Monthly Archives: February 2016

Oxford Circus

Autumn in London – Marble Arch & Oxford Street

Assallammualaikum & salam sejahtera semua..
Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dalam limpahan kasih & sayang Allah..

Saya sambung titipan perjalanan di London.. Usai menikmati nature dan kecantikan Hyde Park, kami mengatur langkah ke Oxofrd Street.. Anda akan tau anda menghala ke Oxford Street bila anda dah Nampak Marble Arch sperti dalam gambar di bawah..

Marble Arch

Di sini pun ada tube station, Marble Arch Tube Station. Tempat ini juga mnjadi pusat perhentian bus, kira landmark place la ni..
Sejujurnya, bukan tau sangat pun apa ada di Oxford Street tu, main redah dan jalan aje tau.. Haha.. Angin yang nyaman & cuaca yang sejuk amat membantu perjalanan kami, sambil berjalan, kami menikmati kecantikan alam & bangunan2 cantik di sepanjang perjalanan.

Dari Kensington Park, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.. Di Oxford Street, anda akan lihat banyak bangunan2 yang menjual barangan berjenama, serta bus dua tingkat yang menjadi ikon kepada kota London.

Dek kerana kepenatan berjalan, kami duduk seketika di salah satu bangku yang disediakan di situ. Pada ketika itu, ada 3 orang lelaki sedang menyediakan meja. Kami sangkakan, mereka ingin menjual sesuatu, rupanya mereka ini sedang mengedarkan naskah terjemahan Al Quran kepada warga di London.. Masya Allah, kagum dengan usaha mereka. Menurut mereka, usaha ini ialah bagi membolehkan masyarakat memahami apa itu Islam, di samping membuang stigma bahawa Islam adalah agama yang pro keganasan.. Naskah diberikan dalam terjemahan sahaja, bagi menjaga kedaulatan dan kesucian ayat-ayat Al Quran..

Quran Tafseer in London

Islam teaching in London

Saya bertanya, adakah mereka mendapat apa-apa sekatan dari pihak kerajaan? Menurut mereka, setakat ini, tidak ada langsung sekatan, mereka bebas menyebarkan ajaran Islam di sini.. Semoga Allah berkati dan rahmati usaha mereka, dan semoga saya dan keluarga juga diberikan kekuatan utk sama-sama berdakwah ke jalan Allah..

Di Oxford Street ni, banyak kedai2 berjenama macam Marks & Spencers, Selfridges, House of Frasers, Uniqlo, Forever 21, etc.. Cantik-cantik bangunan di sini, dan orang sangat la ramai, baik pelancong asing mahupun orang tempatan.. Bila malam lebih cantik lagi, dihiasi dengan lampu2 berbentuk salji, bintang dan sebagainya sebab kami pergi bulan November, a month to Xmas kan, so terasa jugak la meriahnya.. hehe
Kami berhenti seketika di House of Frasers, kelihatan seorang gelandangan memberi makan kepada burung-burung merpati di situ.. tersentuh juga hati, its always the people with the less who will always find ways to share with others.. Terhibur juga kami melihat burung merpati yang gemuk2 tu makan roti yang ditaburkan tu..

House of Frasers Pigeons

Sepanjang hari, kami cuma berjalan2 di Oxford Street ni, keluar masuk kedai2 berjenama (bukan beli, tengok aje tau), duduk di bangku2 di tepi jalan melihat gelagat manusia, melihat kereta dan bus yang lalu lalang, makan strawberry (2 pound sekotak dan manis!) di sana.. Kat sini ada gerai menjual pizza yang halal, harga 2.5pound (convert = RM16.25 satu slice, rasa nak pitam, makan sampai habis! hahaha) tapi besar + tebal rotinya, kenyang makan satu piece tu.. Strawbery tu kami beli di Salsburry, kira macam kedai runcit la.. Sayuran, roti & buah di sini pun murah dan paling penting – SEGAR!

Halal Pizza in London

Halal Pizza in London 3

Halal Pizza in London 2

Satu lagi yang menarik perhatian saya ialah pengangkutan ala2 beca di sini.. tapi yang bawa semua anak2 muda yang handsome dan sado! Haha.. tapi kami tak naik, setakat tengok aje..

Trishaw Oxford Street

Kalau anda naik tube, anda boleh berhenti di Bond Street Station ATAU Oxford Circus Station.. tapi kalau kaki tu larat melangkah, jalan kaki aje la dari hotel anda, boleh berlenggang kangkung dan mengamati keindahan bangunan dan pepohon.. Chewah..

Owh, di sini juga ada the famous PRIMARK! WAJIB datang, barang2 super duper murah, expecially baju kanak2.. Tshirt Iemrand harganya 1.5pound sehelai! Nasib baik sebelum masuk dah baca Al – Fatihah 7x, kalau tak, mau sawan borong baju budak2 aje.. hahahah

Saya akhiri catatan dengan gambar kenangan di sana.. Enjoy the pictures ya.. ?

Marks and Spencer Oxford Street

Oxford Circus

Oxford Street 2

Oxford Street 3

Oxford Street 4

Oxford Street 5

Oxford Street