Bye-bye London, Bonjour Paris!

eifel-tower-3

Assallammualaikum wbt

Hati bercampur baur nak ke Paris, excited pun ada, takut pun ada.. macam2 bermain dalam fikiran sbb dari pembacaan saya, Parisian kebanyakkannya sombong2 belaka.. dan mereka enggan menolong @ bercakap dalam bahasa Inggeris dengan pelancong asing.. Tapi tawaqal aje la, yakin Allah akan menolong musafir seperti kami..

Kami telah menempah Eurostar ke paris pada 11/11/15. Tempahan dibuat secara online, dan kami gunakan staff rate yang suami dapat, dari London St Pancras ke Paris Gare Du Nord. Untuk 3 orang, jumlahnya ialah 92.5GBP, lebih kurang RM510.00.

Dalam email, kami dimaklumkan waktu perlepasan dan nombor tempat duduk. E-ticket boleh diprint dari rumah.

Departs: London St Pancras Intl at 14:31 on 11 Nov
Arrives: Paris Nord at 17:47
Train no: ES9032
Class: Standard

Tempahan melalui Eurostar boleh dibuat seawal 120 hari, lebih awal anda tempah, lebih murah.

Untuk memahami mengenai Eurostar dengan lebih baik, saya syorkan anda baca blog The Man in Seat 61. Blog ni memang sangat2 berinformasi, masa pergi Amsterdam dan Brussel pun saya guna informasi dari blog ni. Seronok sangat tengok beliau mengembara dengan train šŸ™‚

Ok, berbalik kepada cerita saya, usai siap mengemas, kami menikmati pemandangan dari The Collanades untuk kesekian kalinya.. Entah bila dapat datang lagi kan..

the-collanades

Bye-bye London :(

Bye-bye London šŸ™

Kami menaiki bas dari The Collanades ke station Paddington. Dari sana, kami naik train terus ke St Pancras. Tiket sehala ke St Pancras ialah 4.8GBP seorang, dalam RM20 jugak la..

Tiket dari Paddington ke St Pancras

Tiket dari Paddington ke St Pancras

paddington-station

Sampai di St Pancras, rakan saya Adila yang cantik jelita dah tunggu. Masa ni Dila further studies kat UK, Oyster card pun dia yang pinjamkan hehe.. Sempat lagi Dila belanja kami makan di Le Pain Quotidien.. Sedap betul waffle kat situ! Kata Dila, ni salah satu cafe kegemaran Kate Middleton

le-pain-quotidien-2

le-pain-quotidien

Lepas makan2 semua and big hugs for Dila, kami pun masuklah departure hall untuk Eurostar.. Tunggu saja announcement untuk menaiki train anda, no frills, mudah saja šŸ™‚

eurostar-train

Eurostar akan membawa anda ke terowong dasar laut sepanjang 50.45km. Berikut petikan dari Wikepedia:-

“The Channel Tunnel (French: Le tunnel sous la Manche; also nicknamed and shortened to Chunnel) is a 50.45-kilometre (31.35 mi) rail tunnel linking Folkestone, Kent, in the United Kingdom, with Coquelles, Pas-de-Calais, near Calais in northern France, beneath the English Channel at the Strait of Dover”

Untuk informasi lanjut, boleh klik English Channel ni ye.

Jika anda seorang yang claustrophobic macam saya, mmg rasa “lemas” bila train masuk ke terowong. Rasa nak muntah, pening, tangan berpeluh, kaki berpeluh, semua ada.. huhu.. mmg berdoa cepat2lah keluar dari terowong ni.. Otak pun pikir macam2 sebab tau kita di bawah dasar laut kan.. Anak & suami boleh je tidur, tapi saya mmg terkebil2 sepanjang dalam terowong.. Allah aje la yang tau perasaan saya masa tu..

Bila nampak aje hujung terowong, mmg rasa lega, ALhamdullillah sangat2.. hehe

Kami sampai di Paris jam 530 petang, tapi sebab autumn, cuaca dah gelap macam pukul 8 malam. Kami bergegas keluar dari station untuk mencari hotel pulak.. Berhati2 ketika di station, ramai homeless yang akan pandang kita semacam je.. Pastu ramai juga pemandu teksi sapu yang akan ikut anda dan tanya mana anda nak pergi.. Just ignore @ senyum dan jalan je.

Paris Nord Train Station

Kami sudah menempah Altona Hotel, lebih kurang 20 minit perjalanan dari train station, tapi silap sebab tak print direction dari train station. Berpusing jugaklah mencari.. Alhamdulillah, jumpa, tapi kena jalan di lorong belakang.. Masa tu, bau hancing dan najis menyucuk2 lubang hidung.. Saya mmg dah rasa mual dan pikir – Is this really Paris? Pandang kiri kanan jalan, mmg kotor.. Rasa nak patah balik London je masa tu.. šŸ™ Tapi kuatkan semangat, baru sikit je kan, maybe tempat lain bersih (nak sedapkan hati).

Usai check in, kami terus cari tempat makan.. Alhamdulillah, bawah Hotel Altona tu, ada kedai kebab. macam biasa, portion makanan kat kedai kebab mmg banyak, beli satu, boleh kongsi dua orang. Harga sepinggan dari 4-15E.

Lamb Grill Halal Food Paris

Halal Food Paris

Lepas makan, terus naik rehat. Nanti saya cerita pasal Hotel Altona ni ye..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

europe tour dengan anak kecil,membeli belah di primark london

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge