Al Fatihah untuk 2 Perwira Negara – Jasamu Dikenang, Baktimu Dijulang!

Assallammualaikum

Umum sudah mengetahui tentang gugurnya 2 orang perwira negara disebabkan kekacauan di Lahad Datu semalam.  Saya sharekan di sini infor dari page PDRM.

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

Inspektor Zulkifli Mamat & Koperal Sabaruddin Daud

 

Al Fatihah untuk kedua2 insan yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta.. Mereka berjuang & pergi menemui Allah pada hari Jumaat yang Mulia.. Sayu melihat anak Ins Zul yang masih kecil.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. dan meletakkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Salute to our warriors, and may Allah save Malaysia & keep us in peace and harmony! Dan moga Allah memelihara perwira2 yang masih bertahan di Lahad Datu.. Aminnn

*** Takziah buat sahabat saya Yusmadi yang telah kehilangan ayah beliau, Allahyarham Jusoh jam 5 pagi tadi, Al Fatihah***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge