Anak akak ni, LELAKI ke, PEREMPUAN?

Assallammualaikum semua..

Apa khabar? Lama tak update blog ni, sibuk berjalan sana sini dan buat2 sibuk.. haha

Hari ni nak mintak tips sikit macam mana nak mudahkan anak untuk gunting rambut????.. Anak saya, Muhammad Izz, umurnya 2 tahun 9 bulan, masalah saya dengan dia ni ialah DIA TAKUT NAK POTONG RAMBUT!!! hadoi, macam nak gi perang tau kalau nak bawak dia potong rambut, dia akan menjerit, menangis, menendang saya @ suami dan macam2 benda lagik la.. Semuanya bermula masa saya bawak dia gi kedai potong rambut kat Tesco Shah Alam.. mula2 dia ok, hepi2 jer nak potong rambut.. Masa tu dia duduk dalam kereta mainan yang dah direnovate jadik tempat duduk kanak2.. Dia pun suka ati la main2 dalam keta tu.. Sekali, macah potong rambut tu datang, sarung kain kat badan dia, dia pun terperanjat, menangis kuat sangat, macam pakai speaker masjid! huhhuhuh.. Air mata dah berjurai2 cam air sungai, hadoi, terus saya kata cancel la macha!! hehe.. Sabor jer la..

Lesung pipit dia yang dalam tu & rambut yang panjang, buat kebanyakkan orang ingat dia girl! Sigh!

Lesung pipit dia yang dalam tu & rambut yang panjang, buat kebanyakkan orang ingat dia girl! Sigh!

 

Muhammad Izz Iemrand

 

Senyum simpul..

Senyum simpul..

 

Muhammad Izz Iemrand Termenung

Saya takut potong rambut!!!!!!!!!!

Saya takut potong rambut!!!!!!!!!!

 

Sudahnya, sekarang ni rambut dia panjang cam pompuan.. Suami saya pun dapat potong rambut depan aje, nak potong rambut belakang, dia dah melalak2.. Last week gi Haytai, saya gi beli blouse, orang Siam tu suruh saya belikan blouse kecik utk Iemrand gak, dia ingat anak saya pompuan! Hadoi!!! Kat opis ni budak2 ni pun kata anak akak tu jambu la, muka cam pompuan, dah ler lesung pipit bukan main dalam lagik.. Pastu dah jadik perkara biasa kalau orang kata – “Owh, lelaki ye, ingatkan perempuan..!” sadis la! So saya kena pakaikan dia baju maskulin sikit la.. huhu..

Muhammad Izz Iemrand 2

 

Pakai topi & kemeja, nak nampak kelelakian dia.. huhu

Pakai topi & kemeja, nak nampak kelelakian dia.. huhu

Apo den nak buek ni? Cam mano nak potong rambut anak den ni?????

One thought on “Anak akak ni, LELAKI ke, PEREMPUAN?

  1. hasliza

    salam ayu… saya hasliza… just nk tnye awk knl kn kak halimaton ibrahim… sy igt nk mintk die bwk sy ke istanbul… sy ade add die tp die x add sy blk pun… dh bwk kali dh sy antar msg… nk mntk ayu bgtw pd die mintk die add sy bole x….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge