Monthly Archives: March 2013

Dari sayur ke bunga mawar – DIY :)

Assallammualaikum semua

Hari ni tersangat la boringnya, maka saya pun mencari2 la bahan2 bacaan yang boleh meransang minda.. Salah satu darinya ialah projek DIY (do-it-yourself).  Wahhhhhh, kagum melihat rakan2 kita yang kreative mencipta bermacam2 barang & hasil seni dari barang2 yang boleh didapati dari rumah @ barang2 terbuang.. Salah satu yang saya suka ialah DIY yang menggunakan sayur ni..

Bahan2nya simple aje – sayur + sponge yang dah dibasahkan dengan pewarna + kertas lukisan!

Cara-cara membuatnya ialah:-

1)  Potong kubis cina, ambil hujungnya sahaja

2)  Basahkan sponge dengan warna pilihan anda, seperti dalam gambar ni, gunakan warna merah

3)  Tekap kali pertama di atas kertas draft, kerana tekapan kali pertama biasanya kurang elok kerana jumlah pewarna yang agak banyak di atas sayur tersebut.  Ulangi 2-3 kali sehingga anda mendapat corak bunga mawar yang cantik.

4)  Biarkan pewarna kering.. Setelah itu, anda boleh tuliskan kata-kata ucapan di dalam kad tersebut + sedia untuk dihantar untuk orang yang disayangi 🙂

 

creative-diy-ideas-7-1 creative-diy-ideas-7-2 (1)

 

Ingat tak masa sekolah dulu, kita guna bendi, kentang, pelepah pisang, pastu celup dalam water colour & tekap atas kertas lukisan.. haaaaaa, mesti semua ingat lagik kan zama2 muda remaja & comel2 gitu.. hehe.. So apa yang kita buat tu sama aje dengan DIY yang saya share kali ni.. Siapa la sangka bunga rose yang cantik tu datang dari bahagian sayur yang selalunya kita buang, kan 🙂

Ha kang balik tu, kalau nak masak sayur kobis cina tu, jangan buang hujungnya, boleh buat DIY ni dengan anak2 ye.. Selamat mencuba 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cara membuat kad ucapan,cara membuat kad ucapan 3d,cara buat kad ucapan,cara membuat kad hari jadi yang cantik,cara membuat kad hari jadi 3d,diy kad ucapan,cara buat kad hari jadi,kad hari guru yang paling cantik,kad hari guru paling kreatif,cara-cara membuat kad ucapan,cara membuat kad ucapan hari guru 3d,cara membuat kad hari guru yang kreatif,diy kad ucapan hari guru,cara membuat kad hari guru 3d

Sepetang di Sungai Rambai – Gerbang Selatan Melaka

Assallammualaikum wbt,

Salam hari Jumaat, esok cuti! Yeayyyyyyyyyy! hehe

Anda semua pernah dengar Sungai Rambai? Kalau tak pernah, meh nak cerita sikit.. Sumber dari Utusan Malaysia & Wikipedia – Sungai Rambai ni terletak di sempadan Melaka – Muar, dalam daerah Jasin.  Ia dipisahkan dari Muar oleh Sungai Kesang.  Kalau anda berdiri kat atas Jambatan tu, kiranya anda selangkah dari Melaka-Muar.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2Mw4tXbuf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Haaaaaaaa, siapa sangka pekan kecil ni dah berkembang menjadi sebuah perkampungan pelancongan? Saya sendiri terkejut melihat pembaharuan yang dibuat di muara Sungai Rambai.. Dulu cuma ada meda selera, kami sekeluarga selalu pergi makan kupang rebus kat sini.. Sekarang, dah ada jambatan gantung, Laman Belia 1 Malaysia, taman permainan, medan selera & Sungai Rambai River Cruise! Masya-Allah, nampak sangat lama betul saya tak menjenguk muara ni, cuma lalu di situ aje kalau ke Muar 🙂  Rasanya kali terakhir saya ke muara tu dalam 10-12 tahun yang lepas.. Masa balik kampung bulan Januari lepas, suami ajak saya ke muara tu.. Mula2 cam malas jer, ye la kan, terbayang keadaan tempat tu 10 tahun yang lepas, bukan ada apa2 pun.. huhu.. Tapi sebab suami beria nak pergi, saya pun ikut la dia, bawak adik2 dengan anak saya sekali..  Perjalanan mengambil masa 5 minit aje dari rumah mak saya..

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

 

Masa sampai kat situ, i cant believe my eyes (ayat skema & poyo) hahah.. Serius la, sangat2 berlainan! Kalau anda pernah ke Sungai Rambai dulu kala, anda pasti tahu perasaan saya kali pertama melihat pembangunan di muara tersebut.. First thing yang saya nampak ialah Jambatan Gantung ni.. hehe.. feeling2 ala2 di Jambatan di Tamparuli kat Sabah(rasa nak tampar saya tak buat statement cam ni.. hak2)

 

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 5

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 7
Walaupun jambatan gantung ni tak sepanjang mana pun, tapi sebagai warganegara Sungai Rambai yang poyo dan dah lama tak balik kampung, melihat kelainan ini membuat hati teruja sangat! Dan, walaupun saya nampak gagah, saya sangatlah kuman bila naik atas jambatan ni.. bila jambatan bergoyang2, terus rasa gayat, jadi saya naik jambatan tu separuh jalan aje la.. haha..
 Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 3
Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 4
Sungai Rambai River Cruise
Sungai Rambai River Cruise
Err.. cam tak yakin jer nak naik bot ni.. haha
Taman Permainan

Taman Permainan

Medan Selera

Medan Selera

Laman Belia Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

 

Laman Belia & Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Daripada muara ini, anda boleh nampak Tengkolok Gergasi ni..

Tengkolok Melayu Gergasi - Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Tengkolok Gergasi Sungai Rambai – Tengkolok terbesar Di Dunia!!

Tengkolok Gergasi 2 Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Signboard Selamat jalan jumpa lagi MDJ

 

Amacam? memang lain betul kan Sungai Rambai sekarang ni..  jadi kalau anda nak ke Muar, apa kata berhenti seketika di sini, menikmati angin petang yang mendamaikan.. 🙂

 

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

Saya tak sempat lagi cuba makan di sini, Insya-Allah kalau balik kampung lagi, saya akan cuba la makanan kat sini..
Saya bangga jadi penduduk Sungai Rambai! (poyos.. hiks2)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

sungai rambai melaka

Pahlawan-pahlawan yang gugur dalam serang hendap di Semporna

Assallammualaikum semua

Kita tak kenal mereka semua, mereka pun tak pernah tahu kewujudan kita, tapi mereka ini menggadai nyawa mereka demi keselamat kita semua.. 6 lagi pahlawan yang gugur demi nyawa demi kedaulatan Malaysia.. Al Fatihah..  Terima kasih, pahlawanku..Salute to the fallen heroes!

Pegawai yang meninggal di Semporna

 

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.