Baru sedikit..

Assallammualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita berada dalam tahun 2011.ย  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua, semoga tahun ini, Allah memberkati hidup kita, amalam kita, harta benda kita dan segala2nya.. Semoga tahun ini, kita dijadikan hambaNya yang soleh dan lebih baik dari tahun yang sebelumnya, dan semoga Allah memberikan petunjuk, taufik dan hidayahNya kepada kita, dan menetapkan hati kita dalam keimanan, serta diberikan keistimewaan untuk menemuiNya dalam keadaan husnul khatimah.. Insya-Allah.. Aminnnnnnnn

Semalam hujan yang sangat lebat berserta angin kuat dan guruh serta petir yang sabung menyambung melanda bumi Petaling Jaya.. Hujan mula turun dengan lebat kira2 jam 5.15, dan berterusan sehingga pukul 6.30.. Jalan raya sangat sesak, semua orang bererebut2 ingin pulang ke rumah kerana khuatir terperangkap dalam kesesakan jalan raya..

Saya dan suami menunggang motor semalam, jadi kami dapat meloloskan diri di celah2 kenderaan yang berbaris panjang..

Sebenarnya, bukan kesesakan jalan raya yang ingin saya coretkan, tapi keadaan selepas hujan dan angin yang kencang semalam..

Banyak pokok2 yang tumbang, ada yang tercabut akarnya, dedaun dan dahan2 serta ranting2 kecil juga bersepah2 di tepi jalan.. Satu pemandangan yang agak menakutkan untuk saya… Bayangkanlah, angin kencang dan hujan yang lebat itu cuma berlaku dalam masa 45 minit sahaja, tetapi telah mampu membuat pokok2 tumbang, hingga terkeluar akarnya.. Itu baru sedikit.. bagaimana agaknya bila hari kiamat kelak, tak kala sangkakala ditiupkan menandakan hari penilaian telah bermula.. Bagaimana agaknya keadaan dunia dan kita pada ketika itu??? Aduhai, seram sejuk rasanya badan saya..

Saudara & saudari,

dengan bertambahnya tahun baru, bererti kita juga makin dekat dengan kematian, makin dekat dengan munkar & nankir, makin dekat dengan waktu penilaian & hisab dari Allah.. ambillah iktibar dari masa yang berlalu serta kejadiaan alam di sekitar kita.. sesungguhnya ada petunjuk yang tersirat dari Allah atas segala apa yang berlaku.. janganlah kita leka dan lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini.. Mohonlah pada Allah, agar kita dijadikan hamba2Nya yang bersukur dan diampunkan dosa2 kita di dunia & akhirat kelak.. Insya-Allah.. Moga bertemu lagi di coretan akan datang, Insya- Allah.. ๐Ÿ™‚

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pemandangan hujan

2 thoughts on “Baru sedikit..

  1. Ayu Post author

    Sama jugak untuk Yus, semoga tahun ni lebih lebih lebih lebih baik dari tahun2 sebelumnya, Insya Allah

    Moga tahun ni kita dijadikan hamba2 Allah yang lebih lebih lebih lebih soleh dan solehah dari tahun2 sebelumnya.. Aminnnnnn ๐Ÿ™‚

  2. yuzzm

    Lom terLambat kot … stilL Januari .. SeLamat Tahun Baru 2011 … semoga tahun nih Lebih baik dari tahun yang sebeLumnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge