Monthly Archives: August 2015

Screenshot_2015-08-15-13-40-05

The One and Only – Anuar Zain!

Assallammualaikum wbt

Anuar Zain, satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Saya mmg minat pada Anuar Zain ni sebab suara dia dan sikap dia yang sentiasa charming dan humble dengan penonton, well, at least that is what I saw on tv shows.. hehe.. one of my dreams before I turn 40 is to see him live at any of his concerts, and Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang itu..

So, bila tahu Anuar Zain akan datang ke Oasis Piazza pada 15/08/2105 yang lepas, saya awal-awal dah beritahu suami agar melapangkan tarikh tersebut, excited sangat nak tengok Anuar Zain live & in person kan..

Screenshot_2015-08-15-13-40-05

Akhirnya, hari yang ditunggu2 pun tiba.. Cuaca tak mengizinkan pulak, hujan turun agak lebat petang Sabtu tu.. Hati berbelah bahagi nak pergi, sebab program tu diadakan di tengah dataran Oasis, tidak ada payung @ bumbung… Waktu kami lalu di Oasis Square, hujan agak lebat.. Jadi suami ajak pergi makan dulu di Citta Mall, tak berapa jauh dari Oasis Square.. Usai makan, jam dah menunjukkan pukul 10.10 malam.. Dalam hati berdetik, mungkin dah selesai agaknya performance Anuar Zain, sebab program tu dari jam 8.30 hingga 10.30 sahaja.. Hati berbisik lagi, tak apa lah, tak ada rezeki..

Untuk balik ke rumah, kami mmg perlu melalui Oasis Square.. Waktu berhenti di traffic light, terdengar suara Ella.. Suami tanya saya “Nak pergi tak?”.. Hurmmm, antara nak dengan tidak, akhirnya saya kata “Jom la, tak dapat dengar Anuar Zain menyanyi, dapat tengok dia sekejap pun ok la..”..

Lepas parking kereta, kami pun jalan lenggang kangkung ke Oasis.. hehe.. Waktu kami sampai, Cheryl Samad tengah buat announcement, “Lepas ni, kita akan menjemput seorang penyanyi lelaki yang handsome, yang lunak merdu suaranya, yang mana ramai orang nak tiru suara dia, tapi tak jadik.. Haha.. Dipersilakan, Anuar Zain!!”.. Allah, berdegup laju jantung saya.. there he was, on stage, with his sweet smile and beautiful voice! Rasa macam mimpi je.. Saya dah tak nampak orang ramai dah masa tu, nampak Anuar Zain aje haha.. Poyo gila kan! Haha

Anuar Zain memulakan persembahan dengan lagu “Kau Bunga Cintaku”. Usai menyanyi, beliau turun dari stage utk bergambar dengan para peminat.. Sekali lagi rezeki saya, dapat tengok muka Anuar Zain betul2 di hadapan mata, sebab beliau lalu betul2 di sebelah saya.. Allah.. tergamam, nak mintak autograph pun, tak bawak pen @ buku.. So tengok aje la dia berjalan sambil tersenyum dan cakap Hai pada semua yang hadir.. Saya agak kesal tak bawak kamera DLSR, jadi kualiti gambar dari HP tak berapa nak elok la.. Tapi sempat saya rakam persembahan beliau,malangnya, tak boleh nak upload pulak kat sini.. Nnt saya cuba balik ye..

Anuar Zain Concert 2

Anuar Zain Concert

Saya cukup terhibur dgn persembahan Anuar Zain, rasa sangat sekejap melihat nyanyian beliau.. He is exactly like what you see in tv shows, sikap charming dan humble yang sama, he looks genuine, bukan dibuat2, and same good and beautiful voice, tapi lebih handsome dari dalam tv! Patutlah ada makcik2 yang over tu ambik gambar sambil peluk dan cium dia.. haha.. Mujurlah keimanan saya masih kuat, Alhamdulillah.. haha..

