Al Basith – Maha Meluaskan

Assallammualaikum,

Syukur Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang bernafas pada hari ini..

Jom kita tambahkan satu lagi Asmaul Husna pada zikir harian kita.

Al Basith bermaksud Maha Meluaskan.  Allah itu berkuasa memudahkan terkumpulnya rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

Khasiat mengamalkan Al Basith ialah:

1)  Bacalah Ya Basith sebanyak 10x setelah mengerjakan solat Dhuha, Insya-Allah, akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

2)  Bacalah Ya Basith sebanyak 300x atau lebih dengan mengangkat 2 belah tangan ke langit, kemudia, sapu kedua2 tangan itu ke muka, Insya-Allah Allah akan bukakan satu pintu daripada semua pintu2 kejayaan

3)  Sesiapa yang selalu membacanya pada waktu fajar dengan menadahkan kedua2 tangannya dan kemudian disapukan ke mukanya, Insya-Allah dia akan sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua dengan amalan Asmaul Husna ini, Insya Allah 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

ya basith,khasiat zikir ya basith,asmaul husna al-basith,Khasiat ya basit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge