3 lagi hadiah kesukaan perempuan..

 

Ok, saya akan reveal 3 lagi hadiah kesukaan perempuan

1)  Kotak barang kemas

Semua perempuan ada barang kemas, so kalau bagi hadiah kotak untuk simpan barang kemas nih (jewellery box), memang sangatlah bagus..   Kotak barang kemas ni ada macam2 jenis, plastik, kaca dan besi.. Saya syorkan anda cari yang bahagian dalamnya beralaskan baldu, agar barang kemas terjaga rapi dan tidak bercalar.. Hadiahkan kotak barang kemas yang lebih besar kerana ia lebih bagus & pastikan ada compartment yang berbeza untuk cincin, gelang & rantai agar lebih tersusun.

2)  Jam tangan

Semua orang wajib ada jam tangan.. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk bergaya, malah hadiah ni menolong untuk kita sentiasa on time.. Lihat personaliti gadis tersebut, jika dia seorang yang elegan, maka jam tangan yang elegan dan sofisikated adalah hadiah pilihan yang sesuai untuknya, jika dia seorang yang lasak, hadiahkan jam tangan yang sporty.. Hadiah ini juga akan sentiasa mengingatkan dia pada anda kerana setiap kali dia melihat jam untuk memastikan waktu, dia pasti teringat pada anda juga! 

3.  Minyak wangi

Semuaaaaaaa perempuan suka minyak wangi sebagai hadiah, dari yang muda sampailah ke yang tua.. Namun, untuk memberi hadiah sebegini, anda perlu berhati2 dan sensitif pada kegemarannya.  Ada perempuan yang suka pada wangian floral, ada yang suka bau kayu2 dan rempah, ada yang suka bau citrus.. Jadi, penyelesaian terbaik, bawalah dia ke kaunter minyak wangi, minta dia cuba semuanya, dan suruh dia pilih kesukaannya.. Esoknya, datang semula ke kaunter itu dan belilah minyak wangi yang disukainya itu dan hadiahkan padanya dan buat kejutan!! hehehe…

Ok, setakat ini sahaja, kalau nak tahu lebih lengkap tentang 30 hadiah kesukaan orang perempuan, nantikan ebook panduan cinta untuk lelaki dari saya yer! :)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

hadiah yang sesuai untuk kawan perempuan,kesukaan perempuan,hadiah hari jadi perempuan,hadiah yang sesuai untuk perempuan,hadiah untuk remaja perempuan,hadiah anniversary untuk lelaki,hadiah yang sesuai untuk remaja perempuan,benda kesukaan wanita,hadiah perempuan,kado kesukaan wanita,hadiah anniversary untuk perempuan,yhs-004,barang kesukaan cewek,hadiah yang sesuai untuk kawan lelaki,hadiah sesuai untuk kawan perempuan,kotak simpan jam tangan,hadiah yang sesuai untuk sahabat perempuan,hadiah paling sesuai untuk perempuan,hadiah untuk sahabat,cara membuat hadiah untuk sahabat,lelaki kesukaan wanita,idea hadiah hari jadi untuk remaja perem,cenderahati untuk remaja,istri setia tapi masih mendambakan belaian lelaki lain,Hari baik kesukaan leo,hadiah yang sesuai untuk remaja,hadiah sesuai unk wanita,hadiah untuk kawan lelaki remaja perempuan,hadiah untuk sahabat sempena hari lahirnya

5 thoughts on “3 lagi hadiah kesukaan perempuan..

  1. Ayu Post author

    Aus, kalau suka lepak kat mamak, buleh la beli bau rempah alagappas tuh.. ahakssss

  2. sUa

    huh.. ” bau kayu2 dan rempah ”
    cth bau ala2 kulit kayu manis atau rempah kari alagapas boleh ke kak yuyu?
    lariiiii

  3. Ayu Post author

    owh, tidak ada pilih kasih, semua dijemput hadir ke taklimat ini.. hahahahah
    waalaikumsalam ya habibi ya maulana… :)

  4. Iqone_Dinie

    huhu….guy allowed x kat sini???hehe takut salah terjah jer nie….ade lagi satu yang pompuan ske…BUNGA!!!!! hehe..salam kenal tuan blog….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge