Monthly Archives: February 2014

Indah Khabar Dari Rupa – Doraemon 100 Secret Gadget Expo

Assallammualaikum wbt..

Apa khabar semu? Cuaca terlalu panas sangat kan, berkuap je rasanya.. ekon dah full blast pun rasa panas jugak.. Bila dah panas sangat ni, mula la datang macam2 penyakit, demam, batuk, selsela, migrain, pitam dan macam2 lagik la.. Lupa pulak nak tanya Doraemon hari tu, ada tak gadget untuk turunkan hujnan & sejukkan cuaca…. hehe.. Gurau je la..

Ok, back to the topic, last week saya ada post gambar2 di Doraemon 100 Secret Gadget Expo yang berlangsung di Viva, Cheras.. Gambar2 boleh tengok di sini:

Berikut adalah sedikit informasi mengenainya:-

100 Doraemon Secret Gadgets Information

 

Informasi lanjut boleh didapati di sini: – http://www.100doraemon.com/

Secara jujur, saya kecewa dengan Expo ini sebab:-

1)  Pelawat TIDAK DIBENARKAN MEMEGANG MANA-MANA PATUNG DORAEMON.

2)  Semua patung doraemon diletakkan di atas “pentas”, hanya boleh dilihat..  Ada staff yang akan memantau seandainya pelawat / anak2 kecil cuba memeluk, memegang / membuat apa-apa percubaan untuk menyentuh patung2 tersebut

3)  Sukar untuk bergambar kerana masing2 berebut2 untuk berdiri di hadapan atau di tepi patung Doraemon dengan bermacam2 aksi.. Yang tua melebih2 posingnya dari yang kecik..

4)  Patung-patung Doraemon tersebut TIDAK BERGERAK, hanya patung kaku dengan memek muka + di bawahnya ada penerangan mengenai “gadget” yang digunakan oleh Doraemon tersebut.  U have to use your imagination on how it works..

100 Doraemon Gadgets Expo o

5)  Dewan agak sempit dan penghawa dingin memang tak terasa.. Saya anak beranak berpeluh2 sepanjang 2 jam berada di dalam dewan tersebut

6)  Pelawat perlu mambayar RM25 lagi untuk bergambar di dalam bilik Nobita / di dalam bilik nenek Nobita.  Gambar diambil menggunakan kamera staff, dicetak dan terus dimasukkan di dalam frame gambar Doraemon.  Saya kira RM25.00 tersebut memang mahal, dah la tak dapat ambik gambar dengan Nobita, boleh jenguk dari belakang saja.. Tak berbaloi.. Sepatutnya semua gambar2 di dalam dewan tersebut adalah percuma..

Nobita dan nenek

Bilik Nobita

 

Makanan pun mahal, merchandise pun mahal.. rasa tak berbaloi pulak bayar RM25.00 tu sebab tak banyak informasi yang kita dapat.. Sepatunya boleh la ambik gambar sebelah / pegang Doraemon tu.. bukan ada effect pun, staff cuma kena pantau supaya tak ada kerosakkan yang berlaku pada patung la kan.. Ni setakat tengok aje, kalau dia nampak kita pegang, cepat2 dia datang bagai arahan supaya jangan sentuh.. Anak saya terkulat2 je.. Budak2 kan, mesti dia geram dan rasa nak peluk Doraemon tu.. Anyways, ni pengalaman dan pendapat saya aje, tak semestinya sama dengan orang lain kan..

One good tip for anybody planning to visit this Expo: Come here as early as 10 am as the queue is still short and less people fighting to get the best spot to take pictures with Doraemon 🙂

 

xoxo

Ayu Fatarina