Monthly Archives: April 2013

Alat Kawalan Jauh @ Remote Control Barang Paling Kotor???

Assallammualaikum wbt,

Tadi selak2 paper metro, terbaca kat halaman Tip Melancong. Rupa-rupanya, Alat Kawalan Jauh @ Remote Control TV adalah barang paling kotor dalam hotel!!! Eewwwwwwwwwwwww!!! Tapi kalau pikir2 balik, memang logik la kan, biasanya pekerja akan bersihkan toilet, katil, lantai, tapi kita tak pasti mereka lap remote control tu ataupun tidak!

Bayangkan orang yang pegang remote tu baru lepas korek hidung ker, baru lepas bersin & pegang remote, baru keluar toilet, tak cuci tangan & pegang remote & dah macam2 benda lain yang kotor kan?????? Yucks!!!

So ingat, bila nak pegang Alat Kawalan Jauh @ Remote Control kat hotel, pastikan anda lap dulu dengan tisu basah @ wet tissue, atau lebih baik dengan tisu basah dettol yang ada antiseptik tu sebelum menggunakannya ya!!

remote

Senyumlah, walaupun payah..

Assallammualaikum wbt..

Alahai, bersawang dah blog ni, lama tak update dek kerana tuntutan kerja & keluarga.. chewah.. memang sibuk sangat 2-3 menjak ni, kerja opis bertimbun, dengan weekend training lagik, nak menguruskan rumah lagik, perancangan nak pegi cuti lagik, memang terkejar2 dibuatnya.. Kadang2 tak tau nak buat apa, senyum jer la tengok semua benda yang serabut2 ni.. huhu.. semoga Allah mudahkanlah nak siapkan semua kerja2 yang pending ni.. Insya-Allah..

Senyumlah dan dunia tersenyum bersama anda

 

Bagaimana Menjadikan Kerja Satu Ibadah?

Assallammualaikum semua

tadi ada usrah kat surau opis, penceramahnya ¬†Ustaz Mohd Solleh bin Abd Razak, Imam di Masjid At Taqwa, Taman Tun., muda lagik orangnya, tapi dah jadik Imam.. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia, harap2 anak saya pun akan jadik macam Imam ni jugak.. Aminn ūüôā

Uztad Solleh Uztad Solleh

 

Ok, berbalik pada title usrah hari ni, menurut Imam Soleh, ada 5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah. Sebelum itu, kita perlu memahami bahawa ibadah ini ada 2 jenis :-

a)  Ibadah Khusus Рseperti solat, zakat, puasa & menunaikan haji; dan

b)  Ibadah Umumj Рmenackupi urusan harian kita, antaranya pekerjaan yang kita lakukan..

5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah, menurut Yusuf Al Qardawi adalah:-

1)  Kerja yang dilakukan haruslah tidak melanggar syariat, yakni halal;

2)  Kerja haruslah disertakan dengan niat yang baik Рcontohnya kerja kerana Allah, untuk menyara keluarga;

3)  Bekerja dengan TEKUN & SEBAIK mungkin (jangan memulau time keja, pegi tengok wayang la, pegi sekolah anak la, makan2 & minum2 kat luar lama2, layan utube, layan game);

4)  Berpegang teguh dalam hukum hakam Allah & tidak merampaas hak orang lain; dan

5)  Mestilah amalan dunianya tidak menghalang dia dari melakukan amalan akhirat (janganlah tekun sangat bekerja sampai tak solat.. tak sempurna juga ibadah khusus kita tu.. )

 

Cuba teka mana saya? hehehehe

Cuba teka mana saya? hehehehe

Ingat saudara/saudari, kita bekerja 8 jam sehari, makan jadikanlah ini amalan ibadah kita yang mampu membawa kita ke syurha Allah, dah ingatlah, kerja yang berkat menghasilkan rezeki yang halal untuk anda & anak-anak anda… Kalau anak sukar dilentur, biadap, banyak masalah, cuba tengok balik pada kerja anda, mungkin ibadah kerja anda belum sempurna lagik ūüôā

Renung-renungkan & selamat beramal!  Jazakallah..

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kerja sebagai ibadah,kerja suatu ibadah,kerja itu satu ibadah