Autumn In Paris – In Memories of the Paris Attack ’15

Assallammualaikum wbt

Dua tahun lepas, kami berada di Paris pada tarikh yang sama.  Siangnya kami dalam keadaan aman damai menyusuri dan menikmati kecantikan bandar Paris, tapi di sebelah malamnya keadaan menjadi kacau bilau dan menakutkan dek kerana Paris Attack yang mengorbankan 130 nyawa dan beratus2 lagi cedera.

Sebelum kejadian, kami memang berjalan2 sekitar bandar, window shopping dan makan crepe sebab dah lapar sangat.  Kami bersiar2 di Au Printemp, Galeries Lafayette, memang cantik sangat lampu2 malam sebab masa tu dah nak masuk Xmas kan.. Lebih kurang jam 8.00 malam, suami ajak balik, sebab dah sejuk sangat dan kami pun memang dah keletihan pusing2 naik Hoho Paris tu.

Streets of Paris France Au Printems Paris Galeris Lafayette

Kami sampai di kawasan hotel lebih kurang jam 9 malam. Sebelum naik, kami singgah makan di kedai kebab halal di bawah hotel.  Masa tu, ada match bola live di TV.  Saya tak ambik port sangat, tapi suami mmg ada bgtau, tiba-tiba siaran tergendala.  Masa tu memang tak tau apa2 lagi.

Lepas makan, kami naik ke bilik.  Masa tu, kawan saya di Manchester dan whatsapp, tanya saya di mana? Saya bgtau, baru je balik hotel.  Mereka pesan suruh berhati2 sebab ada attack di Paris.  Masya Allah, masa tu memang kecut perut la dibuatnya.  Time tu la baru perasan siren bomba, polis dan ambulans tak henti2 dari jalan besar.  Pesanan whatsapp dan facebook mula masuk bertubi2 sebab siangnya, kami baru je upload gambar di Eiffel Tower.  Bila buku tv, rangkaian tv dah mula membuat liputan mengenai serangan tersebut.  Lembik rasa lutut bila tengok berita yang menyiarkan mayat bergelimpangan atas jalan.  Ya Allah, tak dapat dibayangkan kalau kami lambat sampai ke hotel.. Nauzubillah..

Saya terus call emak menggunakan whatsapp call.. Mak dah menangis di kampung, risaukan saya dan keluarga.  Saya yakinkan mereka yang kami semua selamat, Insya Allah.. padahal dalam hati, hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Kawasan hotel yang kami duduki adalah kawasan kejiranan Muslim, saya sangat2 risau jika ada yang menyerang dan mengebom kawasan tersebut.. Nauzubillah, memang ketika itu hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah..

Usai mandi dan solat, kami turun ke bawah berjumpa dengan receptionist.  Kami minta disediakan taxi untuk ke airport secepat yang mungkin esoknya.  Segala rancangan untuk esok dibatalkan sebab saya sangat2 takut ada serangan lagi dan tak mahu mengambil risiko.. Esoknya, selepas check out jam 12, kami menunggu taxi untuk membawa kami ke airport Paris.  Kami memang tidak ke mana2, hanya berada di kawasan hotel dan makan di kedai kebab.

Sewaktu di lobi, kami berjumpa dengan dua orang rakyat Malaysia yang berada di dalam stadium ketika kejadian serangan berlaku.  Mula2 mereka ingatkan letupan mercun, rupanya penyerang meletupkan bom.  Keadaan menjadi huru hara, perlawanan dibehentikan dan mereka semua berjalan kaki balik ke hotel..  Dalam keadaan sebegini, bila berjumpa dengan orang senegara, seakan dapat sedikit kekuatan dan hilang sedikit kerisauan..

Untuk anda yang ingin membaca mengenai Paris Attack, boleh baca di sini

hqdefault

Perjalanan kami ini, memang meninggalkan sedikit trauma dalam diri saya, tapi ini juga pastinya menjadi salah satu perjalanan yang akan saya ingat selagi hayat dikandung badan.  Semoga Allah jauhkan kita semua dari kejadiaan sebegini dalam musafir kita semua.. Amin Ya Rabbal’Alamin.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge