Assallammualaikum..

Monday blues? hehe.. Memanjang monday blues kalau ari senin kan.. kalau cuti senin, kije ari selasa pun masih kena monday blues.. haha..

Ok, apa kata malam ni gi carik citer Brave.. ni bukan citer Braveheart, tapi citer kartun.. Ehhhhhhh, jangan gelak2 dulu.. ni bukan sebarang citer kartun tau, memang saya recommend sebab citer dia light je, tapi penuh pengajaran..

 

Cerita ini mula ditayangkan pada June 22, 2012.

Cerita ini berlatarbelakangkan negeri Scotland, dan mengenai kehidupan King Fergus of Clan DunBroch, Permaisuri Elianor, Pueri Merida (watak utama dalam cerita ini) dan 3 putera kembar seiras iaitu Hamish, Hubert and Harris.

Princess Merida

 

Puteri Merida dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang puteri yang lasak.. Pendek kata, dia bukan lemah lembut macam Cinderella @ Snow White.. dia lebih kepada Sinbad @ Jack and the Beanstalk.. boleh? hahaha.. tak la, dia macam tomboy la, dia suka menunggang kuda, panjat bukit dan memanah.. Rambut dia pun tak bersikat, makan pun tak cover2 macam puteri raja, suara pun tak lemah lembut cam Sleeping Beauty.. hehehe..

Babak di mana Puteri Merida mengalahkan semua calon2 suaminya.. hehe

Seperti dalam cerita dulu2 di mana seorang puteri akan dijodohkan dengan seorang putera, dalam cerita ini pun macam tu juga.. Ada 3 negeri yang menawarkan putera pertama mereka utk dikahwinkan dengan Puteri Merida, dengan syarat mereka mampu mengatasi puteri tersebut dalam acara memanah.. Malangnya, semua mereka tidak berjaya kerna Puteri Merida lebih handal dari mereka..

Dalam kemarahan kerana Permaisuri Elianor cuba mengatur hidupnya, Puteri Merida bertekak dengan Permaisuri, sehingga akhirnya dia telah mengoyakkan tapestry yang dikait oleh Permaisuri Elianor.. Kemudian, dia terlah menunggang kuda ke hutan sehingga bertemu dengan seorang nenek kebayan!!

 

Ini lah tapestry (sulaman) yang dikoyakkan oleh Puteri Merida dengan pedangnya..

Disebabkan masih rasa marah, dia telah meminta agar si nenek kebayan melakukan sesuatu yang boleh mengubah fikiran Permaisuri Elianor.. So nenek kebayan ni pun buatlah satu jampi serapah ke atas sebiji kek yang perlu di makan oleh Permaisuri Elianor…

Sampai jer kat istana, Puteri Merida ni pun bagilah mak dia makan.. Selepas beberapa ketika, mak dia Permaisuri Elianor tu bertukar jadi seekor BERUANG! (Adik2 dia pun akan jadi beruang sebab termakan kek tu.. hehe).. Masa ni memang lucu.. Kena tengok citer ni baru tau macam mana.. Bila mak dia dah jadi beruang, si Merida ni panik la kan.. Dia pun bawak la mak dia pegi ke hutan balik nak jumpa nenek kebayan, tapi nenek kebayan tu pulak gi pesta nenek2 kebayan daaaaa.. Tapi nenek kebayan tu ada bagi kata2 hikmat untuk break the spell – “mend the bond torn by pride..”  Kata2 hikmat tu mesti diungkaikan dalam masa 2 hari, atau Permaisuri Elianor akan jadi beruang selama2nyaaaa..

Ini la Permaisuri Elianor yang dah jadi bear :(

 

Ini pula adik2 dia yang dah jadi bear yang cute!

 

Sementara nak figure out apa maksud nenek kebayan, Puteri Merida & Permaisuri Elianor pun cari la makanan dalam hutan, makan ikan, makan buah, tapi sesekali Permaisuri Elianor macam dah jadi beruang sebenar la pulak..

Lepas tu, dalam masa2 mereka berdua cuba nak fikirkan apa yang perlu dilakukan, Puteri Merida teringat tentang tapestry yang dikait oleh Permaisuri Elianor.. Sebelum ni dia telah mengoyakkan tapestry tu sebab marah pada mak dia kan.. So dia ajak mak dia balik ke istana.. Masa balik ke istana, King Fergus ternampak beruang ni. so dia ingat beruang ni bahaya la.. Dia pun kejar la beruang ni sampai ke hutan.. Merida pulak, ambik tapestry yang koyak tu, dia jahit benda tu atas kuda yang ditunggang, mengejar ayah dia dan mak dia yang dah bertukar jadik beruang tu ke dalam hutan.. Tapestry tu berjaya dijahit semula, dia dah letak tapestry tu atas badan mak dia, tapi mak dia still jadi beruang.. matahari pulak dah mula terbit.. nenek kebayan tu dah pesan, kalau tak dapat ungkaikan kata2 hikmat tu pada hari kedua, mak dia akan jadi beruang selama2nya..

Ni babak masa Merida nak selamatkan mak dia dari dibunuh oleh ayah dia..
Ayah dia tak tau mak dia dah berubah jadik bear..
Merida ada try bgtau, tapi ayah dia tak nak percaya..

 

Puteri Merida ni dah sedih2 la sebab pasal dia mak dia jadi beruang.. Dia pun minta maaf & cakap i love you mom.. tengah dia teresak2 nangis tu, terasa ada tangan membelai rambut dia.. Rupanya kata2 penyesalan, kata2 maaf & ungkapan sayang dia pada mak dia tu la yang mematahkan spell tu.. Itu la maksud nenek kebayan dengan “mend the bond torn by pride..”..

Ni babak selepas mereka berdua dah berbaik2 :)

Owh, mata saya berkaca tengok citer ni.. Nampak simple, tapi benda ni berlaku dalam kehidupan seharian kita.. Selalunya kita kurang menghargai emak, ayah @ adik2 kita.. Ibu bapa pula dalam keghairahan mencari dan memberikan yang terbaik pada anak2, kadang2 lupa kemahuan dan keperluan anak itu sendiri.. Bila berlaku konfrontasi pula, masing2 ego untuk mengakui kesilapan dan terlalu susah nak cakap Saya Minta Maaf..  jadi mualihari ni, mari kita “mend the bond torn by pride..” Buang jauh ego anda, tak kira samada anda ibu bapa @ anak2, kesilapan harus diakui dan diperbetulkan.. Ikatan kekeluargaan lebih penting dari segalanya.. Tak kan nak tunggu orang tersayang jadi beruang baru nak minta maaf kan? hehehe..

Jangan lupa tontoni citer ini, sewa la CD @ tengok kat you tube ok!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

brave tapestry,brave merida memanah,cerita brave,cerita film brave,di sebalik cerita kartun brave,foto foto kartun brave ketika jadi beruang,macam macam cerita animasi,nenek kartun marah,pengajaran cerita kartun

Tags:

This entry was posted on Monday, November 26th, 2012 at 2:48 pm and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments so far

1.  MFNS
November 26th, 2012 at 4:40 pm

bereh..balik nanti aus tgk kat youtube..

2.  Ayu
November 26th, 2012 at 5:12 pm

ha bagus2, spend kualiti time dengan si comel tu tengok kartun.. hehe

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player