerita mengenai Harum Manis boleh baca di sini dan di sini

Nak bezakan mangga biasa dan Harum Manis boleh dapatkan tips di sini

Terima kasih 🙂

 

Harum Manis Original Perlis 2016

Cuti-Cuti Malaysia – Empangan Timah Tasoh, Perlis

Assallammualaikum wbt

Sebut saja Perlis, pasti ramai yang teringat Padang Besar dan kemanisan Harum Manis kan, tapi sebenarnya, ada lebih banyak yang menarik di Perlis.  Salah satu daripadanya adalah Empangan Timah Tasoh atau juga dikenalai sebagai Tasik Timah Tasoh di kalangan orang tempatan.

Bagi anda yang cintakan alam semulajadi, pemandangan dari empangan ini pasti akan mencuri tumpuan anda.. Berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand di jalan menuju ke Padang Besar, hati dan mata jadi tenang dan lapang apabila berada di sini.

Sejarah Empangan Timah Tasoh (sumber dari Mstar, wikipedia & JPS Perlis –  terima kasih)

Empangan Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, Mukim Beseri, dan boleh dihubungi melalui 2 jalan iaitu Jalan  Kangar-Padang Besar, dan Jalan Abi- Padang Besar.  Sekiranya anda dalam perjalanan ke Padang Besar, Empangan ini terletak di sebelah kiri anda.  Mustahil untuk anda terlepas pandang dari Empangan Timah Tasoh ini kerana ada papan tanda dan ada resort serta kedai makan yang dibuka di sini.

Empangan Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertumuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Emapang Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kos sebanyak Rm77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP)

Tasik, yang pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh dan di dasarnya pada awalnya adalah sebuah kampung yang bernama ‘Tasoh’ namun telah ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan.

Turut ditenggelamkan bersama kampung itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan selain nostalgianya yang semakin luput daripada ingatan penduduk setempat.

Kampung itu terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian yang andal dan mencukupi di samping memenuhi keperluan untuk mengairi 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Aktiviti di Empangan Timah Tasoh 

#timahtasoh

 

Terinai Lake View Cafe

Terinai Lake View Cafe

Saya kongskikan di sini beberapa gambar yang diambil di Empangan Timah Tasoh ini.  Untuk cafenya pula, bagi saya makanannya ok saja.. tapi view memang cantik, ditemani pula dengan angin yang sepoi2 bahasa, sangat nyaman dan sesuai untuk anda menenangkan fikiran.. Jadi jangan lupa singgah di Empangan Timah Tasoh jika anda menghala ke Perlis ye 🙂

Empangan Timah Tasoh Perlis

Empangan Timah Tasoh Perlis 2

Tempahan Harum Manis Original Perlis 2015 Dibuka!

Assallammualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Tempahan Harum Manis Original dari Perlis, kini secara rasminya dibuka!

Butir2 adalah seperti berikut:-

Tempahan Harum Manis

Kami tidak mengambil order utk pengeposan kerana khuatir buah rosak & lambat sampai kepada pelanggan.  Namun seandainya ada pelanggan yang tetap ingin buah tersebut diposkan, ia boleh dilakukan, dengan syarat kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa2 kerosakan dan kelewatan penerimaah buah tesebut.  Tidak ada refund utk buah yang rosak semasa dalam tempoh pengeposan.

 Jom tempah sekarang, kalau lambat, melepassss!

p/s: Cerita harum manis tahun lepas & tips2 memilih harum manis pun ada, klik aje kat link tu ye 🙂

Harum Manis, Kundang, Pulut Ayam, Nasi Daging & Sakura

 

Assallammualaikum wbt

14 – 18hb Mac, saya berada di Perlis, adik ipar melangsungkan perkahwinan.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Alang2 berada di sana, hajat hati nak merayap sekejap di Padang Besar.. Terlalu ramai orang di Padang Besar, jem nak masuk ke dalam, itu belum cerita pasal cari parking lagi.. Masakan tak jem, musim cuti seklah kan… Sudahnya balik dengan tangan kosong..

 

2015314101938-1

 

Di Perlis, satu perkara yang saya sangat suka ialah makanan yang murah serta pengaruh masakan Siam yang mmg sesuai dengan tekak saya.. Dari pulut, ke nasi, ke sup siam, tak dapat nak cerita panjang, saya biarkan gambar berbicara..

Makanan di Perlis

 

Pada yang dah mengidam nak makan buah magga harum manis untuk tahun 2015 ni, Insya-Allah sebulan lagi, jualan akan bermula.. Tapi saya difahamkan, tahun ini buah agak terhad & harganya mungkin agak mahal dari tahun lepas.. Waktu saya balik ni, ada la 2-3 biji buah mangga harum manis yang “tersesat”.. Alhamdulillah, rezeki, dapat la makan buah harum manis yang sememangnya manis dan enak tu.. Saya belanja gambar dulu ye kawan2.. 😉 Ada buah Kundang juga, RM22.00 sekilo.. Buah kundang ni dulunya buat baling itik aje kat kampung nenek, sekarang dah jadi buah yang rare & payah nak jumpa..

2015317121615

 

IMG-20150318-WA0010

Owh, waktu kami sampai di Kedah, Bunga Sakura Malaysia dah berbunga indah.. tak tau apa nama penuhnya.. tapi Subahannallah, mmg cantik… Pokok ni saya ambil gambarnya di Kedah…  Hajat hati nak ambik gambar di bawah pepohon bunga ni pun tak kesampaian sebab dah kesuntukan masa..

2015314082257

Sehingga bertemu lagi di coretan seterusnya, Insya-Allah J