Assallammualaikum,
Apa khabar sahabat2 yang saya hormati.. Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac.. Cepat sungguh masa berlalu..
Sementara masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi ini, marilah kita sama2 beramal dan beribadat sebanyak yang mungkin agar kita senang di akhirat kelak..
Saya ingin sama2 berkongsi dengan anda, email yang saya terima berkaitan dengan rumah anak2 yatim Taman Baiduri. Secara ringkasnya, mereka ingin mengadakan majlis berkhatan, doa selamat dan sambutan bersempena dengan penubuhan rumah amal ini selama setahun.. Majlis dicadangkan pada 12.03.10 selepas magrib, dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat diikuti dengan majlis kenduri. Esoknya 13.3.10 barulah diadakan majlis sebenar berkhatan, seperti acara pulut kuning dan berarak.
Di bawah saya sertakan email dan nomboer telefon orang2 yang boleh anda hubungi jika anda berminat menghulur bantuan wang ringgit @ tenaga.. Anda dialu2kan untuk mengambil post ini dan menyebarkannya kepada rakan2 anda yang lain.. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keredhaan Allah.. Jazakallah!
Assalamualaikum rakan-rakan yang dermawan!
Semoga semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah sentiasa, Amin.
Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan saudari kepada email yang saya terima dari Ustaz Shukry dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri (RAYM) di Dengkil. Seperti yang beliau maklumkan dalam email di bawah ini, RAYM kini berusia setahun. RAYM kini sedang bercadang untuk membuat majlis BERKHATAN, DOA SELAMAT DAN SAMBUTAN 1TAHUN TAMAN BAIDURI. Nampaknya beliau amat memerlukan bantuan tenaga untuk aktiviti ini. Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubungan dengan beliau. Jika ada yang sudi menderma wang ringgit, pun di alu-alukan. Butiran akaun serta nombor telefon pejabat RAYM tertera di bawah ini.
Tel: 03-87688507 (pejabat)
019-6539701 (En. Shukry Latar – Pengerusi)
012-5774873 (Ust Helmi Jamaluddin – Timb. Pengerusi)
012-9520396 (Utz Fuad Hilmi – Timb. Pengerusi)
012-2904873 (Dr. Haji Lukman – Pekerja Sosial)
013-9183228 (En. Izaha Ismail – Penyelia)
NOMBOR AKAUN
· MAYBANK ISLAMIC BERHAD , ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI. (162834034545).
· CIMB BANK , CAWANGAN DENGKIL. ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.
( 1267-0005898-52-4 ).
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan tenaga kerja, silalah berhubung dengan Urusetia RAYM. Untuk yang berminat menderma wang ringgit, bolehlah menggunakan nombor akaun yang tertera di atas.
Saya bagi pihak RAYM, mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi menderma, jasa anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya!
Wassalam
Incoming search terms:
- majlis berkhatan (74)
- DOA BERKHATAN (45)
- kertas kerja majlis berkhatan (40)
- doa majlis berkhatan (23)
- kertas kerja berkhatan (17)
- kertas kerja program berkhatan (17)
- kertas kerja majlis khatan (13)
- teks doa selamat (11)
- kertas kerja rumah anak yatim (6)
- kertas kerja rumah anak anak yatim (6)
- doa untuk majlis berkhatan (5)
- gcon toh kertas kerja program berkhatan (4)
- kertas kerja ke rumah anak yatim (4)
- teks doa majlis (3)
- kertas kerja anak yatim (3)
- kertas kerja bantuan anak yatim (3)
- kenduri majlis berkhatan (3)
- doa majlis khatan (3)
- kertas kerja untuk rumah anak yatim (3)
- Teks doa program motivasi (3)
- penubuhan rumah anak yatim (3)
- contoh kertas kerja program bersama anak yatim (3)
- pulut kuning berkhatan (3)
- skrip doa selamat (3)
- gambar ustaz di raym taman baiduri (2)
- kertas kerja bersunat (2)
- rumah anak yatim yang memerlukan bantuan (2)
- kertas kerja majlis doa selamat (2)
- kertas kerja buka rumah anak yatim (2)
- contoh kertas kerja projek anak yatim (2)
- kertas kerja untuk bantuan anak yatim (2)
- contoh kertas kerja program untuk anak yatim (2)
- kertas kerja program rumah anak yatim (2)
- CONTOH KERTAS KERJA MAJLIS BERKHATAN (2)
- contoh kertas kerja rumah anak yatim (2)
- contoh proposal ke rumah anak yatim (2)
- contoh proposal program anak yatim (2)
- contoh proposal program bersama anak yatim (2)
- contoh kertas kerja ke rumah anak yatim (2)
- derma ayu (2)
- contoh skrip majlis doa selamat (2)
- teks doa untuk anak yatim (2)
- majlis berkhatan saya (1)
- majlis berkatan (1)
- www kertas kerja berkhatan (1)
- teks doa wang bantuan (1)
- majlis berkhatan di rumah (1)
- pengenalan kertas kerja bantuan anak yatim (1)
- objektif program ke rumah anak yatim (1)
- teks doa program (1)
Tags: DERMA, RUMAH ANAK-ANAK YATIM & MISKIN TAMAN BAIDURI, SEDEKAH
salam pada semua,
Alhamdulillah, kami telah selesai menjayakan majlis semalam. syukur bila semuanya selamat. buat semua rakan2 dan saudara di luar sana, terimakasih atas sumbangan dari awal hingga akhir.
Waalaikumsalam Uztad Shukry
Alhamdullillah.. Semoga Allah memberkati usaha kita membela nasib anak2 yatim ini, Insya-Allah..