Apa yang boleh dilakukan pada 16 Julai ini sempena Buy Nothing Day?

Salam semua,

Dah baca post saya mengenai Buy Nothing Day?

Mungkin ada yang masih keliru atau tidak tahu bagaimana nak menghadapi hari tersebut.. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan!

Bagaimana menyambut Hari Tidak Berbelanja?

Ø Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi;

Ø Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah;

Ø Makan di rumah anda daripada keluar untuk membeli makanan atau memesan makanan dari luar;

Ø Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta;

Ø Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api;

Ø Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak;

Ø Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku;

Ø Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru;

Ø Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda;

Ø Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang;

Ø Berkebun;

Ø Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah;

Ø Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai;

Ø Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak;

Ø Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka;

Ø Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan;

Ø Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek.

Ø Cari satu aktiviti percuma yang boleh dilakukan seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim.

Sedarlah Bahawa Melakukan Sesuatu Perkara Kecil Boleh Membawa Perubahan Yang Lebih Besar!

Selamat mencuba!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge