Monthly Archives: July 2013

Kembara Amsterdam 14 – Apa beza Iamsterdam Card dengan Holland Pass?

Assallammualaikum wbt,

Antara benda2 yang boleh memberikan penjimatan pada kita sebagai traveller bila melancong ialah Discount Card.. Kat Amsterdam, ada dua pilihan, Holland Pass @ Iamsterdam Card.  Saya telah memilih Holland Pass sebab masa kami pegi ke sana, Keukenhoff dibuka, jadi kami nak jimat dengan penggunaan free ticket dari Holland Pass.  Nanti saya tunjukkan berapa penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets ok 🙂

 

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 4

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 3Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 2

Dari pengalaman saya, lebih mudah membeli Holland Pass di Arrival Hall 2 di Schipol Airport. Cari Holland Tourist Information, atau jika tak jumpa tanya saja di kaunter pertanyaan di Schipol Airport, staff2 di sana sangatlah helpful & friendly 🙂

Ok, berikut adalah penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets – 29 Euro.. Pada saya berbaloi sebab tak perlu beratur panjang, tunjuk tiket percuma tu dan anda terus dapat masuk ke tempat2 menarik..

Savings Benefit with Holland Pass

 

Ok, kalau anda masih mahu masuk ke tempat2 yang menarik @ museum di Holland tapi dah habis ticket free, anda boleh tunjukkan Holland Pass dan anda akan dapat diskaun 10 – 50% bagi tempat2 yang terpilih.. saya senaraikan di sini tempat2 yang menarik perhatian kami.. Anda cuma perlu tunjukkan Hollad Discount Card tu untuk mendapatkan diskaun di tempat2 yang di senaraikan di bawah.. Informasi lanjut boleh didapati di sini:- http://www.hollandpass.com/things-to-do/

 

Discounts and Free Tickets with Holland Pass 1Discounts and Free Tickets with Holland Pass 3Discounts and Free Tickets with Holland Pass 2

Saya harap posting kali ini memberi manfaat kepada future traveller ke Amsterdam, Insya-Allah 🙂  Kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ye, Insya-Allah saya cuba memberikan jawapan sebaik mungkin..

 

Kembara Amsterdam 13 – Amsterdam Tours & Tickets Price

Assallammualaikum semua..

Syukur kita semua masih diberikan peluang berpuasa lagik pada hari ke 21 Ramadhan.. Sedihnya dah makin dekat dengan penghujung bulan yang mulia ni.. Semoga amalan kita dapat dipertingkatkan lagi pada hari2 terakhir ni, Insya-Allah..

Ada pembaca yang email saya untuk bertanyakan harga tours, canal cruise & hop on hop off bus.. Oleh sebab tu, saya rasa lebih baik saya berkongsi phamplet yang sempat saya ambik di Amsterdam hari tu untuk kebaikan & informasi anda semua..

Harga2 dalam gambar ni valid sehingga 3November 2013, jadi anda yang merancang untuk pergi bulan Ogos, Sepetember, Oktober & November bolehlah rujuk pada gambar2 ni untuk harga tours & sesuaikan dengan budget anda ye 🙂

Ok, sebelum tu saya nak bgtau:

1)  Saya tak ambik mana2 pakej dalam phamplet ni, saya cuma ambil untuk informasi sahaja so saya tak dapat nak advise sama ada ia bagus atau tidak.. Tapi dari pengamatan saya, office travel agent ni penuh dari pagi hinggalah petang, so i guess  its safe to book the tours with them;

2)  Mudah untuk menemui office travel agent ni.. Namanya Tours & Ticket, dalam tulisan berwarna merah terang & besar.  Dari Central Station, anda terus berjalan ke arah kedai2, menuju ke Dam Central.. Ia terletak di sebelah kanan anda.. Belah kiri tu sungai, so tak payah tengok belah kiri ye.. hehe

3)  Keistimewaan ambik tours  ni ialah anda boleh combine dengan canal cruise @ hop on hop off bus, so anda boleh save a few euro kat situ..

4)  Dengan travel agen ni, tak payah beratur panjang, anda boleh terus potong orang2 lain tanpa rasa bersalah & dengan muka berlagak sebab diorang dah ada arrangement dengan museum @ attraction places tu.. hik2..

5) Untuk countryside tours, anda tak perlu pening2 nak ambik bus apa, nak turun kat mana, sebab semua dah sedia, naik je bus, dan mereka akan bawa anda ke sana..

Ok, sila rujuk gambar untuk melihat harga2 tours, canal cruise + hoho bus.. Sekali lagi saya ingatkan, sebelum nak ambik apa2 pakej pun, buat reserach di internet dulu ya.. Posting kali ini sekadar informasi untuk anda semua 🙂

 


Amsterdam Tours and Tickets 1 Amsterdam Tours and Tickets 2 Amsterdam Tours and Tickets 3 Amsterdam Tours and Tickets 4 Amsterdam Tours and Tickets 5 Amsterdam Tours and Tickets 6 Amsterdam Tours and Tickets 7 Amsterdam Tours and Tickets 8 Amsterdam Tours and Tickets 9 Amsterdam Tours and Tickets 10 Amsterdam Tours and Tickets 11 Amsterdam Tours and Tickets 12 Amsterdam Tours and Tickets 13

Amsterdam Tours and Tickets 14

 

Amsterdam Tours and Tickets 15

Misi Ramadhan/Syawal 1434H/2013 – KELANTAN (26-28JULAI)

Assallammualaikum para pembaca + rakan2 blogger yang budiman.. Paparan kali ini saya cut & paste terus dari blog Kak Elly, seorang kenalan yang begitu aktive dalam membantu golongan susah + daif.

Misi Kak Elly & kawan2nya adalah – Kami merupakan aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz. Tanpa mengira penat lelah & balasan sekadar mencari keredaan Allah dan bekalan di akhirat nanti.. 

Saya dah mengenali Kak Elly di alam maya lebih kuran 3 tahun dan saya yakin dengan keikhlasan & ketelusan Kak Elly dalam menjalankan misi beliau ini.. Gambar2 yang disertakan dalam setiap posting, cerita mengenai mereka + betapa susahnya mereka2 itu menghadapi hari2 mendatang memang sangat memilukan.. Anda boleh baca tentang perjuangan + pengalam Kak Elly membantu rakan2 yang memerlukan di sini – – http://eksekutifsuri.blogspot.com/

Bila baca blog Kak Elly ni, timbul keinsafan yang mendalam.. Kadang2 saya ni pun terlalai jugak, membazir makanan, membazir elektrik, beli barang2 yang just for fun, baju terlebih2, kasut terlebih2.. Orang2 yang di luar sana pulak semuanya serba kekurangan, baju pun ada 2 helai, rumah retak seribu, bocor sana sini, air bersih pun tak ada.. Jadi patutnya saya + anda semua bersyukur siang malam atas kelebihan nikmat yang kita miliki & berkongsi dengan orang2 yang sangat memerlukan..

Kadang2 kita segan nak bagi sebab takut orang tu rasa terhina dengan kekurangan mereka kan? Tapi Allah Maha Adil, diciptakan orang2 macam Kak Elly untuk memudahkan kita beramal + bantu membantu antara satu sama lain.. So apa tunggu lagik, jom kita sama2 membantu Kak Elly dalam perjuangannya.. Jangan dikira asal usul, warna kulit, negeri asal, loghat negeri dan sebagainya, sebab kita ini semuanya makhluk Allah, Allah jadikan kita berbagai2 rupa, dari serata negeri dengan tujuan untuk saling kenal-mengenali & membantu antara satu sama lain.. Apatah lagi sekarang ini bulan di mana semua amalan dilipat-gandakan, so jom buat amalan banyak2 untuk saham akhirat! Diharap rakan2 pembaca & bloggers semua dapat memanjangkan informasi ini kepada semua kenalan yang lain.. Jazakkallah, moga Allah memberkati usaha murni kita ini 🙂 Sayang anda semua banyak2! xoxo!

 

 

UPDATE: 23 JULAI  2013 

**Dana masih diperlukan untuk membeli pakaian raya anak2 yatim & miskin. sumbangan kuih raya juga masih belum diterima..Sokongan sahabat2 amat dialu2kan..

MISI:

1. MISI SEPASANG BAJU BARU DI AIDILFITRI

Shopping baju raya bersama anak2 yatim&miskin

Tarikh: 27 Julai 2013 (10am-12pm)
Tempat: Abask Trading, Rantau Panjang, Kelantan

Anggaran kos: RM100 x 50orang=RM5000
Jumlah yg diterima setakat ini: RM3940

2. MISI ZIARAH & SEDEKAH


Jom turun padang..Penyampaian sumbangan barang dapur/makanan

Tarikh: 26&28Julai 2013
Tempat: kampung2 sekitar Mukim Rantau Panjang & Pasir Mas

Anggaran kos: RM75 x 40 keluarga=RM3000


3. MISI BISKUT RAYA: SEBALANG KUIH PENGIKAT KASIH


Matlamat: mengumpulkan sebanyak mungkin kuih raya utk dihulurkan kepada fakir miskin. Semoga ada hidangan istimewa yang dapat menceriakan mereka di pagi raya..

Kepada sahabat yang berhajat utk sampaikan kuih raya boleh serahkan kpd sahabat2 Sanggar Suri mengikut kawasan2 terdekat :

FACEBOOK::

Elly Nizam (Bandar Sri Damansara/Kepong) Che’Pah Cutecakes (Bangi/Kajang) Eda Fairuz & Mohd Fairuz Yusak (Melaka), Nazlina Talib(Kuala Terengganu), Ainie Md Ruslan (Teluk Intan), Fidah Ahmad(Shah Alam)

Semoga Allah permudahkan usaha kita ini dan memberkatinya…amin