Amsterdam – Belgium Trip: 16th May – 25th May 2013

Assallammualaikum semua..

Apa khabar? ada yang rindu kat saya tak? hik2.. Saya selamat sampai ke Malaysia pada 26 Mei jam 6.20 pagi setelah berkelana hampir 10 hari di bumi Amsterdam & Belgium..

 

Netherlands Map

 

belgium

 

 

Penerbangan MAS membawa kami sekeluarga meredah awan biru selama 13 jam dari KLIA ke Schipol International Airport.  Kami tiba jam 6.30 waktu Amsterdam @ jam 12 tengahari waktu tempatan.. Cuaca sangat sejuk meskipun sudah berada di penghujung musim bunga (spring).  Suhu lebih kurang 8 celcius ketika kami sampai..

KLIA 1

Schipol

 

Usai urusan imigresen & mengambil beg, kami terus ke Sheraton Schipol Hotel dalam kawasan airport untuk meletak beg.. Check in cuma dibenarkan jam 2 petang..

 

Sheraton

 

So hari pertama sampai, kami meronda luar & dalam airport Schipol.. Kat luar airport, ada berpasu2 bunga tulips merah! Adoi la, jadi lupa daratan sekejap sebab excited tengok bunga tu.. hilang penat!

 

Schipol Tulips Schipol Tulips 2

 

Kat luar tu jugak berdiri gagah tulisan I amsterdam yang menjadi rebutan untuk pelancong2 bergambar bila melawat Amsterdam.. Disebabkan kami sampai awal pagi & menghabiskan beberapa hari di sana, jadi kami dapat banyak peluang untuk bergambar kat I amsterdam tu, tak payah nak berebut2 dengan pelancong lain.. huhu..

 

I amsterdam

 

Jadual perjalanan kami adalah seperti berikut:

16 Mei – mendarat di Schipol – ronda2 Schipol & menghabiskan masa berehat di hotel.. Jet lag!

17 Mei – melawat Keukenhoff, taman bunga terbesar di dunia!

18 Mei – melawat Zannse Schans & ronda2 bandar Amsterdam

19 Mei – menyambut harijadi Iemrand yang ketiga di Natura Artist Magistra Zoo & menaiki canal cruise & ronda2 lagi di bandar Amsterdam

20 Mei – packing & menaiki keretapi ke Antwerp, Belgium.  Check in di Astoria Hotel, Ronda2 bandar Antwerp & balik berehat di hotel kerana hujan lebat

21 Mei – packing & menaiki keretapi ke Ghent, Belgium.  Check in di Park Hotel.  Dari Ghent St Pieters kena naik bus ke Ghent Zuid & jalan kaki hampir 20 minit, sesat & jumpa balik hotel tu di pertengahan jalan.. Ronda2 bandar Ghent & balik berehat di hotel.  Esoknya (22 Mei) saya keluar seawal jam 8 pagi untuk mengambil gambar lagi kerana cuaca sangat baik.. Pukul 9.30 saya kemabli ke hotel untuk check out & berangkat ke Brussels.

22 Mei – packing & menaiki keretapi ke Brussels, Belgium.  Kami berada selama dua hari di sini, check in di Retro Hotel.. Best hotel ni sebab depan dia kedai kebab yang halal, bawah dia ada carrefour express.  

 23 Mei – ronda2 bandar Brussels – melawat Grand Place, Manneken Pis, dan sekeliling bandar Brussels.. Kami balik ke hotel jam 4.30 dan keluar semula jam 9.30 malam untuk mengambil gambar di Grand Place.. Cantik sangat waktu malam sebab ada pertunjukan cahaya.. 

24 Mei – packing & menaiki keretapi ke Amsterdam.  Kami singgah makan kebab yang paling best kat Antwerp.  Ambik gambar lagi di Central Station sebelum berangkat semula ke Amsterdam. Tiba di Amsterdam jam 6.00 petang, check in di Sheraton, naik keretapi lagik ke Amsterdam Centrale & menikmati bandaraya Amsterdam untuk kali terakhir sebelum balik ke Malaysia.

25 Mei – bye-bye Amtserdam.. Kami check out jam 10.00, shopping sikit di dalam airport & berlepas balik ke Malaysia tepat jam 12.00 tengahari.

26 Mei – hello Malaysia! Kami mendarat jam 6.20 di KLIA.. 

Perjalanan kali ni agak mencabar sebab kami menaiki train ke Belgium.. Secara peribadi, saya tak berapa suka dengan staff2 di kaunter tiket Belgium.. macam hampeh, berlagak & slow gila!.. dah la semuanya dalam bahasa France, signboard pun dalam bahasa France..

Brussels Centrale is the worst experience.. Takder signboard langsung, tourist information counter pun tak ada! Hampir sejam kami berpusing2 dalam stesen cari information counter.. Pastu keluar tanya orang local & tanya polis pasal hotel tu.. Last2 kami naik teksi aje ke hotel, kena la 10E.. tapi puas hati, naik Mercedes (kat sana Mercedes orang buat teksi je ye adik2.. haha)..

Di Antwerp, dek kerana staff yang hampeh, saya sekeluarga tak dapat beli tiket train jam dua petang dan terpaksa menunggu sejam untuk train yang seterusnya.. Sakit hati sangat.. tu yang lambat sampai ke Amsterdam pada 24 Mei tu.. memang rasa ralat sangat sebab kedai2 di Amterdam tutup jam 6 petang, hajat nak beli souvenir tak kesampaian sebab kedai tu dah tutup.. takder rezeki..

Namun demikian, secara keseluruhan, saya amat bersyukur diberikan peluang melancong ke Amterdam & Belgium ni.. walaupun tak semuanya pengalaman manis, tapi ia banyak mengajar saya & suami erti kesabaran & survival.. Insya-Allah saya akan update cerita perjalanan kami & tips2 melawat Amterdam & Belgium..

 

 

8 thoughts on “Amsterdam – Belgium Trip: 16th May – 25th May 2013

  1. Ayu Post author

    Puan Ida,
    budget kena tengok di mana Puan stay & apa yang ingin puan lawati & berapa lama Puan di sana.. kalau macam saya hari tu – 3 orang – leboh kurang 4k untuk 6 hari termasuk hotel, makanan, jalan2 & cenderamata..

  2. ida

    Agak-agak berapa budget perlu untuk p Amsterdam ni yer utk couple dan dua anak yg seklah rendah

  3. Ayu Post author

    Assallammualaikum Puan Siti,
    Antara Istanbul & Amsterdam, kedua2nya punya keunikan yang tersendiri.. Kedua2nya cantik & mengujakan 🙂
    Namun, secara peribadi, hati saya lebih kepada Istanbul.. Makanannya, orang2nya, tempat2 sejarahnya, sentiasa menggamit memori saya untuk ke sana..
    Bulan Januari – Feb adalah penghujung musim winter, jadi cuaca agak sejuk & saya difahamkan masih diliputi salji.. Jadi Puan perlu fikirkan apa aktiviti yang ingin Puan lakukan.. kedua2 tempat ini ada banyak muzium untuk dilawati, ia satu option yang baik untuk mengelakkan kesejukan sepanjang winter… Keduanya juga ada taman2 yang cantik, tapi rasanya cuaca kurang sesuai pada waktu itu untuk bercanda2 di taman.. hehe.. Kalau Puan nak shopping barang2 branded, Amstedam la jawapannya, kalau nak barang2 exotic, lebih baik ke Istanbul.. Saya harap penjelasan ini membantu, kalau ada apa2 soalan lain jangan segan2 bertanya ye 🙂

  4. Siti Maryani

    Ayu, antara Istanbul and Amsterdam mana u rasa I patut pergi dulu untuk Jan – Feb 2014? Tengok u pergi rasa dah sampai ke sana he he… Tq

  5. Ayu Post author

    Terima kasih Encik Khairul, saya sekadar berkongsi pengalaman, penulis picisan.. hehe
    Blog En Khairul banyak memberikan inspirasi untuk saya terus menulis & berkarya..

    p/s: para pembaca nak tau pengalaman hidup di German – jom baca di blog Encik Khairul – http://khairulabdullah.com/

  6. Ayu Post author

    Wah, patutlah rasa berdebar2, ada yang rindu rupanya! haha

    JM, Europe trip tidaklah semahal yang disangka kalau kita buat budget & research betul2.. pada saya cukuplah kalau dah dapat tengok kota itu sendiri sebab bangunan2nya sudah cukup indah & menarik.. nanti saya update termasuk dengan budget ye!

  7. jari manis

    JM antara orang yg paling rindu heheeh..jelenya dapat bercutik ke armsterdam..itulah adalah tempat impian JM tapi entah bila boleh sampai sana..duit nak beli tiket pun belum mampu

    Nk pegi tgk bunga tulip..arghh cantik sgt..

    Cepat2 update..nk jadikan guideline kalau JM ke sana nanti..welcome back 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge