Boleh jadi jutawan ke dengan internet????

Salam dan selamat hari Isnin buat anda semua..  🙂

 

Hari ni saya nak bercakap pasal jadi jutawan dengan internet.. Siapa yang tak nak jadi jutawan?? Semua orang suka pada duit, dan semua orang sanggup lakukan apa saja untuk duit dan jadi jutawan.. Tapi, bagaimana caranya nak jadi jutawan??  Ada orang bekerja keras, ada orang bekerja pantas, ada orang bekerja dengan bijak, dan ada orang pula, sanggup menipu dan membunuh demi kerana duit.. Pokok pangkalnya, tak ada jalan singkat untuk menjadi jutawan!

 

Al kisahnya, adalah sorang minah nih, selalu lah hubungi saya untuk bertanya tentang pendapatan dari internet.. Setiap kali menelefon saya, kata-kata akhirnya “Boleh ke aku jadi jutawan dengan penggunaan internet ni..?”  boleh tak aku dapat 1 juta dalam masa setahun??

 

Saya selalu nasihatkan dia, tidak ada apa yang tidak boleh di capai dalam dunia ini kalau kita bekerja keras.. Dah ramai pakar2 IM di Malaysia ni, mereka semua bukti kukuh memang boleh jadi jutawan dengan menggunakan internet.  Tidak ada orang yang terus kaya, terus jadi jutawan dalam sekelip mata, semua mesti berusaha.. Apa-apa pun, kita harus ambil the first baby step.. The first step will take us to endless journeys.. Dah hampir 3 bulan dia menelefon saya, bertanyakan perkara yang sama, namun tidak ada langkah yang di ambil.. Bila saya beritahu saya sudah siapkan ebook untuk dijual, dia seakan marah, seakan2 menyalahkan saya kerana tidak mengajar dia dengan betul “seni” mendapatkan pendapatan dari internet ini.. katanya – kalau ko ajar aku betul2, mesti aku pun dah boleh buat ebook dan jadi jutawan.. Ewahhhhh, nak salahkan saya pula!  Saya pun ambik masa hampir 6 bulan nak belajar benda2 pasal internet nih, baca sana sini dan berguru dengan sifu2 saya – Mohd Firdaus dan dibantu juga oleh suami dan beberapa IM lain.. Kenapa nak salahkan orang lain bila kita sendiri tidak berusaha?  Mengapa nak ada rasa hasad dengki dengan pencapaian orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu mengubah cara dan fikiran kita?  Itulah dia orang melayu.. semua nak disuap, semua nak senang, semua nak di bantu.. Dia sebenarnya sudah boleh sama2 dengan saya menghasilkan dan menerbitkan ebook kalau dia mahu, sebab semua nota dan penerangan telah saya berikan secara percuma pada dia.. Tapi, tak buat apa2 pun.. Jadi, saya ker yang bersalah? Huhuhu… maaf, emosi sedikit sebab geram..

 

So, buat semua newbie yang ada terdetik dalam hati – boleh jadi jutawan ker dengan internet nih? 

1)  Ya, anda boleh jadi jutawan, TETAPI;-

2)  Anda perlu berusaha

3)  Ketahui minat anda, dan fokus.  Jangan gelojoh dan ingin membuat semua serentak – contohnya ebook, ebay, adsense, clickbank etc2 pada satu masa yang sama.  Anda pasti akan gagal kerana tidak dapat beri tumpuan dan perhatian.

4)  Banyak membaca dan bertanya pada pakar, belajar segala-gala yang anda minat dan perlu tahu tentang dunia cyber ini.  Ikuti forum di wangcyber dan tulis semua nota yang anda dapat dari sana.  Email pada IM2 yang sudah berjaya jika anda ada kemusykilan.  Percayalah cakap saya, mereka semua sangat baik hati dan sedia membantu.

5)  Mesti keluar sedikit modal untuk domain & hosting, jangan hendak untung cepat tapi tak nak keluar sesen pun.

6)  Ada kesungguhan & semangat yang sentiasa membara.  Tulis matlamat anda dalam dunia internet ini dan letakkan di satu tempat yang anda boleh lihat setiap hari agar anda ingat matlamat dan semangat anda terus meluap-luap.

7)  Mesti memulakan langkah pertama secepat yang mungkin, kerana lebih awal anda bermula, lebih ramai orang mengenali dan mengetahui kredibiliti dan kelebihan anda

8)  Sentiasa berdoa & tawaqal pada Allah, jika Dia telah membuka jalan untuk mendapatkan rezeki, mengapa anda tidak ambil peluang dan mencuba?

9)  Bekerja dengan beberapa orang yang lain, untuk mendapat hasil yang baik.  Anda tidak boleh tamak dan ingin semua keuntungan, sebab anda masih baru dan memerlukan pertolongan dan sokongan yang pakar untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Ok, saya harap cik minah yang menelefon saya siang malam pagi petang itu akan baca dan faham post saya kali ini.. No hard feelings ya..Saya harap kita semua akan berjaya dalam dunia cyber ini.. 🙂  renung-renungkan, dan selamat beramallll!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tabiat yang mesti dihindari semasa makan,tabiat-tabiat yang mesti dihindari semasa makan,karangan tabiat yang mesti dihindari semasa makan,karangan tabiat-tabiat yang mesti dihindari semasa makan

13 thoughts on “Boleh jadi jutawan ke dengan internet????

  1. Ayu Post author

    hi rem..
    alhamdulillah, ada la sambutan walaupun tak beribu2 atau berjuta2 cam otai2 lain..
    saya pun budak baru belajar! baru 2 bulan berjinak2, tapi jom, kita diskus sama2..
    manalah tau buleh mendatangkan manfaat yang besar pada kita dan pembaca2 di sini 😉

  2. rem

    puan ayu..amacam pendapatan dgan panduancintalelaki.amboi sampai nak resign.mesti dah stable income dari tenet.saya suda jadi affiliate akak tp belum ada sales..nak discuss2 psl internet marketing buleh ka? saya baru blajar lg..

  3. Ayu Post author

    hi rem!
    terima kasih atas komen anda!
    saya setuju dengan pendapat anda, pokok pangkalnya ada usaha dan perancangan, selebihya kita tawaqal pada Allah!
    sampai bila nak kerja makan gaji dan sentiasa memendam rasa tak puas hati, kan?
    tepuk dada, tanya selera!! huhuhuhu

    p/s: mengira detik untuk menghantar surat ‘cinta’ kepada boss.. heheheeh 😉

  4. rem

    lebey dari OK kalo dpat 3K-4K sbulan..sbab skarang mmg internet susah sket nak buat duit kalo tak besungguh..ingat tak,dulu meletop arena blog?! smua nak baut blog,dapat jadi jutawan katanya..tulis itu tulis ini,last2 give up sbab tak dpat pulangan yg di impikan..bagi saya,itu bukan satu batas.dari 3-4K sbulan lah,kita usaha lipatgandakan lagi kekayaan kita.invest sana invest sini.pepun think positive and work harder!

  5. rem

    betul betul betul..ramai kawan kita nak tolong,tp tolong berbayar..terutama yg dah jauh maju.berani dia nk share ilmu/ebook yg dia beli..tak dapat.itulah minda bisnes melayu.offline punya pun,tengok serupa itu macam..bisnes bangsa lain cepat je maju..hmm

    lagi sy kecewa,kita ni suka sangat tiru kejayaan org lain.kalau tiru utk sama2 maju takpelaa,ini..tau sajala,melayu kalau tgok org jual air tebu laku..dia pun jual air tebu jugak tepi tu..

    bro framestone..betul jg tu,bisnes mana kekal,ada naik turun market.lifespan juga ada.tapi takkan dlm masa 5 thn tu,kita xdapat idea baru.mesti ada kalo kita usaha.boleh di usahakan,cuma think positive.jgan think negative aje,sampai bila pun tak buat bisnes ini macam..heheh.lbey baek kerja makan gaji..

  6. framestone

    pe2 pun sy xkan resign if dpt 3-4k sebulan huhuhu…

    coz bisnes internet normally leh bertahan dalam tempoh 5tahun sahaj.. melainkan dalam masa 2-3tahun pertama terdapat produk atau service baru ditawarkan..

    melalui kajian… mana bisnes pun sama kecuali bisnes jual beras n jual cuti mc he…23x

  7. Ayu Post author

    Ya, betul tak ramai, tapi ADA YANG JADI JUTAWAN.. so, tak mustahil la, kan? hehehheeh

    p/s: – dapat 3-4k pun dah ok, saya resign terus kalau dapat 3-4k sebulan.. (Amin 444x)

  8. framestone

    ayu ucuk huhu.. klu ikutkn xramai yg jadi jutawan dgn internet…tp kire ok la if sebulan masuk 4-5k.. klu kumpul2 mahu cukup sejuta kan

  9. Ayu Post author

    ye ker? terima kasih sebab bgtau sifu! huhuhu
    ya, yang penting buat dulu, pastu baru benda2 lain akan menyusul… 🙂

  10. sUa

    kak yuyu..

    ejaan Wenesday’ tu silap..sila betulkan..huhuhu..

    ape2pun mmg betul..tindakan yg pertama penting bangat..dan tindakan susulan plak sebagai satu penggerak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge