Monthly Archives: July 2014

Kenangan 12 Jam Bersama MH17, Malaysia Airlines

Assallammualaikum wbt

Emosi menguasai diri saya sejak mengetahui tagedi MH17.. Speechless saat mengetahui beriata buruk tersebut.. Mengeletar kaki & tangan, buntu seketika..  Terpandang2 keadaan dalam kabin MH17 serta anak2 kapal semasa percutian kami ke Amsterdam tahun lalu..

Ye, kami sekeluarga pernah berada di dalam MH17 selama lebih kurang 12 jam dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.. Kapal itulah yang membawa kami pulang dari tanah Belanda ke tanahair.. Kami pernah tidur, makan + minum serta mencipta kenangan di dalam MH17.. Masya-Allah, itulah kapal yang sama yang telah ditembak + mengorbankan hampir 300 nyawa.. Menitik air mata mengingati nasib penumpang2 yang berada di dalam kapal tersebut.. Al Fatihah untuk semua yang terkorban, semoga Allah menempatkan mereka, di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..

Schipol Arrival 3

Schipol Tulips 2

 

 

 

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan tahun lalu di dalam pesawat MH17

Ramadhan Around The World

Assallammualaikum  wbt

Syukur Alhamdulillah, dah masuk hari ke 19 Ramadhan, maknanya bermulalah pencarian Lailatul Qadar pada malam ini, Insya-Allah.. 

Jadual Puasa di beberapa negara di dunia

Sejak dari awal Ramadhan, saya seronok melihat sambutan Ramadhan di seluruh dunia.. Antara rancangang yang saya ikuti di televisyen ialah Ramadhan around the world di Al Hijrah, dari jam 8.30 – 9.30 setiap hari, seronok & memberi perspektif baru dalam mensyukuri Ramadhan di Malaysia… Dalam hati ni berdoa supaya satu hari nanti Allah beri peluang untuk berpuasa di perantauan, pastinya akan jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.. Buat masa ini, cuma mampu melihat gambar aje la.. Jom kita tengok beberapa gambar menarik berkaitan iftar di beberapa negara 🙂

 

Surabaya, Indonesia

 

Blue Mosque, Istanbul

 

Al Sayie Mosque, Philiphines

 

Berlin, Germany

 

Herat, Afganistan

 

Karachi, Pakistan

 

Manila

 

Peshawar, Pakistan

Tehran, Iran

Rawalpindi

Ramallah Palestine

Credits to:

www.sacbee.com

www.islamicfinder.org

www.dailymail.co.uk

www.mic.com

www.worldbuletin.com

www.english.dailyarab.net

Cuti-cuti Malaysia Fraser’s Hill – Jam Besar & Bangunan

Assallammualaikum wbt

Jam Besar adalah ikon paling terkenal di Fraser Hill.. Tidak lengkap kehadiran anda di sini kalau tidak mengambil gambar di ikon Fraser Hill ini.. Terletak di tengah2 jalan, anda pasti tidak akan terlepas tarikan utama ini 🙂  Kawasan ini sentiasa penuh dengan pengunjung.. Jika cuaca baik, gambar yang dirakamkan di sini pasti tidak mengecewakan.. Sewaktu kunjungan kami ke sini, kami cuma berpeluang untuk mengambil gambar pada belah malam kerana siangnya padat dengan pengunjung..

Jam Besar Fraser Hill

Selain itu, bangunan di sekitar yang ala-ala Eropah mmg sangat mengujakan.. Balai Polis Fraser Hill ini saja sudah berusia lebih 50 tahun.. Ia dibina pada tahun 1919.. Klinik + pejabat posnya juga menpunyai sentuhan Inggeris.. Saya sebenarnya rasa agak takjub juga la dengan bangunan2 disini, kerana tidak di makan zaman.. Dan saya juga hairan, macam mana batu bata untuk bangunan ni dibawa dari bawah, sementelah pada waktu itu teknologi tidak sehebat sekarang 🙂

Klinik di Fraser Hill

 

Bangunan Balai Polis yang dibina pada tahun 1919

 

Waktu kami di sini, ada sepasangt pengantin sedang mengabadikan saat2 indah di kawasan sekeliling ni.. Saya rasa dengan bantuan lensa yang tepat & bagus, gambar2 yang diambil pastinya cantik + meninggalkan memori indah untuk mereka.. Chewah..

Bertemu lagi di poasting akan datang, xoxo 😉

 

JM – Arigato gazaimasu!

Assallammualaikum…

Hari ni rasa happy & terharu sangat sebab dapat hadiah dari rakan blogger yang sangat dekat di hati – Cik JM!!

Alhamdulillah, walaupun tak pernah bersua, tapi ukhuwah yang dijalinkan di alam maya ni terasa sangat rapat & erat.. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya dapat souvenir dari JM, sebelum ni dah dapat fridge magnet, tapi tak sempat nak snap gambar..

Pada anda yang tertanya2 siapa JM ni, silalah melawat blog beliau yang padat dengan cerita-cerita lawatan beliau ke luar negara, khususnya untuk budget traveller – ini linknya: – http://jarimanistravel.blogspot.com/

JM, arigato gazaimasu! Saya hargai sangat pemberian JM ni.. semoga Allah murahkan rezeki JM untuk terus mengembara & memberikan informasi yang bermanfaat untuk semua travelers..

We all are travelers, everywhere, everyday 🙂

 

Cuti-cuti Malaysia Fraser’s Hill – The Paddock

Assallammualaikum semua..

Bagi anda yang ingin cuba menunggang kuda, The Paddock adalah tempat yang harus dilawati di Fraser Hills.  Di sini, dengan bantuan penjaga kuda, anda boleh menunggang kuda dalam satu trek bulatan kecil yang mengambil masa kurang dari 5 minit.. Untuk kadar, boleh rujuk pada gambar2 di bawah.  Waktu kami datang ke sini, memang ramai pengunjung yang nampak teruja sangat nak cuba menunggang kuda.  Kebanyakkannya adalah anak-anak kecil.. Anak saya pun sama la, bukan main seronok dapat naik kuda dengan abahnya.. Saya difahamkam kuda-kuda ini adalah kuda-kuda yang pernah beraksi di padang lumba satu ketika dahulu.

Di sini juga tersedia padang untuk aktiviti memanah, betul-betul di bahagian bawah cerun berhampiran pintu masuk.

Selain itu, bagi anda yang gemarkan persekitaran yang tenang dan ingin santai-santai, terdapat bangku-bangku yang disediakan untuk berehat dan menikmati alam sekitar. Tapi pastikan bawa surat khabar @ plastik untuk mengalas kerusi kerana ianya basah dek kerana kesejukan di Fraser Hill ini..

Pada saya, kalau ada café kecil di sini, pastinya lebih menarik kerana bangsal kuda dan pokok-pokok pine menimbulkan suasana ala-ala kampung di oversea gitu, sesuai untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam & kicauan beburung atau membaca buku sambil menikmati secawan teh atau kopi panas… indahnya.. .. 🙂

Tandas yang bersih.. i like!

Bersedia nak naik kuda!

Padang memanah/archery

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik di pahang untuk dilawati,tempat menarik di kuantan untuk dilawati,aktiviti di fraser hill,menarik di fraser hill