Monthly Archives: September 2014

Cuti-cuti Malaysia – Muzim Polis Diraja Malaysia

Assallammualaikum wbt,

Anak lelaki mmg kebiasaannya suka sangat tengok cerita lawan2 + tembak2, kan? Anak saya pun tak terkecuali.. Tak terkira dah berapa banyak senapang + pistol mainan dia kat rumah ni.. Hehe.. Jadi, kami decide nak beri dia lebih teruja dengan membawa dia ke Muzium Polis Diraja malaysia usai bersiar2 di Planetarium.  Secara keseleruhan, mmg lawatan ke Muzeum ini sangat bermanfaat & merinformasi.. banyak tinggalan sejarah boleh didapati di sini, dari pakaian kepada jurnal, senapang, pistol. bom & segala macam senjata ada di sini.. Saya sangat mengesyorkan anda datang ke sini bersama anak2, sebaik2nya habiskan masa lebih kurang sejam di sini agar anda dapat meluangkan masa membaca dan meneliti tinggalan sejarah yang sangat berharga di sini..

Muzium Polis Diraja Malaysia ini agak tersorok, tapi pastinya anda tidak akan terlepas pandang kerana ada papan tanda di tepi jalan.  Suasaa yang sunyi & tenang menyapa bila anda menjejakkan kaki ke Muzium Polis Diraja Malaysia ini.

Jom kita baca dulu sedikit informasi mengenai Muzium ini, saya copy paste saja dari Wikepedia ye 🙂 Terima kasih Wiki!

“Muzium Polis Diraja Malaysia adalah sebuah muzium yang mempamerkan sejarah Polis Diraja Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kini.

Dipenuhi dengan lebih 2,500 bahan pameran, tarikan utama muzium ini adalah galeri senjata. Separuh daripada senjata yang dipamerkan telah dirampas daripada komunis sewaktu tempoh darurat di Malaya. Antara senjata yang dipamerkan adalah koleksi keris Melayu, pistol Portugis, pisau Gurkha dan barangan harian yang ditukar menjadi senjata (seperti rantai basikal) yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah di negara ini.

Bahan-bahan pameran lain termasuklah senjata kongsi gelap, carta jenayah, dokumen yang dirampas dari pihak komunis dan koleksi pakaian seragam polis zaman dahulu.”

Waktu Operasi

Ditutup pada hari Isnin.  Beroperasi pada jam  10 pagi hingga 6 petang hari.  Masuk adalah PERCUMA~

Peringatan: Anda tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam Muzium ini ye..

Muzium Polis Diraja MalaysiaMuzium Polis Diraja Malaysia 2 Muzium Polis Diraja Malaysia 3

Kaunter Tiket Muzium Polis Diraja Malaysia dijaga oleh kakak-kakak polis yang sangat peramah :)

Kaunter Tiket Muzium Polis Diraja Malaysia dijaga oleh kakak-kakak polis yang sangat peramah 🙂

Muzium Polis Diraja Malaysia 1

Kamera Hunter Pentrose Muzium Polis Diraja Malaysia Muzium Polis Diraja Malaysia 4

Pemandangan sekitar kawasan di luar Muzeum

Pemandangan sekitar kawasan di luar Muzeum

Antara gambar yang sangat saya suka, anda boleh jumpa di luar Muzeum :)

Antara gambar yang sangat saya suka, anda boleh jumpa di luar Muzeum 🙂

Cuti-Cuti Malaysia – Planetarium Negara

Assallammualaikum wbt

Cuti sekolah datang lagi! Yeaayyy, tapi tak yeayy sangat pada adik2 yang kena mengulang ambik UPSR kan.. Sabar ye adik2, ada hikmahNya tu.. Apa kata release tension ajak keluarga bersiar-siar di Planetarium Negara, banyak ilmu yang bermanfaat & yang paling best FREE! hehe

Tips melawat Planetarium : DATANG AWAL PAGI, KALAU BOLEH SEAWAL JAM 9 PAGI BILA GALERI SUDAH DIBUKA SUPAYA ANDA BANYAK MASA UNTUK MENCUBA EKSPERIMEN2 DI GALERI SERTA MEMPUNYAI BANYAK MASA DI GALERI PEMANDANGAN YANG TERLETAK DI TINGKAT ATAS.. AWESOME VIEW!

Jom kita baca sikit sejarah Planetarium (copy & paste dari Wikipedia, terima kasih Wikepedia!

Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala LumpurMalaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi (11,000 m²).

 Waktu beroperasi

Planetarium Negara di buka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali pada hari IsninHari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).Tayangan planetarium berlangsung setiap satu jam dari jam 10:00 pagi sehingga jam 4:00 petang.    Tayangan berlangsung pada 10am, 11am, 12pm, 1pm, 2pm, 3pm dan 4pm.  Akan tetapi pada hari Jumaat tayangan pada jam 1pm dan 2pm tiada, kerana berehat sebentar memberi laluan kepada solat Jumaat. Pameran dibuka seperti biasa.   Tiket masuk adalah PERCUMA tetapi bayaran dikenakan jika pengunjung memilih untuk menonton tayangan.

 Sejarah

Planetarium Negara bermula sebagai Division Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar Malaysia. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruh reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.

Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.

Pameran dan tarikan

Salah satu tarikan utama planetarium ini termasuk pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem format besar.

Di dewan utama adalah pameran kekal berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi melancarkan MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa. Teleskop 14-inci (360 mm) juga terdapat di balai cerap.

Planetarium Negara menganjur ke taman tema angkasa di mana terletak replika balai cerap silam. Ia bersambung oleh jambatan pejalan kaki atas ke Muzium Negara.

 

Planetarium Negara Malaysia

Planetarium Negara Malaysia 2 Planetarium Negara Malaysia 3 Planetarium Negara Malaysia 4 Planetarium Negara Malaysia 5 Planetarium Negara Malaysia 6 Planetarium Negara Malaysia 7 Planetarium Negara Malaysia 8 Planetarium Negara Malaysia 9 Planetarium Negara Malaysia 10 Planetarium Negara Malaysia 11 Planetarium Negara Malaysia 12 Planetarium Negara Malaysia 13 Planetarium Negara Malaysia 14

part ni yag paling saya suka, meninjau Kuala Lumpur dari Galeri… Memang awesome dapat melihat bangunan2 di Kuala Lumpur ni dari teropong.. Ada 4 teropong kat atas ni.. So anda semua kena datang awal supaya tak berebut2.. kami sempat menghabiskan masa selama 1/2 jam di atas ni 🙂

Galeri Pemandangan Planetarium Negara Galeri Pemandangan Planetarium Negara 2 Galeri Pemandangan Planetarium Negara 3 Galeri Pemandangan Planetarium Negara 4

Sehingga bertemu lagi di coretan seterusnya, xoxo (buzyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! huhu)