We will never find another Anuar Zain in Malaysia, he is unique in his own way, and I will always be a big fan of him!

p/s: Next time saya akan tulis mengenai Oasis Piazza ni ye.. insya Allah 🙂

Cuti-Cuti Malaysia – Pasar Karat Santai, Muar

Assallammualaikum wbt

Pasar Karat bukanlah sesuatu yang asing di zaman ini. Dalam arus penuh teknologi dan kemodenan ini, manusia menjadi rindu pula kepada barang-barang lama.  Saya kira, disebabkan faktor ini, bermula dari kecil-kecilan, akhirnya Pasar Karat menjadi fenomena biasa di kalangan penggemar dan pengumpul barang2 lama. Jangan tanya saya kenapa pasar ini dipanggil Pasar Karat ye, mungkin kerana ada barang2 lama yang berkarat di jual di pasar ini, jadi itulah nama yang difikirkan sesuai sekali.. Namun jangan terpedaya, barangan karat dan lama ini kadang kala mencecah ratusan dan ribuan ringgit, kerana ada yang sudah pupus, lantas menjadi barang “rare” dan berharga.

Salah satu Pasar Karat yang pernah saya lawati ialah di Pasar Karat Santai, Kesang Laut, Muar, Johor. Di sini, anda boleh jumpa berbagai2 jenis barang2 lama, dari zaman 70an, 80an dan 90an.. kalau lebih bernasib baik, ada barang2 dari zaman 50an, 60an dan 70an..

Pasar Karat Muar Johor

 

Di sini saya lampirkan setiap informasi mengenainya.. Saya tidak pasti mengenai waktu operasi, saya assume setiap Sabtu & Ahad sebab setiap kali saya lalu pada hari2 tersebut, Pasar Karat Santai ini dipenuhi pengunjung..

Waktu Operasi Pasar Karat Santai, Muar

Jom kita tengok, apa yang ada di Pasar Karat Muar ni 🙂Barangan di Pasar Karat Muar

Setiap barangan lama yang dilihat di sini, pastinya menggamit memori zaman kecil.. Saya tersenyum sendirian bila melihat pelita, pinggan dan mangkuk serta tin milo dulu2.. memang secara automatik, anda akan kembali mengenang nostalgia lama sewaktu kanak-kanak.. Teringat makan beramai-ramai bersama nenek, datuk, makcik, pakcik, sepupu dan jiran-jiran.menggunakan pinggan dari corak dan bentuk yang sama.. Bagi yang sensitive dan emotional lebih tu, boleh menitis air mata.. hehe..

Pasar Karat Muar Johor 2 Pasar Karat Muar Johor 3 Pasar Karat Muar Johor 4 Pasar Karat Muar Johor 5 Pasar Karat Muar Johor 6 Pasar Karat Muar Johor 7 Pasar Karat Muar Johor 8 Pasar Karat Muar Johor 9 Pasar Karat Muar Johor 10

Bagi anda yang dalam perjalanan dari Muar ke Melaka, atau dari Melaka ke Muar, apa kata singgah sebentar di sini.. Tak beli pun tak mengapa, cuci-cuci mata kata orang.. Yang paling best, FREE ENTRY, masuk lah, belek la barang di situ berapa lama pun, ianya PERCUMA! Mana tau ada satu dua barang yang berkenan, boleh di bawa balik buat koleksi. Pada masa yang sama, boleh ajar dan tunjuk pada anak-anak, barangan lama yang pernah ada pada zaman kita dahulu.. Mungkin ada anak-anak yang berminat, dan mereka boleh jadikan hobi mengumpul barangan lama ini 🙂

#pasarkaratmuar

#pasarkaratkesanglaut

Satu Pemberian, Dua Nikmat

Assallammualaikum wbt, semoga perkongsian ini membawa aura positif dalam kehidupan anda semua, Insya Allah..

Saya berulang dari Kelana Jaya ke Ampang park setiap hari untuk pergi ke pejabat.. Memang kebiasannya, saya jarang dapat duduk dalam train, tapi pada hari Isnin yang lepas, Alhamdulillah dapat duduk..

Sampai di KL Sentral, masuk seorang makcik. Tindakan refleks, saya terus bagi seat saya pada dia. Dia terus cakap ‘Terima kasih, semoga Allah murahkan rezeki adik..’ Entah mengapa saya rasa sebak, mungkin sebab makcik tersebut baya2 emak di kampung, hati amat rasa tersentuh mendapat doa darinya, dan saya aminkan doanya banyak2 kali..

Give your seat

Sahabat semua, Allah bagi saya 2 nikmat dgn benda yang sangat simple ini, nikmat memberi dan dibalas dengan nikmat menerima doa dari seseorang yang tidak saya kenali.. Benarlah, nikmat itu datang dalam banyak bentuk.. I feel blessed.. Tq Allah..

Courtesy_Seating_sign5666_fa_rszd

Posting ini bukan utk bgtau satu dunia yang saya bagi seat dalam train, tapi utk kita semua sedar, we can make people happy just by doing something really small, tak semestinya bagi duit atau hadiah.. And Allah will surely return the good deeds, InsyaAllah.

Teringat saya satu posting dari Abang Sham Kamikaze di facebook beliau – “Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana kamu tidak tahu kebaikan manakah yang akan menghantarmu ke Syurga.. “..

Kebaikan ke Syurga

Cuti-Cuti Malaysia – Empangan Timah Tasoh, Perlis

Assallammualaikum wbt

Sebut saja Perlis, pasti ramai yang teringat Padang Besar dan kemanisan Harum Manis kan, tapi sebenarnya, ada lebih banyak yang menarik di Perlis.  Salah satu daripadanya adalah Empangan Timah Tasoh atau juga dikenalai sebagai Tasik Timah Tasoh di kalangan orang tempatan.

Bagi anda yang cintakan alam semulajadi, pemandangan dari empangan ini pasti akan mencuri tumpuan anda.. Berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand di jalan menuju ke Padang Besar, hati dan mata jadi tenang dan lapang apabila berada di sini.

Sejarah Empangan Timah Tasoh (sumber dari Mstar, wikipedia & JPS Perlis –  terima kasih)

Empangan Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, Mukim Beseri, dan boleh dihubungi melalui 2 jalan iaitu Jalan  Kangar-Padang Besar, dan Jalan Abi- Padang Besar.  Sekiranya anda dalam perjalanan ke Padang Besar, Empangan ini terletak di sebelah kiri anda.  Mustahil untuk anda terlepas pandang dari Empangan Timah Tasoh ini kerana ada papan tanda dan ada resort serta kedai makan yang dibuka di sini.

Empangan Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertumuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Emapang Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kos sebanyak Rm77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP)

Tasik, yang pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh dan di dasarnya pada awalnya adalah sebuah kampung yang bernama ‘Tasoh’ namun telah ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan.

Turut ditenggelamkan bersama kampung itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan selain nostalgianya yang semakin luput daripada ingatan penduduk setempat.

Kampung itu terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian yang andal dan mencukupi di samping memenuhi keperluan untuk mengairi 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Aktiviti di Empangan Timah Tasoh 

#timahtasoh

 

Terinai Lake View Cafe

Terinai Lake View Cafe

Saya kongskikan di sini beberapa gambar yang diambil di Empangan Timah Tasoh ini.  Untuk cafenya pula, bagi saya makanannya ok saja.. tapi view memang cantik, ditemani pula dengan angin yang sepoi2 bahasa, sangat nyaman dan sesuai untuk anda menenangkan fikiran.. Jadi jangan lupa singgah di Empangan Timah Tasoh jika anda menghala ke Perlis ye 🙂

Empangan Timah Tasoh Perlis

Empangan Timah Tasoh Perlis 2

Malaysia Airlines menutup station Istanbul

Assallammualaikum wbt

Yes, IST station will be closed this month, and there goes all the dreams, the plans, the hope.. all gone.. We are supposed to visit IST from 19 – 29th August, 2015 tapi tak ada rezeki la nampaknya..

We plan, Allah plan, but Allah’s plan is the best for us.. Saya sangat2 kecewa, tapi redha aje la.. Mungkin Allah nak bagi peluang melawat negara lain pulak lepas ni..

MAS closing IST IST KUL