Assallammualaikum wbt
Kawan2, nak berbuka apa hari ni ek? Tekak ni dok merayu2 nak makan masakan mak.. huhu.. lagi 3 hari baru balik kampung.. cepat2lah masa berlalu!!
Ok la, sementara pikir nak makan apa berbuka ni, saya sambung catatan perjalanan dari Brussels ke Amsterdam. Ni antara gambar2 yang tak sempat dipaparkan dalam posting sebelumnya..
Informasi buat anda, Brussels adalah negeri yang “mesra gay”… so i guess this is one of the statutes which represents their freedom of speech, etc.. ni kalau kat Malaysia dah kena roboh + riot ni… hehe.. Sila lihat dengan pandangan positif ye, bulan2 pose ni otak jangan meraban2.. hahaha
Brussels juga terkenal dengan Beer yang sangat sedap.. Dont ask me, i didnt try any of it, posing2 ambik gambar je.. hehe.. Ni kat area grand place..
Ini pula salah satu church yang tertua di Brussels.. Waktu pagi nampak biasa je, bila malam bertukar jadi bangunan cam emas.. Tak dan nak pegi tengok dekat2 sebab dah 11.30 malam, waktu ni kami baru balik dari ambik gambar di Grand Place..
Keesokkannya, hari Jumaat bersamaan dengan 24/05/2013, kami bersiap2 untuk pulang semula ke Amsterdam. Menurut receptionist hotel, lebih mudah kalau naik train dari Brussels Zuid, so kami pun ikut la nasihat dia.. Perjalan lebih kurang 10 minit dari hotel dengan tambang taxi sebanyak 10Euro.
Sampai kat Brussels Zuid, macam dijangka, hujan turun selebatnya.. Dan yang paling best, kena naik tangga lebih kurang 25 anak tangga dengan beg-beg & stroller.. Yeayy, terbaik la Brussels Zuid ni, memang “mesra” pengguna! Dengan gagah, cekal & tabah, suami pergi dulu bawak satu beg, saya tunggu kat bawah.. lepas tu balut anak dengan baju hujan, hantar dia kat atas, pastu saya berlari pulak naik ke atas.. Alhamdulillah, settle.. Macam kat Brussels Centrale, sini pun ramaiiiiii homeless.. So kami pun jalan laju2 nak pi beli tiket…
Sampai kat kaunter, dia kata kena pegi Brussels Centrale, tak ada train terus dari Brussels Zuid ke Schipol.. What???? Tak kuasa la nak naik cab pegi Centrale pulak, so suami kata ambik train gi Antwerp, dari sana tukar gi Schipol.. Ok, done.. Tambang dari Brussels ke Antwerp ialah 7.10Euro (RM28.40) sehala.. Kanak2 bawah 4 tahun percuma ye!
Bila dah sampai Anterwp tu, kami pun simpan beg dalam locker & pergi makan dulu.. Lapar woo.. Singgah kat kedai kebab yang paling best – boleh baca posting kat sini & sini –
Dah selesai makan & abadikan kenangan kat Antwerp, kami pun beli la tiket ke Schipol pulak.. Kat sini pun hanginnnnnnnnnnnnn satu badan.. Ada masalah dengan ticket orang di depan saya… Lebih kurang 30 minit saya beratur, officer tu sikiiiiiittt pun tak bgtau yang mesin bermasalah.. Last2 saya pegi kaunter sebelah.. Dalam 10 minit beratur, dia kata kena pegi bahagian international.. Perghhhhhhhhhhhhh, rasa nak lempang & maki laju2 je.. Buang masa sejam kat situ je!!
Bila beratur kat bahagian International, kena tunggu 15 minit lagik. Hati dah panassssssssss je sebab dah tertinggal train + kena tunggu sejam setengah lagik sebelum train yang seterusnya sampai.. Buang masa betul.. Kami minta jadual perjalanan dan dimaklumkan akan tiba di Schipol kira2 jam 4.50 petang.. Kena tukar train di Rotterdam Centrale.. Dari Rotterdam, kami menaiki FYRA, macam ERL la kat Malaysia ni.. berdesupppppppp laju.. Mujur kami sempat naik, train dah nak bergerak dah..
Alhamdulillah, sampai kat Schipol, terus check in, solat dan bergegas semula ke Amsterdam Central sebab nak beli souvenir.. Dalam hati ni, berdoa banyak2 supaya kedai souvernir yang murah tu masih bukak lagik.. Tapi hampa, sampai2 kedai tu dah tutup! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! So jalan2 la kat area Dam Square tu, dan syukurlah, jumpa satu kedai yang jual barang2 souvenir semurah 0.99Euro! Yippieeee!!
Ok, sebelum saya posting gambar2 di sekitar Amsterdam, saya nak bgtau dulu satu tempat WAJIB untuk ambik gambar di Amsterdam, apa lagi kalau bukan logo Iamsterdam.. berebut2 orang ambik gambar wooo.. ye la, ia menjadi mercu tanda yang anda pernah menjejakkan kaki ke sini.. Di hadapan Schipol Airport ada tugu Iamsterdam ni, so Alhamdulillah, dapat la ambik gambar puas2 tanpa berebut2.. hehe.. Logo ni adalah yang kedua, yang pertama terletak di belakang Rijksmuseum..
Kalau anda tertanya2 apa benda Iamsterdam ni, jom baca dulu history @ penerangan tentangnya ok!
Ni antara gambar yang sempat diabadikan di sini.. Anak saya cukup happy bila kata I tu sama dengan nama dia – Iemrand.. Puas ler dia posing sana sini sampai letih nak layan.. haha..
Sebenarnya banyak tempat percuma yang boleh dilawati di Amsterdam, antara yang menarik ialah Dam Square.. Insya-Allah saya akan update dalam next posting.. Selamat berbuka puasa semua, xoxo!
Salam Afif.. tu la dik.. banyak2 tempat memang akak takut betul kat Brussels ni, rasa tak selamat.. huhu..
Aiseh, memang kena pegi balik la AMS nampaknya.. hahahah.. tak pun boleh edit letak gambar Afif kat gambar akak tu.. heheh 😉
oh mesra sgt lah depa ni ek.. nasib baik hri tu jalan seorang2 tak di apa2 kan hehehe..
by the way masa kat amsterdam memang terlupa giler nak amik gambar dekat I amsterdam tu.. tak tau la asal.. nyesal jer.. tak pasal2 kene pi balik amsterdam hahahaa.. 😛
Time Traveller recently posted..Update of My Self : Doha – Qatar
hahahahahaha.. tengok gambar pertama tu dengan mata tertutup JM! hahaha
jenuh dia bergambar depan huruf I tu JM, sampai malas dah nak ambik gambar dia
terjerit2 dia cakap mama cepat mama, ambik gambar lagik, ambik gambar lagik. ahahha
alamak gambar pertama tu eee…hihih…sib baik JM ‘coti’ hari ni..
Iamsterdam = Iemrand hihih..so cute dia