Beza “tak tau nak makan apa” dengan “tak ada apa nak makan”..

Assallammualaikum…
Sekejap saja kita dah melangkah masuk ke bulan Ogos.. memang cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya senarai resolusi tahun baru pun masih belum tertunai.. heheheh..

Hurm.. malam nih nak makan apa yer? Lazimnya, suami kesayangan saya akan menelefon setiap hari dari ofis, dalam pukul 5, dan salah seorang akan bertanya “Nak makan apa malam ni?”, dan sama ada saya atau suami akan menjawab “Ntah, tak tau nak makan apa…”.. Kemudian masing2 akan terdiam sejenak, dan kemudian menyambung, “tak apalah, nanti dalam perjalanan balik kita fikirkan”..

Satu hari, saya dan suami menonton rancangan “Bersamamu” di TV3.. saya tak ingat slot apa, tapi ada satu ayat yang mencengkam hati dan lubuk sanubari saya bila ibu yang kehidupannya sangat daif itu berkata “saya tak ada apa-apa nak bagi anak2 saya makan.. kadang2 kami tidur kelaparan..” Astagfirullah… di kala saya sibuk2 memikirkan nak makan apa, sampaikan tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan, ada orang yang TAK ADA APA2 NAK MAKAN..

Apabila krew bersamamu bertanya kepada si anak, kalau ada duit, apa makanan yang adik nakkkkk sangat makan? KFC ke, McDonald ke, Pizza Hut ker? Dengan linangan air mata, dia menjawab “Saya nak makan mee sup”.. Aduh, berlinang air mata saya mendengar jawapan itu.. Bayangkanlah, mee sup itu makanan harian kita, namun ada yang tak pernah langsung menjamah mee sup seumur hidup mereka!

Aduh.. kerdilnya saya rasa ketika itu.. Saya terus merasakan betapa banyaknya rezeki yang Allah beri pada saya dan suami, rezeki dalam bentuk makanan yang lazat & sihat dan juga dalam bentuk wang ringgit.. Betapa beruntungnya saya ada rumah yang elok untuk berteduh, untuk tidur, solat dan berehat2, sedangkan ada orang yang tidur berbumbungkan langit & beralaskan tanah.. Subahannallah.. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tidak terperi ini..

Ada kala mungkin kita terlalu melihat kepada kekayaan orang lain, dan merasakan diri kita susah.. Dan mungkin kita selalu mengatakan “tak ada duit” sedangakan ayat yag sepatutnya ialah “tak cukup duit…” Saya rasa insaf dan rasa sangatttttt bersyukur dengan apa yang ada..

Marilah kawan2 semua, kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.. Janganlah tinggal solat, bezikir & membaca Al Quran, dan juga besedekah, kerana dalam setiap ringgit yang kita perolehi, ada hak2 orang miskin di dalamnya.. Semoga selepas ini kita tidak lagi merungut2 jika makanan yang dimakan tidak enak, kerana sekurang2nya kita ada duit untuk membeli makanan, dan janganlah membazir makanan yang ada, kerana ada orang dan anak2 kecil yang kebuluran dan kelaparan di luar sana..

Hanya secebis peringatan buat anda dan saya yang selalu terlupa..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

nak makan apa malam ni,nak makan apa hari ini,nak makan apa malam ini

3 thoughts on “Beza “tak tau nak makan apa” dengan “tak ada apa nak makan”..

  1. zackbits

    sebenarnye setiap org mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan anugerah rezeki drpd Allah sgt kite sanjungi ,termasuk saya sendiri rezeki dah melimpah ruah setakat ini setelah saya mengalami kemalangan utk ke tempat kerja dan masih selamat dan alhamdulillah sumer dah agak baik atas kehendaknye ,saya amat bersyukur atas hikmah yg diberikan atas kemalangan dan niat sebenarnya adalah tujuan baik dr hati kite sendiri, dan rezeki limpahan dr Allah pd saya amat saya syukuri dana de kehikmatan dalam kemalangan itu dan sellau bersedekah dan jumpe seseorg yg susah doakan pdnye moga sihat dan pjg umur serta dimurahkan rezeki insya Allah..dibalas sebaiknye pd kite..aminn..

  2. nell

    Itulah antara faktor kenapa sy tidak menonton bersamamu….(hanya boleh simpati sj) kesusahan mereka menjentik emosi utk membantu tapi keadaan sendiri tidak mengizinkan…mungkin jika ada ruang dan rezeki di masa hadapan ingin dibantu golongan spt ini..

  3. mijie

    itulah realitinya,

    saya dulu masa kecik pernah mengalaminya, nak makan ayam sekali sebulan pun dah bersyukur sangat

    dan sekarang alhamdulillah Tuhan memberikan rezeki, jadi bersyukur dengan rezeki yang di anugerahkanNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge