Author Archives: Ayu

Autumn In Paris – In Memories of the Paris Attack ’15

Assallammualaikum wbt

Dua tahun lepas, kami berada di Paris pada tarikh yang sama.  Siangnya kami dalam keadaan aman damai menyusuri dan menikmati kecantikan bandar Paris, tapi di sebelah malamnya keadaan menjadi kacau bilau dan menakutkan dek kerana Paris Attack yang mengorbankan 130 nyawa dan beratus2 lagi cedera.

Sebelum kejadian, kami memang berjalan2 sekitar bandar, window shopping dan makan crepe sebab dah lapar sangat.  Kami bersiar2 di Au Printemp, Galeries Lafayette, memang cantik sangat lampu2 malam sebab masa tu dah nak masuk Xmas kan.. Lebih kurang jam 8.00 malam, suami ajak balik, sebab dah sejuk sangat dan kami pun memang dah keletihan pusing2 naik Hoho Paris tu.

Streets of Paris France Au Printems Paris Galeris Lafayette

Kami sampai di kawasan hotel lebih kurang jam 9 malam. Sebelum naik, kami singgah makan di kedai kebab halal di bawah hotel.  Masa tu, ada match bola live di TV.  Saya tak ambik port sangat, tapi suami mmg ada bgtau, tiba-tiba siaran tergendala.  Masa tu memang tak tau apa2 lagi.

Lepas makan, kami naik ke bilik.  Masa tu, kawan saya di Manchester dan whatsapp, tanya saya di mana? Saya bgtau, baru je balik hotel.  Mereka pesan suruh berhati2 sebab ada attack di Paris.  Masya Allah, masa tu memang kecut perut la dibuatnya.  Time tu la baru perasan siren bomba, polis dan ambulans tak henti2 dari jalan besar.  Pesanan whatsapp dan facebook mula masuk bertubi2 sebab siangnya, kami baru je upload gambar di Eiffel Tower.  Bila buku tv, rangkaian tv dah mula membuat liputan mengenai serangan tersebut.  Lembik rasa lutut bila tengok berita yang menyiarkan mayat bergelimpangan atas jalan.  Ya Allah, tak dapat dibayangkan kalau kami lambat sampai ke hotel.. Nauzubillah..

Saya terus call emak menggunakan whatsapp call.. Mak dah menangis di kampung, risaukan saya dan keluarga.  Saya yakinkan mereka yang kami semua selamat, Insya Allah.. padahal dalam hati, hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Kawasan hotel yang kami duduki adalah kawasan kejiranan Muslim, saya sangat2 risau jika ada yang menyerang dan mengebom kawasan tersebut.. Nauzubillah, memang ketika itu hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah..

Usai mandi dan solat, kami turun ke bawah berjumpa dengan receptionist.  Kami minta disediakan taxi untuk ke airport secepat yang mungkin esoknya.  Segala rancangan untuk esok dibatalkan sebab saya sangat2 takut ada serangan lagi dan tak mahu mengambil risiko.. Esoknya, selepas check out jam 12, kami menunggu taxi untuk membawa kami ke airport Paris.  Kami memang tidak ke mana2, hanya berada di kawasan hotel dan makan di kedai kebab.

Sewaktu di lobi, kami berjumpa dengan dua orang rakyat Malaysia yang berada di dalam stadium ketika kejadian serangan berlaku.  Mula2 mereka ingatkan letupan mercun, rupanya penyerang meletupkan bom.  Keadaan menjadi huru hara, perlawanan dibehentikan dan mereka semua berjalan kaki balik ke hotel..  Dalam keadaan sebegini, bila berjumpa dengan orang senegara, seakan dapat sedikit kekuatan dan hilang sedikit kerisauan..

Untuk anda yang ingin membaca mengenai Paris Attack, boleh baca di sini

hqdefault

Perjalanan kami ini, memang meninggalkan sedikit trauma dalam diri saya, tapi ini juga pastinya menjadi salah satu perjalanan yang akan saya ingat selagi hayat dikandung badan.  Semoga Allah jauhkan kita semua dari kejadiaan sebegini dalam musafir kita semua.. Amin Ya Rabbal’Alamin.

 

 

Tabung Anak Warisan Selangor & Kad Si Manjaku

Assallammualaikum wbt,

Saya ingin mengajak anda semua, yang ada anak bawah umur 3 tahun, yang lahir di Selangor, untuk mendaftarkan anak anda bagi permohonan Kad Si Manjaku di bawah Tabung Anak Warisan Selangor.

Jika anda memenuhi syarat-syarat di bawah, anda layak untuk memohon:

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

  1. i. Ahli Parlimen Selangor
  2. ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
  3. iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  4. iv.Penghulu/Ketua Kampung
  5. v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  6. vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

  1. i.Penghulu/Ketua Kampung
  2. ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  3. iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Bagi anda yang masih samar-samar mengenai TAWAS, di sini saya lampirkan screen shot mengenai sejarah TAWAS:

Latar belakang TAWAS

Latar belakang TAWAS

Kad Si Manjaku TAWAS

Kad Si Manjaku TAWAS

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut di web ini – http://tawas.org.my/tawas/index.php

Berikut saya senaraikan informasi yang anda perlukan seandainya anda baru ingin mendaftarkan anak anda di bawah TAWAS:

Apa yang anda perlu tahu sebelum memohon Kad Si Manjaku TAWAS.

Apa yang anda perlu tahu sebelum memohon Kad Si Manjaku TAWAS.

Untuk pendaftaran kali pertama,anda boleh buat online dah klik di Pendaftaran Baru dan ikuti arahan dan penuhkan informasi yang dipilih.

Untuk pendaftaran kali pertama,anda boleh buat online dah klik di Pendaftaran Baru dan ikuti arahan dan penuhkan informasi yang dipilih.

Seterusnya, setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak dengan memasukkan no MyKid anda.

Seterusnya, setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak dengan memasukkan no MyKid anda.

Seandainya di web menujukkan bahawa permohonan anda telah berjaya, anda boleh datang ambil kad di sini:

Alamat : Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Saya baru saja ambil kad anak saya pada 07 September yang lalu.  Pendaftaran saya buat secara manual semasa anak berusia 2 tahun.  Baru berkesempatan nak ambil tahun ni hehe.

Kad Si Manjaku TAWAS

So, jangan tunggu lama2, rebutlah peluang dan inisiatif Selangor ini ye 🙂

Salam sayang

Ayu Fatarina.

Cuti-Cuti Malaysia – Fuga Village, Melaka

Assallammualaikum wbt

Permulaan cuti sekolah yang lepas, Alhamdulillah, sempat bawa family bercuti di Fuga Village, Melaka.

Fuga Village ni terletak di Pantai Kamunting, Pengkalan Balak, Melaka –

3894, Pengkalan Balak Beach,
Kg. Padang Kemunting,
78300, Masjid Tanah, Malacca
Malaysia

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam kawasan Fuga Village ni, memang terasa macam berada di satu tempat lain.  Tempatnya sangat bersih, dan private.  Dikelilingi pagar yang tinggi, dan dua pintu yang perlu dikunci setiap masa, anda akan merasa selamat berada di sini.

Saya membuat tempahan melalui booking.com, dengan harga RM185 per chalet untuk satu malam.  Satu chalet boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Biliknya dilengkapi dengan katil, tuala, cerek, peti sejuk mini, aircond, dan kipas.  Owh, TIDAK ADA televisyen di dalam chalets, jadi memang anda betul-betul dapat berehat tanpa gangguan bunyi televisyen di sini.  Breakfast juga TIDAK disediakan ye.

Tandasnya pula adalah tanda “open air”.  Sila bawak kain batik dan kain pelekat, sebab anda akan mandi dan membuang hajat berbumbungkan awan sahaja.  Saya kira, konsep ini sangat digemari oleh westerners yang datang ke tepi pantai, tapi memang tidak dapat diterima oleh kita 🙂  Nak kencing malam2 pun seram je rasanya.. haha.. tapi perasaan je tu semua kan!

Wifi tak berapa kuat, tapi ok.  Anda akan dapat pasword bila mendaftar masuk.

Saya senaraikan dalam bentuk gambar, lebih mudah untuk kita tengok kan 🙂

Fuga Village Melaka

Saya sertakan gambar2 di chalet Fuga Village, untuk tatapan anda.  Kalau rasa best, cepat2 book ok!

Fuga Village Melaka Entrance

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni :)

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni 🙂

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Fuga Village Melaka 8

Fuga Village Melaka

Dari gambar ni, saya rasa anda pun dapat lihat betapa bersihnya chalet dan keadaan sekitarnya, kan?  Satu sampah pun saya tak nampak.. So, kalau anda ke sini, jagalah juga kebersihan, jangan malukan diri sendiri ye.. Tong sampah disediakan di tepi kolam.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Alhamdulillah, masa kami datang, hujan baru reda, jadi cuacanya redup.  Kebetulan juga, kami yang pertama check in, so we have the place all by ourselves.  Puas la berendam dalam pool.. Lebih kurang jam 6 petang baru ada family lain yang check in.

Nanti saya sambung lagi, gambar2 di bahagian reception 🙂

Salam sayang

Ayu Fatarina.

 

Autumn in Paris – L’Open Tour – Hop On Hop Off Bus in Paris (Part 2)

Assallammualaikum wbt

Ok, sebelum saya share gambar2 yang diambil dari atas Hoho Paris, saya kongsikan sedikit tips.. Kadang2 kita ni tau, nak buat, tapi selalu terlupa, kan? So saya harap tips yang saya coretkan kali ni sebelum menaiki Hoho Paris memberi manfaat kepada semua ye.

Tips Menaiki Bus Hoho di Paris

Kalau pergi Paris, tempat yang paling top dalam senarai, sudah tentulah nak tengok Eifel Tower, kan?  Tak sah lawatan ke Paris kalau tak sampai ke Eifel Tower, lambang cinta dan kasih sayang katanya 🙂  Jadi kami pilih Green Route yang akan membawa kami terus ke Eifel Tower.

Green Route HoHo untuk ke Eifel Tower

Green Route HoHo untuk ke Eifel Tower

Kami naik dari bus stand Opera.  Anda cuma perlu tunjuk tiket Hoho pada petugas bas, dan boleh naik terus.

Dari bus stand Opera, anda akan nampak bangunan yang sangat2 cantik ni.

Dari bus stand Opera, anda akan nampak bangunan yang sangat2 cantik ni.

Cuaca pada masa itu agak mendung, mula-mula kami duduk di deck terbuka di atas bas, tapi gerimis mula mengundang, dan diikuti dengan titisan hujan yang agak lebat.. Setibanya di Pont Neuf, kami pun turun duduk di bawah..

Gelap sangat masa ni, hati saya pun dah mendung sebab tak dapat ambil gambar...

Gelap sangat masa ni, hati saya pun dah mendung sebab tak dapat ambil gambar…

Agak kecewa sebenarnya, sebab penglihatan agak terhad bila hujan, gambar pun blur sebab cermin bas Hoho tak berapa nak bersih 🙁

Off topic jap, kalau anda pernah menonton cerita Me Before You gandingan Sam Claflin sebagai Will Traynor dan Emilia Clarke sebagai Lou, dalam satu scene tu, Will Traynor ada sebut Pont Neuf ni.. Chewah .. hehe.. Tapi sayangnya, kami lalu aje, tak turun pun sebab hujan lebat ..

Pont Neuf Paris

Me Before You - Favourite Scene

Hujan turun lebih kurang 20 minit jugaklah.. Hati ni memang sedih sangat, ye la, macam mana nak turun ambil gambar dalam hujan lebat tu kan…

Tapiiii, lepas hujan berhenti, Masya Allah, kota Paris nampak cantik sangat, macam bercahaya gitu (sangat) haha.. Tak dapat saya gambarkan dengan kata2.. Mungkin kalau anda suka dengan bangunan2 lama, anda akan dapat rasa apa yang saya cuba sampaikan.. Susah saya nak gambarkan dengan kata2..

Saya biarkan gambar berbicara ye..

The Lourve, Paris. Tak turun sebab hujan masa ni..

The Lourve, Paris. Tak turun sebab hujan masa ni..

Building in Paris

Buildings in Paris 4 Buildings in Paris 5 City of Paris France City of Paris M'o ParisLV Outlet Paris Statues in Paris Paris City Paris Hotel

Arc De Triomphe 2 Arc De Triomphe 3 Arc De Triomphe

Saya tak tau tentang anda, tapi mata saya, hati saya, memang jatuh cinta dengan Paris.. Semua pemandangan ini anda boleh nikmati dari atas bas sahaja.

Bila bas berhenti di simpang jalan atau di traffic light, gunalah peluang itu sebaik-baiknya utk ambil gambar.

Saya pergi Paris masa Bulan November, jadi dah ada Christmas Market di sepanjang Champ Elysee.  Sayang sekali, tak singgah, sebab kejarkan masa nak bergambar di Eiffel Tower. Takpe, maybe next time, Insya Allah, who knows kan?

Christmas Market, Paris

Christmas Market, Paris

Paris Christmast Market 3 Paris Christmast Market

Nanti saya sambung pula dengan gambar2 di Eifel Tower ye.

Love

Ayu Fatarina

 

Autumn in Paris – L’Open Tour – Hop On Hop Off Bus in Paris

Assallammualaikum wbt

Cuaca sejuk dua tiga hari ni sebab hujan lebat sangat, feeling2 macam kat Cameron Highlands aje hehe

Ada kawan2 yang nak ke Paris, tapi ada masa dua hari je kat sana, dan nak sangat2 pusing2 Paris, tapi risau tak sempat dan tak tau arah tuju… Jangan risau, kalau anda cuma ada sehari dua di Paris, saya sangat recommend anda naik bus Hop On Hop Off.

Kami telah memilih L’Open Tour Hop On Hop Off (L’Open HOHO) semasa di Paris dulu.  Boleh tengok gambar utk harga dan route L’Open Hoho ni.

Hoho Paris 3 Hoho Paris 2

Kelebihan Bus Hoho Paris

Kelebihan Bus Hoho Paris

Green Route - yang paling ramai penumpang sebab lalu di Eifel Tower :)

Green Route – yang paling ramai penumpang sebab lalu di Eifel Tower 🙂

Selain dari HoHo, ada pakej lain juga, seperti Hoho Bus & Boat.  Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer di sini ye.

Pendapat peribadi saya,  mudah naik HoHo ni, tak perlu nak pening2 kepala study nak naik di mana, turun di mana, lebih2 lagi bila masa kita sangat terhad di Paris kan..

Anda boleh beli tiket HoHo di Gare Du Nord, dan di mana2 stall cenderamata, ada papan tanda yang menyatakan diorang jual tiket HoHo ni di stall tersebut.

Saya akan share gambar2 yang diambil semasa berada di atas Hoho ni di posting seterusnya ye.