Monthly Archives: March 2013

Status-status di Facebook yang macam $@#%^&^&^

Assallammualaikum,

Sometimes it’s damn annoying to accidentaly read somebody else’s status on facebook.. Antara yang buat saya rasa cam nak lempang laju2 ialah status2 kat bawah ni:-

1)  Anda nak tahu cara menggandakan wang anda dari RM10.00 ke RM100 dalam sehari?? PM saya sekarang (sambil tunjuk gambar pegang duit berpuluh2 keping) – the dumbest status!!

2)  Jalan jem teruk hari ni.. Sampai2 rumah, hubby dah masakkan magee yang sangat lazat.. Thank you sayang! Muahhhhhhhhhhhhhhh!! (erm, masak magee pun nak bgtau satu dunia???)

3)  Hubby just came back from London & bought me another limited edition Prada bag! Awesome, thanks a lot, now i can match it with the Prada shoes that I bought in Milan last month! wink wink!  (Ye la, ko orang kaya, ko sorang aje ada bag Prada! :p )

4)  Boringla cuti kali ni, dok memerap dalam bilik aje – Check in @ ***** Hotel, Australia  (dah kat Australia tu, pegi la jalan2.. kalau setakat nak duduk dalam bilik baik duk kat umah!!!)

5)Alamak, macam mana ni??? Dah naik 1kg!!! Mesti pasal makan macaroons banyak sangat semalam!! Have to sweat like a pig @ the fitness center today other wise i cant fit in my 28inch Levis!!!!!!! Lucky i have an awesome personal trainer!! (Untungla ko ada personal trainer, orang kaya ler katakan… ) 

6)  Biarlah rahsiaaa… (pastu buat apa ko nak update kat facebook ni kan??)

7)  Main kejar-kejar + tarik2 selimut @ Bilik Tidur (hoi, tak yah la nak update dalam facebook apa ko buat dalam bilik, kan?????)

8)  Tengah gosok gigi, baru bangun tido.. (ya Allah, gosok gigi pun nak update???????)

Sorry la, orang2 cam ni memang saya delete terus dari friend’s list, SEMAK + POYO! huhu

 

 

funny-someecards-greeting-cards-part-2-4

 

 

Cuti-cuti Malaysia – Menara Condong Teluk Intan, Perak

Assallammualaikum..

Kome pernah pegi ke Perak? Teman pernah la sekali pegi ke sana, menghadiri majlis kahwin adik angkat teman 🙂 Ate teman ni tak berapa pande nak cakap bahasa Perak ni yeop, buruk benor bunyiknye.. huhuhu

Masa tengok2 gambar dalam hardisk, terjumpa gambar Menara Condong di Teluk Intan, Perak..

Bagi anda yang tak tau sejarah Menara Condong ni, moh kita baca sejarah yang saya dapati dari Wikepedia:

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk IntanPerak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara PisaItali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

 

Wahhhhhhhhh, menyerupai Menara Pisa!! So tak paya la gi Itali, gi Teluk Intan pun dah boleh tengok Menara Condong!


Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan 2 Menara Condong Teluk Intan 3

 

Kami melawat Menara Condong ni pada hari Ahad, so memang ramai pelawat.. Macam2 gaya orang ambik gambar di hadapan menara ni.. hehe.. Lawatan kami hanya seketika, tapi memang puas hati dapat tengok menara ni dengan mata sendiri.. ukiran & binaanya memang cantik.. Jangan lupa singgah di sini kalau anda ke Perak ye Yong/Yeop, free, tak kena bayar pun nak tengok Menara ni 🙂

 

Cuti-cuti Malaysia – Taman Burung Kuala Lumpur

Assallammualaikum wbt

Kabare semua? Seronoknya adik2 yang cuti sekolah tu, boleh bangun lambat + tengok tv + main game lama2! Tapi ada yang mengeluh sebab masih kena pergi tuisyen, pegi kelas taekwando bla bla bla.. Tak kurang jugak yang dok “memerap” mak ayah ajak pegi jalan2 masa cuti sekolah ni.. Kalau adik2 @ mama @ abah tak tau nak pergi ke mana masa cuti ni, apa kata anda melawat Taman Burung Kuala Lumpur 🙂

 

Saya tau ada pembaca kata, si Ayu ni, pegi zoo la, taman burung la, taman rama2 la, taman ular la, asyik2 tengok binatang, tak boring ker? Jawapan saya – Tak boring langsung!!! Inilah caranya kita mendekatkan diri kita dengan makhluk2 Allah yang lain, belajar sesuatu yang baru tentang makhluk2 ini & menghargai ciptaan Allah yang Maha Esa.. Tambahan pula, mana lagi nak tengok haiwan2 ni secara dekat kalau kita tak pegi ke taman2 sebegini, kan? Kalau nampak ular kat umah, ada berani ke nak tengok ular tu depan2 mata?? Sahih kita dah melompat2 dan carik benda nak bunuh ular tu kan? 🙂

 

Ok, sebelum pergi, 2perkara penting ni mama + abah kena tengok dulu, iaitu harga tiket + waktu operasi Taman Burung Kuala Lumpur.  Sila rujuk gambar di bawah (gambar ehsan dari website Taman Burung Kuala Lumpur).

 

Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur

 

Bagi anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur – anda boleh menggunakan perkhidmatan bas awam, komuter @ LRT untuk ke Taman Burung ini.:-

By public transport

  • Rapid KL Bus No. B115 from Kotaraya to Jalan Parlimen
  • KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service, disembark at Station No. 14 in front of KL Bird Park Main Entrance. Buses available at every 30 to 45 minutes interval.
  • By KTM Commuter Train, disembark at the KTM Old Railway Kuala Lumpur Station located near the National Mosque
  • Public taxis – Advisable to look for taxis that uses the coupon or meter system.

Sila rujuk gambarajah untuk peta ke Taman Burung Kuala Lumpur ini ye..

 

Map ke Taman Burung Kuala Lumpur

 

Seterusnya, rancang waktu perjalanan sebab setiap hari, ada waktu2 tertentu untuk pertunjukan @ aktiviti dengan burung2 di sini.. Masa saya pergi tu, saya tak check website ni dulu, so banyak pertunjukan yang kami terlepas 🙁

Seelok2nya, datang pada awal pagi, jadi cuaca tidak begitu panas & banyak masa yang anda boleh habiskan dengan burung2 di sini…  Tempat parking kereta pun terhad, kalau anda datang lambat, kena parking jauhhhh & kena jalan jauhhh jugak la…

Satu lagi, jangan lupa bawak kamera yang dah dicaj sepenuhnya.. kalau bawak kamera takder bateri pun tak guna u olsss.. kena gelak jer dengan burung2 tu.. haha…

 

Daily Activities @ Taman Burung Kuala Lumpur

 

 

Ok, kalau semua perkara di atas dah settle, silalah melawat Taman Burung dengan gumbira! Lalalalalalala.. Kami ke Taman Burung ni tahun lepas, cuaca tak menyebelahi kami sebab hujan renyai2.. Tapi, kami still enjoy the visit!  Istimewanya Taman Burung Kuala Lumpur ini, anda boleh melihat burung2 ni live depan mata sebab kebanyakan burung2 ini tidak dikurung dalam sangkar.. Taman Burung Kuala Lumpur ni juga dikenali sebagai World’s Largest Free Flight Walk in Aviary @ dalam Bahasa Melayunya – Taman Burung Dengan Laluan Jalan Kaki Terbesar Di Dunia (please correct me if i’m wrong ya!)

 

Taman Burung Kuala Lumpur World's Largest Free Flight Walk In Aviary

Lepas beli tiket, kita akan diberikan tiket dalam bentuk gelang kertas ni, jangan buka sampai la balik nanti..

Taman Burung Kuala Lumpur Ticket

 

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam sangkar burung2 ni, anda akan disambut oleh sekawan burung kakak tua.. Terus datang mood nak nyanyi: –

Burung Kakak Tua

Hinggap di jendela

Nenek sudah tua

Giginya tinggal duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sebelum masuk Taman Burung tu, nyanyi ramai2, ambik feel dulu… hehehe..

Selamat Datang Ke Taman Burung Kuala LumpurTaman Burung Kuala Lumpur 2
Taman Burung Kuala Lumpur 1

 

 

Urm, 2000 ekor burung macam yang dinyatakan dalam papan tanda selamat datang tu, macam tak boleh nak percaya sangat la sebab tak banyak burung yangkami nampak.. Mungkin 2000 tu termasuk burung2 yang dah mati agaknya.. huhu.. Gambar2 kat bawah ni adalah burung yang kami jumpa masa lawatan kami dulu..

Taman Burung Kuala Lumpur Sangkar

Ni pemandangan dalam Taman Burung Kuala Lumpur.

Taman Burung Kuala Lumpur 5

Burung merak ni, macam tau2 je kami nak ambik gambar dia.
Nampak je kami pegang kamera, terus dia kembangkan sayap.
Cantik sangat kan 🙂

Taman Burung Kuala Lumpur 10

Sessi memberi makanan kepada burung helang.

Taman Burung Kuala Lumpur 3 Taman Burung Kuala Lumpur 4 Taman Burung Kuala Lumpur 6 Taman Burung Kuala Lumpur 7 Taman Burung Kuala Lumpur 8 Taman Burung Kuala Lumpur 9

Masa ni kami memang rasa teruja sebab burung2 ni akan datang dekat2 dengan kita untuk makan.. Semuanya jinak2.. Ada sorang staff akan tabur makanan pada burung2 ni.. nasib baik masa tu kami berdiri sebelah staff tu, so dapatlah tengok burung2 ni dekat2, lepas tu dah ramai tourist berkumpul sekeliling burung2 ni..

Taman Burung Kuala Lumpur 11 Taman Burung Kuala Lumpur 12 Taman Burung Kuala Lumpur 13

Selain dari burung2 kat atas, ada juga kolam ikan koi.. Macam kat Taman Rama2, ikan2 kat sini sihat walafiat.. hehe

Di Taman Burung ni juga, ada surau, kedai makan + kedai cenderahati.. So tak perlu risau kalau tak sempat nak tapau apa2 dari rumah, boleh menjamu selera di sini ye..  Selamat melawat Taman Burung Kuala Lumpur!!!

Taman Burung Kuala Lumpur Peacock Gift Shop

Pelawat menemui web ini melalui carian:

taman burung kuala lumpur

Isteri-Isteri Nabi Muhammad S.A.W

Assallammualaikum semua,

Hari ni, kita belajar sejarah sikit, mengenai isteri2 baginda Rasullullah SAW.  Kita ni, kalau tanya nama isteri Awal Ashaari, sapa nama isteri Aron Aziz, sape nama isteri Amy Search, cepat aje jawab ek, tapi isteri Rasullullah, tergagap2 nak jawab.. hik2..

Ok, mari kita berkenalan dengan bidadari syurga yang menghias Baiti Jannati Nabi Muhammad SAW 🙂 {infor diperolehi dari sahabat baik saya Raja Raymie, thanks Mie!]

Untuk kawan2 semua, sila kongsikan informasi ini, moga kita mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dengan perkongsian ini, Insya-Allah..

Gambar sekadar penghias posting kali ini..

Gambar sekadar penghias posting kali ini..

 

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

 

Isteri kedua: Saudah binti Zam’ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

(Masya-Allah, tengok usia Saudah.. bukan anak dara ye kawan2.. )

 

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

 

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

 

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

 

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

 

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

 

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

 

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

 

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

 

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

 

Isteri ke-12: Mariah binti Syam’un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

Subahannallah, selawat ke atasmu Rasullullah yang dikasihi…