Antara telekung baru dan baju raya..

Assallammualaikum..

Wah2, berseri2 nampaknya wajah semua orang, maklumlah, tak sabar nak berhari raya.. heheh.. 😉

Pertama sekali, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.. Semoga Allah memanjangkan usia kita agar kita dapat beramal lagi di bulan Ramadhan tahun hadapan, amin…

Sahabat2 sekalian,

Tadi, sebelum balik, sempatlah berbual2.. Ada seorang sahabat berkata, tahun ini sempat buat baju raya 4 PASANG SAHAJA..

“4 pasang sahaja?”, detik hati saya.. Kan dah banyak tu.. Ada orang tak ada baju raya pun, tapi tidak mencacatkan hari raya tersebut pun.. Bukankah 4 sudah lebih dari mencukupi??  Hari raya sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran, penuh kesederhaan.. Allah tidak menyuruh kita berbelanja berlebihan, membazir dan menunjuk2 bila berbelanja untuk hari raya..

Saya harap, pada tahun akan datang, jika kita semua dipanjangkan usia, adalah lebih baik kita bersedekah, berwakaf, dari berbelanja menghias rumah dan berhias diri secara berlebihan.. Ingatlah, bukan persiapan dan hiasan raya yang dapat menentukan sama ada puasa anda diterima oleh Allah atau tidak.. Puasa & raya untuk kita menginsafi diri, bersyukur atas kelebihan yang Allah berikan, bukan untuk membazir & berlebih2an.. Di kala syaitan diikat di bulan puasa, kita pula yang menggantikan tempatnya dengan pembaziran.. Bukankah pembaziran itu amalan syaitan??

Oh ya, sibuk2 membeli baju raya, tudung raya, keronsang raya, bagaimana pula dengan telekung raya?  Jangan baju saje cantik, tapi telekung dah naik kusam dan carik, kan kita nak mengadap Allah, Tuhan sekalian Alam, sepatutnya lebih afdal membeli telekung baru, kan?

Salam hormat, salam sayang & ampun serta maaf andai post kali ini mengguris perasaan pembaca semua.. Saya sekadar mengingatkan diri saya yang terlupa…

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin 🙂

p/s: Saya berhari raya di Perlis tahun ini, di rumah mertua, Insya-Allah hari raya ketiga, saya akan bertolak balik ke Melaka.. Semoga Allah memelihara kita semua, pengguna jalanraya, dari kemalangan & kecelakaan.. Amin..

Hati2 memandu ya, ingat orang yang tersayang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge