5 hari 5 malam

Assallammualaikum semua…..

Apa khabar pagi ni? Harap semuanya sihat walafiat ye.. Saya ni baru je baik dari demam & radang tekak.. Adoi, azab betul demam kali ni.. Banyak sangat dosa agaknya, tu yang Allah bagi demam sebagai kifarah dosa2.. Huhu.. Alhamdulillah..

Demam kali ni jadi teruk sangat sebab tekak saya dah bengkak & mengembang.  Saya demam since hari Sabtu, dah pegi klinik & makan semua antibiotik & ubat, hari Isnin & Selasa dapat MC, , tapi demam tak kebah & tekak makin sakit.. Sebab dah tak tahan sangat, saya pergi ke klinik sekali lagi pada hari Selasa dan doktor mengesahkan tekak saya dah bengkak, dah jadi radang tekak dah, ia mengembang dan berlaga dengan lidah menjadikan saya mengalami kesakitan yang amat sangat apabila menelan air liur.. So doktor bagi antibiotik & ubat radang tekak.. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 4 jam lepas makan antibiotik & ubat radang tekak tu, terasa kurang sikit bengkak & boleh menelan air liur semula.. Sepanjang demam kali ni, memang lapar sangat, sebab tak boleh nak makan & minum dengan betul.. Tu la, sibuk sangat nak kurus, ambik ko, tak dapat makan betul2  selama 5 hari! huhu

Demam kali ni buat saya muhasabah diri betul2.. Mungkin saya ni terlalu outspoken sampai ada orang yang berkecil hati @ marah @ tersinggung dengan kata2 saya, sebab tu ler sakit tekak teruk kali ni.. Jadi di kesempatan ni, saya nak minta maaf pada semua orang kalau saya pernah berkasar & mengecilkan hati anda, saya mohon berbanyak2 kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki ye.. Insya-Allah saya akan cuba menjadi insan yang lebih baik selepas ini..

Cuma saya ada satu masalah besar sekarang, saya MENGANTUKKKKKKKKKKKKKK SANGAT sebab dah makan ubat & antibiotik.. kerja pulak melambak2 atas meja.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Rabbi yassir wa la tu assir ya karim moga Allah mudahkanlah semua urusan saya pada hari ni.. Amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge