Monthly Archives: July 2013

Sudah tiba masanya untuk berhijrah..

Assallammualaikum wbt..

Subahannallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allah huakbar.. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang terus memberikan kita perluang lagi untuk bernafas & beribadah kepadaNya pada hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Kawan2 semua..

Bulan Ramadhan tahun ini membuka peluang dan rezeki baru untuk saya memulakan hijrah ke tempat yang lebih baik.. 10.07.2013 bersamaan dengan 1 Ramadhan, jam 01.05pm saya menerima panggilan yang membawa berita gembira – saya dapat tawaran bekerja di salah sebuah GLC di Kuala Lumpur.. Syukur Alhamdulillah..

Pada mulanya, rasa ragu2 dan tidak yakin berlegar2 dalam hati & jiwa saya.. Rasa insecure kemudiannya mengatasi rasa gembira mendapat khabar rezeki itu..

Sudah 4 tahun 4 bulan saya berada di company sekarang ini, saya sudah merasa terlalu selesa dan tiada keyakinan bahawa saya boleh move out dan membina masa depan di tempat lain.. 4 tahun 4 bulan saya dihantar sampai ke pintu opis, tepat jam 6.15 dijemput pulang oleh suami tersayang.. saya tak perlu terkejar LRT @ Putra, tak perlu risau tentang jem – sebab dah dimanjakan suami dihantar pegi & dijemput balik..

4 tahun 4 bulan satu jangka masa yang agak lama yang telah membuatkan bonding saya dengan rakan2 di sini agak erat, seperti keluarga sendiri.. Sekali lagi timbul tanda tanya – boleh ker dapat suasana begini di tempat kerja baru.. Argghhh.. mula la saya sangsi lagi…

3 tahun 2 bulan, usia anak saya – cuma ada beberapa kali saja saya ambik dia dari pengasuh / tadika jam 8 malam, hari2 lain pukul 7 petang confirm dah sampai rumah & dengar dia berceloteh.. Tapi di tempat baru ni, jam 8.15 dah mula kerja, jam 5.30 baru habis, dan dah dimaklumkan dalam interview that they expect me to stay back.. Saya perlu korbankan masa saya dengan anak & suami jika menerima tawaran di tempat baru ini, keluar awal pagi, beratur di Putra Kelana Jaya, kemudian menapak lagi ke opis baru dari stesen Ampang Point, balik rumah pun tak tentu petang @ malam.. Arghhhhhhhhhhhhhhh.. mampu ke saya lalui semua ini???

Bila difikir2 sebab2 di atas, terutama tentang masa saya dengan anak & suami, saya rasa nak let go aje offer tu.. Tapi i know good opportunity only knocks once in a lifetime, if i let it go this time, it might not come again.. Akhirnya saya bermunajat, istikharah pada Allah, mohon petunjuk, mohon perlindungan dari membuat kesilapan yang salah.. seminggu menunggu, hati masih berbelah bagi.. Surat Tawaran sudah pun ada di tangan.. tapi hati masih 50-50.. Nasihat ibu ayah, suami, keluarga, kawan2 semuanya dah saya mintak, semuanya memberi semangat agar saya menerima tawaran pekerjaan baru itu.. Sesak rasa di dada.. huhu..

Akhirnya, hari Rabu, 17hb Julai, saya beranikan diri menelefon En Zam, staff HR yang menguruskan pengambilan saya.. Saya bgtau dia resah hati saya & minta dia bagi keyakinan pada saya untuk menerima offer tersebut.. Saya minta dia beri pendapat sebagai seorang staff yang telah lama bekerja dengan GLC tersebut.. Alhamdulillah, Allah berikan petunjuk melalui pencerahan & nasihat dari En Zam, ia terus membuka hati saya untuk menerima offer tersebut..

Letak je telefon, tak tunggu lama, saya terus print surat resign & hantar pada boss.. He wasn’t expecting a resignation letter from me.. Tapi I’ve made up my mind, sudah tiba masanya untuk saya berhijrah.. Last day dengan company skrg would be on 16th of August, 2013.. Semoga ini pilihan yang terbaik untuk saya & keluarga, di dunia & akhirat..

Kawan2 semua tolong doakan yang terbaik juga untuk saya & keluarga ye.. sayang korang banyak2.. xoxo!

 

Notice of Resignation

Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian Akhir)

Assallammualaikum wbt

18.07.2013 – hari ke 9 berpuasa! Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan & kesihatan untuk puasa.. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua pada hari ini & semoga puasa kita lebih baik dari semalam, Insya-Allah 🙂

Finally, hari ni dapat nak menulis tentang Grand Place, Brussels!  Grand Place ni adalah salah satu tempat paling packed, sebab lawatan anda ke Brussels tak lengkap kalau tak ke sini.. Sini kiranya cam meeting point la.. Ada beberapa bangunan di Grand Place ni.. Nama lain bagi Grand Place ialah Grote Markt.  Di sini juga terletaknya Town Hall dan The Breadhouse (French: Maison du Roi, Dutch: Broodhuis). Grand Place ni berukuran  68 by 110 metres (223 by 360 ft) dan diiktiraf sebagai tapak sejarah UNESCO.

 Grand Place

 The Grand Place, with its ornate baroque and gothic guild houses, is listed as a UNESCO World Heritage site, and one of the most beautiful squares in Europe. Built as a merchants market in the 13th century, it serves as the city center and a great place to enjoy Belgian hospitality at one of the many terrace cafes. It is also a venue for many concerts & events throughout the year and during the warmer months has a vibrant, daily flower market.

Kami memulakan perjalanan dari hotel kira2 jam 9.30 malam.. Cuaca serendah 9C so memang pakai berlapis2 baju, siap bawak selimut untuk anak saya.. Jalanraya masih lagi sibuk so still feel safe masa tu..

Kira2 20 minit kemudian, kami sampai ke Grand Place.. Waktu tu, tak ada lampu lagi, keadaan sekeliling malap, cuma ada beberapa biji lampu saja dihidupkan.. Namun ramai tourist yang dah lepak2 sambil minum beer.. Polis pun ada sebab ada beberapa orang tengah set up pentas untuk Pesta Jazz keesokan harinya..

Brussels Jazz Marathon

 

Inilah dia rupa Grand Place pada waktu malam, sebelum dilimpahi cahaya..

Grand Place 2

 

Tiba-tiba, keadaan terang semacam.. jeng jeng jengggg!  Grand Place pun serta merta berubah rupa!!

Grand Place

 

Bangunan sekeliling pun mula bermandikan cahaya.. Masa ni semua tourist pun mula la bangun dan masing2 tak lekang cakap wahhhhh, ooooooooooo, aaahhhhhhhhhh, woooooooooooowwwwwwwww, termasuklah akak jugak dik non! haha.. Di waktu siang, bangunan2 ni nampak cantik, tapi bila malam, bangunan2 di situ seakan2 menjadi bangunan yang dibuat dari kaca @ kristal, sangat cantik!  Tak dapat nak describe, biar gambar aje berbicara, anda lihat beza bangunan di waktu siang & di waktu malam 🙂

 

Grand Place Brussels 1

Grand Place 3 Grand Place 6

Grand Place 11 Grand Place 10 Grand Place 5

Grand Place Brussels 2Grand Place 9

Grand Place 4

 

Grand Place 7

 

 

 

Grand Place 8

Grand Place DayGrand Place 12

Grand Place 16

Grand Place 13 Grand Place 14 Grand Place 15

Grand Place Guilds Grand Place 17

Antara banyak2 bangunan, yang paling menarik perhatian saya ialah The Town Hall.. Subahannallah, betul2 macam bangunan kristal..

Grand Place Brussels 3

 

Grand Place at Night

 

Town Hall 3

 

Clock at Grand Place

Lenguh jugak kepala terteleng2 tengok semua bangunan.. haha.. Rasa tak puas, macam nak baring kat situ & tengok semuanya!  Tapi masa tak mengizinkan.. Kami pikir nak kena jalan balik ke hotel, risau gak sebab kena lalu jalan yang agak sunyi sebelum jumpa jalan besar.. So dengan hati yang berat, kami melangkah balik.. Bye2 Brussels.. Semoga kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti.. 🙂

 

Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 3)

Assallammualaikum semua..

Masuk hari ni dah 8 hari kita puasa.. Kejapnya masa berlalu! Kalau zaman kecik2 dulu ni, dah tanda kalendar siap2 dan setiap hari kira berapa hari lagik nak raya kan? hehe.. Harap2 jangan ler ada mak2 budak @ bapak2 budak yang buat perangai cam ni, malu kat anak tau! haha..

Ok, bersambung dari entry yang dulu.. Masa kami singgah kat kedai kebab tu, hujan batu yang turun ok! saya tak tau la anda nampak ke tak, tapi cuba tengok betul2 bahagian yang saya bulatkan tu.. ha, tu ler bentuk ujan batunya.. besar2 manik camtu, sakit gak badan bila kena la! haha.. kalau pakai payung pun bengkok dibuatnya!

Hujan Batu di Brussels

Jadinya, kami pun makan pelan, minum teh pelan2 dalam kedai tu.. tuan kedai tu pun ok je, takder la kata nak halau kitaorang ke.. so we took our own sweet time dalam cafe tu..

Brussels juga terkenal dengan Belgium Frites.. Tengok dalam gambar tu, gemuk2 fries dia, rangup kat luar, lembut kat dalam.. Cicah pulak dengan samurai sos, makan time hujan & sejuk tu, perghhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nyaman!!  Harga bagi satu set ni ialah 5 Euro.. Teh 1 Euro.. pekat gila, melekat kat tekak..  Tak sure pemilik dia ni orang Turki @ orang Perancis sebab fasih sungguh dia berbahasa Perancis dengan customer2 dia, tapi rupa ada ala2 Turki la.. segan nak ambik gambar, kang dia kata nak ngorat dia pulak.. haha

Halal Food in Brussels Halal Food In Brussels 2

 

Usai makan & bila tengok dah ada matahari sikit, kami pun bergerak semula.. Berpandukan map, kami pun berjalan menuju ke The Royal Palais.. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat mural2 yang cantik menghiasi dinding2 bangunan..

Iem & Pingu Murals at Brussels
Murals at Brussels 2 Murals at Brussels 3

 

Akhirnya setelah berjalan kira 20 minit, kami pun nampak la taman yang cantik ni.. The Royal Palais terletak di atas tangga tu.. Kami tak pergi pun, setakat tengok dari jauh aje..

Royal Palais Brussels Royal Palais Brussels 2 Royal Palais Brussels 3

 

Dari sini, kami mengambil keputusan nak balik hotel sebab cuaca dah mendung.. On the way tu, jumpa building kaca dan jam ni, unik kan?

Building in Brussels Building in Brussels 2 Building in Brussels 3

Dari situ, terus aje berjalan ikut map & terjumpa dengan arca yang sangat tinggi ni.. Tak tau apa namanya sebab tak ada sign dalam bahasa Inggeris..

Tallest Statute in Brussels Tallest Statute in Brussels 2 Tallest Statute in Brussels 3 Tallest Statute in Brussels 4 Tallest Statute in Brussels 5

Taman Bunga

 

 

 

Tiang yang ada ukiran budak2 ni pulak terletak di tangga menuju ke bunga2 & singa tu…

Artistic Lamp post in Brussels

 

Patung2 ni pun tak tau ler apa maksudnya.. Tak sejuk ke tak pakai baju? hahahaha

Statutes in Brussels

 

 

 

Ini pulak sebuah sekolah di Brussels.. cantik kan? Walaupun bangunannya dah kira antik, masih well preserved & nampak kukuh..

School in Brussels2School in Brussels

Berhampiran dengan sekolah tersebut ada sebuah Chappel..

Chappel in Brussels

 

Signboard yang comel.. hehe

Unique Signboard at Brussels

Taman ni dikenali dengan nama Botanical Garden.. Cantik sangat, tapi kami tak berani nak masuk sebab ramaiiiiiiiiii homeless people kat sini.. Buatnya diacu pisau kat kami, naya aje kan.. so ambik gambar dari kejauhan.. 
Botanical Garden Brussels

 

Jalan2 lagik, tengok2 dah sampai BOTA.. ate, dah sampai perok ke? hahaah.. Tak la, ni masih di Brussels, nama tempat ni Bota – singkatan untuk Botanical Garden.. hehe.. Hotel Retro terletak betul2 di seberang jalan..

Bota Brussels

Apa yang dapat anda rumuskan dari posting hari ni? Tak tau?? Cuba tengok balik semua gambar yang saya posting kali ni – semuanya arca & mural & bangunan, semuanyaaaaaaaaaaa FREE OF CHARGE! Tapi walaupun free, semua arca, mural & bangunan ni cantik2 kan?   So siapa kata kena belanja banyak di Europe? Sometimes its the free things which make our journey more memorable.. 🙂

Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 2)

Assallammualaikum wbt semua, Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan, semoga rahmat & keredhaan Allah melimpah ruah pada hari yang mulia ni 🙂

Bulan puasa tahun ni memang betul2 mencabar, awal2 lagik saya dah demam + selsema + batuk teruk.. Memang susah nak tido malam la, tekak pun kering & perit gila.. Ikutkan ati nak ponteng puasa je, tapi gagahkan juga la, pembaca semua doakan saya cepat sembuh ye, sayang korang semua! xoxo

Patutnya nak sambung pasal Grand Place, tapi dah tengok2 gambar rasanya lebih cantik gambar2 Grand Place pada waktu malam, so saya sambung aje cerita tentang tempat2 menarik di Brussels, yang jumpa secara sengaja @ tidak sengaja.. hahah

Di Brussels ni, mereka begitu memuja seorang budak kecik yang kijenya kencingggggggg aje.. patung tu dinamakan Manneken Pis atau dalam bahasa Inggerisnya – Disebabkan saya puasa dan tiada daya nak translate banyak, jom kita baca sejarah Manneken Pis ni dari Wikepedia yek! heheh

The 61 cm tall bronze statue on the corner of Rue de l’Etuve and Rue des Grands Carmes was made in 1619 by Brussels sculptor Hieronimus Duquesnoy the Elder, father of the more famous François Duquesnoy. The figure has been repeatedly stolen: the current statue is a copy from 1965. The original is kept at the Maison du Roi on the Grand Place.

There are several legends behind this statue, but the most famous is the one about Duke Godfrey III of Leuven. In 1142, the troops of this two-year-old lord were battling against the troops of theBerthouts, the lords of Grimbergen, in Ransbeke (now Neder-Over-Heembeek). The troops put the infant lord in a basket and hung the basket in a tree to encourage them. From there, the boy urinated on the troops of the Berthouts, who eventually lost the battle.

Another legend states that in the 14th century, Brussels was under siege by a foreign power. The city had held its ground for some time, so the attackers conceived of a plan to place explosive charges at the city walls. A little boy named Julianske happened to be spying on them as they were preparing. He urinated on the burning fuse and thus saved the city. There was at the time (middle of the 15th century, perhaps as early as 1388) a similar statue made of stone. The statue was stolen several times”

Patung Manneken Pis ni terletak tidak jauh dari Grand Place.. Anda akan melalui kedai2 cenderamata & waffles, coklat & ice cream sebelum menemui patung ini.. Cenderamata di kawasan Manneken Pis ni jauh lebih murah dari di kawasan Grand Place so silalah membeli belah cenderamata di sini yek! 

Souvenir Shops in Brussels Cobblestone at Brussels

Anda tahu anda sudah berada dalam kawasan “tawanan” Manneken Pis bila dah mula nampak replika Manneken Pis di kaca2 kedai.. Patung yang kat sini lebih besar dari Manneken Pis yang sebenarnya tau.. huhu

Manneken Pis 1 Manneken Pis 2
Manneken Pis 4

 

Manneken Pis Statute

Ha tengok ni, banyak Manneken Piss kan? hahha.. macam2 kaler, size & harga.. pilih la nak beli yang mana.. heheManneken Pis 3

Di kawasan ni juga ada kedai ice cream + chocolate Leonidas yang terkenal tu.  Harganya 1 Euro utk satu plain waffle @ 1 scoop ice cream.  Kami pilih untuk beli ice cream vanilla.. Mat salleh dok tengok je saya dengan anak makan ice cream.. Mesti diorang kata – “Crazy people, its cold and they choose to have ice cream instead of waffles???” hahahah.. Ada akak kisah?  Sedap ice creamnya, not too sweet, just nice..  Tengok dalam gambar tu, Manneken Pis yang sama besar dengan saya.. Jenuh nak mengabiskan kalau beli coklat besau camtu.. haha

Waffles in Brussels Waffles in Brussels 2

 

Kami meneruskan perjalan ke bahagian hadapan sedikit, tapi hujan turun, hujan batu ok! Menurut penjual waffles tu, IT RAIN 290 DAYS PER YEAR IN BRUSSELS.. ooo, baru ku tahu!.. Tapi nekad gak nak redah hujan (konon-kononnya), tapi tak terdaya sebab sakit badan kena ais, so masuk la kedai kebab lagik.. tengok, makan je kijenya kan! hahaha.. Sejuk la, laporrrrr aje! 10Celcius tau masa ni!

Suhu di Brussels bulan Mei

Depan sikit dari Manneken Pis tu, nampak kedai kebab yang HALAL! Yippee, terusss masuk, bagi salam & order makan lagi.. orang tak ramai so kami punya banyak masa untuk makan & tunggu hujan reda.. Anak saya siap dapat tido dengan nyenyak la, sejam gak dalam tu, nasib baik tak kena halau! huhu

Centrum of Kebab Brussels Halal Food

 

Alamak, terasa nak makan kebab pulak tengok kedai kebab ni! haha.. Ok, nanti kita sambung lagi ye, selamat berbuka puasa & selamat berhujung minggu, sayang anda semua! muahhh!

 

Merentas Sempadan 5 – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 1)

Assallammualaikum sahabat2 yang dikasihi & disayangi!

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga Allah menerima segala amalan, puasa & doa kita pada bulan yang penuh keberkatan ini, Insya-Allah..

Dua tiga menjak ni memang sangat la sibuk sebab banyak projek masuk maka terbengkalailah penulisan tentang kembara ke Brussels.. So hari ni kita recap balik sikit2 ye.. Nak tulis banyak2 tak sempat, gambar pun tak dan nak edit semuanya.. huhu

Ok, tiket keretapi dari Ghent ke Brussels ialah Euro 8.70 seorang (lebih kurang RM38.80) sehala.  Anak saya free of charge 🙂

Train Ticket From Ghent to Brussels

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam camtu.. Kami berhenti di Brussels Central.. Meh nak citer sikit pasal Brussels Central ni.. Antara kesemua tempat yang kami lawati masa kat Amsterdam + Belgium ni, INILAH TEMPAT YANG PALING TAK TOURIST FRIENDLY! Arghh, sakit ati kalau citer pasal Brussels Central ni:-

1)  TAK ADA TOURIST INFORMATION CENTRE

2)  POLIS TAK FASIH BERBAHASA INGGERIS

3)  TAK ADA MAP @ ANAK PANAH UNTUK MENUNJUKKAN JALAN KELUAR @ EXIT

4)  RAMAI PEMINTA SEDEKAH & HOMELESS PEOPLE.. menakutkan bila diorang datang dekat2 kita dan mula merayu2 mintak duit.. hadoi la..

Kami berpusing2 dalam Central tu lebih kurang sejam gak.. Mencari2 tourist centre.. dari hujung stesen sampai ke hujung satu lagik kami jalan, naik lif, turun lif, naik escalator, turun escalator, tak jumpa tourist information centre.. Pastu jumpa polis, tunjuk alamat Hotel, dia boleh angkat bahu kata “me dont know..”  Yang sorang lagik kata “its far away from here, its not around here, u must take a tram to the hotel.. thats all i can help!” Adoi, stress!!!

Pas dah pening2 pusing2 dalam central, kami keluar, jalan tanpa arah & duduk sekejap kat luar.. Saya pulak ambik giliran pegi tanya orang.. Pegi ke sebuah muzeum berdekatan, dia kata kena naik tram & turun kat satu stesen apa ntah, payah nak sebut.. Katanya kalau naik cab dalam 80Euro.. kecut perut saya dengar dia kata 80Euro!!

Masa kami buat booking, nampak cam mudahnya nak pegi ke hotel tu dari Brussels Central, sebab tu dengan confidentnya kami book!!  Badan dah penat, otak dah serabut, hari pun dah mendung cam nak ujan.. Hubby cam dah give up, dia rasa nak patah balik ke Amsterdam & spend the rest of the holiday kat Amsterdam je.. Tapi saya berkeras gak nak stay di Brussels.. Rugi la kan dah sampai nak balik.. huhu.. So kami ambik keputusan, pegi balik ke Central, jumpa sorang sukarelawan WWF, dia kata kalau naik cab dalam 30-40Euro..

Saya bincang2 balik dengan suami, beranikan diri tanya cab driver.. Bila tunjuk alamat dia terus kata – Owh, Retro Hotel? Come2, 10Euro only from here!  kami ingat salah dengar so kami tanya balik “10Euro for the 3 of us?” “Yes2.. come2, its only 5 minutes from here”.. Ha.. apa lagi, terus campak semua beg dalam boot & berdesup teksi Mercedes tu membawa kami betul2 depan hotel.. Kalau ler saya tau 10Euro, dari awallllllllllll dah naik cab, takder ler berpusing2 cam bengong! hahah.. Apa2 pun, ia pengalaman yang sangattt berharga, lepas ni kalau book hotel, kena tanya dengan hotel cam mana nak gi sana dengan public transport, tak leh bergantung pada google map aje! :p

Check in memang cepat, dalam 10 minit je camtu.. Hotel ni betul2 tepi jalan, ada Carrefour Express kat bawah dia, depannya pula kedai makanan halal, so memang saya suka 🙂  Biliknya pun luas, katil yang comfortable, siap ada sediakan baby cot untuk anak saya..

Retro Hotel Brussels 5 Retro Hotel Brussels 1 Retro Hotel Brussels 2 Retro Hotel Brussels 3 Retro Hotel Brussels 4

 

Carrefour Express Brussels

First day di Brussels, kami jalan2 di sekitar hotel je, sebab badan dah penat dan cuaca pun tak mengzinkan, hujan jugak.. 🙁  Saya tak ingat pukul berapa saya tertidur, saya tersedar jam 1.30 pagi camtu.. Dari balkoni hotel, nampaklah lampu2 jalan yang cantik.. Hajat hati nak merasa angin malam, jadi dengan gagahnya saya buka tingkap.. Haaaaaaaaa, hambik kau, angin sejuk gila sampai ke tulang rasanya! haha.. terus tutup balik dan carik selimut! :p

Hari kedua, 23/05/2013, kami bersarapan ala kadar aje, hajat hati nak makan waffles kat Grand Place puas2.. hehe.. So pagi2 tu dah keluar, dengan tujuan utama, nak ke Grand Place.. Lepas ambik map dari Receptionist, dah study map sume, kami memulakan perjalanan.. Masya-Allah, cuaca di Brussels pun sejukkkkk, double sejuk dari Antwerp & Ghent.. Dah pakai 6 lapis pun sejuk lagik! Perjalanan dari hotel ke Grand Place mengambil masa lebih kurang setengah jam.. Kalau kat Malaysia, memang dah berpeluh sana sini tapi sebab angin nyaman kat sana, rasa santai je.. Di sepanjang perjalanan, ada banyak bangunan2 menarik, dan arca2 yang kami tak tau apa tujuannya..

Arca di Brussels Cartoon di Brussels

Sebelum sampai ke Grand Place, anda akan temui The Saint Hubertus Royal Gallery.  Dalam ayat paling simple, tempat ni adalah tempat shopping barang2 berjenama macma Longchamp, Rolex, kain2 lace, coklat, jam, topi dan macam2 lagik la.. Ni sumber yang saya dapat dari Wikepedia:-

Galeries Royales St Hubert History

Galeries Royales St Hubert History 2

Dari pandangan individu, tempat ni memang cantik.. kalau malam lebih cantik lagik rasanya.. Jangan tanya saya ranging harga barang2 berjenama kat sini sebab saya cuma MAMPU TENGOK, tak mampu nak beli.. haha.. Jom2 tengok gambar2 yang sempat suami snap di The Saint Hubertus Royal Gallery 🙂


Galeries Royales St Hubert 1 Galeries Royales St Hubert 2 Galeries Royales St Hubert 3

Galeries Royales St Hubert 11 Galeries Royales St Hubert 4 Galeries Royales St Hubert 5 Galeries Royales St Hubert 6 Galeries Royales St Hubert 7 Galeries Royales St Hubert 8 Galeries Royales St Hubert 9 Galeries Royales St Hubert 10

 

Masa kat sini, anda dah boleh bau coklat & waffles tau.. perut dah lapar dah masa tu.. huhu.. Dari sini, anda ikutttt je lorong tu sehingga ke exit satu lagi, kemudian jalan lurus, anda akan terus nampak Grand Place, memang tak akan sesat 🙂

Grand Place Brussels 3

Inilah dia banguna Grand Place, kalau anda ke Brussels dan tak singgah ke sini, bagaikan tak lengkap perjalanan anda.. Masa tiba kat sini, awan dah mendung sangat2 dah, macam dalam gambar.. Angin makin kencang, pastu turun hujan batu ok!! terkejut sangat tengok air hujan besar2 kuku, first time dalam seumur hidup tengok hujan batu! Sayangnya tak sempat ambil gambar sebab dah terlalu sejuk & sibuk cari tempat berlindung..

 

 

Kami berteduh sekejap kat bangunan bersebelahan dengan Grand Place tu, tak ingat apa namanya.. Tapi kat situ, barang2 sangat murah, ada scarf, baju2, barangan kulit, kasut, beg tangan dan macam2 lagi la.. Lebih kurang 15 minit pusing2 dalam bazzar tu, kami jengah ke luar, hujan dah teduh tapi angin masih kuat so kami decide pi makan dulu.. Ada satu Subway yang halal di Grand Place ni, ada tulisan HALAL di depan kedai, jadi makan lah tanpa rasa ragu2.. hehe.. Tak ada apa yang special pasal Subway ni, sama je cam kat Malaysia.. harganya – 7.51Euro untuk 2 kopi, 1 coke, 2 chocalate cookies dan satu 1 foot long Italian Special..

Sebelum pi ke Subway tu, sempat beli dua waffles Belgium.. My verdict? – Waffles di Antwerp jauh lebihhhhhhhhhhhhhh sedap!  Waffles di Belgium ni agak keras sikit dari yang di Antwerp.. Rasa dia pun plain je, kalau waffles Antwerp tu, ada rasa manis, rasa vanilla, rasa cinnamon sikit, rangup di luar, lembut di dalam.. Tapi tu pandangan saya la, tekak masing2 kan?? Ramai pelancong Malaysia kata waffles in Brussels is the best, tapi bagi saya Antwerp is better 🙂  Waffles tu besar tapak tangan orang dewasa, kenyang la kalau makan sorang..

Halal Subway at Brussels

Lepas dah makan kat subway ni, cuaca nampak cam dah ok.. So kami pun bergerak semula ke Grand Place.  Masa ni tengah sibuk dengan preparation untuk Jazz Festival, so ramai la orang.. Dan sayangnya, ada satu pentas utama yang dibina menutup sebuah bangunan yang sangat klasik di belakangnya 🙁  Insya-Allah esok saya sambung ye dengan cerita & gambar2 di Grand Place..

Salam Ramadhan sekali lagi buat semua pembaca, jangan membazir di bulan yang mulia ini, berbelanja ala kadar aje kat pasar ramadhan tu, jangan beli banyak2 pastu tak makan! hehe

Salam sayang

Ayu Fatarina.