Monthly Archives: June 2013

Merentas Sempadan 4 – Antwerp & Ghent – Bingkisan yang tertinggal..

Assallammualaikum..

Chewah2.. bingkisan katanya.. haha.. ni tadi ni godek2 hp, baru perasan ada gambar2 Antwerp & Ghent lagik.. takder la awesome sangat, tapi i think its worth to be shared with u guys..

ANTWERPEN CENTRALE

Ok lupa nak bagitau, ada bag locker kat sini.. Kalau anda tak bermalam kat sini, boleh la simpan beg & berjalan2 kat old town Antwerp.. So takder la bongkok badan kena angkut bag2 tu semua ye dak?

Locker ni ada bermacam2 saiz, anda pilih mengikut besar bag anda.. Lcoker ni ada kat bawah tangga dalam Centrale ni, memang tak tersorok, dijamin akan nampak..

Bag Locker at Antwerpen Centrale 3

 

Bag Locker at Antwerpen Centrale

 

Ini harga lcoker mengikut saiz.. Kami ambik yang herga 4euro sebab backpack tu besar… Luas tau lcoker ni, boleh masuk manusia 2 orang.. hehe.. Ikut aje arahan kat skrin tu.. tak silap saya, plih locker, masukkan barang, pastu tutup & masukkan duit.. Mesin akan bagi kita tiket dengan barcode, bila nak ambik barang, just scan kat mesin tu semula & lcoker akan terbuka sendiri..

Bag Locker at Antwerpen Centrale 4Bag Locker at Antwerpen Centrale 2

 

Dari Antwerp, kami pun bergerak ke Ghent.. Ghent to Anstwerp

 
Ghent St Pieters Station

GHENT ST PIETERS STATION

Dalam episod yang lepas (macam cerita teduhan kasih pulak.. hahah) saya dah cerita sedikit pasal Ghent. Ni saya add up antara gambar2 yang takde dalam posting yang lepas ye..

Sebelum tengok gambar sila lihat pesanan penaja! hehe

Dont tex and die

 

Dalam posting lepas saya ada citer pasal susahnya nak carik makanan kan? Ha ni ler satu2nya kedai kebab yang kami jumpa malam tu.. Saya segan nak ambik gambar adik ni depan2, so ambik dari belakang.. tapi dia hemsem wooo..

halal food in Ghent

halal food in Ghent 2

Kat gambar ni ada tanda Halal, tapi tak nampak pulak..  Atas tu harga makanan.. sape nak pegi Ghent dah boleh buat budget ye.. hehehalal food in Ghent 3

 

Ha ni kebab yang kami beli tu.. walaupun tak seyummylicious kebab kat Antwerp, kami bedal sampai abis gak sebab lapor kebulur ni.. Roti kebab tu besau cam muka anak saya.. hehe

Kebab 2

 

Kebab

 

 

Kesokan harinya, saya meneruskan perjalanan sorang2 sebab suami & anak penat sangat.. so ni antara yang sempat saya snap dengan handphone..

 

 

Bij St Jacob 2 Bij St Jacob

Ghent ni dulunya adalah satu pelabuhan, so macam Amsterdam, memang banyak bot2 persendirian kat tepi2 terusan ni..

Boats in Ghent 1 Boats in Ghent 2 Boats in Ghent 3 Ghent City Hall
Botermarkt Ghent 1 Botermarkt Ghent 2 Botermarkt Ghent 3

Banyak kedai buah2 kat sini.. fresh betul.. Rasa nak beli tapi teringat nak hangkut dengan beg2 tu kang, batalkan aje niat suci tu.. huuuuu..

Fresh fruits in Ghent 2 Fresh fruits in Ghent 1

Ini sekolah ye murid2..

School in Ghent Sculpture in Ghent 1

Patung2 ni ada berdekatan dengan hotel.. terletak dalam taman.. ntah nape seram sejuk lak masuk taman ni & ambik gambar.. bila saya cakap dengan suami, dia kata itu kubur.. choyyyy.. nasib baik antu omputeh tak ikut saya balik! Berhadapan dengan taman tu ialah sebuah church yang bernama St Anna’s Church.

St Annas Church

Balik dari meronda2 tu, kami gi makan dulu kat cafe hotel.. kalau cuaca elok & panas, memang rasa nak makan kat garden depan cafe tu.. tapi cuaca tak mengizinkan, sejukkkkkkkkkkkkk gila masa ni.. so dapat posing2 jer la.. huhu.. waktu malam, garden ni lebih cantik.. rasanya kalau summer ramai pelancong akan lepak2 bfast kat garden ni..

ha sebelum tu nak tunjuk gambar signboard Parkhotel.. Kecikkk je, besau kertas A4, tak ke azab orang nak carik kan? Dah tu kena tempuh pintu besau tu sebelum jumpa hotel.. macam carik harta karun pulak! hahah

Parkhotel Sign

 

Parkhotel Gate Parkhotel Breakfast 2 Parkhotel Breakfast Parkhotel Cafe 1 parkhotel Garden 2 parkhotel Garden

 

 

 

 

Gendang gedut tali kecapi.. lepas dah makan, terus siap2 nak ke Brussels pulak.. Jalan kaki lagik ke Zuid Bus Station.. ternampak kedai ni.. Wah, bollywood ok! Kau mampu??? Bollywood Crown Shop Ghent

 

Ini mesin untuk beli tiket, tapi kami tak guna pun, beli terus dari pemandu bas aje..

Ticket Machine Ghent

Zuidstation Straat

Suasana Zuid Station pada waktu malam.. Lengang sebab dah dalam pukul 10.30 masa ni.. 
Zuid Station at night

Bus kat sini panjang2, kira macam dua bus disambung menjadi satu.. Kat stesen ni juga ada tram untuk megelilingi kawasan Ghent..

Ghent Bus

Tambang dari Zuid ke Gent St Pieters ialah 4Euro = 2 orang dewasa.. Berbeza dengan Antwerp, saya dapat snap beberapa keping gambar je kat Ghent St Pieters ni sebab mengejar masa ke Brussels.. Cantik sebenarnya station ni, tapi dah kalut2 tu, tak dapat menghayati kecantikannanya la 🙁
Ghent St Pieters Station 2 Ghent St Pieters Station 3 Ghent St Pieters Station 4 Ghent St Pieters Station 5 Ghent St Pieters Station 6 Ghent St Pieters Station 8 Ghent St Pieters Station 9

Dah selesai beli tiket, kami carik platform.. Nak naik ke platform pun tak ada lift, kenalah hangkut semua benda naik atas.. adoi la, kijam la diorang ni.. buat satu lift pun tak boleh ker??? :/

Ghent St Pieters Station 10 Ghent St Pieters Station 11

Ni keadaan dalam train.. Ada meja untuk bubuh minuman @ laptop @ apa2 ler yang korang suka, akak tak kisah! hahah

inside train to Ghent

Ssaya nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak update secara detail tentang perjalanan kali ni, masa tak mengizinkan (padahal saya yang tak pandai buat jadual.. hehe).. Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya untuk berikan tips2 dan informasi mengenai tempat2 yang saya lawati ye..

xoxo

Ayu Fatarina (baca macam Dian dalam Istanbul Aku Datang.. haha)

Merentas Sempadan 3 – Dari Ghent Ke Brussels – “Budak Biadap”

Waffle Meneken Piss

Pelawat menemui web ini melalui carian:

fakta anak keempat

Merentas Sempadan 2 – Dari Antwerp ke Ghent, Belgium

Assallammualaikum semua..

Ada yang demam, sakit mata & selsema?? Minum air masak banyak2 ye & jangan lupa pakai mask, keadaan jerebu tahap membimbangkan sekarang.. Nak cuti, cuti dah ciput, nak tak nak kena la datang kije jugak kan.. Kat opis ni terbayang2 muka anak, kesian dia kena pegi school jugak walaupun cuaca buruk.. Semoga keadaan cuaca semakin baik esok, sama2 kita berdoa ye!

Ok hari ni saya sambung tentang percutian saya ke Belgium.. Dari Antwerp, kami menaiki train ke Ghent.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiket sehala untuk seorang dewasa berharga 9.20Euro (RM36.80).  Kami berhenti di station Ghent St Pieters.  Masa sampai tu, tercangak2 la carik lift, rupanya TAK ADA lift! So terpaksalah mengangkut beg & stroller ke bawah dengan menuruni tangga- sangatlah tidak user friendly!  Dah masuk dalam stesen, tercangak2 pulak carik tourist information centre.  Tidak seperti Antwerp, Ghent is NOT a tourist friendly centre.  Kami berpusing2 dalam station, tak jumpa pun mana2 tempat untuk informasi.. Akhirnya, beratur kat train counter untuk bertanya arah ke hotel yang telah ditempah, iaitu Parkhotel.   Menurut petugas, kami kena naik bus, turun di Bus Station Ghent Zuid, pastu kena jalan kaki ke Parkhotel! Adoi la, dengan satu backpack besar, 1 bagpack kecik, 1 beg tarik + 1 stroller, nak kena naik bus pulak????? tensen.. tapi no choice, kami keluar dari centrale, perhentian bus terletak di belah kiri.. Mujurlah banyak bus yang ke Bus Station Ghent Zuid.. Dengan bayaran 4Euro, kami tawaqal je naik bus tu..  Bus tu panjang, macam 2 bus disambungkan bersama, dan luas jugak la..

Sampai ke Bus Station Ghent Zuid, kami tanya orang lagi untuk ke Parkhotel.. Tanya 3-4 orang, baru la sampai, itu pun dah sesat 2 kali.. Rupanya hotel tu terletak di bahagian belakang kami dah lalu dpan hotel tu 2kali, Kena lalu satu pintu gerbang besar, pastu ikut laluan & papan tanda untuk ke receptionist.. Masa tu dah pukul 4 petang.. check in cepat, 5 minit je dah selesai, terus masuk bilik.. badna memang dah penat sangat.. Nasib baik bilik tu cantik! Siap ada towel bentuk swan lagi.. So lepas susun barang2, mandi, solat, kami pun keluar menuju ke old town.. Masa tu dah mendung dah.. risau sangat jadi macam di Antwerp.. Saya tak putus berdoa supaya cuaca baik..

Parkhotel Ghent 3 Parkhotel Ghent Belgium

 

Perjalanan dari hotel ke old city mengambil masa lebih kurang 20 minit jugak la kalau berjalan.. Cuaca sangatttttttt la sejuk! Bila angin bertiup tu, adoi la, rasa nak balik ambik comforter balut badan! huhu.. Sekali lagi, nasib tak menyebelahi kami sebab hujan mulai renyai.. bila hujan, nak ambik gambar pun tak best sebab tak nampak clear.. Tapi dah alang2 menyeluk pekasam, kami posing2 jugak walaupun kesejukan menggigit tulang.. Bangunan di Ghent ni pun dah beratus2 tahun, tapi masih kukuh & seni binanya sangat cantik.. Rasanya kalau malam lebih cantk sebab dilimpahi cahaya..

Ghent 1 Ghent 2 Ghent 3

St Bavo's Cathderal

St Bavo’s Cathderal

Ghent 5

Belfort

Belfort

 

Pos Plaza
Pos Plaza

 

Ghent 7

Ghent 12Ghent 13

 

Gravesteen Castle
Gravesteen Castle

 

Ghent 8 Ghent 9 Ghent 10 Ghent 11

Ghent 15 Ghent 16 Ghent 17 Ghent 18 Ghent 19

Ghent 44

Law Courts

Law Courts

Ghent 21 Ghent 22

 

 

Makin lama angin makin kencang, sejuk tak boleh nak cakap la, muka, tangan, semua dah kebas!.. so kami decide patah balik ke hotel.. perut pun lapar sangattttttttt masa tu.. kedai pulak banyak dah tutup.. kami redah je la kot2 jumpa kedai makan kan.. hampir sejam jugak kami ronda2 cari kedai makan, tapi tak jumpa.. dah la sejuk, lapar, sesat, mula la nak beranginnn jer kan.. huhu.. kesian kat anak saya jugak sebab sejuk.. nasib baik ada biskut & chocolate so bagi dulu kat dia untuk alas perut.. sepanjang jalan tu tak putus baca ayat Qursi, minta Allah mudahkan kami untuk jumpa kedai makan, dan Alhamdulillah, Allah membantu.. jumpa satu kedai kebab.. Syukur… kami tapau aje sebab waktu tu dah 10.30 malam.. Sampai hotel terus makan dulu, pastu mandi, solat, tidoo.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Esoknya (22/05/2013) saya dah terjaga awal.. Cuaca elok sangat2.. Suami & anak masih pengsan kepenatan.. Saya tengok jam baru pukul 7. pagi.. tak sampai hati nak kejut mereka untuk berjalan sama2 so saya minta izin suami untuk jalan2 seorang diri ambik gambar.. suami kata ok, jaga diri baik2.. hehe.. dah dapat green light, saya cepat2 siap2 dan meneruskan perjalanan ke old city.. Gambar2 hari kedua lebih elok sebab cuaca cerah..  🙂

Tengok gambar dulu ye, nanti Insya-Allah saya update informasi tentang bangunan dalam gambar2 ni..

Dalam perjalanan balik ke hotel, terjumpa Mr Raymond, seorang  penduduk tempatan yang sudi memberikan sedikit pencerahan tentang arca2 & bangunan yang berada di sekitar old city tu.. Tq Mr Raymond!

 

Belfort

Belfort

Ghent 24 Ghent 25 Ghent 26 Ghent 27

City Hall

City Hall

Mason's Guild Hall

Mason’s Guild Hall

Ghent 30 Ghent 31

Saint Nicholas Church

Saint Nicholas Church

Ghent 33 Ghent 34

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 37 Graslei & Korenlei

St Michael's Bridge

St Michael’s Bridge

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 41

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 43

Town Hall

Town Hall

Ghent 47

Royal Dutch Theatre

Royal Dutch Theatre

Ghent 49 Ghent 50

Arca Pelukis Mystique of the Lamb

Arca Pelukis Mystique of the Lamb

Mr Raymond yang mmeberi sedikit penerangan tentang Ghent :)

Mr Raymond yang memberi sedikit penerangan tentang Ghent 🙂
Saya sampai di hotel lebih kurang jam 8.30.. Hotel sediakan sarapan, so kami pegi la tengok apa yang boleh dimakan.. ada telur, roti, croisant, buah, yogurt, coffee & tea.. so kami makan dulu & bergerak pulak ke Brussels.. Kena naik bus semula ke Ghent St Pieters, pastu naik train ke Brussels… Kat Brussels lagik stress, nanti saya citer ek.. Adiyos!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bercuti ke belgium

Art of Speed – Pameran Kereta & Motor Yang Lama & Baru

Assallammualaikum wbt

2-3 menjak ni saya dok update pasal bangunan, kot2 ada yang bosan lak so kita beralih pada automotive lak.  Bertempat di Citta Mall pada 09/06, satu pameran kenderaan yang dinamakan Art of Speed telahpun diadakan.. Berbagai koleksi kereta & motor telah dipamerkan disini.. daripada kereta yang dah berkarat gila sampai le yang berkilat macam diamond sila nyanyi lagu #shinning bright like a diamond# – motor2 vespa yang comel sampai lah motor yang tayar dia cam tayar lori! haha

So gua taknak cakap banyak brader – lu tengok le sendiri!

Art of Speed Banner

 

 

 

 

Ini kereta idaman gua brader!! Gua suka gile keta ni.. gua tengah menabung nak beli keta ni satu… Pastu gua nak cat elok2, lukis gambar munge2, dalam dia gua cat kaler purple, seat bagi kaler sof purple.. bla bla bla.. ok nextttttt!

Art of Speed

 


Art of Speed 2
Art of Speed 3 Art of Speed 4 Art of Speed 5 Art of Speed 6 Art of Speed 7 Art of Speed 8 Art of Speed 9 Art of Speed 10 Art of Speed 11 Art of Speed 12 Art of Speed 13 Art of Speed 14 Art of Speed 15 Art of Speed 16 Art of Speed 18 Art of Speed 19 Art of Speed 20 Art of Speed 21 Art of Speed 22 Art of Speed 23 Art of Speed 24 Art of Speed 25 Art of Speed 26 Art of Speed 27 Art of Speed 28 Art of Speed 29 Art of Speed 30

Antara semua kereta yang gua tengok, kereta ni la gua rasa PEMENANG, kereta LEGEND, kereta paling awesome & penuh dengan ciri2 ANTIK & tak ada kat keta lain.. Lu skroll ke bawah brader, lu mesti setuju dengan gua:-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

KAN GUA DAH KATA – KETA NI MEMANG LEGEND!!! TERBAEK BROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!

1)  Riben Bunga – Untuk menarik perhatian awek2 & menunjukkan yang lu sebenarnya berhati lembut walaupun keta lu nampak ganas

2)  Hon kaler purple – kombinasi yang bagus dengan riben kaler pink – orang yang suka kaler purple ni jiwanya halus

3)  Ultraman Mebius Buta Sebelah – ciri-ciri keselamatan sangat diutamakan – kompem takder raksasa berani kuis keta lu.. 

4)  Ladam kuda – simbol Good Luck setiap masa! Gua suka! 

 

Art of Speed 31
Art of Speed 33 Art of Speed 35

EKZOS DIA BENTUK BINTANG OK! KAU MAMPU?? GUA CAYA LA LU KETA AWESOME!!

Art of Speed 36

Maka tamatlah sudah pengembaraan gua di Art of Speed ni.. Walaupun gua tak tau apa2 pasal keta, gua layan gak la pasal suami gua nak pegi tengok, gua kan isteri solehah!

Dah, lu pegi cuci keta lu tu, kang gua pasang riben & ladam kuda kat keta lu! hiks!

 

Merentas Sempadan – Dari Amsterdam ke Antwerp, Belgium

Assallammualaikum semua.. Salam kasih sayang di hari Jumaat yang mulia ini! Selamat berhujung minggu dengan orang2 yang tersayang & semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh Allah 🙂

Hari ni saya nak sambung tentang pengalaman berada di Amsterdam & Belgium.. Kita tinggalkan Amsterdam dahulu sebab saya dah cerita 90% tempat menarik yang saya lawati di Amsterdam, so hari ni kita merentas sempadan menuju je Belgium.

Kami berangkat ke Belgium pada 20/05/2013 dengan menaiki train.. Destinasi pertama ialah Antwerp.. Ramai orang tak tau apa la tempat nama Antwerp ni sebab kalau sebut Belgium, orang akan ingat Brussels aje.. Saya pun macam tu jugak, sehinggalah saya buat research pasal Belgium.. Walaupun ia negara yang kecil, bayak tempat2 menarik & cantik untuk dilawati.  Ok jap lagi saya cerita pasal Antwerp ye..

Perjalanan dari Amsterdam mengambil masa lebih kurang 2 jam+++.  Kami menaiki train dari Schipol ke Roosendaal, dari sana bertukar train pula ke Antwerpen Centrale.  Anda juga boleh menaiki train terus dari Schipol ke Antwerp tapi kos agak mahal, maka golongan berbudget rendah cam kami ni memilih untuk naik train tukar2 aje la.. Kalau anda naik interchange trains, ada 2 option mengikut waktu train berlepas.. No 1) bertukar di Rotterdam Centrale terus ke Antwerp atau 2) bertukar di Roosendaal.  Petugas di kaunter akan print untuk anda jadual perlepasan train, dan platform untuk anda mengambil train tersebut.  Kalau dah tertulis di jadual yang train akan berlepas jam 14.02, sila jangan terhegeh2 sebab tepat jam 14.02, train akan berlepas ye..  Kos train untuk SEORANG ke Antwerpen Centrale dari Schipol ialah 24.60Euro (RM98.40). 

Masa tiba kat Roosendaal tu, kami agak terkejut gak la sebab stesen tu macam tak berfungsi je.. takder orang pun kecuali kami dengan beberapa orang penumpang dari Amsterdam yang nak ke Antwerp jugak.. Risau gak kot tersalah tempat kan.. Pastu tengok train dia pun cam buruk aje, lagik la kecut2 perut.. haha.. Tapi tengok kat papan tanda tulis Antwerpen Centrale, kami naik aje la.. Tawaqal je la kan..

Roosendaal To Antwerpen Centrale 2 Roosendaal To Antwerpen Centrale View Alon the way from Roosendaal To Antwerpen Centrale 2

View Alon the way from Roosendaal To Antwerpen Centrale Inside Train from Roosendaal To Antwerpen Centrale Inside of the Train From Roosendaal To Antwerpen Centrale

 

Lebih kurang setengah jam camtu, kami pun sampai kat Antwerpen Centrale.. Masya-Allah, cantik betul tempat ni.. Tak percaya tempat ni stesen keretapi tau! Terlalu cantik!! Kami terus carik tourist centre untuk tanya arah ke hotel.. Kami dah book Astoria Hotel melalui booking.com dengan harga 80Euro satu malam.. jarak dari Centrale ke hotel ialah lebih kurang 15 minit perjalanan.. Hotel ni terletak di bahagian belakang, nasib baik orang2 Antwerp ni sangatla baik, diorang siap tunjukkan jalan ke hotel..

 

Check in sekejap je, dalam 5 minit camtu.. kami dapat bilik kat tingkat 4, betul2 depan lif.. Masa ni hujan dah mula turun.. So terus naik.. mandi & solat.. Pastu terus makan magee sebab dah lapau sangat! huhu.. Selesa la hotel ni, ada bath tub, cerek air panas, so senang la nak buat air semua kan.. WiFi pun free. pastu ada balkoni.. tapi sebab ujan, tak dapat la nak posing2 kat balkoni.. Kami tunggu punya tunggu, ujan masih turun lagik.. pastu dalam pukul 7.00 camtu gerimis aje.. saya cakap ka hubby, kalau tunggu lagik ni, takut ujan lagi.. so kami ambik keputusan nak redah je.. Esok dah nak check out untuk ke Ghent pulak, so memang tak banyak masa nak ronda2..

Astoria Hotel Antwerp 3 Astoria Hotel Antwerp 2 Astoria Hotel Antwerp

 

Waktu keluar dari hotel tu, mak aiiiiiii, sejuknyeeeeeeeee! Baru lepas hujan + angin sejuk kan, gigil gak la!! Tapi gigih ni berjalan walaupun muka dah rasa kebas.. Anak saya dah kena bungkus dengan baju 7 lapis, selimut, shawl, sarung tangan semua.. dia duduk diam2 jer dalam stroller.. pastu sebab ujan, saya balut kaki dia dengan plastik.. nasib ko lah nak, dapat mak kaki jalan ni, semua benda dia belasah je.. hahah..

Destinasi pertama, balik semula ke Antwerpen Centrale.. tengok architecture dalam Antwerpen Centrale ni, rasa kagum… Cantik la bangunan2 kat europe ni kan & best of all, its still preserved the way it was back then..

Antwerpen Centrale ni siap dibina pada tahun 1905 oleh Louis Delacenserie.  Maknanya bangunan ni dah berusia 108 tahun tau!  Bila anda masuk ke sini, serta merta anda rasa macam berada di satu tempat yang lain, sebab keindahan bangunan ni.. Tak caya jom tengok gambar 🙂

Antwerpen Centrale Antwerpen Centrale 2 Antwerpen Centrale 3 Antwerpen Centrale 4 Antwerpen Centrale 5 Antwerpen Centrale 6 Antwerpen Centrale 7 Antwerpen Centrale 8 Antwerpen Centrale 10 Antwerpen Centrale 11 Antwerpen Centrale 12 Antwerpen Centrale 13

Lepas dah puas ambik gambar dalam Grand Centrale, ujan pun dah berhenti so kami pun menghayun kaki menuju ke old city.. Sebelum tu, ambik gambar dulu kat Antwerp Zoo, zoo TERTUA di dunia! tapi tak masuk sebab mmg tak budget nak masuk ke sini.. Kalau ada duit lebih, mungkin kami lawati gak zoo ni.. Tapi tengok dari luar pun cukuplah kan..

Antwerpen Zoo Entrance Antwerpen Zoo Entrance 2 Antwerpen Zoo Entrance 3 Antwerpen Zoo Entrance 4 Antwerpen Zoo Entrance 8

Dah posing2 sekejap, kami pun marathon ke old city.. Kedai banyak, tapi malangnya semua kedai dah tutup!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Dapat tengok2 je la.. Makin lama hujan makin lebat, so we had no choice but to return to the hotel.. Sedih sangat.. Owh, lupa.. Antwerp ni terkenal sebagai “world-class fashion centre” & juga “diamond centre“. Banyak kedai berlian di dalam Antwerpen Centrale tau.. macam jual ikan bilis jer.. hahaha.. Sepanjang perjalanan ke city centre, memang saya nampak banyak kedai2 branded macam levis, zara, puma, clarks, longchamp etc, tapi semua dah tutup la.. Macam di Amsterdam, bangunan di sini cantik2.. Disebabkan hujan, kami dapat ambik beberapa keping gambar aje la..

Antwerpen Belgium Antwerpen Belgium 2 Antwerpen Belgium 3 Antwerpen Belgium 4 Antwerpen Belgium 5 Antwerpen Belgium 6 Antwerpen Belgium 7 Antwerpen Belgium 8

Sebenarnya, old city tu berada kat belakang jam tu je, tapi dah hujan lebat sangat, sejuk gila + anak saya dah buat perangai Hulk dah dok melalak2, kami pun mengalah la.. Nangis woo masa jalan balik ni, sedeyyyy tak dapat jalan2.. Uhuk… Uhuk..

Jalan punya jalan, sampai la balik kat area Grand Centrale.. Perut dah berkeroncong masa tu, so kami pun mula la intai2 kedai makan..kami usha kedai2 makan dan akhirnya terpikat dengan sebuah kedai kebab ni.. Dan ternyata, ia pilihan yang tepat sebab kebab dia SUPER DUPER sedap! Lagik sedap dari kebab yang saya makan kat Istanbul.. Untuk harga 5Euro, saya dapat satu kofte, fries + air.. masa gigitan pertama tu, fuhhhhhhhhhh, heavennyaaa! sedap bangat! Sos pencicah fries tu pun sedap, kat sana dipanggil Samurai Sos!  Nama kedai ni Express Pita, kedainya berhadapan dengan bus station.. Pemandu2 bass ramai yang tapau kat sini..

Halal Food in Antwerpen Belgium
Halal Food in Antwerpen Belgium 2 Halal Food in Antwerpen Belgium 3

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati! tengok muka saya tu, heppi gila kan?? hahahah

Ni gambar2 ramuan & makanan yang sempat saya snap dengan hp masa hari kedua.. Tengok abang yang sediakan kebab tu, handsome kan? Senyummmmmmmmm je memanjang.. haiiiiiiii, patutler sedap kebab yang dia buat ni, dah ler handsome, murah senyuman lak tu! Lupa nak tanya dia dah kawin ke belum! hahahah

Halal Food in Antwerpen Belgium 4 Halal Food in Antwerpen Belgium 5

 

Lepas makan, waktu dalam 10.30 camtu.. badan pun dah letih so balik hotel je.. Tapi sempat lagik ambik gambar Grand/Antwerpen Centrale waktu malam..

Antwerpen Centrale At Night 2

Antwerpen Centrale At Night

 

 

 

On the way balik hotel, nampak la Satay House ni, orang malaysia punya.. tapi tak masuk pun, ambik gambar je.. Halal Food in Antwerpen Belgium Satay House

Esoknya, hajat di hati nak meronda lagik, tapi ujan lebattttttttttttttttttttttt sampai la waktu check out.. Adoi la, saya sedih sungguh, tak terkata sedihnya.. tak sampai 1/6 dari tempat2 menarik yang sempat saya tengok kat Antwerp ni.. Walaupun berat hati ni, kena check out jugak sebab dah tempah bilik di Ghent, kira2 30 minit perjalanan dengan keretapi dari Antwerp.. Waktu kami ke Grand Centrale pun hujan jugak, terpaksa redah.. Kesian anak saya, kena balut kaki dengan plastik sebab hujan..

Sebelum naik train ke Ghent, sempat la makan waffles kat stesen ni.. Walawehhhhhhhh, sedap! mesti korang kata si Ayu ni semua sedap, nak buat cam mane, memang dah sedap, terpaksa la kata SEDAP! hahaha.. harganya 2Euro untuk plain waffle.. Kedai ni terletak betul2 depan Antwerp’s Tourist Centre kat Antwerpen Centrale ni..

Waffles in Antwerpen Centrale

 

Kalau ada rezeki, memang saya nak datang lagi ke Antwerp ni.. nice place, warm people, we just feel so safe being here.. Mungkin kerana populasi Islam ramai di sini, make us feel a sense of belonging to this place.. Chewahhh! Tapi betul ni, antara semua tempat yang saya pergi masa kembara Amsterdam belgium, tempat ni betul2 menggamit saya untuk datang semula.. I left a piece of my heart in Antwerp, i have to return to get it back 😉